Saturday, April 27, 2013

Bila dah phobia-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)

2 peristiwa telah berlaku sewaktu di bangku sekolah rendah.
2 peristiwa yang masih melekat di minda sehingga sekarang.
2 peristiwa ini juga meninggalkan kesan psikologi kepada remaja ini.

Apakah 2 peristiwa tersebut..?

2 peristiwa ini berkaitan dengan kuasa Allah juga, yakni:-

Petir.
Nama lain..?
Kilat, halilintar.
Nak english sangat..? Thunder. 

ok, enough :)

tiada penawar yang dijumpai untuk menghilangkan phobia ini.
persoalannya sekarang, ada ke orang phobia teruk macam Sarah ni ha..?

#mestilah ada, dunia ni kan besar.
#baru kau aku jumpa orang macam ni.

haih.. serious. phobia + takut semua ada.
siapa yang rapat, tahulah Sarah ni sangat suka berimaginasi. tapi takde eh kawan fantasi.
Berimaginasi bukan apa.. tapi melebih.. terlalu berpandangan jauh :)
bukankah itu satu perkara yang bagus..?
bak kata Nurul, ' masalah eh, imaginasi kau tu teruk benaa. '
ok lah lagi daripada KATAK yang kau fikir tu..? ahaha

ada orang anggap perkara ni biasa je.. bila tanya tak takut ke..?
' kalau yang kuat gila tu takutlah.. '
' habis, kalau suruh jalan kat koridor ni, tak takutlah..? '
' takdelah takut sangat macam kau.'

den laei =='

bila dah phobia, semua benda nak buat, semua tergendala :'(

ada orang anggap petir tu sebagai cahaya semata mata. tapi masalah ea..
den tak boleh lah. dah 2 hari kat Seremban minggu ni, petir sabung menyabung.
2 hari terperangkap dalam tandas sebab takut nak keluar. haih.. dapek dorm sobolah yo ngan tandas takpo laei. ni dorm nun hujung di sana.

Beberapa fakta tentang petir :-


  • Di seluruh dunia terjadi sekitar 14 juta petir per tahun atau 40.000 petir per hari!, terutama di musim hujan dengan intensitas air hujan yang besar.
  • Petir biasanya berakhir hanya 15 sampai 30 menit setelah dimulai, namun badai lain mungkin baru mulai di daerah yang sama(sumber: ck-12.org)
  • Kekuatan petir yang pernah tercatat yakni mulai dari ribuan ampere sampai 200.000 ampere. Angka ini setara dengan kekuatan yang dibutuhkan untuk menyalakan 500 ribu lampu bohlam 100 watt. 
  • Meskipun arus petir hanya sesaat, kira-kira selama 200 mikro-detik tapi  kerusakan yang ditimbulkan sangat luar biasa. Efek dari serangan langsung sangat jelas terlihat, mulai dari kerusakan bangunan, kebakaran, sampai bahaya kematian bagi manusia. 
  • Daerah Cibinong, di timur Jakarta, tercatat oleh Guinness Book of Record dengan jumlah petir terbanyak, yaitu 322 petir setahun. (sumber vivanews).

dan petir ni hakikatnya bahaya..
boleh membawa kepada kecederaan dan lebih parah lagi maut :O
ada yang pernah Sarah baca..
petir ni adalah suara Malaikat yang mengarahkan awan untuk berada di tempat asalnya semula.


ada yang kata, 
petir ni ada sebab nak bunuh Syaitan.
sebab tulah waktu petir baca Isti'azah..


macam2 lagilah.. tapi cakaplah macam mana pun, phobia ni tak mungkin akan hilang dengan begitu sahaja.
terbayang lagi, 
waktu sekolah ni, bolehlah ada Nurul nak teman di sisi.


tapi nanti bila di campus..? 
Kalau Nurul ada, bolehlah. kalau terpaksa berpisah..?


bila petir, jangan sentuh air. - Sarah terbaca dalam satu artikel nilah..
bila petir, jangan pegang besi, semua tahu rasanya.
pastu ada lagi satu fakta, 
bila petir, jangan duduk kat bawah bangunan yang berbumbungkan besi.

hurmmmm, menarik :)

banyaklah lagi. hah, nak tahu..?
sila klik sendiri di Encik Google :D








Untitled 4-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)

Segala Puji Bagi-Mu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

detik ini, hati mula bercelaru.
hai hati, mengapa dengan engkau malam ini..?
tuan punya badan pun tak tahu apakah punca utamanya.. sababun raeisinya :)

aih, rindu pulak :p

macam biasalah, bila perasaan dah mula bercampur baur,
instrumental songs terpasang. Tapi kenapa instrumental songs..? bukan ayat Quran..?

