Monday, July 20, 2020

Budak setahun jagung

Being a medical student,
Sometimes exhilarating,
Sometimes frustrating,
Often sad,
But everything is only temporary...

Note to all future medical students and doctors or healthcare professionals, or anyone, perkara yang paling memerlukan perjuangan (struggle) yang besar untuk kita didik adalah keluarga. Serapat mana keluarga kita, keluarga adalah cabaran buat kita. Sama ada, untuk mendengar dan taat, mendengar tapi tidak taat atau tidak mendengar dan tidak taat sambil berkata,

"Ahhh.. belajar baru setahun jagung nak berlagak tahu!"

Ini adalah antara struggle-struggle yang kita perlu encounter... it can be depressing.. often sad, never gratifying..

Perasaan gembira dan puas hati apabila berjaya mendidik keluarga kita tentang sesuatu ilmu yang setahun jagung kita tahu tu pun, rasa macam over the moon lah! Rasa macam, alhamdulillah aku berguna lagi di dunia ini. Rasa macam motivation pun tinggi nak teruskan perjalanan kita sebagai seorang pelajar perubatan. Terus hilang rasa stress, rasa penat, rasa kecewa dengan gagal berkali-kali dalam exam. Hilang! Ma shaa Allah, kuasa Allah..

Namun, ada kalanya kita diuji dengan perasaan sedih dan kecewa apabila kata-kata kita tidak mahu didengari. Yelah, setahun jagung, bukan? Bahasa mudah sekarang, budak-budak baru nak up. Kau nak dengar ke ilmu dari budak-budak baru nak up ni? Mestilah tak nak kan. Mana boleh nak percaya, baru setahun jagung kot.

Bila encounter dengan perasaan ni, terus terimbau kisah-kisah struggle kita ketika di tahun satu,

"Susahnya nak faham tajuk ni."
"Kenapa aku selalu salah faham? Kenapa kawan lain baca sendiri je boleh faham?"

"Kenapa kawan lain, baca sekali je boleh ingat?"
"Kenapa kawan lain, baca sekali je dah boleh ajar orang? Siap boleh dijadikan rujukan!"

"Kenapa dengan aku? Tak layakkah aku?"

Terimbau masa-masa mendapat keputusan peperiksaan namun keputusannya menunjukkan, ANDA GAGAL. Gagal yang sipi-sipi sangat namun, masih dikira gagal. Malu? Entahlah, dah tak tahu nak rasa apa. Berkali-kali berjumpa dengan koordinator,

"Saya gagal subjek ini, apa yang perlu saya buat?"

Ditambah dengan perasaan malu bila orang bertanya, "Nak pergi mana tu?"

Sedangkan kita nak berjumpa dengan koordinator, to have a consultation, why I failed in this subject..

Terimbau masa-masa kita membayangkan kita boleh mendapat A untuk subjek tersebut tapi rupanya kita peroleh C. Semuanya yang kita rasa adalah harapan palsu.

Terimbau masa-masa di tahun dua, betapa lifeless-nya kita ketika di ambang peperiksaan professional buat kali pertama. Hati gementar hanya Allah sahaja yang tahu. Setiap kali solat,

"Ya Allah, aku nak lulus. Lulus sahaja, C pun takpelah ya Allah.."

Berdoa dengan penuh khusyuk, melimpah-limpah air mata, bercucuran air hingus atas kain sejadah.. andai boleh diukur, rasa bergelen-gelen dah air mata yang kita hasilkan.

Terimbau sekali di saat-saat genting, pada hari pengumuman keputusan, nak tercabut jantung menunggu giliran nama disebut. Di manakah nama aku? Adakah aku akan lulus? Disebut sahaja,

"Congratulations, you pass the exam."

Ma shaa Allah! Subhanallah! Memang dah tak fikir langsung tentang gred. Ucapan alhamdulillah berkali-kali ya Allah terima kasih, aku lulus. Boleh naik tahun, ya Allah!

