Tuesday, November 13, 2018

Kindness over physical beauty

Hi! Loooooooooong time no see, I mean, sooooooo long!

Since there are no hot topics, hence, no blogging.


But tonight I have one.


Just a simple topic. Dan dah lamaaaaaa nak membebel. Selamani (kalau perasanlah) (dan kalau siapa yang follow), I banyak membebel kat Twitter. Sebab, you know the feeling, nak orang baca tapi takdelah nak suruh sangat orang baca tapi I'm glad if you read it. I know, it's complicated.

People nowadays, always look beauty (physical appearance) over everything. Kalau yang I selalu jumpa kat Twitter, orang selalu tweet macam, "Memanglah orang akan pandang cantik dulu baru attitude", "Lepas dah kenal lama, tahan jelah dengan attitude tu. Kalau tak tahan, tinggallah."


WEH, KITA SEKARANG DAH HIDUP TAHUN 2018 KOT NAK MASUK 2019 DAH, KENAPA ADA LAGI PEMIKIRAN YANG MACAM NI? (SIS SANGAT EMO)


Kita suka pandang physical appearance over everything sampai jadi buta and easily jump for a relationship secara tiba-tiba JUST SEBAB DIA CANTIK/ HANDSOME pastu bila dah kenal baru nak menyesal pastu pergi buat thread panjang-panjang kat Twitter pasal men are trash lah women are trash lah. Hellooooooooo, salah siapa sebenarnya? Takkanlah salah ibu mengandung pulak kan.

I really think that we cannot cut the friendship part. I mean, kita kenal someone lama by being ordinary friends je dulu pastu mestilah ada kenal baik buruk seseorang tu kan, then baru go for a relationship? Takdelah istilah "Menyesal aku kenal dia." But yeah anyway, I know jodoh is rahsia Allah.

Tapi, can you not see physical beauty over everything? Like, everything. Sebabkan cantik, sanggup buat apa saje. Dan sebabkan mentality YANG SAMPAI SEKARANG ADA PADA HARINI, betapa banyaknya produk pemutih dikeluarkan sehingga memudaratkan kesihatan sampai kesian lah kat doktor woi (double emo). Awak, physical beauty is not everything. The face and the body, are not everything.

In my opinion, beauty is not a competition. This is the reason why I don't like to watch any beauty-related reality program macam Miss Universe ke, Miss World, apa lagi? Macam-macamlah, model model tulah, sampai dapat gelaran ratu cantik bagai because for me, everyone has their own beauty and it is NOT A COMPETITION. And of course, I don't like competing with any other girls just to get the attention of a guy? Macam let say, ada sorang laki ni, ramai yang suka dia. Let say I'm one of them too. Just to get his attention, I pakai cantik-cantik, I makeup lah, I selfie bagi kat dia banyak-banyak. I'm sorry, that's just not me. I don't get any benefits by competing in this way. Macam desperate je? *oops

C'mon girl, there are lots of things that you can do, not just for improving your physical appearance. Apa yang sejuk mata memandang, itulah yang cantik ;)


Comel kan gambar ni? Look at the elephant!


Kind people are beautiful. I love seeing kind people because they are TRULY beautiful regardless of their skin color. Nothing to do with the skin color (fair, natural or dark). Completely nothing. And also nothing to do with the flawlessness of the skin. If you are kind, then in shaa Allah you are beautiful. Real beauty starts from inside- the heart. If you tend to see only bad things on others, does that mean you have a beautiful heart? (jawab sendiri, okay)

Hati yang cantik akan terpancar di wajah seseorang. It's real! Ramai je macam, people question, how come dia boleh kahwin dengan perempuan ni yada yada padahal biasa je, ramai lagi perempuan yang cantik kat luar tu. The answer is simple. Because she has the sincerest and purest heart. (unlike you yang suka judge orang *tetibe*)




Let only the positivity occupies our heart. Ya, manusia memang ada keburukan dan cacat cela, namun, manusia juga ada kebaikan dalam dirinya. Kan?

Hopefully, dah takdelah lepasni, "Cantik macam ni pun kena tinggal" yada yada because heyyyyy, kan dah cakap cantik is not everything. As if macam berdosa pulak mencurangi, menceraikan dan meninggalkan orang yang cantik. ???????????

Didiklah hati untuk melihat sesuatu dengan mata hati. Ajarilah hati kita untuk sentiasa melihat kebaikan dalam diri seseorang over their bad. Memanglah orang kata, macam mana nak kenal kalau tak kenal hati budi. Then, couple is NOT the ONLY solution, okay? Berkawan jelah dulu bukan salah pun. Tanya mak ayah dia ke siblings dia ke, kawan rapat dia ke. Sebab we choose what we only want to see. Hakikatnya, dalam setiap diri manusia, tersembunyi 1001 rahsia tentang diri mereka.



"Takut nanti dikebas orang."

Percaya pada jodoh yang Allah dah tetapkan. Bila Allah kata, tu bukan kita punya, bukan jodoh kita, sampai kiamat pun takkan menjadi milik kita dan tiada satu pun dalam dunia ini adalah milik kita. Sedangkan, Allah telahpun menyediakan sesuatu yang besar dan lebih terbaik untuk kita. Kenapa nak sedih?

For example, kita nak sepasang kasut yang sangat cantik yang dah lama kita nak tapi kena beli dengan harga yang agak mahal tapi kurang dari segi kualiti. Jadi, kita pun berhempas pulas cari duit sebab nak sangat beli kasut yang kita idam-idamkan tu. Tapi Allah kata, tidak, kasut itu tidak akan menjadi milikmu. Sebab Allah telahpun menyediakan kita rezeki, di mana kita akan mendapat sepasang kasut yang jauh lebih cantik dan berkualiti daripada kasut yang kita nak sangat tadi tu dan dapat secara percuma. Kita pilih yang mana? Mestilah kasut yang lebih cantik dan berkualiti dan percuma tu kan?

Haa, lebih kurang beginilah analoginya. Kita bersedih sekarang kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Pemikiran dan pengetahuan manusia ini terbatas. Kita memang tidak akan tahu perkara yang akan datang hatta perkara yang telah lepas pun, kita bukan tahu sepenuhnya. Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui, yang lepas, yang sedang dan yang akan datang. Allah dah aturkan dan nampak segala-segalanya. Maka, kenapa kita memilih untuk sedih instead of bersyukur?

It's okay. Semua perkara memerlukan masa. Take your own sweet time, okay?

Anyway, my main point here is, choose someone because of their kindness not just based on physical beauty. If you choose beauty, you'll get only the beauty. But if you choose the kindness, in shaa Allah you'll get the happiness, the beauty and everything! Dah kahwin nanti, bukan muka yang cantik/ handsome tu pun boleh buat beli barang dapur, jaga anak, kemas rumah and so on. Bukan dengan muka yang cantik/ handsome menjamin kesetiaan dan kebahagiaan rumahtangga. But the Kindness can :)

My lecturer once said,

"Things you can choose, choose wisely."

I love this sentence so much!

So, choose wisely and don't forget to pray to Allah too ;)
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Wallahua'lam.

Thursday, July 19, 2018

Yang tersirat

Hari ini penuh dengan makna, sesuatu yang bermakna. Setiap hari adalah hari baru dan setiap hari kita mempelajari sesuatu. Sama ada secara terus atau tidak terus (direct or indirect). Ilham itu Allah yang kurniakan, gunakanlah ilham itu sebaik-baiknya.

Dah lama juga ada niat nak update blog, feeling wanna share something but nothing comes within my heart. So, tak boleh kongsi takut syok sendiri and takde point (read: useless). (ceyyy, acah selamani berguna sangat XD)

Bila kita suka berkongsi, niat utama nak kongsi, tak kisah pun tak dapat banyak, seorang dua pun cukup. Bila kita rasa macam "eh perlu ke?" kongsi je, tak perlu fikir lebih-lebih. Sebenarnya, dalam diam ada orang yang memerlukan. Nama pun dalam diam, of course dia takkan reveal. So, kongsi je :") sharing is caring, kan?


"Biar kita tidak dipandang hebat, yang penting jangan sombong dan berlagak."


Biar kita nampak macam underdog, orang tak kenal, orang tak endah pun tapi kita tetap berbuat baik dengan orang. Even if one day, kita ditakdirkan untuk berpangkat tinggi, teruskan menjadi humble. Biarlah orang nak kata apa, kita tunjuk dengan usaha. Sebab orang takkan pernah berhenti mengata, even if we explain the truth dari A sampai Z pun, kalau dia benci kita, semua perkataan tu masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Useless! So, what's the point of telling them the truth, trying hard to convince them while the fact, they will continuously hate us? Just leave (angkat kaki, blah pastu nyanyi "Don't you know that you're toxic" ehhh) (pengaruh pitch perfect) (tiberrr)

Kadang-kadang kita tak sedar ada banyak perkara yang positif berada di sekeliling kita sebab kita sibuk fokus kepada perkara yang negatif. Sehinggakan, hanya perkara-perkara yang negatif datang kepada kita. Tahu kenapa? This is what we called as 'Law of Attraction'. I personally feel, this law is super interesting! Sebab benda ni sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.




Aku share sikitlah apa yang aku baca,

Bila kita sentiasa berfikir positif, kita akan mengeluarkan aura positif dan aura positif akan tarik perkara-perkara yang positif. Bilamana kita sentiasa berfikiran negatif, maka kita akan menarik perkara-perkara yang negatif disebabkan aura negatif yang kita hasilkan tadi.

