Sunday, December 22, 2019

Post 21st December 2019

Longgggggggggggggggggg time no see!

Can I rant on something?

Hi! It's me, Sarah. Of course lah kan, this is my blog with the name on it besar besar kot. Lama tak update sebab..... bukanlah sebab takde masa sangat, macam tak valid sangat reason tu. Tapi sebab rasa macam nothing interesting in my life anymore kot... Literally, nothing.

Ohh, to inform, alhamdulillah I passed 2nd Professional Exam last 6 months haha and currently in clinical years which is 360 degree opposite to my past pre-clinical life. Yes, it's hectic and lots of upside down and lots motivational corruption but lots of inspirations too. So, still getting use to it, lots of stuffs to learn eventhough dah habis 2 posting, masih lagi tak mahir pun. But it is EXCITING!

Sebab tak dapat results lagi, doakan saya lulus end of posting of Surgery and Medical amiiiinnn!!!!

Banyak je nak kongsi tapi nanti rasa macam,

"alah benda tu pun nak kongsi ke?"
"ada orang lain yang pengalaman dia lagi best dari aku lah.",
and the most important thing is, "ada orang baca ke??????"


"Kau ingat kau artis ke tetiap hari orang nak jenguk blog kau tunggu kau update haaaa....." -me, talking to myself.


Nantilah, kalau rajin, I bercerita. Lama tak bercerita kan tapi tak janji tau.

Oh, back to my main purpose tonight (haa tengoklah, aku ni memang suka melalut)

I want to rant on something. Yesterday was my birthdate. HAPPY BIRTHDAY TO ME! Yup, never in my life I wish to myself. Walaupun, hidup aku dah terbiasa sejak sekolah, tak pernah disambut oleh rakan-rakan sebab korang sendiri tahu kan, bulan Disember is school holiday. So, I get used to it. Tapi sejak dah habis sekolah ni, vibe dia lain. Bukan kata I nak surprise and whatever. I pernah je dapat surprise from my family.

Okay, this year punya feeling, I tak pernah rasa macam, cepat-cepatlah habis harini. Kalau dulu, I sangat menghargai each moment spent with my family, my friends and all. Tapi kalini, memang dah takde rasa special ke apa ke. Macam lantaklah apa nak jadi pun. Ada orang akan sedih bila hari istimewa dia, mood dia terganggu oleh sesiapa ke, atau ada orang menghancurkan hari tersebut kan kan. That was me for past 21 years. But this year, I cuma rasa, I nak 21 haribulan tu berlalu dengan cepat sebab I dah tahu, there will be nothing special on that day.

Not that because tak disambut oleh kawan-kawan atau keluarga... but, the feeling of left out. I dah lama terasa hati dan macam merajuk lah juga tapi I tak tahu nak cerita betul-betul kat sape. Kalau nak cerita kat ibu, nanti aku malu akan confirm menangis lah depan ibu. Hahahaha of course lah malu. Tapi bila cerita kat member, ada je pernah few times aku cuba rant out my feelings tapi always and always being ignored. So, lama-lama fed up nak cerita sebab actually they didn't care pun but they act like one. Sorry not sorry.

Aku dah agak tahun ni akan jadi lebih kurang macamni. Hidup aku, aku suka berkawan. Making friends is one of my hobbies. Mungkin sebab aku dulu sekolah berasrama? I spent most of my times with my friends. But the thing is I am not good at making friends. I always feel I AM a bad friend. For me, a good friend is the one who is always there with her friends in any situation, always catch up with her friends and is one call away. Tulah kelemahan aku, suka berkawan tapi tak pandai berkawan (I think so). So, I have trouble at making friends during my degree life. Ada lah beberapa kisahnya... sebab I pulak jenis yang suka ada best friend tapi sorang je bukan in gang. Means, I selalu sejak sekolah, ada sorang kawan rapat and known as best friend forever tapi berkawan je dengan semua orang tapi dengan dia, mesti aku akan berkepit ke mana-mana.

Tapi sekarang, kami semua membawa haluan masing-masing.

