Thursday, February 1, 2018

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 2)



Banyak perkara yang belum aku cerita lagi bila diselidik satu per satu. Sebab aku fikir, perlu ke tak, perlu ke tak. Tulah susah eh jadi oghang yang banyak naa cito eh.

Post kalini nak cerita tentatif kitorang hari kedua dan malamnya...
Dan tidak lupa untuk memperkenalkan my travel partners tempoh hari (seriously, lupa gila!). Baru aku perasan, setakat ni setiap kali cuti sem, sebenarnya kitorang tak pernah miss untuk berkumpul and pergilah jalan mana-mana walaupun tak semua ada.

Semester 1 break: We went to Broga Hill.

Cerita pasal Broga Hill ada juga in my previous post. Tapi tak cerita pasal Broga Hill pun. Time ni aku juga yang paling excited sebab aku tak pernah hiking and my first time was with them! So glad to have them in my life because they all are soooo supportive and protective (okay lahh). Zaman sekarang ni, nak cari kawan bukan senang. Takut kawan makan kawan. Semoga kita semua baik-baik je #KitaOkay. Panjat Broga ni pun time akhir-akhir cuti sem gak.


Semester 2 break: We went to Melati Hill, Nilai.

15 tahun den duduk kek Nilai, baru den tahu kewujudan Bukit Melati tu weh, kahkahkah! Itupun Amir lah yang cerita sebab dia duduk situ. Bukit Melati ni best sebab ada 4 puncak tapi kitorang panjat 2 puncak je sebab tu pun hiking time gerimis. Start hiking pukul 10, turun dalam pukul 11 lebih kalau tak silap. Tapi time ni tak ramai yang ada, but okay lah.


Semester 3 break: We went to Sabahbahhhh!

Setakat ni, ni yang paling excited lah bagi aku sebab first time travel jauh (w/o family) dan semua kitorang uruskan sendiri without travel agency and tour guide. Kitorang decide tentatif and everything. Alhamdulillah, sebab ada Najeebah yang kampungnya di Sabahbahh, dia paling banyak membantu sebab tolong buatkan tentatif hehehe. Rasa bangga jap first time travel decide sendiri itupun sebab ada Najeebah XD (dan dengan izin Allah)


Next sem break? Hehe



Before continue, I would like to introduce our #shamsimXsabah members:

1,
Kita start dengan Pengarah. Dia lah yang sibuk ajak nak pergi Sabah, yang aku ingatkan dia sembang kencang je ni (maafkan saya, pengarah).


This is Hafizzullah. We called him Apis.
Okaylah, daripada pemerhatian aku (aku harap aku tak salah), sepanjang trip ni, dia orang paling cool (kot?). Jawapan dia cuma, NAK atau TAK NAK. Yelah, pengarah kan? Kalau tanya, nak pergi sini tak, pengarah? Kalau nak, dia cakap nak. Kalau taknak, dia cakap taknak. Sebab dia lelaki kot? Kalau perempuan, dia punya taknak tu panjang gila explanation.

Eg: boleh je nak pergi tempat tu kalau nak tapi tulah *reasons*... (ulang ayat). Boleh je kalau nak... *dalam hati sebenarnya, taknak*


Dia macam happy je setiap masa (yang aku tengok lah). Tapi takut juga sebab tak tahu dia tengah marah ke tengah happy ke tengah perli apa sebenarnya dia buat ni haaa...



2,


This is Najeebah. We called her Jeebah.
Aku consider dia as penolong pengarah lah sebab dia yang tolong buatkan tentatif (bersama-sama Sofia Sorhaimi) time meeting kat rumah aku haritu.

Tanpa tentatif, berteraburlah trip kami :'))) Big thanks to her! (and Sofia too). Eh ke ada orang lain juga yang tolong buat tentatif haritu? *sis blur time susun tentatif* Dia juga yang tolong sewa van untuk kitorang ke Kundasang sebab jalan Kundasang tu macam nak naik Cameron Highland tapi teruk sikit lah. So, budak lelaki tak berani drive kawasan tu and kitorang berharuk-pikuk dalam van. Best moment ever!

