Tuesday, August 23, 2016

Missing my QN1014


Tadi baca group batch kat whatsapp, ada member update kawan yang study kat France nak balik dah.


Terus rindu batch. Mana tak nya? Mana boleh lupa kawan-kawan satu batch. Walaupun tak lah rapat sangat and biasa lah ada lah juga memori-memori hitam tu tapi memori hitam tu sikit je biasanya.


Paling rindu untuk dikelilingi dengan kawan-kawan yang tak sombong, yang rajin tolong orang, yang tak lokek ilmu, yang humble yang segala-galanya lah. Bukanlah terlalu mengagungkan mereka tapi itulah hakikatnya. Sahabat, andai aku diberi satu hari untuk memilih apa-apa kuasa, aku akan memilih untuk kembali ke zaman sekolah dulu. Sumpah rindu!


Bila dah keluar sekolah, mana nak dapatnya? Ada juga lah yang ada, tapi yang ada tu memang gem! Jangan lepaskan gem tu! Bukan germ okay, it's gem!



Kenapa rindu sangat ni haih T.T


Banyak benda kita harungi bersama-sama, dari set-up sebuah majlis (berbuah-buah rasanya) sampailah ke keputusan SPM 2014. We made it happened! First student yang berjaya mendapat 11A+ ialah student daripada batch QN1014. Walaupun pngk agak menurun tapi takpeee... Kita tetap berjaya! Itulah memori terakhir yang kita tinggalkan untuk sekolah.


Setiap tahun, cikgu pasti akan meluahkan kekecewaan terhadap batch kita. Yelah, batch kita tak cukup bagus kalau nak dibandingkan dengan batch sebelum-sebelum ni. Tapi itu tak melemahkan semangat kita semua, malah kita semua bangkit! Aku rindu semangat itu. Kadang-kadang tiap kali lepas bengkel, kumpul jap. Bincang sesuatu untuk perubahan masa depan acewah. Ketua tingkatan setiap kelas lah paling bagus. Setiap ketua tingkatan alert dengan anak-anak buah.


Aku paling salute dengan ketua tingkatan kelas aku lah, of course sebab aku duduk kat kelas tu hehe. Anas, namanya. Dia memangggg semangat! Semangat yang bukan main-main. Sampaikan, time aku nak pergi interview untuk medic pun dia whatsapp aku wish good luck tau! But sadly, aku tak dapat reply on time sebab phone rosak time tu. Serious, bila baca balik, aku terharu gilaaaaaaa T.T
Aku simpan lagi tau conversation tu, jangan main-main. Dia punya semangat tu meletopssss!

Aku ingat lagi ayat dia,

"Doktor ni insan terpilih dan aku yakin kau lah insan terpilih tu.."

Membakar semangat gue!


Memang best lah! Rindunya......



Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun aku tinggalkan sekolah. Last day, 25th November 2014. Yes, I still remember the date I left my lovely school.


Hopefully, aku akan berjumpa dengan kawan-kawan species QN1014 juga kat usim ni hehe. Hopefully, harap tak tinggal harapan je.



Semoga korang semua berada di bawah lindungan-Nya, QN1014.
Belajar elok-elok.
I won't forget all of you.
 Missing all of you.
I'm proud to be one of QN members ;)




Lotsa love,
XOXO

Monday, August 15, 2016

Thank Allah for what we have


Assalamualaikum y'all! How time flies!


Two weeks from now, I'm about to embark into a new phase, new chapter of my life. Pheww!
Tipulah tak nervous and guess what, until now, I still macam tak percaya yang, 
"Sarah, you've grown up!" Nayyyy..