Sampailah degree life ni, aku mula mengalami sedikit masalah. Di mana, I don't have one. So, I try to fit into another but I don't think I make it. Tapi berkawan jelah, tapi tak jumpa pun that one. Dulu ada, tapi sekarang.... rasa ditinggalkan. Takpelah, mungkin aku hanya membebankan dia kot atau mungkin dia tak selesa tapi aku je yang tak perasan, entahlah. Especially bila dah mula masuk tahun klinikal ni, honestly, aku sangat-sangat rasa left out. I sayang kawan-kawan sekolah I dulu, I sayang kawan-kawan yang I pernah rapat dulu but well this is life kan. Bukan setiap masa, kau boleh update and mereka pun ada kehidupan mereka sendiri. Jadual kitorang pun berbeza-beza dan masing-masing ada struggle masing-masing.

So, I jadi cepat sensitif, cepat merajuk... benda tu mungkin nampak kecil pada mata orang lain tapi tidak pada pandangan aku sebab bila melibatkan hubungan persahabatan ni, aku adalah antara orang yang sangat sensitif. Seseorang yang kita dulu rapat gila-gila and rant out almost everything tiba-tiba bertukar menjadi stranger atau ORANG ASING is not good. Aku rasa sedihhhh sangat. Tbh, few times aku pernah cuba meluahkan perkara ini kat kawan-kawan yang aku rasakan mereka boleh membantu tapi like I said, always being ignored.

Mungkin sebab hidup aku dah terbiasa dikelilingi oleh kawan-kawan sejak sekolah kot. And I do know that FAMILY MATTERS IN OUR LIFE. Aku tak cakap pun kan yang keluarga tak penting dalam hidup kan?! For me, I need them both, family and friends. They made my life. Tapi bila hilang salah satu, aku betul-betul rasa kehilangan...

The feeling bila kita dah lama catch up pasal member kita, so we try to put some efforts to meet up tapi lepastu dapat tahu yang dia tak suka pun kita nak update pasal dia. Sekarang, aku tahu lah level aku kat mana. Since then, aku memang malas langsung nak ambil tahu, kalau orang bercerita pun aku malas nak layan, tengok story pun malas. Tapi of course dia takkan perasan cause what? Sebab aku memang tak pernah ada dalam kamus hidupnya since day 1. You know that feeling? Well, not everyone appreciate our efforts. Hence, I rasa nak left semua benda but I just couldn't. Because I love them as my friends. Sedih bila selamani takde masalah pun nak kongsi semua benda nak bertukar pendapat dan cerita tapi tiba-tiba semua benda nak dirahsiakan sekarang.

Entahlah... Sebab tu kot, aku cuma minta supaya hari ini (yakni semalam lah 21 Disember kan) berlalu dengan pantas, selepas semua family members wish, then aku nak cepat-cepat masa itu berlalu. Sedih weh! Tak pernah rasa sedih macam ni.

Tapi bila terfikir balik, mungkin Allah menjawab salah satu doaku pada bulan Ramadhan tempoh hari iaitu untuk aku dikelilingi orang-orang yang mempunyai minat sepertiku, dikelilingi dengan orang-orang yang menaikkan semangat dan baik-baik. Bukan nak cakap depa tu semua tak baik, tapi mungkin belum baik untuk keadaan aku buat masa ini. Kot?

Entahlah...

Orang kata, hidup ni jangan bergantung. Ni dinamakan as bergantung ke? I selalu rasa tak pun sebab bukan bergantung kat mereka untuk pergi teman mana-mana or whatsoever, just a matter of friend, selamani kita okay tapi tiba-tiba tidak itu pelik. Tu je..... bukan bergantung kan? Because I just love them. They are already being part of my family...

Aku minta maaf for not being a good friend to you guys but just to let you know, I love all my friends from the bottom of my heart.

Aku minta maaf salah silap aku, halalkan makan minum aku. Kalau ada hutang, sila lah datang tuntut. Otakku sekarang kadang-kadang mudah sangat lupa. Baru cakap 10 minit yang lalu, terus terlupa kalau takde yang ingatkan.

Takpelah, kita pandang apa yang kita ada je.


Tu jelah kot. Entahlah, kat hati ni masih ada lagi ada sisa nak ranting tapi takpelah.
Sebab,

Bukan ada sesiapa sudi membacanya pun.
Terima kasih kerana meminjamkan masa seketika.
Semoga Allah membalas jasa kalian.