Dia lah yang suggest,

"Jom pergi sini?"
"Nak pergi sini tak?"
"Koranggg, jom pergi sini."

Kalau tanya aku, aku okay je semua sebab aku kaki jalan. Tak kisahlah ke mana-mana asalkan tempat tu membuatkan aku bahagia kehkehkeh. Apa-apa hal, aku tanya dia je. Annnnddd, she's one of my BFF since secondary school. Kitorang ni kejap gaduh kang kejap baik. Pastu gaduh balik pastu ehh baik balik. Pergi ke mana-mana semua berkepit. Lebih-lebih lagi time tamhidi dulu sampai semua orang boleh cam.

Di mana ada Sarah, di situ ada Najeebah. Di mana ada Najeebah, di situ ada Sarah.
Senang orang nak cari. Tapi terpisah time degree, tapi hati masih tetap bersatu hihi, bersatu dalam satu jemaah acewahhh. In shaa Allah. Pernah terfikir, nanti aku lost contact ke dengan budak kecik ni? Setakat ni, alhamdulillah masih contact. Ada masalah, masih mencari antara satu sama lain, sweet kan kitorang? :')))

Macam couple HAHAHAHA



3,


This is Fatin Amira Balqis. We called her FAB (look at her name back).
Tanpa FAB, maka bergelandanganlah kami di Sabah :")))
Dia lah orang utama yang uruskan hotel penginapan. Sis tabik sebab walaupun dia busy (she's an architect-to-be), tapi dia tetap gigih carikan hotel. Walaupun time tu, aku agak risau juga kat mana sebenarnya kita akan tidur ni hahahaha tapi alhamdulillah Fab sangat bersabar. Hotel murah dan cantik serta selesa tu semua FAB yang cari hihi. Dia kata,

"Alahh guna booking.com je weh."

Centu lah ayat dio, den ingat laei.



4,


This is Ariff. We called him Ayip.
Dia ni member sama course dengan aku. FYI, Ayip dengan Apis ni business partner tau. Dorang collaborate and run business sendiri, check out their Instagram @topi.malaya and @bag.malaya

Sila follow Instagram depa and belilah mana yang berkenan, hihi. Jangan lupa support!

Ayip yang uruskan hal kereta sewa untuk hari ketiga, keempat dan kelima kitorang kat Sabah. Dan dia second photographer kitorang.



5,


This is Amir Hamzah. We called him Amir.
This one is Amir's favorite photo. He said,

"Kenangannn.."

So, Amir ni kawan lelaki yang paling lama aku kenal and still keep in touch sampai sekarang. Known him for 11 years already. 5 tahun sekelas (walaweehhh), tanzim BADAR pastu join debat arab juga... Lepastu, kengkonon aku taknak masuk USIM lah kan sebab confirm jumpa dia ni, asyik ajak den masuk USIM yo. Last-last, den sangkut gak kek USIM ni haa and tadaaaa, jumpa dia lagi!

From primary school > secondary school > university.

Dia tanya aku,

"Kau tak bosan ke asyik tengok muka aku?"

Sebenarnya, bosan gak lah... Ceyyy, no no this is just a joke hahaha... Elehhh sebenarnya, dia yang bosan tengok muka aku. Hekelehhhh...


6,


This is Sofia. We called her Piya.
Tadaaaa! Aku paling suka tengok kerenah dan gelagat Sofia, haha sounds macam budak kecil tapi tak... Haihh tak tahu macam mana nak describe. Sebab mungkin lah aku jenis mudah terhibur (kot?), so aku rasa kerenah dia ni comel sebab membuatkan aku terhibur HAHAHAHA XD

Sofia ni juga yang tolong buatkan tentatif untuk kitorang heee...
Suka tengok Piya, kalau aku ada anak nanti, nak bagi nama dia Sofia juga :P *tetibe*



7,


This is Syahirah. We called her Syera.
Syera...
Aku rasa dia yang paling organized antara kitorang.
One thing yang aku kagum dengan dia, semua benda dia catit apa yang dia belanja haritu. Kalau aku, aku makan je asal tak lebih berapa yang aku tetapkan XD *sebab tu asyik terlebih belanja*
Aku suka dengar dia gelak sebab dia gelak sopan, tak macam aku, kalah pontianak hahahaha...

