Friday, July 29, 2016

Alahai kenangan 2012


(WARNING: POST INI TERAMATLAH PANJANG HEHE, ENJOY!)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Hello peeps! hehe, semangat pula sejak dua menjak ni meng-hupdate belog. Aku ni kalau kena mood malas, memang malas. Sampai berbulan-bulan lah juga kadang-kadang. Bila rajin, memang terlebih rajin. Kadang-kadang pernah je rasa lepas dah update, rasa nak update lagi, kiranya 2kali sehari amboiiii..



Petang tadi, aku pun tak tahu kenapa aku rasa maciam rindu sangat dengan zaman sekolah tau. Lepastu, aku menggagau ah cari gambar-gambar balik nak buat throwback tapi mengecewakan sebab GAMBAR AKU HILANG! AKU TAK TAHU MANA PERGI GAMBAR-GAMBAR KENANGAN TIME FORM 1 SAMPAI FORM 5 isk isk isk T.T



Lepastu, kengkonon teringat ah kat timeline dulu, aku banyak hide gambar yang orang tag aku, so gigihlah si Sarah Nabila scroll balik tengok satu-satu. Rindu gila weh! Nak-nak ada satu gambar tu (nanti aku share), tahun 2012, aku terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) kali kedua dalam pertandingan kalimatus sobah hehe.


Kalimatus sobah ni macam public speaking lah kalau bahasa Inggeris, kalau bahasa Melayu, aku tak tahu amende sebab dia santai je, 5 minit kot masa diperuntukkan ke 10 minit gitu. Tahun 2012 ni, dorang buat kat SMKA Kuala Selangor. Aku frust gila sebab pergi bertanding dapat tempat yang dekat-dekat je, hekelehhh. Negeri Sembilan dan Selangor, hekelehhh (tak bersyukur gila kan?).



Okay ah, aku start cerita dari awal macam mana aku boleh terjebak dengan Kalimatus Sobah ni?
Cerita dia bermula pada suatu hari, (jeng jeng jeng) aku pernah ah cakap kat kawan aku yang aku tak tahu apa kelebihan aku. Time tu dah nak masuk form 3 tapi aku tak pernah lagi join mana-mana pertandingan. Kawan baik aku sendiri ada masuk pertandingan choral speaking lah apa lah, jealous weh. Dahlah time tu belum pegang apa-apa jawatan so, rasa kosong lah. 


Kawan aku ada yang masuk english debate bagai tapi aku? Krik krik.


Satu hari tu, ada sorang ustazah ni, nama dia Ustazah Aisah nak buat ujibakat lah untuk kalimatussobah ni. Aku pun sajelah masuk suka-suka. Serious suka-suka, takde niat pun nak kena pilih masuk pertandingan ke hape sebab aku ingat ada dapat hadiah (HAHAHAHA, paling sakai). So, kitorang semua diberikan teks arab dan kena bercakap kat depan tapi bolehlah baca teks tu. Aku pun baca jelah, tak berdebar sangat sebab dah banyak kali berlatih. By the time aku turun dari pentas, ustazah Aisah tadi terus kejar aku then cakap, 



"Tahniah Sarah, mabruk mabruk. Awak buat yang the best tadi." sambil hulur air kotak sebagai saguhati untuk semua peserta ujibakat. 


"Eh, mana ada ustazah. Dia (sambil tunjuk kat kawan aku) lagi hebat ustazah. Lagi best dia cakap, saya biasa je, pengalaman pun takde."


"Eh, ustazah tengok kamu hebat tau!"




Kembang kempis hidungku ketika itu hahaha. Aku pun macam pelik gak ah sebab aku sorang je peserta yang ustazah macam teruja sangat bila dah habis tu. Then, balik ke kelas seperti biasa...


Selepas beberapa hari kemudian....


Guru-guru sibuk mencari pelajar yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM (MISS) peringkat Negeri Sembilan. Time tu, mula-mula aku dah terpilih untuk  mewakili pertandingan Kuiz Ilmu Wahyu tau. So, aku relax jelah sebab elehh baca je, takyah berlatih sangat. Tetibe, pada suatu hari ketika waktu rehat, aku di-approach oleh ustazah Aisah semula...