Tiada satu fasa pun, yang air mata takkan jatuh. Tiada satu fasa pun, yang kita tidak kecewa. Pensyarah kecewa, kita seribu kali kecewa. Tiada siapa pun yang tahu. Walau berkali-kali kita meluahkan perasaan kita kepada seseorang, tetap tiada siapapun yang benar-benar memahami bagaimana perasaan kita melainkan Allah s.w.t.. Rasa macam bila encounter perasaan kecewa, sedih, duka, terasa seperti, ohh aku tidak berguna lagi. Aku sudah tidak mampu lagi menjadi medium menyampaikan ilmu-Mu ya Allah.

Berkali-kali bertanya dengan diri ini,

"Ya Allah, salahkah ilmu-ilmu yang aku pelajari sebelum ini ya Allah? Adakah aku sebenarnya yang terpesong ya Allah? Adakah aku yang telah didoktrin? Adakah aku terlalu moden? Adakah doktor-doktor di hospital itu juga salah, ya Allah?"

"Tunjukkan aku jalan yang lurus, ya Allah.. aku juga tidak mahu menyampaikan maklumat yang sesat.."

Yelah, siapa je nak dengar kata-kata yang baru belajar setahun jagung ni? Siapa je nak baca apa yang budak setahun jagung ni kongsikan di laman-laman sosialnya? Dah lah pernah FAIL! Keputusan pun tak cemerlang!

Dah lah asyik exam je, takde life. Selalu kena tinggal, kena tinggal dengan member lagi..

Sambil berjuraian air mata.. yang tiada siapa pun kisah..

Ya, tiada siapa yang tahu sekuat mana kita berjuang, sejauh mana kita telah berjuang. Tiada siapa yang tahu, hanya kita dan Dia sahaja. Menangis lah jika anda mahu. Menangis lah dalam sujudmu, menangis lah sepuas-puasnya..

Macam mana nak educate patients kita kalau kita sendiri tak mampu educate parents kita?

Layakkah aku? Adakah aku telah memilih jalan yang salah?

Malam ini, aku hanya ingin meluah. Meluahkan perasaan yang sudah benar-benar terpendam. Yang aku tidak mampu nak luah secara jujur di hadapan sesiapa. Maka, aku mengambil keputusan untuk taip di blog. Maafkan saya, post kalini tiada pengajaran yang boleh dikongsikan.. hanya kekecewaan yang dizahirkan..

Bersyukurlah kamu, punya keluarga yang memahami dan sentiasa memberikan sokongan..

Keluarga, termasuklah atok nenek pakcik makcik sepupu sepapat..


"Always had a fear of being typical
Looking at my body feeling miserable
Always hanging on to the visual
I wanna be invisible"
-Whatever it takes, Imagine Dragons

Monday, April 20, 2020

For you

For you.


Yes, you.


Thank you for making my life miserable.

Thank you for not being a good listener, where you only want people to listen to you. You 'guide' people on how to treat you but you actually are the one who should be blame. Things should start with you, then you will get yours. This is life.

Thank you for being narcissist of yourself.

Thank you for taking what's mine or maybe you just want to do revenge. Well, thank you. You got yours.

Thank you for pretending that you concern when you just want to spill the tea. When actually you did read countless of my hints but you just ignore and pretend there's nothing happened. Well, nothing had happened.

Thank you for making myself terribly terrible and useless.

Thank you for being such a GREAT judge! Seems like your place is better at the court, not in my life.

Thank you for giving those annoying words and actions.

Thank you for not responding.

Thank you for being an amazing stalker.

Thank you for being selfish. Well, I learnt it from you if you ask me why. I'm just returning your favor.

Thank you for taking me for granted.

Thank you for making me lose my confidences. Well, maybe you are restless at looking people who are doing better than you. I'm not interested in participating that competition.

Why is it so hard to understand?

If you don't have something nice and comfortable to say, you better shut your mouth from saying anything hurtful and keep your hands from typing anything useless.