Sebab tu pentingnya untuk sentiasa fikir yang baik-baik. Kan orang selalu kata,

"Fikir yang baik-baik."

Tapi kita yang selalu rasa, "Eiiiii cliche lah dia ni. Asyik-asyik ayat yang sama." It's not because of dia takde ayat lain nak motivate hang atau dia rasa bosan dengan masalah hang tapi itulah kebenarannya! Yang aku pernah baca, untuk fikir baik-baik ni, jangan ada perkataan negatif pun dalam ayat kita. Sebagai contoh,

"Aku taknak gemuk,"

Tapi tukar kepada,

"Aku nak kurus."

Sebab bila kita asyik fikir kita taknak gemuk, maka, semakin gemuklah kita. Kalau kita fikir, nak kurus, in shaa Allah kuruslah kita. Faham tak? Ni contoh je ye. Ada banyak lagi contoh lain. You get me?

Okay, ni contoh yang cliche lah since isu ni viral sekarang (dak-dak Twitter),

"Men are trash. Susah nak cari lelaki baik sekarang." pastu hang baca page masalah rumahtangga setiap hari pastu serabut.

Apa kata tukar kepada,

"Ada lelaki yang baik, in shaa Allah, Allah akan datangkan pada masa yang tepat nanti."

Asyik fikir yang buruk-buruk je, lelaki yang trash lah datang try hang. Cuba fikir baik-baik, in shaa Allah yang baik-baik je datang kat kita. Memanglah kadang-kadang perkara tu macam betul tapi tak salah untuk kita sentiasa berfikir positif. Hati kita juga tenang :')


Contoh lagi macam kita tetapkan satu matlamat untuk diri kita capai,

"Aku nak capai sekian sekian tapi boleh ke aku? Ramai lagi yang hebat dari aku kot. Kalau dorang tak dapat, aku apatah lagi."

Why you are putting yourself too down? Cuba tukar,

"Aku boleh! This is me, I'm the best. I'm going to achieve it one day regardless of what people are saying." -cakap dengan confident hidung kembang-kembang gitu untuk sedut aura positif hahahahaha okay tipu


Hidup takkan tenang kalau asyik compare diri kita dengan orang lain. If it's for good purposes takpe, but in this case, nothing is good. Kita hanya merendah-rendahkan diri kita bukan tawadhu' dah ni. Seolah-olah kita merendah-rendahkan ciptaan Allah, melihat remeh kepada perancangan Allah sedangkan kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan? Hidup ni ibarat roda, andai harini kita rasa kita berada di bawah, satu hari in shaa Allah kita akan merasa berada di atas. Andai harini kita rasa kita berada di atas, sekuat manapun kita bertahan, kita tetap akan kembali ke bawah. Sebab adat hidup ibarat roda. Macam kita tengok roda basikal, kalau yang atas asyik maintain, yang bawah tak gerak-gerak, bergerak ke basikal tu? So, itulah konsepnya.

Yang penting, kita kena terima dengan hati yang terbuka. Ada kat bawah ke, ada kat atas ke, redha! Sebab itu semua perancangan Allah. Setiap hari kita berdoa minta Allah kurniakan yang terbaik buat kita, mohon Allah tunjukkan jalan yang lurus tapi bila tiba-tiba Allah tak bagi apa yang kita minta, kita marah. Sehingga kita menyalahkan takdir. Mungkin, itulah jalan yang lurus yang kita doa setiap hari? Kita tak tahu bahaya yang akan datang kerana malang kan tidak berbau. Oleh kerana itu, walau apapun yang terjadi, sentiasalah berfikiran positif dan yakin bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita, Dia sedang mengajar sesuatu untuk kita. Hanya kita yang tahu alamat apakah yang Allah cuba sampaikan.


Life is a learning process, sampai mati kita takkan berhenti belajar.


Doa, senjata utama. Yang ni pun mesti kita rasa macam "alaaa cliche...". Kita rasa ayat ni biasa dah dengar, sebenarnya, yang kita rasa biasa tu yang penting. Doa, jangan putus. Sebab dalam hidup ni, pergilah ceruk mana pun, Allah ada sentiasa dengan kita walaupun kadang-kadang kita melupakan Dia. Tapi baiknya Allah, Dia tak pernah lupakan hatta seorang pun hamba-Nya. Berdoa itu bukan hanya ketika berada di atas sejadah, dalam sujud atau dalam solat. Di mana-mana pun kita boleh berdoa. Unlimited. Zaman sekarang, kita gigih cari pelan telefon yang menawarkan unlimited data untuk sentiasa connected dengan wifi untuk kita kekal berhubung dengan media sosial or whatever.

Tapi kita lupa kita ada doa yang Allah kurniakan unlimited dari dulu sampai kiamat untuk connect dengan Allah. Kita connect dengan sosial media untuk luah masalah namun kita tak on 'wifi' dengan Allah untuk mohon petunjuk sedangkan masalah itu datang daripada Dia dan hanya akan kembali kepada Dia.

Betapa ruginya kita tidak menggunakan kelebihan yang kita ada. Ibarat kita rasa rugi tak guna unlimited data yang kita langgan setiap bulan tu, lagi besar ruginya kita tak berdoa kepada Allah. Sekecil-kecil perkara pun, kita boleh doa.

Cepat atau lambat, in shaa Allah, Allah akan jawab satu per satu doa kita. Jangan ambil jalan yang singkat dan mudah demi menyelesaikan sesuatu masalah kerana tergesa-gesa. Allah kan pandang usaha, bukan hasil? Sedangkan nanti kita masuk syurga pun dengan rahmat Allah, bukan kerana amalan kita yang sangat melayakkan kita untuk melepasi titian sirat. Kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayang Dia...


Fikir baik-baik supaya hati kita tenang, hidup pun tenang. Ketenangan adalah antara nikmat yang terbesar dalam hidup. Sebab bila kita tenang, kita rasa mudah sangat urusan kehidupan kita, kita rasa lapang dan kita rasa bahagia... Tenang dan redha adalah satu tahap yang bukan senang tetapi tidak mustahil untuk dicapai.



Last word, sois belle à ta façon. Translation? Cari sendiri XP
Thanks for reading! XOXO


p/s: kalau korang boleh baca post ni sampai suara aku terngiang-ngiang kat telinga, you're my best friend! XD


Tuesday, June 26, 2018

Medical student life

Selamat hari raya yang ke... errr errr... I don't know how many days of Syawal today?

So, I'm on my semester holiday tapi sampai 29 Julai jeeee while my friends in Nilai campus cuti sampai early September weh! I'm not sure whether I have to be sad or not sebab sekarang pun dah macam ulat beluncas kebosanan duduk rumah.

Orang kata,

"Kerja lah!"

Kau pernah tahu ke apa masalah orang tu? So, DON'T JUDGEEEE! (bak kata AB)

Out of sudden, this topic has popping out of my mind. Sebabkan terlalu bosan life and eager nak update blog but don't know what topic. I'm about to tell a story (not really, macam ranting kot) on people expectation on me during hari raya haritu. I'm a little bit okay lah with expectation sebab dah biasa sejak sekolah dulu. But this time, it kind of getting me stress. When people ask, what I'm doing now? So, I told them, I'm doing medicine. And all people (YES, ALL) be like...




Aku tak pasti sama ada that face reaction tu nak perli or what? There's nothing you can be so impressive after hearing someone is pursuing medicine hahaha. Like seriously, yelah yelah mungkin sebab dorang tak rasa apa yang aku rasa kot. Because I think medic ni biasa jelah selain ianya SANGAT AMAT BANYAK, k tu je.

So, some people asked me,

"Macam mana duh life korang?"

"Korang study apa je?"

"Mesti banyak kan? Yelah, susah kot. Aku bukan otak menghafal."

"Mesti pandai kan, selalu dekan. Yelah medic kan selalu dekan. (APA KAITAN???????)"

"Mesti selalu stay up, tak cukup tidur kan?"

and the list goes on....


I'm going to share with you how was our life basically...



"APA KORANG STUDY?"

To be honest, aku baru je habis half of my pre-clinical years phase. Aku study kat USIM Kampus Pandan Indah sebab fakulti medic ada kat situ, bukan kat Nilai (buat masa ni) tapi tengah otw build up kat Nilai. So, kalau kat USIM, first year and second year study subjek yang sama, which are:

  • Anatomy
  • Biochemistry
  • Physiology


Biasanya, 5 tahun je belajar tapi USIM je 6 tahun (kat Malaysia). Sebab kitorang 3 tahun pre-klinikal, 3 tahun klinikal. Other university, 2 years je pre-klinikal. Tapi cara dorang lain lah.

Medik ni ada dua cara pengajaran dan pembelajaran. Sama ada by region (traditional) or integrated (system). So, USIM pilih by region (traditional) which is moooooooore complicated and banyak (OKAY TIPU, SAMA JE MANA-MANAPUN)! Sebabtu we take 2 years to complete these three (very) killer subjects! Banyak yang I don't know how to describe. I'm so grateful that my brain can survive, tak gila T.T

I guess, many people know well about Anatomy. Tapi tak semua tahu yang kitorang ada Biochemistry and Physiology. Anatomy tu macam bahagian-bahagian anggota badan, organ, tulang, otot, tendon, joint (I don't know the term in Malay) and basically benda-benda yang fizikal yang boleh nampak lah. Satu tulang je ada banyak markings! Satu organ je pun ada banyak relations!