Salam sayang,
Sarah Saharudin.

Sunday, April 7, 2019

Outspoken, sejauh manakah kebenarannya?

Masyarakat sering mengambil berat tentang mereka yang pemendam, yang tidak pandai meluahkan perasaan kerana mereka lebih selesa memendam rasa. Ya, aku tak menafikan bahawa mereka perlu diberikan perhatian lebih berbanding mereka yang dikatakan outspoken dalam menceritakan apa yang mereka rasa.

Tetapi, pendapat yang tidak ramai tahu bahawa, terdapat segelintir manusia yang semakin banyak seseorang itu meluahkan perasaan, semakin dia rasa insecure.


Mengapa?


Disebabkan stigma masyarakat yang berpendapat perhatian hanya perlu diberikan kepada mereka yang memendam rasa kerana dikhuatiri suatu hari nanti, apabila mereka tidak mampu lagi menahan tekanan, maka mereka akan 'meletup' dan memudaratkan diri. Manakala, bagi mereka yang sudah dilabelkan sebagai outspoken, tidak perlu lagi diberikan perhatian yang sepenuhnya.

Kesannya, mereka yang outspoken tadi juga boleh bertukar personaliti kepada yang pemendam rasa. Kelihatan seperti tidak logik, bukan? Percayalah, bahawa golongan ini wujud.

Selagi mana kita masih bergelar insan yang hidup (living thing), selagi itu kita tetap memiliki sifat seorang manusia, di mana, semua orang memerlukan perhatian. Sama ada diluahkan secara terus (direct) mahupun tidak terus (indirect). Namun, kita selalu lebih memilih untuk tidak ambil endah akan luahan orang yang outspoken.

Yang menyebabkan beliau, semakin lama semakin merendah diri. Dikhuatiri, masalah yang hakikatnya besar, beliau sendiri merasakan masalah itu kecil sehingga tidak lagi mampu menahan bebanan dan tekanan, dia juga boleh 'meletup' sama seperti mereka yang pemendam rasa.

Kerana? Stigma masyarakat, tidak perlu menjadi pendengar yang baik dan setia kepada orang-orang yang outspoken. Bukan begitu, stigma kamu?

Dan percayalah juga, sebanyak mana kita melihat seseorang itu kelihatan outspoken, tetap ada 1001 rahsia yang mereka simpan dalam diri mereka sendiri. Mereka tetap mempunyai perasaan yang terpendam, tiada siapa yang tahu (sudah tentu melainkan Allah), dalam hati. Mereka juga pemendam rasa. Mereka kelihatan outspoken hanya pada satu sisi sedangkan terdapat 1001 sisi yang kita tidak dilihatkan.

Persoalannya, sejauh mana seorang yang outspoken, bukan seorang pemendam rasa?
Mungkin juga beliau seorang pendendam?
Sejauh mana kita selami hati seorang outspoken?
Sejauh mana kita yakin tiada rahsia dalam diri mereka yang outspoken?

Sengaja aku nak trigger cara kita berfikir terhadap mereka yang dikatakan outspoken ini.

Tuesday, January 1, 2019

Welcoming 2019!

Aaaaaaaand Happy New Year everyone! We made it till 2019, alhamdulillah! I still cannot believe it that I actually survived last year!

Kalau tahun lepas, awal-awal tahun aku dah list kan azam baru yang aku nak capai and I really worked for it and alhamdulillah, almost all tercapai. Gonna do a new list for a new year in shaa Allah. So, how's your 2018? Me? Well, a loooooooooooooooooooooooottt of ups and downs seriously like a roller coaster but I'm survived! Alhamdulillah!

Tak pernah terfikir boleh sampai ke tahap yang harini, seriously! 2018 was a heartbroken year juga for me (bukan relationship tapi perkara lain).




2018 teaches me:

1. to grow stronger than before
2. to put high trust in Him (tawakkal)


"Kenapa? Sebelum ni tak pernah buat ke?"

