Thursday, January 14, 2016

What Makes A Good Leader?



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hi all! How’s your day today?

Is it exciting? May today is better than yesterday.


Goshhh, alhamdulillah Allah had blessed me and my team for the annual tamhidi sports carnival last Saturday. As He promises,

“Inna ma’a al-‘usri Yusra.”
“Di sebalik kesusahan, ada kesenangan.”


The flow before the carnival was very tough and complicated. And plus, I was the penolong ketua ajk urusetia. Hmmmm so faham faham jelah.

Eventually, alhamdulillah everything went very well. My team were very supportive and I was so happy. They did all their job systematically. One day, I asked myself.



“Am I a good leader to them?”



Of course, the biggest fear being a leader is when your anak-anak buah talk behind you. And that’s common. Bila menjadi seorang ketua, jangan takut untuk dikritik. Tapi kalau kena kritik sebab kita tak amanah dalam melakukan tugas kita, yet we must change the way we lead people. In my opinion, manusia mengkritik because they have 2 reasons:



1.    Kita tidak mampu memberikan arahan dengan baik
2.    Mereka sebenarnya dah benci kita lama dah



Reason kedua tu, sebab manusia ni kalau dia dah benci sangat kan, baik macam mana pun orang tu bagi arahan, amat jarang sekali untuk dia patuh akan arahan ketuanya hahahahaha. Sebab sifat manusia suka tengok benda yang jahat dalam diri manusia lain instead of tengok benda yang baik-baik. Kita memang suka mencari aib orang. Sebenarnya, untuk menyelesaikan senang je. Yang paling penting adalah sifat bertolak ansur. Bukan tolak secara beransur-ansur eh..



“So, what makes a good leader?”


A good leader ialah leader yang mendidik anak-anak buahnya. Not only they give instructions clearly but then they also guide the anak-anak buah how to do this and that. To whom, untuk refer perkara ni, untuk contact pasal benda sekian-sekian. Yes, setiap ketua mempunyai cara yang tersendiri and kita tak boleh nak suka-suka hati membandingkan mereka dengan ketua-ketua yang lain. So, are you saying that a leader yang suka mengarah tak tentu hala tanpa panduan, adalah leader yang mempunyai cara mereka tersendiri dalam memberi arahan? Of course not. Masa zaman-zaman sekolah dulu, ustaz aku selalu pesan,




“Seorang ketua yang baik adalah yang boleh menyentuh setiap hati ahlinya dalam setiap percakapannya.”





Menyentuh di sini bermaksud menyentuh dengan cara yang halus dan lembut bukan dalam bentuk perlian. A good leader ialah leader yang sentiasa mengingatkan ahlinya kepada Allah. Yang sentiasa mengingatkan ahlinya bahawa tujuan kita melaksanakan amanah itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Dia, dan sebenarnya kita juga boleh menyampaikan dakwah ketika kita menjalankan amanah itu. The way a leader leads people sebenarnya sangat mempengaruhi ahli-ahlinya. Sekiranya kita lead people dengan kekerasan, you will get back the kekerasan too. If we lead people dengan kelembutan, we will get back the kelembutan too. Siapa kata dalam ketegasan kita tak boleh berlembut? Sebenarnya ada seninya bagaimana nak berlembut dalam ketegasan. That is our responsible to find the way. Kita kan leader? How to give instructions clearly dan dalam masa yang sama ada kelembutannya di situ. Taknak nampak macam kita ni queen @ king control sangat. Mentang-mentang kita ketua, tak semestinya kita tak berhak ambil tahu tentang tugas-tugas mereka. Mestilah kena tanya progress, problems and give a solution to each of the problems. Duduk satu meja bincang baik-baik.


Dalam pada kita memberi arahan kepada ahli-ahli kita untuk menjalankan tugas masing-masing, we have to use an appropriate language to them. If possible, use the formal one untuk menampakkan yang kita ni bukan menyerahkan tugas tersebut 100% kepada dia. Let see the differences.




“Okay, korang kena susun jadual ni. Ikut ah korang nak susun macam mana, ini semua kerja korang. Pepandailah fikir.”


Vs.


“Okay, tugas korang adalah untuk menyusun jadual ni sebaik mungkin. Terpulang kepada korang untuk menyusun jadual ni macam mana. Kalau ada masalah, boleh refer saya.”




So, pada pendapat korang, ayat mana yang agak okay lah dan mudah diterima baik oleh ahli-ahli apabila mereka mendapat arahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan?
Ayat kedua kan? Nampak baik sikit lah berbanding ayat yang pertama. In my opinion, if my leader keluarkan arahan dengan menggunakan ayat yang pertama, my first impression will be, ohh dia ni orang yang lepas tangan dan memang lepaskan gila-gila tanggungjawab tu kepada kita. Sebab ayat last tu, “ini semua kerja korang”. Agak kasarlah pada aku. Dahlah kata ini semua kerja kita lepastu takde panduan lagilah panas kan? Hahahahaha



So, as I said just now, dalam ketegasan ada kelembutan. Sebuah seni yang perlu dicari oleh setiap ketua. Untuk memuaskan hati semua orang memang kita tak mampu. Tapi tak salah untuk mendengar pendapat orang lain tentang macam mana cara untuk kita memperbaiki ketika menjadi seorang ketua. Tak perlu meeting yang banyak pun untuk merancang sebuah majlis yang gah tetapi cukuplah dengan arahan dan panduan yang baik daripada seorang ketua. Dalam meeting pun, cakap benda yang penting sahaja dan hal-hal yang berbangkit yang rasa macam perlu untuk minta pendapat semua. Seorang ketua wajib datang lebih awal untuk meeting sebelum anak-anak buahnya. Sebab kat situ orang boleh menilai kita, kita ni ketua yang macam mana. Walaupun ada pepatah kata, don’t judge a book by its cover but in my opinion, sebenarnya melalui first impression orang kepada kita tu almost true dengan character kita.

Overall, dua dua main peranan yang penting. Ketua dan anak buah. Kalau dapat anak buah yang sambalewa buat kerja pun tak jalan juga. Masing-masing kena tahu skop kerja masing-masing juga lah. Tidaklah 100% serahkan kepada ketua, baik ketua tak perlu cari ahli untuk membantu dia. Hmmmm..


Post ini hanyalah sekadar pandangan daripada diri yang hina dan kerdil ini. Tidak ada yang betul mahupun salah XOXO


Thanks for reading!