Friday, April 29, 2016

Kisah Tamhidi *Part 1*



AWAS! POST INI SANGAT PANJANG, HARAP BERSABAR KETIKA MEMBACA ;)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Vahh vahh long time no see yaa!


Alhamdulillah, finally just graduated from Tamhidi last two weeks. Ceh, graduate. Okay lah just finished.



I cannot deny being a Tamhidi student taught me a lotttttt of thingsss.. Especially, ilmu kehidupan. Yeah, ilmu kehidupan yang 50% sebenar. Lagi 50% tu cari time degree dan seterusnya alam pekerjaan. Ilmu kehidupan is kita jumpa pelbagai orang dengan macam-macam ragam. Macam-macam kerenah macam-macam fikrah macam-macam macam-macam lah. Tapi rasanya takdelah 50% tepat kott ahahaha alah abaikan jelah berapa peratus pun.



So, tamhidi ni asasi sebenarnya cuma kat USIM, kami panggil tamhidi. Bahasa arab. Sebab tu panggil tamhidi. Serba sedikit pengetahun mengenai tamhidi untuk adik-adik yang bakal memasuki USIM.



USIM menawarkan 5 program pengajian tamhidi.

1. Tamhidi Perubatan (KTM)
2. Tamhidi Pergigian (KTD)
3. Tamhidi Sains dan Teknologi (KTS)
4. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (KTL)
5. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (KTAC)



So, basically, tamhidi perubatan, pergigian dan sains dan teknologi akan belajar subjek yang sama je sebenarnya. Tak semestinya yang study tamhidi medic menjamin 100% dia akan ambil medic time degree. Pointer must be above 3.5 untuk melepasi degree medic. So, sape-sape je yang dari tamhidi yang ambil sains subjek boleh je nak mohon medic ke dentist ke even ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST) serta Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina time degree.


Yang penting, pointer must be above 3.5. Senang kan? Nampak je senang... Saingan agak kuat ya batch kali ni (2015/2016). Batch akan datang tak tahu macam mana. Dan kemungkinan besar, akan datang nanti USIM berura-ura untuk menggabungkan terus tamhidi perubatan, pergigian dan sains dan teknologi tu menjadi satu course je iaitu Tamhidi Sains (mungkin nama dia bukan yang tu. mungkin lagi sedap kot) tapi kiranya nanti dah takde keistimewaan untuk budak tamhidi medic or dentist untuk masuk degree.


Kenapa? Sebab yang kami diberitahu, contohnya, kalau ada budak tamhidi medic dan sc tech yang mohon degree medic keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang ambil tamhidi medic dulu berdasarkan beberapa syarat dan kelayakan lah. Wallahua'lam. Tapi, sebenarnya nak cakap, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. So, just usaha and keep praying!


Ohh lupa nak mention, untuk further ke degree medic di USIM ni, ada kuota. That's the reason why I mention about saingan just now, it is because of QUOTA.


Kebiasaannya, student tamhidi ni akan duduk di Kolej Kediaman Nilam Court which is located at Nilai Impian near to Nilai 3. Kolej kediaman yang paling jauh dari kampus but jangan risau there will be number of buses provided. Tapi ada lah jadual nya. But serious talk, jadi budak yang duduk kat Nilam Court kena banyakk bersabar. Sebab masalah bas tu dah common dah. Too mainstream, so better tak payah ah mengeluh, kau sabo je. Nanti Allah reward :)



So, KKNC ni macam rumah pangsa. Ada 5 tingkat. Dapat tingkat paling bawah best ah. Dapat paling atas, selamat lah ya! Aku punya Blok B, Tingkat 4, Rumah 3. Basically, KKNC ni ada 3 bilik. Bilik 1 paling besar dan paling ramai. Alah, taklah ramai sangat. Adalah dalam 4 orang. So, dia jadi sempit sikit lah sebab ramai. Tapi, tak jadi masalah pun. Bilik 2 lah paling best. Kecil daripada bilik 1 tapi besar daripada bilik 3. Dahlah duduk 2 orang je. So, memang best ah. Aku dapat bilik tu. Best best. Bilik 3 pun duduk 2 orang juga tapi kecil sikit daripada bilik 2. Tapi so far so good.


