Thursday, July 19, 2018

Yang tersirat

Hari ini penuh dengan makna, sesuatu yang bermakna. Setiap hari adalah hari baru dan setiap hari kita mempelajari sesuatu. Sama ada secara terus atau tidak terus (direct or indirect). Ilham itu Allah yang kurniakan, gunakanlah ilham itu sebaik-baiknya.

Dah lama juga ada niat nak update blog, feeling wanna share something but nothing comes within my heart. So, tak boleh kongsi takut syok sendiri and takde point (read: useless). (ceyyy, acah selamani berguna sangat XD)

Bila kita suka berkongsi, niat utama nak kongsi, tak kisah pun tak dapat banyak, seorang dua pun cukup. Bila kita rasa macam "eh perlu ke?" kongsi je, tak perlu fikir lebih-lebih. Sebenarnya, dalam diam ada orang yang memerlukan. Nama pun dalam diam, of course dia takkan reveal. So, kongsi je :") sharing is caring, kan?


"Biar kita tidak dipandang hebat, yang penting jangan sombong dan berlagak."


Biar kita nampak macam underdog, orang tak kenal, orang tak endah pun tapi kita tetap berbuat baik dengan orang. Even if one day, kita ditakdirkan untuk berpangkat tinggi, teruskan menjadi humble. Biarlah orang nak kata apa, kita tunjuk dengan usaha. Sebab orang takkan pernah berhenti mengata, even if we explain the truth dari A sampai Z pun, kalau dia benci kita, semua perkataan tu masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Useless! So, what's the point of telling them the truth, trying hard to convince them while the fact, they will continuously hate us? Just leave (angkat kaki, blah pastu nyanyi "Don't you know that you're toxic" ehhh) (pengaruh pitch perfect) (tiberrr)

Kadang-kadang kita tak sedar ada banyak perkara yang positif berada di sekeliling kita sebab kita sibuk fokus kepada perkara yang negatif. Sehinggakan, hanya perkara-perkara yang negatif datang kepada kita. Tahu kenapa? This is what we called as 'Law of Attraction'. I personally feel, this law is super interesting! Sebab benda ni sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.




Aku share sikitlah apa yang aku baca,

Bila kita sentiasa berfikir positif, kita akan mengeluarkan aura positif dan aura positif akan tarik perkara-perkara yang positif. Bilamana kita sentiasa berfikiran negatif, maka kita akan menarik perkara-perkara yang negatif disebabkan aura negatif yang kita hasilkan tadi.

Sebab tu pentingnya untuk sentiasa fikir yang baik-baik. Kan orang selalu kata,

"Fikir yang baik-baik."

Tapi kita yang selalu rasa, "Eiiiii cliche lah dia ni. Asyik-asyik ayat yang sama." It's not because of dia takde ayat lain nak motivate hang atau dia rasa bosan dengan masalah hang tapi itulah kebenarannya! Yang aku pernah baca, untuk fikir baik-baik ni, jangan ada perkataan negatif pun dalam ayat kita. Sebagai contoh,

"Aku taknak gemuk,"

Tapi tukar kepada,

"Aku nak kurus."

Sebab bila kita asyik fikir kita taknak gemuk, maka, semakin gemuklah kita. Kalau kita fikir, nak kurus, in shaa Allah kuruslah kita. Faham tak? Ni contoh je ye. Ada banyak lagi contoh lain. You get me?

Okay, ni contoh yang cliche lah since isu ni viral sekarang (dak-dak Twitter),

"Men are trash. Susah nak cari lelaki baik sekarang." pastu hang baca page masalah rumahtangga setiap hari pastu serabut.

Apa kata tukar kepada,

"Ada lelaki yang baik, in shaa Allah, Allah akan datangkan pada masa yang tepat nanti."

Asyik fikir yang buruk-buruk je, lelaki yang trash lah datang try hang. Cuba fikir baik-baik, in shaa Allah yang baik-baik je datang kat kita. Memanglah kadang-kadang perkara tu macam betul tapi tak salah untuk kita sentiasa berfikir positif. Hati kita juga tenang :')


Contoh lagi macam kita tetapkan satu matlamat untuk diri kita capai,

"Aku nak capai sekian sekian tapi boleh ke aku? Ramai lagi yang hebat dari aku kot. Kalau dorang tak dapat, aku apatah lagi."