Kalau Biochemistry, nama pun Biology + Chemistry, so faham faham jelah. Yes, Biochemistry is the killest subject! Mula-mula aku tak rasa sangat until I took the Professional Exam (I'll explain about this later) then I believed like 100%. Mostly about a lot of reactions, pathways, enzymes and other weird names that we need to memorize. Yes, we need to memorize all! Yang kita belajar time Biology dulu adalah se-basic-basic benda. Same goes to Chemistry. So, imagine these two subjects are combined? Tapi okay jeeeee...

Physiology, I love this subject the most! Sebab dia all pasal systems. How this can occur? How this can happen? Why can and why cannot? It's an interesting subject (for me lah). Lebih kurang macam pathways juga tapi mostly adalah kronologi. Lepas ni jadi, apa jadi lepastu? Senang cerita, apa yang badan kita buat. Tapi kalau compare dengan Biochemistry, biochem lebih complicated sebab dia dalamm dalammmm lagi. Physiology macam surface.

And all these three subjects are integrated with each other. Semua subjek ni yang kitorang for first two years are about how a normal body works. Tahun 3 baru tentang abnormalities and diseases. Applicable kalau dah masuk clinical years nanti, when you see a patient, so, you need to know what's happening in that patient's body by anatomy, biochemistry and physiology? Relate kan dengan tiga-tiga subjek ni.

Tahun 3, lainlah ceritanya. Ada 5 subjek yang aku tahu (baru nak naik tahun 3 bulan 8 ni). Clinical years, lainlah ceritanya. Itu, next 4 years punya entry, okay? Sila tuntut janji ni hehe.



"MACAM MANA KORANG STUDY?"

To be honest, aku takde jawapan untuk itu. So, I'll just share my friends routine and some of mine yang macam good to be shared and masuk akal. To be honest, I'm an average student. aku pernah fail (2 times, tapi midsem jelah), pernah rasa C grade and tetibe naik A. B grade mesti lagi banyak. So, setakat ni pernah rasa semua gred. Alhamdulillah, tak pernah rasa D. Tapi aku ada ramai je kawan yang pernah D, even pernah E and dorang did very well in the end. So, sebenarnya, medic ni macam banyak kepada luck. Walaupun kadang-kadang kita dah habis baca dan rasa macam faham semua, tapi bila exam, hampeh! About this one, I'll make another post on how to survive in medical school in shaa Allah.

Study setiap malam yang pasti. Tapi jangan ikut aku, aku tak study setiap malam. If you are not a last minute type of a person, please do not follow! You need to know yourself, your limits and all. (OMG, yang ni I'll tell you later in my next post, okay?)

Buat nota, terpulang kepada setiap individu. you know what, aku ada kawan yang tak buat nota langsung, study through the phone, scrolling the notes in the drive and perform. Jealous betul! Macam mana lah otak dia bekerja? And yes, dia seorang lelaki, so no wonder... Study takdelah sampai 24/7 unless bila time study week. Yes, semua orang termasuk aku akan melekat kat meja study masing-masing, reading all notes! Semua nerd time study week and study almost 24/7. Sampai dalam tidur pun termimpi-mimpi. Stress tahu tak?!



"EXAM"

Satu subjek, lebih kurang ada dalam dua paper. Tapi bila Pro Exam ada tiga paper for each subjects. And tiga-tiga paper ni, cara nak jawab semua lain. Ada yang MCQ (multiple-choice question), OBA (one-best answer), EMI (extended matching item), MEQ (multiple-essay question, kot nama dia) and OSPE (objective structured practical examinations). Akan datang, tak tahulah apa lagi...


MCQ ni, satu soalan, ada 5 anak. And then, jawapan dia, kena tentukan statement tu True/ False. Pastu, contoh lah daripada 5 soalan tu, betul 3 je. So, yang betul tu, 3 markah tolak dengan 2 yang salah tadi = 1 mark je weh. So, kalau tak pasti, tinggalkan demi menyelamatkan markah tadi = menyelamatkan patient (apa kaitannya?). Lecturer kata, soalan tu macam nak didik lah dalam medik ni takde benda yang 50-50. Kalau tak pasti, jangan buat.

OBA, macam biasa jelah pilih satu jawapan yang tepat tapi pilihan lain pun semua jawapan betul cuma kurang tepat. Brrrr...

EMI, pilihan jawapan ada banyak. Tapi soalan ada dua je. Let say, pilihan jawapan ada 10, so, kena tahulah sendiri huhuhu.

MEQ, essay, macam biasa jelah. Goreng dengan perasa.

OSPE ni paling aku suka lah sebab boleh kutip markah. Dan ianya practical-based question. Ikut orang, macam aku, personality jenis yang suka benda-benda practical ni, so, I don't find it so hard and difficult and this might be differ from others.. It depends... Contoh, dia bagi apparatus and label, what is the function of labelled item? So, jawab jelah. Contoh lagi, kalau bagi otot, and dia label. Question: What is the nerve supply? Haa macam tulah.


Tapi kalau tak study pun, tak boleh jawab. Kuikuikui...



Kalau dulu, sebelum aku masuk study, ada orang cakap,

"Kat U ni, apa yang korang belajar sem tu, sem depan tak masuk dah. Tak macam SPM dulu, dua tahun punya topik masuk exam."

Ceyyy, konon lega ah dengar statement tu.


Tapi tidak untuk medical school. Mimpi jelah semua tu! Tiga tahun punya topik pun masuk!

Okay, semua medical school ada Professional Exam tau. Kitorang panggil Pro Exam je. Pro exam ni, kalau tak lepas, kena repeat paper. And kalau tak lepas juga, kena repeat year. So, macam USIM, ada 3 Pro Exam.

1st pro exam: End of second year.
Topik yang masuk adalah topik dari semester pertama sampai semester keempat. Dua tahun punya topik bersamaan dengan 1 textbook setiap subjek (lebih kurang). YA, SANGAT BANYAKKKKK I SWEARRRRR! SPM pun tak banyak macamtuuuuuu.

2nd pro exam: End of third year = end of pre-clinical years
Topik yang masuk adalah topik semester kelima dan keenam. Quite okay. Tapi still banyak juga sebab ada 5 subjek.

3rd/ Final pro exam: End of final year = boleh graduate ke tak
Yang ni, dengar cerita daripada senior, topik yang ditanya adalah dari Tahun 4 sampai Tahun 6. Drives me crazy..... Tak medik lah kalau tak banyak.

So, kalau ada yang tanya,

"Korang boleh ingat ke semua benda kalau tanya dalam exam?"

Jawapannya...


MEMANG TAK LAH! HAHAHAHAHA unless Allah bantu. Bantuan Allah itu tidak mustahil hehe. Banyak sampaikan, apa yang kita baru baca sejam yang lalu, bila baca lagi buat kesekian kalinya, eh dah lupa dah. Baca harini, esok tak semestinya ingat semua. Huhuhuhuhuh. Rasanya, biasa kot dalam kalangan student, kan kan kan? Kitorang sama je macam korang okayyy, jangan nak expect lebih-lebih sangat!


Study week is the most crucial time! Teringat time 1st pro exam tempoh hari, buat kali pertamanya aku rasa lifeless sangat. Hidup aku tak terurus dan berat aku turun sampai orang tegur, "awat hang nampak kecik?" Hehe, bila lagi kan nak nampak kecik sebab selamani beso memanjang. Baju, bilik, rumah, makan semua aku letak tu nombor tiga empat lima enam sebab nombor satu dan dua adalah STUDY!

Sebab to be honest, selamani aku tak pernah rasa lifeless time exam. Aku chill chill lagilah, tak pernah stress sampai sakit-sakit tengkuk, asyik nangis call mengadu kat ibu je. Tak pernah lagi. Tapi haritu, memang mencabar gila lah! Memang takkan lupalah how lifeless was my life at that time HAHAHAHAHA sebab pengalaman pertama kan. Tapi okay je, we survived!

End of semester punya exam, berjalan seperti biasa lah. Tanya topik yang belajar current semester. Midsemester punya exam pun ada! Yang ni pun gila juga sebab semua soalan cuma MCQ and OBA je tapi kena study semua. Padahal jawapan dah ada tinggal nak tentukan betul atau salah HAHAHAHA.

Habis pasal exam. Complicated betul.



"KORANG MESTI TAKDE LIFE KAN?"

The rule is simple. It depends on how you see it. If you see as a burden, then you will be lifeless. But if you see as your passion, then you'll have a life. Kalau tak minat, memang lifeless. Kalau minat, okay je. Kalau bukan time exam and study week, kitorang ada je go to somewhere, having fun and release stress. Bukanlah terperuk 24/7 kat hostel menghadap buku je. TAK! I'm glad that my faculty is located near to the city, so bila kitorang stress or rasa nak lepak jap, kitorang pergilah pusat bandar or mana-mana mall yang berdekatan tu. Dekat je, setakat ni, paling lama dalam 30 minutes je.

The perks of living in the city hehehe. Aku agak sedihlah kalau kena pindah Nilai sebab Nilai takde benda. Boring. Sebab rumah aku kat Nilai, aku dah tahu apa yang ada kat Nilai dan sangatlah bosan.

At least kalau kat KL, senang sikit dan agak cepat kalau nak pergi merendek ke mana-mana. Ada je pergi holiday, kena pandai cari masa lah. Korang pun bukan pergi holiday setiap hari kan? So, kitorang sama je macam korang. Takde maknanya lifeless 24/7.

Takde life bila exam je. Aku yakin dan percaya semua student apa-apa course pun sama je. HAHAHAHAHA

Ada je member laki aku, time study week pun merendek, stress punya pasal. Kena pandai lah cari masa and you know how to manage your time. Kalau study setiap masa, boleh pecah kepala otak weh. Kitorang pun manusia and we need a break some time.

