Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Hi all! How’s your day today?
Is it exciting? May today is better than
yesterday.
Goshhh, alhamdulillah Allah had blessed
me and my team for the annual tamhidi sports carnival last Saturday. As He
promises,
“Inna ma’a al-‘usri Yusra.”
“Di sebalik kesusahan, ada kesenangan.”
The flow before the carnival was very
tough and complicated. And plus, I was the penolong ketua ajk urusetia. Hmmmm
so faham faham jelah.
Eventually, alhamdulillah everything
went very well. My team were very supportive and I was so happy. They did all
their job systematically. One day, I asked myself.
“Am I a good leader to them?”
Of course, the biggest fear being a
leader is when your anak-anak buah talk behind you. And that’s common. Bila
menjadi seorang ketua, jangan takut untuk dikritik. Tapi kalau kena kritik
sebab kita tak amanah dalam melakukan tugas kita, yet we must change the way we
lead people. In my opinion, manusia mengkritik because they have 2 reasons:
1.
Kita tidak mampu memberikan
arahan dengan baik
2.
Mereka sebenarnya dah benci kita
lama dah
Reason kedua tu, sebab manusia ni kalau
dia dah benci sangat kan, baik macam mana pun orang tu bagi arahan, amat jarang
sekali untuk dia patuh akan arahan ketuanya hahahahaha. Sebab sifat manusia
suka tengok benda yang jahat dalam diri manusia lain instead of tengok benda
yang baik-baik. Kita memang suka mencari aib orang. Sebenarnya, untuk
menyelesaikan senang je. Yang paling penting adalah sifat bertolak ansur. Bukan
tolak secara beransur-ansur eh..
“So, what makes a good leader?”
A good leader ialah leader yang mendidik
anak-anak buahnya. Not only they give instructions clearly but then they also
guide the anak-anak buah how to do this and that. To whom, untuk refer perkara
ni, untuk contact pasal benda sekian-sekian. Yes, setiap ketua mempunyai cara
yang tersendiri and kita tak boleh nak suka-suka hati membandingkan mereka
dengan ketua-ketua yang lain. So, are you saying that a leader yang suka
mengarah tak tentu hala tanpa panduan, adalah leader yang mempunyai cara mereka
tersendiri dalam memberi arahan? Of course not. Masa zaman-zaman sekolah dulu,
ustaz aku selalu pesan,
“Seorang ketua yang baik adalah yang
boleh menyentuh setiap hati ahlinya dalam setiap percakapannya.”
Menyentuh di sini bermaksud menyentuh
dengan cara yang halus dan lembut bukan dalam bentuk perlian. A good leader
ialah leader yang sentiasa mengingatkan ahlinya kepada Allah. Yang sentiasa
mengingatkan ahlinya bahawa tujuan kita melaksanakan amanah itu tidak lain dan
tidak bukan hanyalah untuk Dia, dan sebenarnya kita juga boleh menyampaikan
dakwah ketika kita menjalankan amanah itu. The way a leader leads people
sebenarnya sangat mempengaruhi ahli-ahlinya. Sekiranya kita lead people dengan
kekerasan, you will get back the kekerasan too. If we lead people dengan
kelembutan, we will get back the kelembutan too. Siapa kata dalam ketegasan
kita tak boleh berlembut? Sebenarnya ada seninya bagaimana nak berlembut dalam
ketegasan. That is our responsible to find the way. Kita kan leader? How to
give instructions clearly dan dalam masa yang sama ada kelembutannya di situ.
Taknak nampak macam kita ni queen @ king control sangat. Mentang-mentang kita
ketua, tak semestinya kita tak berhak ambil tahu tentang tugas-tugas mereka.
Mestilah kena tanya progress, problems and give a solution to each of the
problems. Duduk satu meja bincang baik-baik.
Dalam pada kita memberi arahan kepada
ahli-ahli kita untuk menjalankan tugas masing-masing, we have to use an
appropriate language to them. If possible, use the formal one untuk menampakkan
yang kita ni bukan menyerahkan tugas tersebut 100% kepada dia. Let see the differences.
“Okay, korang kena susun jadual ni. Ikut
ah korang nak susun macam mana, ini semua kerja korang. Pepandailah fikir.”
Vs.
“Okay, tugas korang adalah untuk
menyusun jadual ni sebaik mungkin. Terpulang kepada korang untuk menyusun
jadual ni macam mana. Kalau ada masalah, boleh refer saya.”
So, pada pendapat korang, ayat mana yang
agak okay lah dan mudah diterima baik oleh ahli-ahli apabila mereka mendapat
arahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan?
Ayat kedua kan? Nampak baik sikit lah berbanding
ayat yang pertama. In my opinion, if my leader keluarkan arahan dengan
menggunakan ayat yang pertama, my first impression will be, ohh dia ni orang
yang lepas tangan dan memang lepaskan gila-gila tanggungjawab tu kepada kita.
Sebab ayat last tu, “ini semua kerja korang”. Agak kasarlah pada aku. Dahlah
kata ini semua kerja kita lepastu takde panduan lagilah panas kan? Hahahahaha
So, as I said just now, dalam ketegasan
ada kelembutan. Sebuah seni yang perlu dicari oleh setiap ketua. Untuk memuaskan
hati semua orang memang kita tak mampu. Tapi tak salah untuk mendengar pendapat
orang lain tentang macam mana cara untuk kita memperbaiki ketika menjadi
seorang ketua. Tak perlu meeting yang banyak pun untuk merancang sebuah majlis
yang gah tetapi cukuplah dengan arahan dan panduan yang baik daripada seorang
ketua. Dalam meeting pun, cakap benda yang penting sahaja dan hal-hal yang
berbangkit yang rasa macam perlu untuk minta pendapat semua. Seorang ketua
wajib datang lebih awal untuk meeting sebelum anak-anak buahnya. Sebab kat situ
orang boleh menilai kita, kita ni ketua yang macam mana. Walaupun ada pepatah
kata, don’t judge a book by its cover but in my opinion, sebenarnya melalui
first impression orang kepada kita tu almost true dengan character kita.
Overall, dua dua main peranan yang
penting. Ketua dan anak buah. Kalau dapat anak buah yang sambalewa buat kerja
pun tak jalan juga. Masing-masing kena tahu skop kerja masing-masing juga lah.
Tidaklah 100% serahkan kepada ketua, baik ketua tak perlu cari ahli untuk
membantu dia. Hmmmm..
Post ini hanyalah sekadar pandangan
daripada diri yang hina dan kerdil ini. Tidak ada yang betul mahupun salah XOXO
Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment