Saturday, February 25, 2023

Brain journey: Part 1

Hmmm where to start eh? Kisah ini adalah sebuah perjalanan yang panjang dan masih belum selesai. Namun, aku merasakan ada beberapa hal yang perlu untuk aku kongsikan. Mungkin sebagai pengajaran? Mungkin khusus untuk rakan-rakan yang bakal bekerja sebagai doktor atau para staf kesihatan yang lain? Mungkin juga buat untuk mereka yang berada di luar bidang kesihatan untuk memahami point of view daripada seorang doktor? Entah, aku pun tak pasti.

Antara objektif yang penting:
1. Aku bukan minta bantuan atau rasa kesian untuk aku, tak.
2. Aku cuma nak tujuan penceritaan aku ni sampai. Aku tak pasti bagaimana aku akan bahagikan jalan penceritaan kisah yang panjang ini. Pandai-pandailah korang follow ek.
3. Aku banyak nak berkongsi perkara-perkara yang aku belajar daripada kisah ni walaupun belum tamat.

Semuanya bermula pada 15 Januari 2021. Dua tahun yang lepas. Mengikut Instagram story archive aku, waktu tu aku kat Temerloh tengah buat posting Psikiatri (bagus ada medium Insta story ni sebab boleh track segala tarikh setiap event yang berlaku). Aku menerima satu mesej yang pelik dari ibu aku. Sebab macam susah aku nak explain, nah baca screenshot conversation dua tahun lepas ni.




Jujurnya, aku sangat pelik dengan pertanyaan ibu aku time ni. Kemudian, apa yang lebih pelik lagi adalah, sejak bila pulak ibu aku ni keluar rumah pergi jalan-jalan area taman perumahan ni? Knowing my mom so well, dengan dia dah start sakit lutut time tu, ehhh tetibe elok pulak nak jalan keliling Kota Seriemas ni kan? Tapi aku time ni, tak overthinking melayan kepelikan-kepelikan yang berlaku lah. Lalu, the conversation ended there, just like that.

Fast forward to 28 Januari 2021, lebih kurang dua minggu selepas tarikh tadi, time tu kan zaman PKP yang kena pindah-randah lari PKPD lah apa lah, err... if you guys.. still remember? Maka, pulanglah kami semua ke kolej kediaman di Nilai, sambung posting Psikiatri secara online. On that date, aku decide untuk balik rumah lah, alang-alang dah dekat. Macam biasa, ayah aku yang jemput ambil aku balik. Lepastu, cam biasa borak-borak dalam kereta.

Aku perasan ayah aku cakap macam pelat time tu. Macam orang ada ulser bercakap, kan sakit kan, so cakap pelat pelat gitu. Aku terus,


"Ayah ada ulser ke kat dalam mulut?"

"Takde."

"Kenapa ayah cakap macam lain?"

"Takdelah, memang macamni."

"Yeke? Sejak bila perasan?"

"Baru je, sebulan."


Terussss aku teringat pertanyaa pelik ibu aku tempoh hari.

"OHHHH AYAH KE ORANG YANG IBU MAKSUDKAN????!!!!"

Time tu, serious talk, aku moody nak mampos sebab rasa macam kena betray. Sampainya hati ibu taknak bagi tahu yang orang yang "konon-konon" dia jumpa tu adalah ayah aku sendiri? Walaupun dalam hati aku, aku tahu, jawapan yang dia akan bagi, "ibu taknak susahkan hati kakak kat Temerloh tu". Aku rasa marah sangat-sangat. Sampai je rumah, aku salam cam biasa tapi I was cold. Diam. Sebab marah, tapi aku tahu yang ibu tahu. Lalu, aku terus masuk ke bilik. Perasaan masih bercampur-baur.

Tinggg... Lalu, mesej ini yang aku terima...



Kannn.. dah cakap, ibu tahu yang akhirnya aku tahu bahawa ibu tipu haritu. Sobs. Aku mendiamkan diri dan menangis. Lama untuk proses info ni. Selepas mengambil masa beberapa ketika menenangkan diri menghadam segala perkara yang berlaku, akhirnya aku turun ke bawah dan bertanyakan tentang pelat ayah kepada ibu.