#soalan cepumas

kalau den dongar pun, ttbe den nak koba kek kau, den donga ayat Quran ni ha.
kebajetannya terserlah di situ. diam diam sudahlah*

gambar mula dicari dan segera menjana idea untuk mengedit gambar baru :)
itu adalah hobi Sarah Nabila..

apa kenapa malam ni..? aduhaii. 
dahlah, Sarah dah start merepek kerepek kat sini.
at last, naahh-





Friday, April 12, 2013

Precious moment

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang :D

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam

6-10 April telah berlalu..
Sepanjang tarikh kami telah menempuh satu pertandingan yang berprestij tinggi.
HUH ==' 
serious, sengit tapi best :D
selama lebih kurang dua bulan kami telah menjalani latihan
dan selama dua bulan tu jugak, mengalami kekangan masa untuk berehat
tapi tak kisah :D

bak kata seorang senior, 
walaupun kita tak menang, ingat MUNAZHARAH ni tetap menang :)
dan itu yang kami peroleh selepas tarikh 10 April 2013 tu :)

dan sehingga kini, MUNAZHARAH ARABIAH tu, masih MELEKAT di hati..
sebab kan ukhuwahnya yang seperti berkeluarga
suka duka bersama 
jatuh bangun bersama

mengenang kembali saat keputusan SUKU AKHIR dipaparkan di hadapan..
sapa yang tak sedih kan..
waktu tu SAJAK KALAU berdendang di hati
Kalaulah Kalaulah Kalaulah

tapi segalanya telah terlambat, hahaha

tahun ni pertandingan semakin sengit
akan datang, semua sekolah datang dah HEBAT berdebat
dan agaknya waktu tu jugak hakim sangat pening kepala
haha, tahun ni Allah belum nak bagi

Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya~

memang pada awalnya susah nak terima hakikat ni,
tapi perkara tu seolah olah kita menyalahkan Allah

sepanjang pertandingan yang Sarah dan pernah pergi, 
habis pertandingan tu mesti ada ayat ni..

ADATLAH PERTANDINGAN , ADA YANG MENANG ADA YANG KALAH
TAHUN DEPAN CUBALAH LAGI BUAT YANG TERBAIK

dah lali dah lali dah lali
bak kata seorang senior ni jugak
tahun ni team kita team kuat berbanding tahun lepas
team kita team hebat
tapi tahun ni, TEAM SEKOLAH LAIN JUGA HEBAT nak dibandingkan dengan tahun lepas
sebab mereka dah didedahkan dengan cara perdebatan yang sebenar benarnya

kami sempat main sebanyak 8 jaulah 
6 per 8 kami menang
7 per 8 kami kerajaan

semua tu tinggal kenangan
tapi di hati tak tipu tau, Debat Bahasa Arab tetap di hati
sebab TERASA KEKUATAN ukhuwah antara satu sama lain
sampaikan Sarah waktu jejak kaki balik kat sekolah selepas pertandingan tu, waktu maghrib ingat lagi
jatuh air mata bukan sebab kalah, tapi sebab rindu ukhuwah kita especially waktu kat USIM tu
apa kenapa semua ni..? nampak tak rindunya kat situ, HAHA
teringat saat ketika semua tengah duk sibuk buat hujah masing masing untuk Masyru' Supplement tu

Teringat ketika kuarantin , S3 dan Tablet sangat diperlukan untuk cari fakta
sedangkan sekolah lain...?
taktaulah ade ke tak yang seghupo SHAMS :)
hehe

teringat lagi waktu terbangun pukul 12 tengah malam
selepas habis jaulah 1-3 untuk hari pertama, KELAKAR
penat betul :p

marratan tsanii, MUNAZHARAH ARABIAH NI dah betul betul sebati dalam jiwa Sarah Nabila
sape yang form 5 tahun ni, tahun depan dah takde..
argh, sedih sedih :(

rasa nak je ubah IC dorang tu , hehe..
sampai ke tahap tu.

at last, kami mempunyai 4 orang best debater 
[ HAKIKATNYA SEMUA DEBATER ADALAH THE BEST ]
Pasukan Nusantara berjaya merangkul tempat ke -3 dan Pasukan Terbaik Liga
Pasukan Kebangsaan berjaya sehingga peringkat Suku Akhir

walauapapun, kami tetap satu team dan telah berjaya bak kata seorang senior :)
terima kasih atas sokongan padu antara Ahli Pasukan Debat dan Ustazah yang menjadi tulang belakang..
semua saling melengkapi dalam Usrah Munazharah tu..

GIVE THANKS TO ALLAH :)
MUCH MORE BETTER ;)

Jaulah pertama hari pertama - 7 April 2013
Masyru' : Tasarrufat As-Saiqin Sababun Raiisii Lihawadis As-Sair
[ Sikap Pemandu Punca Utama Kemalanga Jalan Raya ]

Keputusan untuk Jaulah Pertama hari pertama - 7 April 2013


Bertemu pasukan SM Imtiaz Besut untuk Jaulah kedua hari pertama - 7 April 2013



Selaku Perdana Menteri untuk Jaulah Pertama hari kedua - 8 April 2013


Selaku Menteri Kedua Jaulah Pertama hari kedua - 8 April 2013



Selaku Menteri Pertahanan untuk Jaulah Pertama hari kedua - 8 April 2013

Peserta Kebangsaan


Selepas Jaulah terakhir hari kedua dan menunggu keputusan untuk esok hari - 16 pasukan terbaik :)

Ustazah Masyitoh - Guru Pengiring Pasukan Nusantara SHAMS

Ustazah Najwa - Guru Pengiring Pasukan Kebangsaan SHAMS




selepas semua keputusan dikeluarkan

Hari Terakhir di USIM


Kami Pasukan Debat Bahasa Arab 2013 :) TAHNIAH SEMUA~
Sekian sahaja laporan saya, tuihhh tuihhh 
HAHA, Barakallahu Fiikum :)