Weekdays, kelas memang full. Kadang, dari 8 pagi sampai 5 petang. Kadang-kadang, satu kelas je. Lepastu, pagi je atau tengah hari je atau practical je time petang. It depends. Kalau macam USIM, jadual kitorang tak tetap. I mean, we do have a template tapi ikutlah, kadang-kadang slot self-study, so ikutlah nak buat apa. Nak study ke, nak tidur ke, nak merendek ke. Takdelah hari-hari kelas full tapi yang pasti, setiap hari ada kelas lah.

Kitorang memang selalu tak ganggu weekdays sebab busy kelas and nak revise balik malam-malam. Biasanya malam Sabtu atau weekend je. Tapi ada je masa lain kitorang curi-curi 'buang' masa hehe. Pandai-pandailah cari masa, ada je. Alasan busy 100% tu sebenarnya for me, tak boleh diterima pakai lah. Unless you are a nerd student huhu. Nerd ni ada pros and cons. Tapi kalau masuk medical school tak digalakkan untuk nerd sangat sebab yang penting adalah kita survive.

Tak salah nak achieve something. Dan bila masuk medical school ni, dia jadi lain sikit. Sebenarnya, Allah nak bagi tahu something, tu je. Alahhhh next entry lah, kang cerita semua kat sini, takde point nanti untuk next entry. Okay?

So, basically and generally, this is our life routine as a medical student :')

Tidaklah seperti yang korang sangkakan.. Tapi ada lah sedikit seperti sangkaan korang...


Saje share sebab nak bagi faham yang TAK SEMUA medical student ni pandai, genius macam orang lain fikir. Kitorang sama je macam korang, okay? Kita semua sama! Allah letak kita pada kemampuan masing-masing. Don't compare our life with others, okay? :')


Okay, okay tahu ada yang dah start menyampah. So, let's end this.





Thanks for reading! XOXO

Saturday, June 9, 2018

Feeling bad for myself

It's heartbreaking after knowing some of my friends are struggling with their life, some of my friends are having some personal problems. Like, if I compare my problems with their problems, sebenarnya takde benda pun problem aku tu haha.

How I wish I could help them. I'm such a bad friend.

Lulus yang gagal. Do you get what I mean?

This post is general. Literally, general. I'm speaking about all of my friends. My best friends, my schoolmates and even my current batchmates.

Aku terfikir, Allah memberikan aku peluang for sometimes, aku (kind of) jadi orang tengah untuk sesuatu masalah and some of my friends meluahkan perasaan (masalah) mereka. I know they aren't hoping for a solution from me, they just want to express their feelings. Mereka cuma mahu difahami, mahu ada orang mendengar dan hanya mahu melepaskan apa yang terbuku di hati. But somehow, I feel obligated to give one or at least comforting them. But I'm afraid, apa yang aku cuba sampaikan, tak sampai dari hati. Kerana aku percaya, apa yang datang dari hati kita mampu menyentuh hati orang, kalau kita ikhlas. Tapi lepastu, aku fikir lagi, itu semua atas kehendak Allah. Kita ni sebagai perantara je, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, itu semua atas izin Allah. Andai ada antara daripada perbuatan kita atau percakapan kita atau perlakuan kita yang mampu menyentuh hati seseorang pun, itu semua atas izin Allah.


Membenarkan sesuatu perkara itu terjadi.
Dengan cara, Dia menggerakkan hati seseorang untuk merasa sesuatu.


Allah juga memberikan aku peluang untuk berfikir. Berfikir sedalam-dalamnnya tentang kehidupan yang seolah-olah kita tidak akan jumpa jawapan untuk setiap sesuatu perkara. Kerana jawapan yang pasti ada di akhirat yang pasti.

Tak semua perkara kita boleh persoalkan, melainkan dengan cara kita menerima dengan hati yang redha serta tidak menyalahkan takdir. Dan sesungguhnya, untuk sampai ke tahap redha dan tidak menyalahkan takdir adalah tahap yang paling tertinggi. Tidak semua mampu sampai ke tahap itu, termasuklah aku.


I feel bad being a friend, yang hanya mementingkan diri sendiri, life sendiri tanpa mengendahkan keadaan sahabat-sahabat lain di sekeliling. Tapi lepastu aku fikir, bukankah semua orang diuji? Dia akan terus menguji dan kita akan terus diuji. Bukankah setiap manusia itu melalui ujian yang berlainan? Then, I get confused.

Hakikatnya, selagi masih boleh bantu, kita bantu. Sekurang-kurangnya dengan mengirimkan doa, continuously. Seandainya kita tidak mahu sahabat kita jatuh tersungkur, kita juga jangan tersungkur dalam mengirimkan doa kepada mereka.

I'm sorry for being a bad friend for you. I'm still trying to be the best one but I know, I won't.
I know life is full of a lots up and down.
I dedicated this song to all of my friends.



Wednesday, June 6, 2018

Heartless

It's not easy to not feel inferior towards others. I feel like, everybody is superior than me even if they thought I'm superior than them but no. I never feel like that. Whatever I do, whatever I say, I don't feel like I deserve it.

I keep comparing myself with others. Even in small things,

"Dia pandai kot, tak payah lah explain lebih-lebih kat dia."

"Dia baik, hati baik, rupa pun ada, memang takyah lah nak banding dengan aku."

"Aku ni macam langit dengan bumi je kalau compare dengan dia."

"Kenapa aku ada kat sini?"

"Aku layak ke nak ada kat sini?"

"Kenapa aku?"

"There's nothing good in me."



and many more..........


and finally, feeling wanna give up but giving up isn't the best option.
Then, suffering all the time?


Insecurity.
Exactly.


I thought, I need someone to support me through all my tough time,
but in the end,
I need to stand on my own feet too.
I don't deserve all this. When I said all, I mean ALL things in this world.
Intelligence, kindness, love, beauty, encouragement, confidence and all.


Entahlah. Sampai rasa macam, kalau tak layak, I better undur diri and things will get better kot? At least, for some people. Even though I don't feel it's good for me but well, at least for some people. Please, never take someone for granted. They have their own life. Don't mess their life. Let them live, peacefully. If you don't feel like to live with them, don't pick. Much easier.

Mode: Heartless. Can't feel anything anymore.





Saturday, April 14, 2018

I'm done


This is it.
I'm done.


I lied to myself and now I'm done.
I'm done with everything.

Say what do you want to say.
Keep blaming on me.
Just do what you want.


I'm done.

Friday, March 30, 2018

B*tching someone?


Notice anything?


Dalam hidup ni, kita memang takkan mampu memuaskan hati semua orang dan bukan kerja kita pun untuk sentiasa memuaskan hati semua orang. Kita buat baik pun orang kata apatah lagi kita buat jahat. Kita keluarkan statement yang kita sendiri tak rasa something fishy or rasa macam okay je takde masalah pun, TETAP ada masalah pada pandangan orang lain. Even sis post apa-apa kat blog sis pun, tetap ada orang soksek soksek kat belakang. But, never mind. Who cares, kan?


Bila kita sibuk dengan apa yang orang akan kata pasal kita, kita memang akan stress. For what? So, abaikan je apa yang orang kata tentang kita as long as kita tahu kita tak buat perkara-perkara yang haram dan bertentangan dengan perintah Allah, that's it. And people, why don't we (yang rasa macam betul sangat), kita tegur je kesalahan or kesilapan orang tu (with manners, of course) instead of kita "membawang" dan cakap belakang atau dijadikan bahan jenaka?


Fenomena "membawang" ini makin menjadi-jadi. Perkataan "membawang" ini wujud seolah-olah macam nak tunjukkan perbuatan "membawang" itu tidak salah instead of kita guna mengumpat. Bila kita sebut mengumpat, nampaklah yang kita sedang buat dosa. Tapi bila guna perkataan "membawang" ni, macam "takpe je, aku tak mengumpat." Eh eh ehhh... Personally, I don't really like this word. Macam nak promote mengumpat tapi versi tak berdosa (tapi masih berdosa, sebenarnya).


Media sosial pun sebenarnya one of the medium yang promote manusia supaya "membawang". Nowadays, perasan tak, lebih-lebih lagi sejak ada Instagram story dan WhatsApp status, kita mudah nak meluahkan segala perasaan kita sama ada tak puas hati kat orang ke marah kat orang ke, kita post dan sebenarnya dalam masa yang sama kita timbulkan pertanyaan kat hati mereka yang membaca.



"Eh, dia ni tujukan untuk si mamat ke?"

"Rasanya macam dia maksudkan si minah. Sebab tadi aku nampak bla bla bla.."

"Aku ke yang dia maksudkan kat status ni?"



Boleh menimbulkan fitnah dan dari situ juga orang ramai buat assumptions.

Dia macam, entahlah... Kalau semua orang bersangka baik, pasti dunia ni aman dan damai kan? Sebelum kita buat assumptions pun, apa kata kita bersangka baik dulu and let it go.

Dan kita pun, kalau boleh agak outcome yang akan jadi bila kita post tu, better don't do it. Sebab kita sendiri yang menimbulkan fitnah terhadap diri sendiri. Pastu sedih bila orang soksek kat belakang. Ayoyyooo...


Tujuan utama kehidupan ini adalah untuk meraih redha Allah. bukan redha manusia :')


Tak salah untuk kita sebagai manusia, see good in people. Melihat kebaikan dalam diri seseorang. Apa yang kita buat kat orang, itulah yang kita akan dapat balik. Jadi, kalau kita sentiasa berkata tentang orang, tanpa disedari, orang lain pun sentiasa berkata tentang kita.


Fitrah manusia ni akan tertarik untuk melakukan kebaikan. Kenapa kita sendiri nak melanggar fitrah kehidupan kita? Penciptaan manusia ni, Allah ciptakan penuh dengan kebaikan dan keunikan. Why not we just explore the Kebaikans yang ada dalam diri seseorang manusia. There's nothing wrong about it. Kenapa kita lebih suka pandang keburukan yang satu berbanding dengan kebaikan yang banyak?


Dalam diri seorang manusia, penuh dengan 1001 kebaikan. Setiap manusia, pasti ada kebaikan dalam dirinya. Ya, PASTI! Mungkin kali pertama kita mengenali seseorang adalah kita berhadapan dengan situasi yang kita tidak inginkan, namun, itu bukanlah kayu pengukur untuk terus kita melabel seseorang sebagai seorang yang buruk dan jelek. Mungkin juga kita mengenali seseorang melalui cerita rakan kita, tetapi tidak bermakna dia selamanya seperti dalam cerita kawan kita tu. I mean, come on people, we are in 2018 already.


Why is it so hard? Because we love to jump into a conclusion and labelled them this and that before we know the exact problems or background of their life. Another word, judgmental. Setiap masalah pasti ada puncanya. So, before we labelled one person this and that, why not we put ourselves in their shoes first. We never knew what they had gone through... Their struggles and all! Just like us. We have our own struggle and our own problems and our own background of life. Imagine, there are some people making assumptions towards you before they get to know you first, what do you feel? Mesti kita akan rasa kecewa dan marah. So, sama jelah macam orang yang kita duk sibuk-sibuk kata tu.


Walaupun dia bercanggah dengan kita, it doesn't mean that they are bad to us. Hanya disebabkan kita tak sehaluan dan tidak mempunyai fikiran yang sama, tidak semestinya kita tak boleh berkawan atau kita perlu menjauhi dirinya. Kadang-kadang, kita belum pernah kenal seseorang tapi disebabkan terdengar soksek soksek orang tu kata, kita pun termakan sekali. Padahal, we never knew them punnnn!


Lihatlah seseorang dengan penuh kebaikan.
Appreciate and respect the differences. Simple.


Yang hitam, yang kita selalu nampak. Yang putih, dibuta-butakan. Haaaaaaa....

The purpose of life is to learn and of course to worship Allah too. So, from people also we can learn. Dan kadang-kadang, apa yang kita dapat itu tak semestinya direct tetapi sesuatu yang perlu kita fikirkan di sebaliknya. Sama ada, kita terfikir atau tak? Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk.


Pandangan kita mungkin berbeza.
Tapi tujuan hidup kita semua sama, iaitu..
Syurga.

Kita taknak masuk syurga sorang-sorang kan?


Wallahua'lam.

I'm still learning, so do you.
Let's chase for mardhatillah, bi iznillah.

Thursday, March 22, 2018

Of heartbreak and moving on


"Wow, Sarah tak move on lagi ke?"

Wait... Read till the end.

I barely do this.

I'm not going to promote this blog post like I used to do for the previous posts on social media. Why? Whenever I didn't promote it, it means, it's special. Special to those who loves to blogwalking or suddenly want to read my blog or whatever. Sebab dia macam rahsia yang tak perlu dihebahkan tapi it's okay to sit still on my blog without promoting it. Got it? Sounds complicated kan.


Alhamdulillah, I've moved on. Hopefully, it stays. But sometimes, I kinda miss that feelings. Too many feelings and it mixed up! Social media gives a very bad influence, btw. Sometimes, I feel useless and I'm not helping myself. I'm not giving the best cooperation ever with myself because I hurt myself. By.... Well, there's a lot of medium nowadays, so hmm...


Sometimes, I keep questioning the same questions.

"Kenapa aku tak dapat dulu? Kenapa dia boleh dapat?'

"Why am I not getting that kind of attention dulu?"

"Why he can do this and that to her? Dulu, I tak pun."


Well, the answer is simple.

Aku juga yang minta untuk tidak berada dalam situasi tu. For the sake of my dignity.
And whenever I have that kind of thoughts, I keep telling myself,

"Do you really want that kind of attention?"

I love those days, where I'm still single, not falling in love and free from this post-heartbroken phase. But well, bukan semua orang dapat rasa kot benda-benda macam ni. Tetibe rasa, I'm lucky :')))

I can say, the new version of old Sarah has back but you know, of course the scars are still there.

Moving on means I accept the fact that I'm not in the relationship with him anymore and he already replaced me with someone new. I accept that fact and we cannot delete all those memories from our mind. This what moving on is.

Mula-mula dulu, terkilan lah. Sebab we kinda have some agreements. Well, biasanya perempuan je yang ingat semua tu but umm never mind. I'm 21, still young and sweet ;) so, still have long time and long journey to go. Why would I getting worried? Well, I'm not getting worried about jodoh thingy pun.


I can say that love is an addiction too. No wonder why there are some people who did a rebound. They hook up with someone new just to avoid the pain of break up. Because when we are in love, there is a hormone being produced to keep us happy which is Dopamine. Dopamine causes addiction because if we didn't get the same level of Dopamine suddenly (like after the break up), we tend to seek for other things to make us happy, to reach the same level of Dopamine like before. So, it is addicted. Well, you can do some researches on the internet, just Google and you'll find there's a lot of articles about that. Trust me.


Tapi, addiction ni ada cure. Yes, there is! It depends on you how many days, months or years you need. It might take years to heal but it is treatable. Jadi, jangan gunakan alasan, kita dah try tapi tak boleh. Of course, you can! It might take longer time than you expect. Berdoa kepada Allah itu adalah kekuatan yang terbesar. Kerana perasaan ini milik Allah dan hanya akan kembali kepada Allah. Maka, berdoalah. Hati juga Allah yang pegang. Maka, berdoalah. Believe in yourself, you can do it! Jangan bagi alasan. Kalau tak boleh, itu semua atas diri kita sendiri. Kita sendiri yang taknak tolong diri kita.


Anyway, I'm getting better. I'm glad that I can do it, yes of course! but umm, sometimes I miss all the memories. Tapi rasanya kalau perkara tu berterusan sampai sekarang, entahlah. So, thanks to Allah. I learn something from this new experience. It's just 3 months but there are a lot of bittersweet memories. I miss to have the gut instincts towards someone, I miss talking and laughing to him (I admit), I miss writing (love) letters and giving him present and all hahahahaha k abaikan abaikan.


I miss every single things. Rasa kelakar pun ada juga bila after break up, macam banyak perkara berubah hahahaha... Ayoyoyo (ahh lantaklah). See, I think I just miss the moments not the person much, kot? I don't know.


So, yeah. #SarahOK seriously. I'm not broken anymore. I'm here, to tell the world that I'm okay. Just sometimes, I miss the moments. Not because of I didn't move on yet. Already make a move. So, I'm  literally okay and happy girl now, alhamdulillah.



Thanks for reading, dear loyal readers XOXO

P/s: I barely do this, revealing how I feel publicly? So, just want to tell you my thoughts, maybe you wonder how I bear with the pain or did I not miss anything about us or things related to it. I do.u But in order to be happy, I have to let it go. Why do I have to hold on to something that can hurt me again and again? Saya bukan Tuhan, biarlah Allah yang menentukan perjalanan kehidupan kita. Perjalanan kita masih panjang, tiada apa-apa perkara pun boleh menjamin kehidupan seseorang. Have faith and keep praying :) 

Tuesday, March 20, 2018

Randomly random


Random thoughts.

Well, kinda miss that feelings.

But I'm already make a  move, okay. I'm okay and I'm doing fine and better days after days alhamdulillah. It's just I'm missing that feelings hahahaha, well it is so weird tbh.

Perkara biasa, mungkin?

Aku okay. Seriously, I'm happy with my life.

So, yeah... 6 months, today.

If you happened to read this, please know that ermm ummm okay nothing.

Monday, February 26, 2018

Bingkisan Kaktus


"Kau nak kahwin dengan diri sendiri tak?"

"Maksud kau?"

"Andai satu hari nanti, kau diberi peluang to see the true colour of yourself, kau nak tak kahwin dengan diri sendiri?"


............................................................................................................................................................................


Do you want to get married with yourself?
I mean, someone like yourself.

Kita sendiri tahu kita macam mana. Kita yang? Hanya kita yang mengenali segala kelemahan dan kemampuan diri kita, segala kerajinan dan kemalasan diri kita, segala perbuatan yang kita lakukan ketika mempunyai masa lapang, segala tindak-tanduk yang bakal kita lakukan ketika menghadapi sesuatu musibah, segala kemarahan dan kesabaran kita, segala ketaatan kita terhadap Allah, will you marry yourself?

Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Will us?

Soalan ini membuatkan aku tersedar bahawa,
Ada banyak lagi perkara yang belum selesai pada ketika ini. Umur hanya sekadar umur. Pada waktu muda ini lah, kudrat seorang remaja masih lagi berada pada tahap yang tinggi. Pada ketika ini lah, kudrat kita diperlukan untuk disumbangkan ke jalan yang memerlukan. Pada ketika ini lah, zaman yang kita tak boleh sia-siakan. Bagaimana kita ketika tua adalah kita yang muda sekarang. Jangan nanti kita menjadi seorang tua yang menyesal.

"Adakah aku sedang menggunakan zaman mudaku dengan baik?"

Proses dakwah dan tarbiyah bukanlah suatu proses yang perlu dilalui oleh seorang manusia apabila terlibat dalam program khusus sahaja. Bukan juga untuk sesetengah golongan sahaja.

It's a lifetime process. Khususnya untuk kita semua yang Muslim.

Tempoh hari, membuatkan aku terfikir,

Untuk menjadi seorang wanita tu kena kuat, kan? Atau dengan erti lain, kena pura-pura kuat.

Sekuat mana pun seorang wanita, dia tetap memiliki hati perempuan.

Sekuat mana pun sesuatu ujian, menjadi kuat adalah pilihan terbaik. Dua kekuatan dalam satu masa. Satu, kekuatan menghadapi ujian tersebut. Dua, kekuatan untuk terlihat kuat pada zahirnya.

Pernah dengar kan,

"You educate a man, you educate a man. You educate a woman, you educate a generation."

You educate a woman, you educate a generation. Why?

Because a woman will educate a generation.

Setuju tak kalau kita kata, bagaimana kita sekarang adalah banyak dipengaruhi oleh didikan seorang ibu? Kita dan ibu sangat mempunyai chemistry yang kuat sejak kita belum lihat dunia lagi. Dididik sejak berada dalam rahimnya sehingga kini. Untuk seorang ibu mendidik seorang anak bukanlah perkara yang mudah. Kekuatan fizikal dan mental sangat diperlukan. Membuatkan aku terfikir, adakah aku sudah cukup kuat untuk menjadi seorang wanita?

Ada banyak lagi cabaran yang akan datang tapi ujian sekecil ini sahaja sudah mampu membuatkan kita rebah? Then, macam mana nak educate a generation? Generation kot, bukan sikit-sikit!

Aku cemburu melihat wanita yang kuat. Kuat seperti tidak merasa apa-apa.
Dia kelihatan cantik apabila dia kuat :')
Dan masih kelihatan lembut dalam kekuatannya... Mampukah aku menjadi wanita seperti itu?

Hati perlu kuat untuk menjadi kuat.
Hati, Allah yang pegang.
Dan segala yang datang dari hati juga berkait rapat dengan akhlak individu.
Akhlak yang mulia merupakan cerminan hati yang baik.

Sebabtu, orang yang berakhlak mulia terasa cantik di hati. Terasa, bukan terlihat. Terasa, kita guna hati. Terlihat, kita guna mata. Mata selalu menipu hati, kan?

That's why, what comes from our heart can touch one's heart.

Jadi, macam mana nak memiliki akhlak yang mulia?

Permulaannya adalah dengan didikan yang suci. Diikuti dengan hati yang suci. Maka, terhasillah akhlak yang mulia...

Kita kena didik diri untuk jadi baik. Akhlak datang dari hati dan iman yang paling dalam. Jiwa yang suci pula lahir dengan melazimi taubat. Dengan melazimi istighfar dan taubat, ini merupakan satu panduan untuk kita, panduan/ hidayah daripada Allah untuk sentiasa memilih kebaikan :")

Indah, bukan?

Dan kita juga tidak boleh memandang enteng dengan apa-apa dosa yang kita buat. Orang mukmin memandang dosa mereka dengan satu sisi yang amat besar walaupun hakikatnya kecil. Kita tak tahu amalan kita yang mana yang menyebabkan kita masuk ke dalam syurga. Jadi, beramallah sehingga mati...

Untuk melakukan perubahan hidup, semestinya tidak ada jalan singkat dan proses ini adalah proses jatuh dan bangun. Apa yang diperlukan dalam proses ini adalah ISTIQAMAH.

Istiqamah ni, kita nampak macam simple kan. Tapi susah kan nak buat? (Nailed it!) Benda yang sikit tapi buat secara konsisten. Buat dalam kemampuan! Jangan buat terlalu lebih dan jangan pula terlalu kurang. Untuk didik hati kita, jangan paksa diri untuk melakukan sesuatu yang luar dari kemampuan kita. Jangan risau, kesusahan yang kita hadapi hari ini, Allah akan bayar dengan syurga sebagaimana Allah berikan syurga buat para sahabat, bi iznillah--


Sebenarnya, minda 2-3 hari ini banyak sangat berfikir untuk perkara yang macam-macam.. tapi tak tahu nak luahkan dalam bentuk apa.

Yang macam-macam itu membuatkan aku tersedar daripada dunia aku... Ohhh, banyak lagi kerja aku tak settle. Kenapa aku banyak sangat rehat? Penat sikit je mengeluh, penat sikit je mengeluh. Macam mana nak jadi kuat? Kadang-kadang geram dengan diri sendiri, kenapa orang lain boleh tapi kenapa diri sendiri tak boleh? Kadang-kadang cuba untuk mencabar diri sendiri tapi momentum itu tidak kekal lama.

Aku cemburu dengan mereka yang mampu untuk konsisten mengekalkan momentum itu.
Aku cemburu dengan mereka yang tidak mengeluh penat.
Aku cemburu dengan mereka yang tidak mudah berputus asa.
Aku cemburu dengan mereka yang sentiasa kuat.
Aku cemburu dengan mereka yang fikirannya bukan untuk dunia mereka sahaja.
Aku?

Berbalik kepada soalan pertama tadi, will I marry myself?

The answer is,








Not yet...




Terlalu banyak lagi kekangan yang perlu diisi...
Terlalu banyak lagi ilmu yang belum diketahui...
Terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki...
Yang tahu cuma aku dan sampai bila pun aku tak tahu...

Untuk yang membaca ini, tolong ingatkan aku ketika aku lalai dan lupa--
Bahawa dunia ini sementara.

Saturday, February 10, 2018

Rebound and move on?


What's your thought about rebound?

Rebound in an urban dictionary means start a new relationship with someone new just to avoid the pain of a breakup. Meaning that, one 'use' someone to replace his/ her ex dengan harapan dorang akan move on?


Personally, I hate this way. This is not a good way for someone to move on. Yes, sometimes it works (but it rarely works) but what if it doesn't work? Don't you feel like we are playing someone's heart to a beat? We are forcing ourselves to be in a relationship with someone new like in our past. Just because of the heart ache, doesn't mean we can simply fall in love (in a short period) to replace the ex.


I believe there is rebound thingy but I didn't believe that this so called "method" can help someone to move on, forgetting all good things in a short time. Maybe, this "method" can distract one from his/ her heart ache. But trust me, dengan cara macam ni, seseorang tak akan mampu untuk move on dalam masa yang singkat (or even in long period pun) sebab perasaan tu tak habis. I mean, cepatnya mengalah? Macam kelakar bila dalam masa kurang sebulan atau dua, tiba-tiba dah jumpa yang baru. Macam whattttt? Are you serious to be in that relationship? Desperate gila cari yang baru. 


Semudah tu cari pengganti. We cannot simply say that we've moved on when we already hooked up with someone new. In my opinion, one really needs to move on, forgetting his/ her past first then bila dah redha and ikhlas letting off all those things, baru start a new relationship.


Start a new relationship AFTER moving on.
Don't start a new relationship WHILE moving on.
Dua perkara yang SANGAT berbeza.
You get me?


When we start a new relationship while moving on, we are actually creating a new problem to ourselves. Why? Sebab perasaan yang lama tak habis. We will tend to compare the 'new one' with the 'old one'. Teringat-ingat kat kekasih lama. Atau mungkin lah lama-lama tu dia dah lupa tapi once dorang terjumpa balik, ada kemungkinan perasaan tu timbul kembali. Macam drama kan, tapi this is real, babe! So, tak peliklah orang yang lepas je balik reunion sekolah ke universiti ke tiba-tiba cerai sebab terjumpa kekasih lama, sebab perasaan yang lama tak habis. Berkemungkinan besar juga kita akan cari ex kita and contact balik sedangkan we already have a new one. Kan dah curang kan? Pergi create masalah baru pulak.


Kalau masih suka, cakap suka, it is easy! Why we need to lie to ourselves? Yes, telling the truth is hard but that doesn't mean we can tell them lies. Or maybe, memang kalau dah kena reject teruk, tak perlu lah nak terhegeh-hegeh cari balik kan. Start a new life. But move on dulu baru start a new relationship. Still, we need to move on first.


Aku sangat percaya bila seseorang tak move on sepenuhnya sebelum start a new relationship, ada kemungkinan dia kurang bahagia. Yelah, perasaan tak habis kot. And this is dangerous! Kesian lah kat your new one. Of course, he/ she is putting their best-est efforts to take care of you and give attention towards you to make you comfortable and happy. Tapi kita yang tak happy bukan sebab yang baru tapi sebab tak move on daripada yang lama. Pebenda tah!


Jangan gunakan seseorang untuk lupakan seseorang.
Rebound is cruel.
Be careful, maybe you just a rebound.

Spit out the truth even it hurts.

Don't forget to share your thoughts too!
Do leave something in comment.
Thanks for reading.

Friday, February 9, 2018

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 3)


Buat yang belum sempat baca?

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 1)
[TRAVEL] shamsimXsabah (part 2)


Hari ketiga:

5.15 pagi... *alarm berbunyi*

Tangan mencapai tanpa sedar,
Button 'snooze' ditekan buat berkali-kali,
Tiga jasad terus tidur mati.

6.00 pagi.

"Wehhh, pukul 6 dah weh!"

Semua tersedar daripada mimpi masing-masing.

Sorang gerak ke bilik air.

Sorang mengomel dalam hati,

"Macam mana boleh tak sedar jam dah bunyi ni!"

Sorang terduduk kejap, masih lagi di awang-awangan, rasa macam nak sambung tidur semula.

6.30 pagi nak check out woi! Punah tentatif sebab kitorang lambat ish lahaaiii...
Tulah, kengkonon semalam dah tidur dari lepas maghrib sampai pukul 1.00 pagi. Terjaga, terus mandi dan makan. Pukul 2 lebih baru tidur balik. Ingatkan dah cukuplah tidur?

Kelam kabut bersiap. Air shower ni perlahanlah pulekkk, orang nak cepat ni haa. Barang tak kemas lagi, fikiran mula menjadi serabut! Serba tak kena sedangkan semua perkara boleh settle sepantas memetik jari je jikalau tenang.

Pukul 7 lebih baru check-out. Untuk bilik aku.
Sebelum keluar, cari kunci. Dalam hati berdialog,

"Ohh, mungkin Najeebah dah ambik kot kunci dah check-out kan sekali. Semalam, dia yang naik bilik paling awal. Lagipun, malam semalam tak keluar mana-mana. Berhibernasi je dalam bilik, kepenatan."

Ya, memang panjang itu aku berdialog dalam hati. Selamba je bawa turun luggage nak masuk dalam van. Otw ke tangga,

"Cik, cik belum serahkan kunci."

Allah... Cik Jeebah kita lupa kot.

"Takpe, nanti saya naik balik ye. Kunci mungkin ada pada kawan saya."
"Okay, cik."

Letak luggage kat bonet van.
Semua orang dah tunggu! T.T
Matilah nakkkk... Lambaaattt...

"Bah, kunci kau belum bagi lagi eh?"
"Kunci apa weh? Kat aku ke?"
"Kat kau lah kan? Kau yang naik bilik paling awal semalam sebab nak pergi toilet."
"Tapi takde weh dalam beg aku. Aku campak atas katil je."


Ahhh, sudah.. Nak kena cari lah ni?
Takpe hati, tenang.. Semua masalah boleh diselesaikan. Ini masalah kecil je.

"Cuba check kat beg kau."
*mencari*
"Takde weh!"

"Jibo, kau ada nampak kunci bilik tak?"
"Tak nampak pun weh. Jap aku cari dalam beg aku."

Pengarah mula bersuara,

"Korang ada keluar mana-mana ke semalam?"
"Takdeee... Kitorang tidur terus lepas maghrib. Memang tak keluar mana-mana lah cerita dia."
"Kalau macam tu, hilang dalam bilik jelah. Dah check bilik?"
"Tadi dah check, memang takde apa-apa."

Apa lagi, aku pun lari naik atas takut receptionist tu cuak kitorang larikan diri tak serahkan kunci bilik, kang nayaaa lak kang. Dalam hati dah berdebar takut kena marah. Aku pun dah mula lah overthinking membayangkan muka marah dia, nada suara dia yang tinggi, HAHAHAHAHA sungguhlah terlebih imaginasi.

"Errr, kejap eh cik. Kunci hilang pulak, nak cari kat bilik."
"Ohh, takpe takpe. Cari dulu ya."
Tenang receptionist itu membalas.

Geledah bilik, tolak katil ke tepi. Tidak dapat dikesan.

"Ahh, cerita dia mesti ada kat beg sesape ni. Memang hilang kat bilik je. Kalau takde kat bilik, ada kat beg salah sorang antara kami bertiga. Aduhaaii, sorry lah korang. Dah lah bangun lambat, siap lambat, check-out lambat. Kunci pulak hilang. Serba salah gila ni."

Aku bermonolog sendiri lagi. Riak di wajah dikawal supaya kelihatan tenang.


"Weh, kat bilik takde lah. Dah check dah, dah kibas-kibas dah atas katil tu. Cuba check luggage masing-masing pulak."
"Meh aku check beg aku lah weh, sebab aku yang kemas atas katil tadi", Jibo bersuara.

Dikeluarkan segala isi perut beg Jibo kat tangga hotel. Ahh peduli apa, kena cari juga. Hasilnya, tiada. Jeebah pulak check beg dia, pun tidak dapat dikesan. Giliran luggage aku,

"Ni kalau dalam beg aku ni, mati aku."

Dikeluarkan luggage terakhir penghuni kamar 102 (kalau aku tak silap), digeledah. Fuhhh, selamat takde dalam beg aku. Persoalannya, di manakah kunci ini berada? Naluriku berkata dengan yakin bahawa kunci tersebut pasti ada dalam mana-mana beg antara kami penghuni kamar 102. Haishhh... Nak teruskan mencari atau bayar je ganti rugi? Ditanya tadi, ganti rugi untuk kunci yang hilang RM50. Kami bernasib baik kerana receptionist hotel tu masih lagi tenang siap memberikan idea untuk kami mencari kunci tu lagi.

"Sudah digeledah semua luggage-nya? Tak apa, cuba cari satu per satu."
Tenang... Setenang... Tenang seperti apa ya?
Tong sampah kat bilik pun digeledahnya. HAHAHAHA sebab kitorang tak sanggup nak geledah, pardon us.

Setenang-tenang receptionist itu, tetapi tidaklah tenang kawan-kawan kami. Alahaii, kesiannya kena tunggu lama. Semua sebab salah kitorang yang agak cuai T.T Gerak hati aku kata, nak cari lagi. I mean, properly. Sebab semua tadi cari dalam keadaan yang gelabah + serba salah + takut. Jadinya, kemungkinan untuk terlepas pandang tu memang tinggi! Tapi di sudut yang lain, dah lambat ni, tak breakfast lagi. Kesian pulak... Nak bayar terus ke? RM50 tu memanglah kongsi 3 orang tapi kalau tak, boleh beli benda lain kottttt...

Najeebah: "Takpelah, kita bayar jelah. Ada orang dah bising tu."
Aku: "Serious kau nak bayar?"
Najeebah: "Dah tu, takpelah bayar jelah." (dialog ayat ini diubah hehe)

Dengan rela hati, aku dan Jibo pun bersetuju.

Tiba di kaunter,

"Sudah dicari di semua beg-begnya? Dicari satu per satu?"
"Dah tapi tak jumpa, tak tahulah kat mana. Kalau terjumpa, boleh pulangkan ke?"
"Ya, boleh. Kalau kamu jumpa kuncinya, boleh saja pulangkan semula dan kamu dapat balik RM50 ini."

Ohhh, boleh lah begitu. Okay takpe, kita cari juga sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Yelah, gila kau! Perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu memakan masa hampir 3 jam tau! Baik jumpa harini sebelum balik. Kebetulan pula, tentatif harini cuma jalan-jalan kat area ni je, at least tak jauh sangat.

"Okay, kami minta maaf. Terima kasih ya."
"Ya, sama-sama..."


Dua pilihan diberi pada awal pagi 18 Januari 2018.
We are free to choose but we are not free from the consequence of choices. So? Aku nak in a bad mood or in a good mood? We choose and what we choose will affect us. So, I choose to be a stress-free person and in a good mood but at the same time, I was thinking about the keys. I believe, the keys must be in one of our bags je, tak lari mana pun.

"Weh, kita kena cari balik kunci tu kat mana?"
"Pastu, kau nak buat apa?"
"Kita kena pulangkanlah dan dapatkan balik RM50 tu."
"Gigihnya lah kau. Tah mano kunci tu, biar jelah."
"Ohh eh, hmm okay."


Jauh di sudut hati,

"Takpelah ya Allah, ada rezeki, ada."

Sambung sembang seperti tiada apa yang berlaku...
Kitorang sambung perjalanan ke Sabah Tea Farm atau bahasa Melayu nya, Ladang Teh Sabah!

Entrance fee: Free of charge!

Boleh nampak Gunung Kinabalu juga (tak habis-habis dengan Gunung Kinabalu eh). Aku sedikit excited sebab tak pernah lagi pergi ladang teh hatta kat Cameron pun sebab selalu pergi Genting je (kaitan sangat). Cuaca kat situ, sejuk lah macam biasa. Tapi mungkin aku dah sedikit teradaptasi dengan cuaca sejuk pada minggu itu, so tak rasa sejuk gila pun. Sejuk kat Sabah tak sama macam sejuk kat Semenanjung lah aku rasa. Sejuk kat Sabah macam fresh fresh gitu, kat Semenanjung sejuk macam air-cond. Padahal suhu sama je. Entah, ke aku yang salah menilai?


Tenang dirasakan pada ketika itu,
Cuaca yang sejuk,
Rembunan yang hijau,
Awan yang putih biru,
Kombinasi warna ini sangat menyejukkan mata, menenangkan hati.



Cepat cakap, which one is beautiful?
The view OR the people in the photo?!?!

Lol. I'm just kidding :p
Of course lah dua-dua cantik kan (bagi chance lah, ni blog sis).

Kalau boleh nak jalan lagi sampai bawah tu tapi lecak sikit sebab baru lepas hujan. Sis tak berani takut tergelincir. Tapi rasa nikmat yakmaattt pergi sini!


Caption: Honeymoon with love
Hehe, nak tunggu honeymoon bebetul lama lagi kan. Kita acah dulu kahkahkah!





Gaya macam aku pergi berdua dengan Jeebah pulak kan XD
Mana yang lain? Yang lain sedang syiok berphotoshoot lah sebab scenery lawa gila! Ya, memang gila, sis tak typo.


Cubaan pertama berphotoshoot dalam KOTAK ini

"Terkejut bapak nakkkk..."

Tah apo yang direnung tah

ARGHHH! I LOVE THIS PHOTO LIKE CRAZEHHHH BAYBEEHHH!

Okay, gegirls turn pulak.
Tapi Fab takde. Sobs.


"Naik pelan-pelan Datin, jatuh nanti menangis Datuk kang." -Sofia

Gambar ni comel sangat! Find Najeebah :")))

Orang suruh tutup muka, aku tutup hidung macam prevent fogging pulak

"Weh, gaya apa pulak?"

"Okay, so, what's now?"

Tangan aku tu macam, "Jemput terjun, Sofia."

Done with Ladang Teh, kitorang pergi kat bahagian belakang sikit, ada rumah panjang. Dapatlah tengok rumah panjang sebenar kat Sabah walaupun tiada penghuni sebenar.


"Okay, kita nak buat apa kat sini?"


"I have no idea what is rumah panjang." Lol


"Ahhh, ini lah rumah panjang rupanya.."


"Kirin, pandanglah depan acah candid kot ye pun.."


Terjumpa satu gazebo di tengah-tengah tasik buatan yang cantik yakmatt! Dikelilingi bunga teratai layu di tasik madu acewahhh. So, apa lagi, 1, 2, 3 posing >.<

Done with Sabah Tea Farm!

Next destination, we went to Poring Hot Spring!

Entrance fee: RM3/ person

Otw dari Sabah Tea Farm ke Poring Hot Spring lebih kurang dalam 20 minit lah gitu. Sesampai je kami di situ, aku macam biasa lah excited nak main air (Sarah, apa je tak excited). So, kitorang pun angkut lah barang nak pi tukar baju mandi sat. Dah siap tu, datang lah van balik untuk letak barang... Sampai je kat van, aku terdengar suatu kekecohan berlaku,

"Aku tak mandi kot, nak pergi hantar ni haa."
"Dah cakap belum dengan abang tu?"

I be like... What the hell is going here? Please, somebody tell me what's happening here?

Aku: "Apa benda ni?"
Jibo: "Ni haa kunci dah jumpa."
Aku: "WHATTTT?!?! SERIOUSLYYYY?!?! Jumpa kat mana?"
Jibo: "Kat beg aku."
Aku: "Bukan tadi dah cari tapi tak jumpa eh Cano lak boleh ado?"
Jibo: "Tadi aku geledah balik, tak perasan kat tepi tu..."

Dalam hati, alhamdulillah, dapat balik RM50 si Jeebah tu ehehehe.. Alhamdulillah, ada rezeki kami. See, bila Allah kata ada, kot mana pun tetap ada. Mujur masih kat area situ, belum balik KK. Dan alhamdulillah, driver van kitorang SANGAT baik hatiiiii offer tolong hantarkan kunci hotel tu ke Ranau semula dan berkata,

"Takpe, kamu semua pergilah mandi. Biar saya sorang je yang hantar kunci ni. Dekat saja dalam 20 minit."

Alhamdulillah for all the nikmat You gave us, Allah :'))))

Maka, bermandi-manda lah kami di sini dengan gembiranya ehehe.. Uniknya kat Poring ni ialah,

Ada dua jenis tempat mandi. Tempat mandi air panas dan air sejuk.

Kebanyakan mat salleh den nengok, ramai pergi mandi air panas. And guess what?
Tempat mandi air panas tu, ibaratkan satu bulatan dibahagi empat. So, satu bahagian tu, nak mandi sorang boleh, nak mandi dengan kawan boleh. Kiranya, tak kongsi dengan public. Best kan? Sebab ada privacy. Ada juga yang boleh mandi dengan public tapi tak ramai orang sebab masing-masing nak privacy lah of course. Kau nak gosip berdua pun boleh. So, pilih je mana yang kosong lagi, orang tak tadah air pastu tadahlah air tu. Ikut nak banyak mana, nak suam suam kuku ke, nak air panas semata-mata ke nak air sejuk saje ke ikutlah, pastu buka je pili air tu. Best!


Itu untuk air panas.

Kalau kolam air sejuk dia pulak, bayar lain harga tau.

Entrance fee mandi kolam air sejuk: RM3/person


Apa yang uniknya mandi kat kolam air sejuk di Poring Hot Spring ni?
Air sejuk ni ialah air dari sungai! Tapi dia buat dalam bentuk kolam, got it? Maksudnya, kau macam mandi kolam macam biasa tapi air kat kolam tu bukan chlorine water tapi air sungai. So, sejuknya memang sejukkkkk gilaaaaa! Ya, sejuk gila. Tapi nak masuk mula-mula je sejuk. Lepas dah masuk tu, biasanya kan kalau kita keluar daripada air, kita akan sejuk gila menggigil-gigil kan? Tapi tidak di sini. Rasa macam biasa je, tak sejuk langsung menggigil-gigil pun. Ada slide kecik kat sini, so boleh lah nak fefeeling budak kecik jap. Hehe.

Seronok main air!

Sebab air sungai.

Kebetulan pula time kitorang pergi tu adalah hari weekdays, so, memang tak ramai orang. Tourist yang datang majoriti mandi air panas. Yelah, cuaca kat negara dorang kan sejuk, sekali sampai Malaysia panas yakmat pulak kan (yeke?). Haa gitulah ceritanya.

Cennilah ghoman tempat mandi air panas tu

Kecik tapi boleh muat sampai 5 orang wowerzzz! Siap main siapa tahan nafas paling lama lagi kahkah!


Ayat kat bawah tu catchy sangat XD


Dengarnya, kat sini ada kawasan air terjun and kalau tak silap aku, dulu ada canopy walk tapi time kitorang pergi tu dah tutup :( So sad, baru nak acah jap.

Kat jambatan masuk tu, bawah jambatan tu adalah air sungai. Cantik bakhang! Dengar bunyi air, sambil menghirup udara fresh gitu, fefeeling jap time aku lalu tu.




Kitorang berendam kat sini hampir 2 jam jelah, tak lama sangat. Cuaca time ni pun sejuk sejuk gitu, mujur tak hujan/ terik, alhamdulillah... Pukul 1 lebih, kitorang bertolak balik ke Kota Kinabalu.



Cuba tengok kabus ni, tebal kan? Kalau tengok real, memang tebal tahap opaque dah. Bukan translucent lagi. Ibarat macam atas flight bila yang atas langit tu, gitulah.



Lepas lunch, kami pulang ke Kota Kinabalu.
Dengan hati yang berat, ku relakan jua kepergianku ke Kota Kinabalu. Yelah, entah bila lagi lah nak sampai Sabah ni kan. Bukan selalu. Banyak memori tercipta kat Kundasang dan Ranau! Rindduuuuu sangattt T.T

Sampai Kota Kinabalu lebih kurang pukul 6 lebih gitu rasanya. Nak dekat maghrib time tu. Kat Sabah kan awal sejam waktu solat daripada Semenanjung, so memang gelap macam pukul 7 lebih lah time tu padahal baru pukul 6. Kalau kat Semenanjung, pukul 6 memang terang lagi.

Check-in hotel (Hotel Sadong 88) lepastu rehat dan bersiap untuk pergi dinner pulak.
Dah sampai KK, kitorang sewa kereta untuk dua hari setengah lah lebih kurang dari malam hari ketiga sampai hari kelima. Ada 2 kereta (Saga dan Bezza). Ngam ah untuk kitorang 10 orang ni.

Kalau tak silap aku,

Total sewa kereta: RM550, RM55/person.

Tapi itupun ada lebih. Siap boleh bayar duit saman (tak pasal-pasal kena saman sebab tak beli tiket parking) dan duit minyak.

Malam tu, kitorang dinner kat Anjung Senja.
Kat sini, semua restoran jual seafood.. I see fooooooddd.... Puas gila makan seafood! Aku jelah, yang lain besye-besye kot.. And guess what? Kitorang jumpa kawan masa tamhidi juga. Nama dia Zakiah panggil Zack, orang Sabah. Aku tak rapat pun tapi kenal lah. Sebabkan kawan-kawan shamsim aku yang lain ni dulu pernah sekuliah dengan Zack, so depa lah yang lebih rapat dan kenal.

Plan asal nak makan kat sini hari keempat, esoknya. After snorkelling, tapi kitorang tukar sebab takut esok tu tak sempat kepenatan.. Dan cerita dia, memang pun. Ada agenda lain malam tu.

Kitorang makan set RM355, RM32/person.
Ada semua seafood! Air ada 3 jenis siap boleh refill wehhhh, memang time dah habis tu, minta dia refill padahal masatu dah kenyang melantak. Benda free kan, ambik jelah. So, bawa balik hotel kehkeh.

Ada ketam, sotong, udang, kerang, ikan! Aku rasa, aku sorang je yang melantak time tu, yang lain semua kekenyangan.. Maklumlah, tangki besor tapi makan lambat lah macam biasa hehehehe... Puas hati, alhamdulillah. Highly recommend ah tempat ni, mantap!

Tempat dia cantik, sebelah jeti gitu lah. Aku tak pasti kenapa takde lampu, kalau ada mesti lagi nice view dia. Siang mungkin cantik sebab nampak? Kalau candle light dinner memang nice lah!


Zack (kiri) dan Kirin (kanan)




Thank you Zack layan kitorang hahahaha :D
Lepas makan terus balik hotel sebab semua orang penat teruks. Malam tu, buat pertama kalinya di Sabah aku tidur awal (tapi tak segar pun bangun pagi). Excited untuk keesokan harinya sebab hari keempat kitorang pergi snorkeling! Nantikan di next entry okay? Ada kisah di sebalik shamsimXpulausapi.


To be continued...
Stay tuned XOXO