"Dah berapa lama ibu perasan?"

"Sebenarnya, ibu perasan sejak raya 2020. Ibu perasan bila pagi pagi ayah mengaji, sebutan dia tak betul. Ibu pelik, sebab ayah kan ikut kelas mengaji. Selamani okay je. Tapi makin lama ibu dengar, makin banyak betul salahnya. Ibu tegur ayah, abang perasan tak sebutan abang banyak dah tak betul? Ayah kata tak perasan. So sebenarnya bukan 2 bulan macam ibu cakap haritu. Dah lama dah tapi baru-baru ni ibu rasa makin banyak salah sebutannya."


"Hmm... lama dah rupanya. This is not normal." -aku cakap dalam hati jelah.

Terus otak aku fikir, kena buat CT scan ni, to be specific, CT brain. Bahasa layman, scan otak. Sebab chief complaint adalah worsening slurred speech. Unlikely to be stroke sebab kalau stroke, first time jadi memang teruk betul then baru getting better. But this one, semakin teruk. Stroke one of my differential diagnosis juga lah time tu walaupun my instinct kata bukan. To be honest, ada lah terfikir tentang brain tumour/ ketumbuhan otak tapi aku tak highlight kan sangat sebab taknak make my parents to be overthink at that time. I mean, aku takut instinct aku salah. Tapi, with the chief complaint of worsening slurred speech, korang rasa apa lagi yang possible? Selain brain tumour? Kan? Tapi aku diam. Tak pernah sebut tentang brain tumour sebab aku sendiri pun takut kalau betul.

Maka, bermulalah beberapa episod pertelingkahan mulut antara anak sebagai medical student bersama kedua-dua ibu bapanya. I told my parents untuk pergi klinik. My instinct said, that was not normal at all. Tapi, macam biasa lah. Orang kita, selagi rasa macam okay, boleh jalan, boleh drive, tak demam, delay delay lah jumpa doktor. Sampailah dalam beberapa bulan, kebetulan pula appointment darah tinggi ayah, baru dia tanya doktor tentang pelat mulutnya. Tapi kau tahu apa jawapan doktor tu?

"Ohh, mungkin sebab pakcik dah cabut gigi geraham belakang kot, sebabtu cakap macam pelat sikit."

Seriously doktor... Sebenarnya that doktor tu, tak explore pun the chief complaint tu. Blerghh.

Then, of course lah ayah aku dah tak pergi lagi jumpa any doctors sebab pada dia, cukuplah sorang doktor tu kata okay je, takde apa tu. This is dangerous ya, kawan-kawan ku. You know kan doctors are among the profession yang orang beri kepercayaan yang sangat tinggi? Please explore first before giving fake hopes to our patients, please. My opinion nanti last last akhir cerita ni lah.

Bila aku dengar ayah aku cerita jawapan doktor tu, aku masih tak puas hati. Aku memang tak sedap hati. Then, aku biarkan dulu buat beberapa ketika. Hal pelat ayah ni, aku diamkan dulu tanpa bercakap tentangnya.

Tapi aku tetap tak berputus asa, sikit-sikit juga aku pesan kat ibu untuk pesan kat ayah, suruh jumpa doktor lagi. Kalau boleh, suruh minta untuk buat CT scan sebab pelat ayah macam lebih bertambah teruk. Tapi disebabkan waktu tu, ayah masih bekerja dan company susah bagi cuti. Jadi, aku faham kekangan-kekangan ayah untuk dapatkan appointment untuk jumpa doktor tu.

Sampailah 1 Mac 2021...



Hati aku sedikit lega. Okay, sekurang-kurangnya ibu ayah dengar lah juga cakap anak eh yang setahun jagung ni despite banyak pertelingkahan mulut huhu.

Tapi..... Seperti yang aku sangka.... Mestilah tak pergi huhuhu... Atas alasan, takde masa.

Okay takpe. Aku biarkan je dulu. Walaupun banyak kali aku kata, "takpe pergi awal. dapatkan tarikh je dulu sebab nak tunggu turn tu lama. tak lama pun kalau nak pergi dapatkan tarikh."