I did but last year (consider it last year lah sebab sekarang dah official 1st January 2019 kan), was really really tough for me. A LOOOOT OF HEARTBROKEN PHASES. I need to deal with myself in soooooo many tough situations. Nak deal dengan orang yang pelbagai kerenah lagi, and at the same time, you want to focus on yourself pastu tambah nak move on lah, serabut dengan diri sendiri. Serabut dengan kulit muka ni lagi, pastu berat kejap naik kejap turun HAHAHAHA. In conclusion, adulting is hard.


Jom list apa yang jadi sepanjang tahun 2018:

January- trip to Sabah with beloved Shamsim! (I miss them a lot!)
February- joined a medical-related innovation event held by faculty (MED-iNOVA) and alhamdulillah won 3rd place and buat product sendiri dan dapat kepercayaan dan support yang sangat tinggi from our supervisors, thank you Dr and teammates! Walaupun kelihatan kecil, namun cukup bermakna buatku.
March- joined i-NOVA and managed arabic debate team! Agak mengecewakan tapi takpe life goes on, gagal harini bukan bermakna gagal selama-lamanya.
April- nothing much, study and dah start serabut revision 1st Professional Exam (exam yang kalau tak lepas, kena repeat tahun)
May- 1ST PROFESSIONAL EXAM! (debaq woiiiiiii, doa lulus ja, hanya Allah je yang tahu betapa berdebarnya saat keputusan diumukan satu persatu di hadapan kelas)
June- RAYA HOLIDAY!
July- started new semester, new session at the end of July (perasaan bercampur baur)
August- nothing much, lived life as usual
September and October- my heart broke into pieces again, tough months, dealing with my emotions and all!
November- getting better and alhamdulillah tak sangka secepat itu!
December- the most exciting month (of course), because there's my birthday! And alhamdulillah ALL things were getting better though I celebrated December with end-semester examination and started second semester in the same month within the same year (one week of sem break only) but nvm, I put my trust on Him :")

Anddddd tada! Perfect ending for 2018, alhamdulillah XO


Thank you Allah for lending me Your strength, teaching me to Sabr! That's all I need in my life despite being surrounded by loving family, friends and all positive people! Say, alhamdulillah.


Selingan, cantik kan? I love this view, much <3


What I learned from 2018:

1. Do you, be you. Let them criticize you but as long as you are in the right path, go ahead. If you have a passion, go ahead. Tak perlu tunggu orang kerana peluang hanya datang cuma sekali.

2. When you are in need for answers kerana kekeliruan hati atau kecelaruan minda, PRAY. Doa je walau kat mana kita berada. Allah dengar setiap satu rintihan dan isi hati kita. Kita akan tahu bila Allah jawab soalan kita, in shaa Allah.

3. Kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus dan bila Allah datangkan satu perasaan yang tak sedap dalam hati, be careful, it might be the guidance from Allah untuk sedarkan kita dan berpatah balik kepada Dia. Check balik apa dosa kita.

4. Dosa tidak pernah memberikan kebahagiaan.

5. NEVER give any chances to a person who already broke your trust. If they cannot be honest, why ask for loyalty?

6. Letakkan prinsip "lantak kau lah" untuk mengurangkan tekanan ketika berhadapan dengan kerenah manusia.

7. Rezeki TAK PERNAH salah alamat.

8. Tawakal adalah keadaan apabila kita tidak terfikir atau teringat-ingat tentang perkara tersebut bahkan kita tidak mengharapkan yang Allah akan jawab doa kita mengikut apa yang kita rasa.

9. Bila kita doa minta Allah kurniakan kesabaran, Allah mungkin akan datangkan dengan banyaknya ujian kerana di situ, Allah sedang mengajar kita untuk lebih bersabar. Jadi, jangan mengeluh banyaknya ujian dan stress :')

10. JAGA hubungan dengan Allah, ibu ayah, adik beradik dan sahabat-sahabat. Fikir sejenak sebelum berkata-kata agar tidak mengeluarkan ucapan yang tidak enak untuk didengari. Try to be as positive as we can!




I think, that's all from me! Now, what's yours? Share lah, nak tahu juga ;D
Am excited to start 2019, towards a better Sarah in shaa Allah!
Thanks for reading!
Happy new year XOXO