Monday, February 26, 2018

Bingkisan Kaktus


"Kau nak kahwin dengan diri sendiri tak?"

"Maksud kau?"

"Andai satu hari nanti, kau diberi peluang to see the true colour of yourself, kau nak tak kahwin dengan diri sendiri?"


............................................................................................................................................................................


Do you want to get married with yourself?
I mean, someone like yourself.

Kita sendiri tahu kita macam mana. Kita yang? Hanya kita yang mengenali segala kelemahan dan kemampuan diri kita, segala kerajinan dan kemalasan diri kita, segala perbuatan yang kita lakukan ketika mempunyai masa lapang, segala tindak-tanduk yang bakal kita lakukan ketika menghadapi sesuatu musibah, segala kemarahan dan kesabaran kita, segala ketaatan kita terhadap Allah, will you marry yourself?

Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Will us?

Soalan ini membuatkan aku tersedar bahawa,
Ada banyak lagi perkara yang belum selesai pada ketika ini. Umur hanya sekadar umur. Pada waktu muda ini lah, kudrat seorang remaja masih lagi berada pada tahap yang tinggi. Pada ketika ini lah, kudrat kita diperlukan untuk disumbangkan ke jalan yang memerlukan. Pada ketika ini lah, zaman yang kita tak boleh sia-siakan. Bagaimana kita ketika tua adalah kita yang muda sekarang. Jangan nanti kita menjadi seorang tua yang menyesal.

"Adakah aku sedang menggunakan zaman mudaku dengan baik?"

Proses dakwah dan tarbiyah bukanlah suatu proses yang perlu dilalui oleh seorang manusia apabila terlibat dalam program khusus sahaja. Bukan juga untuk sesetengah golongan sahaja.

It's a lifetime process. Khususnya untuk kita semua yang Muslim.

Tempoh hari, membuatkan aku terfikir,

Untuk menjadi seorang wanita tu kena kuat, kan? Atau dengan erti lain, kena pura-pura kuat.

Sekuat mana pun seorang wanita, dia tetap memiliki hati perempuan.

Sekuat mana pun sesuatu ujian, menjadi kuat adalah pilihan terbaik. Dua kekuatan dalam satu masa. Satu, kekuatan menghadapi ujian tersebut. Dua, kekuatan untuk terlihat kuat pada zahirnya.

Pernah dengar kan,

"You educate a man, you educate a man. You educate a woman, you educate a generation."

You educate a woman, you educate a generation. Why?

Because a woman will educate a generation.

Setuju tak kalau kita kata, bagaimana kita sekarang adalah banyak dipengaruhi oleh didikan seorang ibu? Kita dan ibu sangat mempunyai chemistry yang kuat sejak kita belum lihat dunia lagi. Dididik sejak berada dalam rahimnya sehingga kini. Untuk seorang ibu mendidik seorang anak bukanlah perkara yang mudah. Kekuatan fizikal dan mental sangat diperlukan. Membuatkan aku terfikir, adakah aku sudah cukup kuat untuk menjadi seorang wanita?

Ada banyak lagi cabaran yang akan datang tapi ujian sekecil ini sahaja sudah mampu membuatkan kita rebah? Then, macam mana nak educate a generation? Generation kot, bukan sikit-sikit!

Aku cemburu melihat wanita yang kuat. Kuat seperti tidak merasa apa-apa.
Dia kelihatan cantik apabila dia kuat :')
Dan masih kelihatan lembut dalam kekuatannya... Mampukah aku menjadi wanita seperti itu?

Hati perlu kuat untuk menjadi kuat.
Hati, Allah yang pegang.
Dan segala yang datang dari hati juga berkait rapat dengan akhlak individu.
Akhlak yang mulia merupakan cerminan hati yang baik.

Sebabtu, orang yang berakhlak mulia terasa cantik di hati. Terasa, bukan terlihat. Terasa, kita guna hati. Terlihat, kita guna mata. Mata selalu menipu hati, kan?

That's why, what comes from our heart can touch one's heart.

Jadi, macam mana nak memiliki akhlak yang mulia?

Permulaannya adalah dengan didikan yang suci. Diikuti dengan hati yang suci. Maka, terhasillah akhlak yang mulia...

Kita kena didik diri untuk jadi baik. Akhlak datang dari hati dan iman yang paling dalam. Jiwa yang suci pula lahir dengan melazimi taubat. Dengan melazimi istighfar dan taubat, ini merupakan satu panduan untuk kita, panduan/ hidayah daripada Allah untuk sentiasa memilih kebaikan :")

Indah, bukan?

Dan kita juga tidak boleh memandang enteng dengan apa-apa dosa yang kita buat. Orang mukmin memandang dosa mereka dengan satu sisi yang amat besar walaupun hakikatnya kecil. Kita tak tahu amalan kita yang mana yang menyebabkan kita masuk ke dalam syurga. Jadi, beramallah sehingga mati...

Untuk melakukan perubahan hidup, semestinya tidak ada jalan singkat dan proses ini adalah proses jatuh dan bangun. Apa yang diperlukan dalam proses ini adalah ISTIQAMAH.

Istiqamah ni, kita nampak macam simple kan. Tapi susah kan nak buat? (Nailed it!) Benda yang sikit tapi buat secara konsisten. Buat dalam kemampuan! Jangan buat terlalu lebih dan jangan pula terlalu kurang. Untuk didik hati kita, jangan paksa diri untuk melakukan sesuatu yang luar dari kemampuan kita. Jangan risau, kesusahan yang kita hadapi hari ini, Allah akan bayar dengan syurga sebagaimana Allah berikan syurga buat para sahabat, bi iznillah--


Sebenarnya, minda 2-3 hari ini banyak sangat berfikir untuk perkara yang macam-macam.. tapi tak tahu nak luahkan dalam bentuk apa.

Yang macam-macam itu membuatkan aku tersedar daripada dunia aku... Ohhh, banyak lagi kerja aku tak settle. Kenapa aku banyak sangat rehat? Penat sikit je mengeluh, penat sikit je mengeluh. Macam mana nak jadi kuat? Kadang-kadang geram dengan diri sendiri, kenapa orang lain boleh tapi kenapa diri sendiri tak boleh? Kadang-kadang cuba untuk mencabar diri sendiri tapi momentum itu tidak kekal lama.

Aku cemburu dengan mereka yang mampu untuk konsisten mengekalkan momentum itu.
Aku cemburu dengan mereka yang tidak mengeluh penat.
Aku cemburu dengan mereka yang tidak mudah berputus asa.
Aku cemburu dengan mereka yang sentiasa kuat.
Aku cemburu dengan mereka yang fikirannya bukan untuk dunia mereka sahaja.
Aku?

Berbalik kepada soalan pertama tadi, will I marry myself?

The answer is,








Not yet...




Terlalu banyak lagi kekangan yang perlu diisi...
Terlalu banyak lagi ilmu yang belum diketahui...
Terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki...
Yang tahu cuma aku dan sampai bila pun aku tak tahu...

Untuk yang membaca ini, tolong ingatkan aku ketika aku lalai dan lupa--
Bahawa dunia ini sementara.

No comments:

Post a Comment