Tapi, ketentuan Allah, hati ayah tak terbuka langsung untuk dapatkan tarikh buat CT scan kat Hospital Putrajaya tu. Kenapa kat sana? Sebab ayah masih bekerja kat Putrajaya lagi time tu dan lebih dekat untuk ke sana. Sebabtu doktor refer kat sana walaupun rumah aku di Nilai dan sepatutnya pergi ke Hospital Seremban.

"Okay takpe, Sarah. Buat je apa yang patut." -monolog sendiri.

Tapi Sarah being Sarah... dia akan keep repeating selagi dia tak nampak apa-apa progress.
P/s: pardon me, aku masih sangat budak time ni. Aku masih belajar untuk mematangkan diri in communication.

Ended up, aku lebih banyak kecewa at that time. Housemates aku tahu lah setiap pergaduhan yang berlaku di rumah dan segala keluhanku. Perasaan kecewa mengatasi segala-galanya. Namun rupanya, kecewa pada tahun 2021 tidaklah sebesar kecewa pada 2022. So, nothing happened in 2021. Ayah aku pun takde buat appointment untuk buat CT scan. Pelat ayah bertambah teruk dan kadang-kadang mula tak faham. Ibu ayah meneruskan ikhtiar mereka dengan rawatan alternatif.

Sampailah ayah aku diberhentikan kerja pada Disember 2021 secara tiba-tiba walhal belum tamat kontrak atas alasan kerana ayah aku salah buat kerja??? Tapi semuanya sebab kontraktor dah mula tak faham dengan setiap pertuturan ayah. Majikan dia pun irritated dan annoyed mungkin. Ni hal lain pula kalau nak elaborate. Hal kerja ayah ni pun, panjang kisahnya. Tapi to cut short, majikan ayah berlaku zalim kerana langsung tidak mencarum ke dalam PERKESO dan tidak menerima layanan peguam ayah untuk minta pampasan kerana ditamatkan kerja sebelum kontrak. Depa memang tak layan langsung. Syarikat melayu. So, ini tambahan kepada kawan-kawan, rajin-rajinkan diri check status caruman kat PERKESO tu, betui ka majikan awak ada carum untuk awak. Kot kot kat payslip ada tapi rupanya penipu. Sebab itulah yang berlaku kat ayah. Kat payslip kata ada potongan, tapi rupanya takdak bila nak claim PERKESO. Jahat? SANGAT!

Aku? Aku give up. Sebab ada satu hari, ada sampai pergaduhan yang aku rasa agak besar untuk aku sebab rasa macam dah jadi anak derhaka dah huhu.

Fast forward to 2022. Slurred speech ayah bertambah ketara. Rawatan alternatif diperluaskan (haha) sehingga banyak betul duit dihabiskan. Geram membara dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu kerana masalah semua akan selesai sekiranya pergi dapatkan tarikh untuk CT scan. Tu je, susah sangat ke? CT scan hospital kerajaan, bukan kena bayar kalau dapat referral letter.

Berbuih mulut aku nasihat, "takpe, pergi jumpa doktor dulu. dengar doktor cakap apa, takut ada benda yang lebih serious daripada gangguan." Biasalah, ornag melayu ni asal pelik sikit je kata ada gangguan makluk halus, asal pelik sikit je kata ada orang dengki hantar 'barang'.

Wallahi, aku percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk lain seperti jin dan syaitan. It is stated in the Quran kan, kenapa pulak aku tak percaya. Tapi aku percaya juga dengan pendinding diri iaitu ayat Quran itu juga lebih kuat daripada gangguan-gangguan ni. Sape nak dengki dengan ayah sedangkan ayah ni bukan orang ternama apatah lagi yang terkaya. Impossible.

For me, if something can be ruled out medically, explainable medically, terang, jelas lagi bersuluh terpampang depan mata by investigations (scan ke blood ke), then that's it. Tapi kalau dah segala mak nenek siasatan (investigations) dilakukan, 10 kali scan tak nampak apa-apa ke, cucuk sejuta kali tapi semua normal sampai doktor pun give up, then boleh lah opt for alternative treatment. Atau sesambil teruskan rawatan dengan doktor, you nak go for alternative pun, we don't mind.

