Tuesday, October 27, 2015

What a careless mistake! LoL

I craved a carrot cake. So, I decided to bake a cake this afternoon.

Macam biasa campur semua bahan, sukat dan campak.
Sebelum masuk oven, I taste the batter.

"Ermm, why it tastes so sweet? Like there is something wrong somewhere. But what is it?"

Agak cair dan hmmm.
While waiting for the oven to be heated, I tidy up the things and put it back to the place. Suddenly, I realize that the icing sugar packet was untied.

"Eh? I masukkan tepung ke icing sugar tadi?"

Searching for the flour. Andddd ooppssss I was careless.

Supposed to be 2 cups of flour not the icing sugar. Oh my god!
Patutlah the batter tasted super sweet LoL

Long time no bake since 1 year and half months ago.
The last time when I was in form 4! How long it is!

In a nutshell, you have to be careful!
Is it funny? No, it isn't funny at all!

This is not my carrot cake. This photo was stolen from Google.com hehe.

Me, Malaysia and 3.46 a.m

Quiet Tuesday morning.

It has been a week since I ended my semester 1 successfully.
Stalking, reading and listening to the rock kapak music that I have been searching for it for a long time.

Eventually, I found it by stalking his twitter account. Oh, I got double benefits. (Is it benefits? LOL)

The "tick-tock" sound made by the clock caught my ears. They look so busy.

So, here it is. That music I've found.

3am Rock Kapak

Thursday, October 22, 2015

Anak dara...

Siang tadi.

Ibu: Kakak, lipat kain tu.

Aku: Hmmmmm

Ambil kain-kain baju dan longgokkan di tengah ruang tamu.

Lie down on the gunungan baju.

Aku: Hmmmm malasnyaaaa

Ibu: Macam mana nak jadi isteri mithali ni?!

Sentap sekejap.

Aku: Alah, nanti dah kahwin suruh lah laki I lipat sendiri hahahahaha

Sorang laki pun taknak kahwin dengan kau kalau macam tu, Sarah hahahahaha

Throwback time Raya Haji yang lalu...

Aku: *baru bangun tidur, takdelah lambat sangat. Tapi okay lah kategori lambat sebab tak tolong buat sarapan*

Ibu: Hah, baru bangun? Anak dara bangun lambat-lambat.

Aku: Takpe, nanti dah jadi mak orang kakak bangunlah awal.


Nenek mencelah,

Nenek: Hmmmm lepastu kalau duit tu ada lebih, pasang orang gaji kat rumah.

(bermonolog sendiri)





Bila bangun pagi je (kalau kat KKNC sahaja),
Aku keluar bilik, 
Buka lampu.
Buka kipas.
Buka pintu dapur.
Ikat langsir.
Buka tingkap for the fresh air (pagi kan?)
Kemas apa yang patut.
Buka pintu dapur for lighting sources.
What else?
Okay, masak air.
Cari sarapan (tak sediakan sarapan untuk housmates sekali pun hahaha)

Hahahahaha okay lah kan?

Lama-lama lagi better lah tu.

Takdelah tak tahu langsung deknon.

Main purpose post pasal benda ni,
Nak cerita 2 cerita kat atas tu je ahaahaha

Lepastu melalut pula.

Okay bai.
Thanks for reading, guys ;)

Tuesday, October 20, 2015

End of Semester 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!!

Am really happy since yesterday at 12 noon hahahaha

It has been 6 months being a Tamhidian. Another 6 months and get into degree. 
Can't believe that I'm grown up now! (macam kecil sangat)

6 papers drowned me during the exam. As usual, as a science stream student, the Biology, Physics, Chemistry and Mathematics are compulsory subjects for us. 
Commonly, the science stream students would finish their paper on the last day of exam. 
That's too common since school. 

So, now Tawakal and Doa begin. Hopefully, my examiners will be in sedate mode while marking my papers. Oh Allah! Please help me. To study peacefully in the next semester, I have to score above 3.5. Hmmmm....

Oh, the day before we had our last paper, my class organized a mini party (party? sorry I couldn't find the appropriate word) at Nilai Impian Lake. We had so much fun that evening. I ate a lot hahaha. 
I don't know why but I felt that time, it was really enjoyable. Although, we had the Chemistry paper on the next day. Watching your friends laughing is a kind of relief that suddenly came into your heart. I love watching people laughing :) 

We had a photoshoot for our last meeting!