"Sarah, awak masuk kalimatussobah jom."


"Eh, taknaklah ustazah. Kawan saya tu kan ada, dia hebat apa ustazah. Saya tak hebat macam dia, biasa-biasa je."


"Eh, ustazah yang tengok awak ujibakat haritu, ustazah tahulah. Jom lah, tolong saya."


"Ermmm, saya istikharah dulu lah ustazah hehe."


"Kamu nak istikharah apa, esok dah kena bagi nama. Okay lah, kalau awak nak, lepas rehat datang ke pusat akses. Saya tunggu."




Gulp.

Aku terkedu. Keliru. Nak masuk ke tak eh? Adakah ini jawapan kepada doaku selama ini? acewahh haa kau macam nak cari jodoh pula kan.



Lepas rehat, lepas minta izin dengan guru Geografi, aku pun pergi ke pusat akses. Ustazah nak saring antara aku dengan kawan aku ni. Aku macam serba salah pun ye gak time tu, yelah dia dah terpilih mesti dia bersemangat semua kan? So, ustazah suruh baca teks tu depan dia dengan gaya yang sangat confident. 

Aku bab-bab confident ni laju juga ah tapi bertempat kehkehkeh.


Aku baca jelah macam yang ustazah nak then ustazah nak pilih mana yang dia nak untuk ke pertandingan. Akhirnya, dia pilih aku. Aku macam happy macam sedih. Happy sebab aku memang suka part-part bercakap ni hehe, sedih sebab kesian kat kawan aku.


I thought aku akan dapat reaksi yang sedih daripada kawan aku rupanya tak! Dia sebenarnya happy gila tak kena masuk kalimatussobah, cissss, penat je aku bersedih untuk dia hahahaha. Dan latihan pun bermula. Time tu form 3 kott, aku mampu hafal je, faham tapi belum mampu lagi nak buat ayat ikut kepala otak time-time tu juga. Kena push otak gila-gila tapi belum berjaya sebab baru terdedah.


Tipu ah kalau tak penat wehhhhh. Siang malam pagi petang ada latihan berderet sampai aku rasa lifeless gak ah kengkadang. Turun asrama lewat, baju selambak tak sempat basuh, tidur tak cukup, naik asrama lewat.


Ada dalam 8 ke 10 teks lah. Tapi biasa lah mesti akan ada satu dua teks yang macam kita kureng sikit kan? Latihan demi latihan sampai kena tinggal kelas. Mak ayah aku risau sebab aku tinggal kelas tapi aku cakap, jangan risau. Aku sentiasa follow apa yang dorang dah belajar then aku study je daripada kawan baik aku, Nurul Aina :)



Dan hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kau tahu tak, sampai-sampai je kena cabut undi untuk giliran tau. Aku antara yang terawal sampai, and guess what aku dapat giliran ke berapa?















FIRST!





I was like, arghhhhhh! Gila ah, first kotttt! First! Kenapa aku suka nombor pertama? Why why? Aku macam dah gelabah ah juga time tu. Dipendekkan cerita, aku dapat tajuk Kepentingan Membaca tapiiiiii teks tajuk tu aku kureng sikit. Aku ingat awal-awal je. Sampai je depan juri, aku cakap ayat first tu lepastu aku blank tau sebenarnya tapi kemudian aku teringat kat teks Perpustakaan yang aku hafal 100% tu, so aku kait-kait je. Hahahaha aku pun tak tahu macam mana aku ada keyakinan untuk kaitkan je teks tu dan akhirnya habis.


Bila kau jadi orang first, kau akan habis awal dan kau mereput. So, aku berjalan-jalan lah tengok kengkawan yang lain.... Habis je semua pertandingan, terserempak pula aku dengan ustazah Aisah, oh btw, ustazah Aisah pun jadi hakim aku tau tapi dia dah kata, jangan pandang dia sangat. Aku pun minta maaf kat ustazah...


"Ustazah, saya minta maaf sebab tadi teruk ah performance saya."


"Takpe, awak dah buat yang terbaik." dengan nada kecewa.


"Minta maaf ustazah sebab saya tak hafal, saya main kait-kait je tadi."


"Takpe sarah, kalau tak menang pun takpe sebab awak dah buat yang terbaik."