Satu rumah ada 8 orang lah gitu. Ada 2 tandas. So, jangan berebut. Ni bukan asrama. Buat macam rumah sendiri je nanti. Tapi, nasihat aku, tolonglah jaga kebersihan. Kebanyakan rumah yang aku tengok, perghh sakit mata. Korang decide lah sape nak sapu harini hari esok hari hari seterusnya, sape buang sampah dan sebagainya. Jangan lupa buatlah gotong royong rumah sekali sekala. 



Sebab masuk sini, peraturan tak ketat sangat. Tak tahulah kot dah berubah lak zaman korang kan. Tapi time aku, kitorang takde record keluar masuk. Kiranya nak balik bila-bila masa boleh asalkan antara pukul 6 pagi-12 malam. Sebelum pukul 12 malam dah kena balik (kalau nak balik). Walaupun takde peraturan yang ketat sangat, janganlah sesuka hati buat peraturan sendiri lak. Jagalah adab sebagai seorang manusia. Jangan jadi syaitonnnn pula!



Oh yaa, depan KKNC tu ada tasik. Kena jalan kaki lah kalau nak pergi. Tak jauh sangat. 5 minit sampai. Bolehlah nak jogging ke nak tenangkan fikiran ke. Best best. Boleh riadah (kalau ada masa). Aku tak pernah riadah pun sebab jadual pack. Kelas start pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Hari Jumaat je awal sikit, habis pukul 12.30 tengah hari sebab solat jumaat. Tapi, takdelah penuh jadual tu untuk satu minggu. Adalah jadual eh. Ikut nasib lah.



Time aku, sem 1, start hari Rabu, dapat balik awal. Sem 2, hari Selasa je dapat balik awal. Yang lain semua 5.30 petang. Balik petang malas sikit sebab kena rebut bas. Sebab tu malas hahahahahahaha.



Lecturer-lecturer Tamhidi baikkkkkkkkk sangatt. Tak tahu nak describe macam mana lagi. Mereka mengajar style 50-50. 50 macam guru sekolah (terang satu satu sebab kita kan dalam proses peralihan), 50 style lecturer time degree. Tapi serious, lecturer Tamhidi tak dapek do kek tompek lain. Only in Tamhidi. So, hormat lecturer pun jangan lupa! Jangan pikir ekau dah bosa dah boleh nak berlagak! Jangan risau, kelas tak pernah sampai malam. Lecturer pun taknak weh buat kelas malam.



So, alhamdulillah, malam memang free lah. Takde sape kacau. Takde replacement class time malam. So, malam malam siapkan lah tutorial, preview and review lecture notes andd kalau ada discussion buatlah.



Pakaian time kuliah, basically kitorang pakai baju kurung @ jubah @ blouse dan kain. Kalau ikutkan kena pakai kasut sebab formal tapi ramai je aku tengok yang pakai sandal. Tapi aku tak suka sebab tak lawa hahahahahaha. Tudung, pakailah tudung yang menutup aurat. Tak pernah lah pula aku tengok orang datang kuliah pakai blouse dan seluar. Ada orang kata tak boleh pakai. 





 
So, ni view KKNC dari Blok F Tingkat 5.





View from Blok F, Level 5. *yang bumbung merah bawah tu, Kafe KKNC. Belakang tu, Blok B.*




Ni contoh gambar bilik 2. Bilik 2 lah paling puas. Sebab besar dan kongsi 2 orang je. Bilik aku lah ni.




Ni bilik 3. Kecil sikit daripada bilik 2 tapi kongsi 2 orang juga. Okay je. Senang nak kemas tapi sempit sikit lah.




Ni ruang tamu. Besar kan? Bolehlah. Setiap sorang ada satu meja dan kerusi untuk belajar. Sukati korang lah nak susun macam mana. Takde rules pun. Ni pun, kitorang dah susun balik yang asal. Sebelum ni lain sikit susunan eh.




So, yang ni dapur. Biasa-biasa jelah. Alah, bukan boleh masak pun lek lah. Kalau kat rumah lain, dorang pakai selipar kat area dapur ni. Selipar tu juga buat masuk tandas. Tapi, aku tak suka. So, aku cuci bahagian dapur ni takyah pakai selipar. Jadah eh pakai selipar kat dapur. Aku amalkan konsep "Home Sweet Home". Baru feeling rumah.