Here are some of the photos.

Class of Tutorial 4, Tamhidi of Medicine.


This delicious cake, we bought at Mango Cake House :) Seriously, delicious!

I'm gonna miss my classmates! Cause we heard that the tutorial classes might be reshuffled in order to balance the number of students. So, maybe some of us would move to another class. Seriously, sad. Ahahahah because we are like family and suddenly we have to separate. 


Semester 1 is okay. Okay lah, alhamdulillah.

Okay, last photo I payung uolls. Ahaks.

From left: Me, Farhanah and Najeebah.

This photo was taken yesterday but I felt like it has been so long time we had a wefie because reputan is occurring rn. 

Upcoming event: MUET test. Do pray for us!

Lets prepare guys! 
*pardon me for my grammar errors. i'm still learning to improve my english*

Thanks for reading! 

Sunday, October 11, 2015

Road to Final Exam Sem 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Hi all!

Can't believe that today is Sunday. Although the time now is 1.35 a.m. but still can consider as Sunday.
We are on the next day after 12 o'clock at night.

Arrrrrr! Monday is the day that I would take the final examination for Semester 1.
I know it is just Semester 1 anddd I am only a Tamhidian (foundation student). Maybe there are some people said,

"Why do you have to worried about that exam?"

Hey! I have to score at least 3.5 in order to pursue my study in Medicine anddd there's a quota. Yes, the limit number of students to study in Faculty of Medicine and Health Science in Pandan Indah, KL. The journey is not easy as you guys think. Because there's only 80 seats offered by USIM while Medic students in foundation already above the quota which is 126. Plus, the dentistry and science and technology students, who are could possibly taking the medic course too?

So, we have to compete among 514 students (including medic, dentistry and sc tech students)

*sounds too scary right?*

Okay lah. I will just ignore the dentistry and sc tech students. Hahahahaha 
I have to put endless and countless efforts in order to succeed. Yes, I can! 

I still remember when we had our last lecture for Physics last week. 
Sir Arho told us that we have to score at least 3.5 for semester 1. Because the result in sem 1 will determine whether we are eligible to take the medicine course for our degree or not. And that's really haunting me since that day. And plus the mood to study for semester 2. Will we study happily or not. Hahahahaha okay that's true. 

Photo session with our Physics lecturer last Friday

Hopefully, everything will be fine. Amiin. There's nothing impossible, right?

I make a daily reminder. And guess what? It had remind me since last Monday. It looks like my phone is over excited to take the exam hahahahah

Unlike her owner. 


There are too many chapters to be digested. Too many words to be memorized. Too many formulas to be applied. The bad news is there's no formula will be given in exam paper. 

And I be like, yeayyyyyy! Yeayyy lah sangat.

Well, this is kind of training for us before entering the medical school. In medical school, there are infinity of terms and symptoms and scientific names to memorize. Hemo hemo. 

Alright. Just leave it to the Allah. 
Put more and more efforts. In shaa Allah we'll be rewarded. 

Study for akhirah! Not for dunya.

OMG, this is my first post I'm using english for the whole thing hahaha.

Pardon me for my bad grammar errors. I'm still learning. Hahahaha 

Thanks for reading, peeps!
Have a nice weekend. And I'm entertaining myself by reading and memorizing things. 

Please, do pray for me! XOXO

Thursday, October 8, 2015

Ibu pesan...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hi all!


Minggu ni study week. Because next week is final!
Final examination of semester 1. That's the reason I'm not coming home last week! Sobs.
Cuma ajak outing je. heheheheheh rumah dekat je.

Lepastu, aku berkira-kira nak balik juga tau. Ingat nak balik hari Isnin. Okay tak jadi. Ada hal. Hari Selasa, busy. Nak balik hari Rabu kunun-kununnya. Tapi, Rabu tu ada kelas ganti Physics. Start pukul 2 p.m - 5 p.m. Memang tak lah nak balik kan. Sebab rasa macam banyak benda tak catch up lagi. 

Lepastu, hari ni aku mereputlah kat KKNC. Tak ke mana-mana kecuali ke kafe. Konon-konon nak study Biology. Sebab satu chapter pun aku tak baca lagi! Matilah nakkkk T.T there's 11 Chapters I have to finish before I enter the exam hall on next week T.T

Tapi lepastu, baca punya baca punya baca. Rasa tak masuk langsung. Ya Allah dosa apakah yang telah aku lakukan T.T

Lalu, aku teruskan membaca tanpa memahami sepatah perkataan pun. Haremmm! 