Sedih weh sebab ustazah memang macam dah putus harapan ah time tu, memang aku rasa kalah teruk ah.


"Saya minta maaf, ustazah. Saya rasa ustazah tak patut pilih saya."


"Eh, apa cakap macam tu, awak dapat nombor satu lah."


"Eh ustazah, biar betul. Ustazah tipu ni.. kan?"


"Iye, nombor satu, tak percaya pula."


"Ustazah tipu kan? Ustazah, janganlah.."


"Kita tengok kat dewan nanti..." dan ustazah terus berlalu pergi.



Aku macam, what?! serious ah nombor satu? yeke ustazah ni, argh tak percaya ah.



Makan tengah hari solat semua dan akhirnya majlis penutup. 

Dan memang ye, I got 1st place wakakaka. Susah gila nak percaya! Dannn sesiapa yang Johan time tu terus pergi peringkat kebangsaan. Gembira gila weh! Syukur sangat-sangat ahahaha. Ke-excited-an bermula selepas kitorang yang johan kena ukur baju untuk baju kontinjen Negeri Sembilan hehe.



Lebih kurang sebulan pun berlalu,


Sampai je SMKA Kuala Selangor, kitorang terus daftar dan diberikan tag. Belakang tag tu ada tentatif program sepanjang hari pertandingan berlangsung.


"WOW, bestnya ada lawatan! Dua kali pula tu wuhuhuhu."


Batak kan? Jakun kan hahahaha excited gak ah pergi percuma kottt. Dapat banyak barang free pula and tak lupa, EXPERIENCE! Paling berharga :') check in apa semua, malam tu majlis perasmian. Menu makan malam, ayam masak kurma tau. Aku tak berapa suka tapi aku makan lah. Aku dah perasan yang selera makan aku mula hilang. Aku abaikan jelah.



Malam tu tidur macam biasa.


Tepat jam 3 pagi,

Aku terbangun dan terus termuntah. Aku berlari terus pergi toilet. Dahlah toilet asrama dia nun hujungggg blok. Aku tak hirau dah takut ke apa aku redah je. Aku muntah-muntah lepastu sakit perut. Tak boleh tidur lena sebab aku cirit-birit. Bayangkanlah pukul 3 pagi cirit-birit dah kenapa kan? Esok pagi bangun, lesu gila. Sakit perut semua, bagi tahu urusetia. Urusetia bawa pergi bilik sakit then suruh makan panadol and sapu minyak angin. Aku tidur kejap.



Dahlah tajuk tak dapat tau untuk kebangsaan ni, aku tanya ustazah banyak kali, tajuk takde ke, ustazah kata dia tak dapat. Aku okay jelah, baca tajuk yang sedia ada.



Aku rasa aku muntah-muntah dan cirit-birit tu bukan sebab aku salah makan tapi sebab terlampau takut dan resah untuk hari esoknya bertanding. Bertanding empat hari. Hari kedua, untuk menengah atas. Menengah rendah hari ketiga. Dan tibalah hari ketiga tersebut... Aku pun kunun dah prepare ah kan. Keluar bilik alhamdulillah dah tak sakit perut semua. Sampai-sampai je kena kuarantin as usual. Satu bilik dalam empat orang kot. Time tu, ada budak KL, Perak dengan apa tah. 


Berkenalan seperti biasa dan akhirnya tiba giliran aku. Alhamdulillah, kali ni tak dapat giliran first tapi dapat tajuk yang AKU TAK PREPARE LANGSUNG YA ALLAH! Lagi sadis, tajuk pun aku tak tahu nak translate. Aku macam nak menangis dah. Aku banyak kali cakap dengan penjaga kuarantin kat situ,

"Saya tak tahu tajuk ni, macam mana saya nak cakap?"


Bila fikir balik, macam orang bodoh pula aku ni time tu. 

Cakap kat depan tu, 3 minit je itupun banyak diam kahkah. Aku lambat-lambatkan cakap, serious aku blur sebab AKU TAKDE POINT DAN AKU TAK PREPARE DAN NEGERI SEMBILAN TAK DAPAT TAJUK KEBANGSAAN LIKE SERIOUSLY?! TAK ADIL GILA KOT! Dah habis cakap, akan ada satu soalan tau diberikan oleh hakim. Hakim tanya, apa contoh keluaran Malaysia?