BUT FIRST THING FIRST, go seek for a medical advice first! Before everything is too late... Seriously, before everything is too late or akan menyesal. Like in this case, perhaps? But I believe ada hikmahnya lah kan. Sabar, cerita belum habis. Kan dah kata panjang kisah ni.

So, macam tulah ibu ayah aku. Being a strong believer of alternative treatment sampai I had to remind them, kita kena percaya Allah adalah Maha Menyembuhkan. Mendapatkan rawatan dengan berjumpa orang yang konon-konon boleh baca masa depan ni, seperti mensyirikkan Allah. Walapun tiada kehadiran beras, kain kuning ke asap kemayan ke apa-apa, ini adalah syirik moden. Korang tak rasa ke?

Berjumpa doktor juga adalah rawatan Islam. Islam menganjurkan untuk umatnya berjumpa dengan orang yang ahlinya. Seperti kalau kita sakit, kita jumpa doktor yang ahlinya. Nak bina rumah, kita panggil orang yang ahli dalam membina rumah. Paip bocor, kita panggil plumber yang ahlinya tentang paip. Ada ke kau paip bocor kat rumah, kau panggil tukang jahit? Tak kan. Begitulah Islam, indah kan. Panduan telahpun Allah berikan. Tapi yang pelik-pelik juga kita nak buat.

Bukan darul syifa' tau. Literally macam pergi to someone then cam biasa lah tanya tanya ni kenapa ni. Ohh, ni kena kat tempat kerja. Ada orang hantar bla bla. Tapi saya taknak cakap orang tu sape. THAT IS SYIRIK ya kawan-kawan. Kita kena taat pada ibu ayah tapi selagi tak bertentang dengan syariat. So, at that time I saw it went beyond than the truth. Benda-benda ni lah yang banyak menjadi pertelingkahan antara aku dan parents. Sampailah.....

"Kakak takkan faham. Biar ibu ayah uruskan. Kakak takkan faham. Tak salah pun nak cari rawatan kat tempat lain."

Then, that's it. I totally gave up. Berkecai beb hati bila ibu cakap camtu. Seolah-olah aku tak pernah faham situasi yang berlaku. Aku rasa aku seolah-oleh dituduh sebagai ignorant sedangkan aku sentiasa memikirkan tentang hal itu tanpa henti. So, I zipped my mouth for the entire 2022. No more gaduh gaduh pasal alternative treatment. I let my parents do what they want at that time. Tapi, of course lah penuh kedukaan weh. Fortunately, I have my friendsss yang banyak bagi sokongan dan menjadi pendengar yang baik in 2022 tu. Tahun 2022 tu aku memang take a step back, takut jadi derhaka lagi dah lah nak exam besar hujung tahun. Kang tak lulus kang, tak pasal pasal.

But, do you think I stopped there? OF COURSE, NOT lah kawan-kawan. I never gave up. Tapi time tu aku buat cara lain. So, aku buat cara diam-diam. Aku bercakap dengan Maha Pencipta. Doa kan boleh mengubah takdir. What I did, I prayed. So hard. Bulan puasa dalam bulan April kan, aku telah mengambil peluang memanfaatkan 30 minit sebelum berbuka untuk berdoa, minta semua yang aku nak. Panjang list doa Ramadhan 2022 aku and one of it adalah untuk Allah bukakan hati ayah untuk buat CT brain.

Yup, to that extend. Yelah, sebab Allah juga yang memegang hati setiap hamba-Nya. Aku boleh pula terlupa yang aku ni hamba je. Allah Maha Pencipta. Sungguh-sungguh aku doa, untuk Allah bukakan pintu hati ayah untuk buat CT brain. I asked Him, "buat CT scan je ya Allah tu je. Rasa dah buat CT scan tu is enough dah."


Berhenti jap lah sampai part ni. Panjang dah ni, dan akan panjang lagi. See you in part 2.