Dan waktu pun berlalu sampailah tiba waktu Isya'. Tak tahu kenapa time lepas solat tu, rasa sebak. Rasa sedih sangat. Lepastu, aku ingat ingat balik. Apa yang aku dah buat ni? 

"Ohh.. Agaknya sebab aku dah lama tak call ibu kott. Sebab haritu, last contact kata nak balik tapi tak tahu bila. Mungkin ibu rindu aku ni. Sebab tu aku sedih.."

Rasa bersalah sangat sangat! Sebab dulu kan time sekolah, aku sekolah berasrama. Balik cuma sebulan sekali. Telefon selalu dapat call seminggu sekali. Paling banyak boleh buat 3 hari seminggu. Lepastu, adalah satu hari tu, aku rasa sedih. Aku cakap dengan cikgu aku. 

"Cikgu, saya sedih sebab tak dapat balik rumah. Saya rindu mak saya.."

"Ohh. Tu maknanya tu mak kamu rindukan kamu juga."

"Mana cikgu tahu?"

"Sebab antara ibu dan anak, ada satu chemistry yang bila mak rasa, anak pun rasa. Bila anak rasa, mak pun rasa. Sebab tu kadang-kadang pernah tak kamu time tu sakit. Kamu call mak kamu. Belum cakap lagi yang kamu sakit, mak mesti tanya dulu, "Tak sihat ke?".."

"Haah lah.. ^^"

Okay, back to the topic.

Dan aku pun call lah ibu selepas aku solat. Eh, tak call Whatsapp dulu. Hahahahaha tah pape kan.

"Assalamualaikum ibu. Tengah buat apa?"

"Tengah tengok tv. Waalaikumussalam.."

#Ibunda is typing...

"Ibu, sihat ke?"

"Alhamdulillah.. Kakak sihat ke?"


"Ibu, boleh call kakak balik tak? Kredit akak tinggal sikit, nanti tak puas cakap."

*sebenarnya setiap call, aku mesti minta mak aku call aku balik kah!*

Sebab kalau ibu call, kredit dia tak kena tolak. Muehehehehe

Dan 15 minit pun berlalu.

Dengarlah yang suara ibu sangat happy. hehehe
Alhamdulillah, hati pun dah tenang. 

Ibu pesan,

"Doalah banyak-banyak, Sarah. Ingat, minggu ni minggu peluang untuk kau. Jangan sibuk leka dengan gadget. Ini masanya untuk kau belajar. Ibu ingatkan dulu kau dah masuk USIM, dah selamat dah nak jadi doktor, rupa-rupanya ada saingan. Doa jelah banyak-banyak.."

Sedih aku dengar ayat second last tu. Sebab aku pun baru tahu bila aku dah mendaftar sebagai pelajar Tamhidi USIM. Sobs. 

Tapi, setiap kali aku down, aku selalu cakap kat diri aku,

"Sarah ada hikmahnya kenapa Allah letak kau kat USIM. Percayalah, ada hikmahnya! Redah je! Buat kerja kau, jangan buat kerja Tuhan!"

Allahu. Tapi, seriouslah paling mencabar duduk sini. Tapi, aku yakin, ada sebabnya kenapa Allah pilih aku untuk belajar kat sini. Kenapa bukan kat Jordan. Kenapa bukan dekat MSU. Aku yakin! Fighting! 

Kadang-kadang takut + malu juga bila orang tanya,

"Ambil course apa?"

"Errrr... Asasi je baru. Asasi perubatan.."

"Oh.. bakal doktor lah ni.."

*emoji monyet tutup muka*

Sebab lepastu aku selalu terfikir, kalau tak dapat macam mana? Mesti dorang kata kau menipu kan?
Tapi, lepastu aku merasionalkan balik fikiran aku.

"Kenapa mesti berfikiran negatif? Anggap jelah apa yang dorang kata tu sebagai doa, Bakal doktor. In shaa Allah."

Positif Sarah positif!

Doakan aku di sini! Doakan aku diberi kerajinan, dilapangkan dada, diterangkan hati, dipermudahkan segala urusan. Amiin in shaa Allah. 

Okay, sebenarnya saje saje nak update sebab tangan ni rasa gatal nak menaip. 
Thanks for reading!

Monday, October 5, 2015

Faktor kepada kejayaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Good morning all!

Hehehe. After performing the subuh prayer, I decided to not to sleep again. As we know that sleeping after subuh is not good right >.< *padahal ngantuk sebenarnya. Malam tadi tidur pukul 3 pagi. Urgh!*


So, aku scroll scroll lah kat Facebook. Kot kot ada benda yang menarik ke kan. Yang bermanfaat. Yang boleh memotivasikan diri aku di kala pagi yang hening ni. *hening lah sangat*. Then, I've found a link. Wahhh seriously aku terus termotivasi lepas baca post kakak tu.

And there's one great thing I've got after reading her story.

Rupa-rupanya sifir Tuhan ni bukan 80/20 seperti yang kita sangkakan. Di mana 80% itu adalah usaha kita. Study sampai lewat malam. 24/7 hanya spend untuk study. Manakala 20% itu adalah bertawakal kepada Allah. Tidak dan tidak sama sekali.

"Habis tu apa sifir yang betul?"

Sifir Tuhan yang sebenar adalah 20/80. Di mana 20% itu datangnya daripada usaha kita. Manakala, 80% merupakan perkara yang kita telah lakukan sehingga mampu 'menjemput' kejayaan kita.

Pernah tak?

Time jawab exam, tiba-tiba ada satu soalan ni tak dapat jawab. Sebabnya kita tak sempat habis baca. Lepastu, kita pun fikir dan fikir lalu terdetik kat dalam hati.

"Eh, apa kata aku letak je jawapan ni. Mana tahu kot kot betul ke aku tembak. Daripada kosong, baik letak je. At least, I'm trying."

Lalu masa berlalu begitu pantas sampailah kita dapat balik paper exam kita. Kita check jawapan kita lepastu kita sendiri tak sangka. Soalan yang kita tak tahu tadi tu, jawapan yang kita letak yang disangkakan salah tu, adalah jawapan yang betul. Huhu. Dengan kata lain, jawapan yang diterima dalam skema jawapan.

Pernah kan kan kan? I bet semua orang pernah ada pengalaman ni tak kisahlah baru sekali ke dua kali ke atau dah berkali-kali. Cuba kita fikir, mana datangnya ilham untuk menjawab soalan tu dengan jawapan yang hanya terlintas di fikiran kalau bukan datangnya daripada Allah?

Sedangkan, ada je kawan kita yang dah habiskan pembacaan dia sebelum masuk exam hall tapi still jawapan dia salah. Sebenarnya, mungkin ada terselit satu atau dua kebaikan yang kita dah lakukan sebelum masuk exam hall tu. Perkara tersebut yang menjadi faktor kepada kejayaan kita.

Dan ada juga faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan kita iaitu, doa ibu dan ayah.

Ada sorang ustaz ni pernah berkata kepada kami semua,

"Sebenarnya rahsia terbesar kejayaan seseorang itu adalah doa ibu dan ayahnya. Sebelum exam ni, awak telefon lah mak ayah awak, minta restu kat mereka, mohon ampun. Kerana redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Cuba bayangkan, kita ada buat salah terhadap mereka tapi kita tak minta maaf pun. Ketika ibu dan ayah kamu berdoa juga, pasti ada terdetik perasaan mereka tidak redha terhadap perbuatan kita. Allahu."

Jadinya, perkara tersebut pun boleh beri effect yang besar kepada kejayaan kita. Berbuat baiklah kepada mereka. Kadang-kadang walaupun kita tak belajar sangat, tapi kita mungkin selalu tolong mak ayah kita. Selalu dengar kata. And due to the lack of time to study *sebab banyak masa spend untuk tolong mak ayah* tadi, Allah gantikan dengan pertolongan ketika kita menjawab peperiksaan.

So, mana yang lebih berkesan? Pertolongan Allah atau usaha kita sepenuhnya sehingga terabai tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa, terabai tanggungjawab kita sebagai hamba Allah? Mestilah jawapannya pertolongan Allah. Percayalah, bukan 100% kejayaan kita tu datangnya daripada usaha kita. Bukan!

Usaha kita hanya berapa percent je.