Why you are putting yourself too down? Cuba tukar,

"Aku boleh! This is me, I'm the best. I'm going to achieve it one day regardless of what people are saying." -cakap dengan confident hidung kembang-kembang gitu untuk sedut aura positif hahahahaha okay tipu


Hidup takkan tenang kalau asyik compare diri kita dengan orang lain. If it's for good purposes takpe, but in this case, nothing is good. Kita hanya merendah-rendahkan diri kita bukan tawadhu' dah ni. Seolah-olah kita merendah-rendahkan ciptaan Allah, melihat remeh kepada perancangan Allah sedangkan kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan? Hidup ni ibarat roda, andai harini kita rasa kita berada di bawah, satu hari in shaa Allah kita akan merasa berada di atas. Andai harini kita rasa kita berada di atas, sekuat manapun kita bertahan, kita tetap akan kembali ke bawah. Sebab adat hidup ibarat roda. Macam kita tengok roda basikal, kalau yang atas asyik maintain, yang bawah tak gerak-gerak, bergerak ke basikal tu? So, itulah konsepnya.

Yang penting, kita kena terima dengan hati yang terbuka. Ada kat bawah ke, ada kat atas ke, redha! Sebab itu semua perancangan Allah. Setiap hari kita berdoa minta Allah kurniakan yang terbaik buat kita, mohon Allah tunjukkan jalan yang lurus tapi bila tiba-tiba Allah tak bagi apa yang kita minta, kita marah. Sehingga kita menyalahkan takdir. Mungkin, itulah jalan yang lurus yang kita doa setiap hari? Kita tak tahu bahaya yang akan datang kerana malang kan tidak berbau. Oleh kerana itu, walau apapun yang terjadi, sentiasalah berfikiran positif dan yakin bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita, Dia sedang mengajar sesuatu untuk kita. Hanya kita yang tahu alamat apakah yang Allah cuba sampaikan.


Life is a learning process, sampai mati kita takkan berhenti belajar.


Doa, senjata utama. Yang ni pun mesti kita rasa macam "alaaa cliche...". Kita rasa ayat ni biasa dah dengar, sebenarnya, yang kita rasa biasa tu yang penting. Doa, jangan putus. Sebab dalam hidup ni, pergilah ceruk mana pun, Allah ada sentiasa dengan kita walaupun kadang-kadang kita melupakan Dia. Tapi baiknya Allah, Dia tak pernah lupakan hatta seorang pun hamba-Nya. Berdoa itu bukan hanya ketika berada di atas sejadah, dalam sujud atau dalam solat. Di mana-mana pun kita boleh berdoa. Unlimited. Zaman sekarang, kita gigih cari pelan telefon yang menawarkan unlimited data untuk sentiasa connected dengan wifi untuk kita kekal berhubung dengan media sosial or whatever.

Tapi kita lupa kita ada doa yang Allah kurniakan unlimited dari dulu sampai kiamat untuk connect dengan Allah. Kita connect dengan sosial media untuk luah masalah namun kita tak on 'wifi' dengan Allah untuk mohon petunjuk sedangkan masalah itu datang daripada Dia dan hanya akan kembali kepada Dia.

Betapa ruginya kita tidak menggunakan kelebihan yang kita ada. Ibarat kita rasa rugi tak guna unlimited data yang kita langgan setiap bulan tu, lagi besar ruginya kita tak berdoa kepada Allah. Sekecil-kecil perkara pun, kita boleh doa.

Cepat atau lambat, in shaa Allah, Allah akan jawab satu per satu doa kita. Jangan ambil jalan yang singkat dan mudah demi menyelesaikan sesuatu masalah kerana tergesa-gesa. Allah kan pandang usaha, bukan hasil? Sedangkan nanti kita masuk syurga pun dengan rahmat Allah, bukan kerana amalan kita yang sangat melayakkan kita untuk melepasi titian sirat. Kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayang Dia...


Fikir baik-baik supaya hati kita tenang, hidup pun tenang. Ketenangan adalah antara nikmat yang terbesar dalam hidup. Sebab bila kita tenang, kita rasa mudah sangat urusan kehidupan kita, kita rasa lapang dan kita rasa bahagia... Tenang dan redha adalah satu tahap yang bukan senang tetapi tidak mustahil untuk dicapai.



Last word, sois belle à ta façon. Translation? Cari sendiri XP
Thanks for reading! XOXO


p/s: kalau korang boleh baca post ni sampai suara aku terngiang-ngiang kat telinga, you're my best friend! XD