Syera, apa khabar abang askar? :p



8,


This is Syakirin. We called her Kirin.

Kalau tengok gambar ni pun dah boleh agak Kirin ni sangat ceria orangnya! Tapi kalau dia tengah takde mood, aku takut nak kacau huhu, sorry Kirin! Ada kisah yang berkaitan dengan Kirin yang berlaku di Sabah ni pada hari keempat hehe... Nantikann... (ceyyy macam suspens)



9,
Our special guest! Why special? Because she's not an USIMIAN but was from same school too!


This is Izzatul Najihah. We called her Jibo!

Sebelum-sebelum ni kenal jejauh je time kat sekolah dulu. Tak sangka Allah izinkan kitorang untuk travel sama-sama hehe. And, satu ikatan telah terbuka.. Semoga mampu menyimpan segalanya, biiznillah. Dia lah photographer utama kami! Ada event dan perlukan photographer dengan bajet yang mampu? Sila follow Instagram: @photograbliss , okay? Jom support!




Anddd....
10,


Haa whatsapp sape tu?
Selaku setiausaha yang tidak bertauliah yang tak function, cuma star message penting tapi hilang juga hahahaha pebendaa tahhh!


So, continue...


Aku dah cerita aktiviti kitorang hari pertama dan malamnya. Hari pertama sampai still rasa macam tak percaya yang aku dah sampai Sabah bersama shamsim! Bahang belum terasa sangat sampailah check-in hotel dan jalan-jalan cari makan (jalan kaki) sejauh tak pasti berapa kilometer ke Pasar Philippines.

Hari kedua:

Bangun pagi pukul 5am huhuhu yelahh sebab kat Sabah kan, Subuh awal. So, pukul 6am tu kira subuh gajah tau! Terang macam pukul 7am, tak tipuuuu... Tapi bilik kitorang bangun lambat sikit sebab malam tu tidur lambat, syok sembang hahaha cuak gila takut lambat sebab kena check out hotel pukul 6.00am.

Plan asalnya nak bertolak ke Kundasang pukul 6am gitu sebab suruh van tu sampai pukul 6 pagi lah. Ohh ya, kitorang sewa van untuk hari kedua dan ketiga sebab jalan kat Kundasang tu macam jalan ke Cameron Highland tapi teruk sikit kot, so, tak berani nak drive sendiri sewa kereta semua.


Total sewa van: RM800 (termasuk minyak, RM100), RM80/person.


Hakikatnya, pemandu van kami lewat 2 JAM! Sampai pukul 8 pagi. Kitorang call dia pukul 6.30 pagi tu, takutlah kan kot dia dah tinggal kitorang sebab lambat siap rupanya time tu, dia baru bangun tidur -.- sabar jelah mak nakkkkk... Nak marah, tak sampai hati. Yelah, bila fikir balik, kita doa, minta Allah lindung kita, mana tahu dengan melambatkan perjalanan selama 2 jam sebenarnya Allah sedang melindungi kita kan? Fikir yang baik-baik hihi.


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit lah gitu. So, sambil tunggu nak sampai, kami main teka-teki dalam van! Hahahaha best moment ever sebab dapat kenakan orang... Otw ke Kundasang tu, boleh nampak Gunung Kinabalu tau (tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu *ehh*)


Ada satu tempat tu, boleh berhenti kat situ kejap untuk ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu :D Subhanallah, the view was soooo tempting! Tapi time kitorang sampai nak ambil gambar tu, awan dah menutupi Gunung Kinabalu, so tak nampak sangat. Cantik sangat!