Percayalah, Allah telah tetapkan rezeki untuk kita sejak kita masih di syurga. Sejak kita belum ada di dunia lagi. Buat sehabis baik dan ingat, jagalah hubungan kita dengan Allah. Tu perkara yang paling penting. Study hard dah, tapi solat tak jaga pun tak guna juga. Allahu rabbi :'(


Mohon dijauhkan.

Cukup sekadar ini perkongsian saya. Hehe. Semoga kita sama-sama mendapat 'ibrah (pengajaran) daripada post ini in shaa Allah.

Thanks for reading ❤

Terjebak ke dalam dunia ber-blogging

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hi all!!

Lama dah tak post kat blog ni. Nak post, hold hold. Lepastu, kekeringan idea. Lepastu, tak tahu nak post apa hahahaha that's my biggest problem ever.

Macam mana nak jadi macam Fatin Liyana ni hahahaha. Seronok tengok orang boleh ada idea mencurah-curah untuk post dalam blog. Aku?

Kadang-kadang aku pernah disoal oleh beberapa orang kawan aku. 

"Best ke blog ni?"

"Hurmmm.. Best! Dia macam diary online. Tapi tak terlalu diary. Still kena tapis lah kan."

"Apa yang best?"

"Kalau kau nak tahu apa yang best, buatlah blog. Baru tahu. Kalau aku cakap tak feel nanti hehe."

Aku start berblogging since I was in form 1 *if im not mistaken*.
End of year 2010. Buat time tu saje saje. Entah kenapa tiba-tiba datang mood nak buat blog. Padahal waktu tu, tak tahu pun blog tu apa. Nak post apa. Tak cari kawan pun apa semua. Bila masuk form 2, aku jumpa kawan aku yang pertama yang ada blog juga. Iaitu, Najeebah hahahaha.
Start daripada situ, aku tahu yang blog ni ada template. Boleh design sendiri. Lepastu, aku jadi excited. Tapi time tu, habis semua benda aku nak cerita kat blog ni tanpa ditapis sebabbbb takde sape nak baca pun. Kahkahkah.

Sikap aku, aku suka explore sendiri. Sebab kalau aku explore sendiri, perkara tu boleh tambah pengalaman dalam hidup kita. Even benda tu kecikkk je. So, aku pun travel lah cari blog tutorial macam mana nak buat tu macam mana nak buat ni. Best! Nak cantikkan blog. Aku tak suka guna template yang dah sedia ada. Rumit! Aku lebih suka design sendiri. So, aku puas hati. Sebab kalau guna template, salah sikit je habis ah blog aku T.T

Kalau pandai main coding, kau boleh ubah sendiri. Size font ke nak header terbalik berpusing ke apa benda lagi lah.

Time form 3, makin bersemangat aku nak berblog sebab waktu tu dapat tahu ramai blogger yang terkenal. Aku tak berapa ingatlah sape sebab aku dah lupa hahaha. Zaman dah lama. Tu time zaman aku muda muda dulu. Tapi time tu blog tengah hot lah. Semua orang nak ada blog dan semua orang perasan yang dia akan terkenal melalui penulisan dia. Kau ingat senang?

Tapi memang ramai pun yang terkenal sebab penulisan mereka yang stylo gaya urban. Penggunaan bahasa yang tidak terlalu formal dan cara penyampaian yang berkesan. Thumbs up sikek! Aku suka baca. hehehehe takyah ah mention sape. Sebab aku dah lupa semua.

So, dulu cita-cita kunun nak jadi blogger terkenal *puihhh*. Tapi biasalah, manusia ada masa dia rajin sampai dua posts sehari. Ada masa malas tahap cimpanzi. Post dua kali setahun hahahaha.

Tapi, kenapa aku cerita benda-benda ni dalam post aku kali ni ek?

Ohh sebab aku cuma nak menzahirkan perasaan betapa best nya berblogging. 
Nanti dah kahwin boleh tunjuk kat anak.

"Look here kids. Mommy has a blog since mommy was in form 1.."  :P

Lawak ke der. Sebenarnya memang rasa nak post kat blog ni setiap hari. Tapi kadang-kadang terfkir, hurmmm nak post. Adakah post ni bermanfaat? Adakah cerita ini menarik untuk diceritakan? Dan pelbagai lagi soalan dilemparkan kepada diriku sendiri. 

Hahahaha apa yang aku merepek tengah-tengah malam buta ni -.-

Okay people. Good night! 
Thanks for reading. XOXO