Dah dah lah tu berangan. Kawan-kawan aku dulu sebelum masuk sini dorang ingatkan KKNC ni macam hotel lah gitu. Sebab perkataan Nilam Court tu. Dorang dah bayangkan yang gah gah lah. Sekali masuk dorang kata macam rumah setinggan. Memang tak nafikan lah, mula-mula aku tengok pun aku tak suka hahahaha.


Rumah aku dekat Nilai juga, so aku dah survey awal lah. Tapi lepastu, aku tak kisah. Lama-lama tinggal sini, sebenarnya bersyukur gila duduk KKNC ni. Ramai senior kata, KKNC lagi best sebab besar. Entahlah, aku pun tak berapa tahu. Tapi pada aku best je. Sebab kau rasa macam kau duduk rumah sewa gitu. Osah eh ekau bandingkan dengan kampus lain kay. Bersyukur. Aku bersyukur sebab kolej kediaman tak macam hostel. Tu je yang aku minta. Alhamdulillah.....



Kat kolej kediaman tu, tak boleh masak. COOKING IS NOT ALLOWED! Jangan risau ada je gerai jual makanan kat luar ataupun kafe kat bawah tu. Atau korang bawa kenderaan pergi je kedai makan azman kat nilai impian tu juga. Alhamdulillah, belum pernah lagi aku kebuluq tak makan duduk kat situ. Atau delivery pizza ke KFC ke pun boleh.



Then, kat kolej kediaman tu, cuma disediakan meja belajar (ofc dengan chair), katil, tilam, kipas stand kat bilik tidur dan locker. So, peralatan yang lain kena bawa. Contohnya, seterika dan iron board, water heater @ kettle, extension ( kalau perlu), and apa-apa jelah.



Cuma, TOASTER TAK BOLEH BAWA! Ada beberapa perkakas elektrik yang tak dibenarkan bawa (eg: Rice Cooker). Kalau bawa, ada spotcheck memang kena rampas ah. So, jangan salahkan mereka yang merampas tu nanti. Semua peralatan elektrik perlu daftar kat Pejabat Jaksa kat Blok A, wing 1, ground floor. Ada lah harga-harga dia.



Nanti, time first time daftar nanti, dia bagi lah panduan tu. Nanti bila dah lama-lama duduk situ, dah biasa dah. Bawalah baldi ke bakul ke karpet ke tikar ke nak bentang dalam bilik ke kat ruang tamu ke apa-apa jelah.


Oh ya, tong sampah, penyapu dan penyodok pun takde tau. So, better bawa (tapi tak tahulah kalau batch akan datang ni nanti dah lengkap semua kan). So, apa lagi ek. Rasa macam dah takde apa-apa kott.. Alah, setahun je pun duduk situ. Takyah banyak-banyak sangat barang tu, nanti jadi macam aku hahahaha.



Oh ya, ada dobi layan diri juga kat blok A. Kalau malas nak basuh baju guna tangan, kau pergi turun self-laundry kat bawah tu. Alah, ala-ala asrama juga. Tak tahulah asrama korang, kalau dulu asrama aku sama ah macam dobi kat situ. Bayar RM2, pahtu basuh ah. Pakai coin ke duit kertas ke bole je. Apa lagi ek. Tu je kott nak cerita. So, habis part 1 tentang intro Tamhidi.



To be continued part 2....




STAY TUNED!  >.<

2 comments:

  1. assalamualaikum sy nk tanya sikit ni..kalau kita x dpt tempat utk degree medic kt usim..boleh ke kita apply utk smbg degree medic kt univ lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. biasanya tamhidi usim valid untuk apply degree di usim juga, kalau tak dapat, usim akan bagi course lain (pilihan kita time tamhidi tu). untuk sambung medic kat IPTA lain, biasanya tak dapat. sebab USIM valid untuk USIM sahaja. Biasanya yang tak dapat medic USIM tapi nak sambung medic juga akan apply IPTS (UniKL ke, UCSI ke) atau fly.

      Delete