Nampak tak awan putih kat belakang tu? Di sebalik awan tu lah, ada Gunung Kinabalu! Cantik kan? I miss this view, btw :'(((



Still tak jelas sangat tapi nampaklah kan gunung tu sipi-sipi. Awan dah tutup dah, yelah pukul 10 lebih dah time ni... Nak tengok, kena naik awal pagi, baru nampak jelas! Tapi time kitorang tengah otw naik ke atas pun, nampak je cuma tak sempat ambil gambar...


Spam sikit.

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan




Okay, sambung perjalanan untuk sampai ke Desa Dairy Farm.
Tempat wajib untuk mereka yang bercuti di Sabah! You guys memang kena datang sini because the scenery is sooooooo ma shaa Allah and subhanallah! And the weather too... Seronok sangatttt! Kat sini lah yang ada lembu acah-acah kat New Zealand tu.. And you should try the ice-cream and the yogurt sebab fresh! And don't forget the milk too, kalau nak beli cheesee pun boleh.





Desa Dairy Farm
Entrance fee: RM5/person
Yogurt/ Ice-cream: RM5.60


Kat sini pun, korang boleh bagi makan/ minum susu kat lembu dan kambing.

Satu botol susu: RM1.50
Satu ikat rumput: RM1.00


Brrr... On point gambar ni, thanks to Mr. Photographer -.-

Mooooooo!

Muka "kerana terpaksa, aku relakan" je kambing tu HAHAHAHAHA


Apa yang kelakar sangat tuuuuu


Mount Kinabalu yang shy shy cat

2k18 family potrait!

I love my own family and this family too :") Kalau boleh paksa semua orang single, lama dah buat hahahaha... For me, selagi masih single, let's travel around the world to seek for pleasure and happiness, to experience new things, to make memories zaman muda-muda ni. Why not kan? Bukan bercinta sweet sweet je because there are lotssss of things yang boleh buat time single. Travel pun satu perkara yang berfaedah tau. Manfaatkan zaman muda kita (acewahh)...

P/s: hint untuk korang supaya jangan kahwin awal sangat and leave me alone :'((((

Next, kitorang pergi lunch and check-in hotel kat Huda Inn Hotel, Ranau. Harga aku dah cerita kat Part 1.

Lepas pergi Desa Dairy Farm ni, asalnya nak pergi tiga tempat lagi tapi ketiga-tiga tempat di-cancelkan... First, Strawberry Farm, cancel sebab tak banyak buah nak petik. Second, Kundasang War Memorial, cancel sebab hujan. Kat sini, cantik gila kalau photoshoot tapi takde rezeki :'(( Third, Lombong Mamut. Cerita tentang perjalanan kami ke Lombong Mamut ni memang kelakar sebab beriya lahai nak pergi sekalitu sampai kat atas, jalan tanah merah, so tak dapat nak teruskan perjalanan. Tapi time dah otw tu, memang creepy gila lah.

Mula-mula aku sedih gak sebab kena patah balik tapi aku tak kisah sangat sebab tempat tu huhu macam menyeramkan sebab nampak macam takde civilization.. Tapi ada beberapa kereta hmmm... So, otw nak turun balik tu terserempak dengan macam penduduk kat situ kot, bila ditanya, rupanya Lombong Mamut tu dah lama tutup HAHAHAHAH... Mungkin sebab tu Allah jadikan tanah merah tu sebagai halangan untuk kami teruskan perjalanan :'))) 

End up, kami balik hotel. Some of us dah burnt out sebab tak cukup tidur. Malam tu tak keluar pun (except for guys) sebab tempat sekitar hotel kitorang macam tak menarik untuk jalan-jalan cari makan + penat.


Panjang dah ni hehe...
Semakin hari, semakin banyak kisah menarik sebenarnya yang berlaku antara kami di Sabah...
Apakah kisah menarik itu?

To be continued...
XOXO


No comments:

Post a Comment