Aku banyak kali cakap, "hah?!" dia ulang lagi sampailah aku terpandang guru iringan kontinjen aku, nampak mulut dia miming, "Sayyarah (kereta)." Aku pun jawablah. Lepastu, dia tanya brand apa? Aku jawablah, "Perodua, Proton dan sebagainya." lepastu semua orang gelakkan aku dan aku pun gelak bersama tapi aku blur apa salah jawapan aku? Hahahahah lawak je. 




Keluar je dari bilik pertandingan, ustazah tu semua tanya,


"Awak tak dapat tajuk kebangsaan?"

"Tak, ustazah. Ustazah saya pun tak tahu ada tajuk Kebangsaan."

"Ish, macam mana boleh tak dapat ni? Peliknya, tak adillah."

"Haa tulah, saya pelik ingatkan takde rupanya ada."



Maka, baliklah aku ke dorm dengan perasaan yang teramat sedih... balik dorm je terus tidur. Aku bagitau kawan lepastu, nasib dorang pun lebih kurang, dorang lagi sedih, waktu nak pergi final, dorang beza 1 markah je dengan team yang dapat ranking ketiga. Pastu, member aku kata, dah jangan sedih lepasni kita nak pergi lawatan, happy-happy je. Dan aku tak jadi sedih hehe.




Sampailah esoknya, majlis penutup bagai-bagai. Sedih juga lah sebab tak dapat naik pentas dapat pergi sebelah dewan je ambil hadiah HAHAHAHA. Alah, macam lah aku je yang tak naik pentas kan? Sedih sebab orang yang kuarantin dengan aku dapat tempat tapi aku ni ha yang tercicir. Sebenarnya, bukan rezeki aku hehe. Tapi okay lah, bila Selangor jadi tuan rumah, BANYAKKKK HADIAHHH aku dapat bawa balik.




Aku dapat kain baju (dari jakel you, I simpan kotak tu lagi tau), dapat duit, dapat piala as saguhati dan dapat EXPERIENCE! Tak jadi nak sedih lebih-lebih wakakaka. Alhamdulillah. Itulah pengalaman pertama pergi pertandingan sampai peringkat kebangsaan, tengok sekolah orang and bergaul (jugalah) dengan kawan-kawan dari negeri lain walaupun macam culture shock sikit sebab dorang punya loghat PEKAT GILA! Kitorang dak-dak Nismilan ni tak guna sangat loghat, most of the time, cakap biasa je.





Best experience ever. Saje cerita kat blog ni sebab aku takut aku akan terlupa satu hari nanti dan aku harap bila aku baca balik, aku ter-recall baliklah segala kenangan pahit manis masin masam yang aku dah lalui (mungkin boleh bagi anak-anak aku baca juga ke >.<). Boleh ah cerita (read: show off) kat bakal waris ke kan (:P :P) astaghfirullah... ish ish.





Nah, payung gambar :*


 
Sorry, saya ada sebab tersendiri kenapa kena conteng muka tu kasi tutup hehe.


Tudung tu, aku tak pasti dah pergi mana, adik aku ambik ke hape hmmm cari takde pula.
Baju tu, ohh ya, baju tu dah sempit sebab dia buat muat-muat size aku ciss.

First try pun ingatkan tak boleh masuk kepala, nasib baik boleh fuhhh.
Dapat betul-betul time nak bertolak baru dapat baju, kalau tak muat memang sayonara.



This photo was taken during majlis penutup dan penyampaian hadiah. Ni team kalimatussobah lah kiranya hahahaha. Hebat? Taklah weh, ni semua pinjaman daripada Allah. PINJAMAN. Allah bagi aku peluang untuk merasai kemanisan yang sementara sebab satu hari nanti aku perlu 'PULANGKAN'nya semula :)




Thanks for reading, guys! (ada ke yang read?)



XOXO.


To be continued.. Part 2... 2013...

2 comments:

  1. At least experience tu ada, selagi hayat ada selagi kepala boleh ingat maka bersyukur lah hihi

    ReplyDelete