Remember my post on 15th May 2015? The day I declared, I rejected two scholarships? One was Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke Jordan and another one was Program Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi 2015, course Sains Kesihatan @ MSU, Shah Alam (offer letter dia ada lagi kat rumah duduk dalam sampul :'))

Kalau korang nak baca, nah klik Yakinlah: Rezeki itu Jaminan Allah :)



I still remember how was my feeling at that time, refusing two offers kot, gila tak sedih :"(
Tapi, aku tekad, I want to be a doctor. No matter what, though yuran kena bayar agak mahal juga time tu (tambah dengan ayah belum dapat offer kerja time tu) it was hard. Really hard! Tapi Allah kan dah kata, di setiap kesusahan, ada kesenangan. Bersama-sama kesusahan, ada kesenangan.


 
Walaupun time tu hati macam ada sikitlah keraguan, what if kalau tak dapat doktor? What if kalau tak dapat pointer yang dia nak? What if kalau dah dapat above 3.5 tapi tak kena panggil iv? What if... what if.. what if... memang time tu dah kata dalam hati, mesti sedih gila tolak dua biasiswa ni kalau tak dapat doktor.



Last monday, alhamdulillah, Allah has answered my prayer since I was in standard four, I was accepted into USIM's medic program. Nak masuk medic USIM ni, salah satu syarat wajibnya ialah dulu mesti belajar kat tamhidi. So, student tamhidi je boleh masuk medic program kat usim. Kiranya, privilege untuk aku (dan kawan-kawan) kitorang tak perlu compete untuk dapatkan tempat dengan orang luar (student matriks and asasi-asasi lain). Pheww, alhamdulillah. Allah knows the best, right?



Somehow aku rasa macam tak percaya lagi sebab diterima hahaha. Bukan tak bersyukur lah tapi macam wahhhh serious lah macam mimpi pula ngehngeh. Y'know why? I'm an average student, kadang-kadang markah tinggi kadang-kadang menjunam, kadang-kadang je constant. Since sekolah menengah kot. I was surrounded with friends yang ada background, dulu SPM 5A+, 10A+, straight A's SPM, tajaan bursary and macam-macamlah. Kiranya, mereka dah hebat dari sekolah lagi. Aku? Aku bukan student straight A's apatah lagi mempunyai A+ sehingga 5 subjek. Cuma dapat 2A+ je itupun subjek agama hahahaha.


Tu aku tak cerita lagi time midsem semester 2 haritu, maths aku dapat 40 over 100?
Siap kena tahan lepas kuliah kira pointer berapa kena dapat untuk dapat at least B+.


Eventually, I went for C+ for mathematics HAHAHAHAHA
(fail lah bab calculus, serious cannot go)

So, of course lah insecure dengan kawan-kawan yang super hebat ni kan?



Aku harap aku boleh survive. To be honest, aku tak rasa yang usaha aku ni telah melayakkan aku untuk sambung medic. Serious bukan! I know myself better than you guys, of course. I'm not even a studious-bookish person, I love to spend my weekend with rehat sepanjang hari or completing the house chores. Sebab bagi aku, kan dah penat 6 hari (including Saturday sebab sekarang ni orang suka buat program hari Sabtu juga), so why not untuk kita reward myself kan? BHAHAHAHA.



Aku kena ubah 360 degree kot, nak jadi doktor tak boleh malas-malas, rehat-rehat, tangguh-tangguh tidur-tidur. Sebab tulah sampai sekarang aku still tak percaya yang aku diterima hahaha. Sebab time tamhidi dulu, aku selalu tidur cepat and not a morning person (bangun pukul 6 pagi selalunya). Kadang-kadang 5 pagi ke 5.30 pagi. Then, pergi kelas. Balik je, makan, mandi and solat. Orang selalunya malam-malam dia study kan? Buat tutorial ke? Buat nota ke? tapi aku?



Nope.



Tengok ah mood nak buat apa. Kadang-kadang lah buat tutorial. Tapi sebenarnya aku pun macam tak tahu aku buat apa. Aku akan buat apa yang aku suka. Kalau ada tuto, aku siapkan. Kalau takde, I rarely study so I sleep early or read novel. Study tu macam, tengoklah.. lagi 2 minggu nak exam ke... last minute, aku akan pulun. Memang stay up tu pasti because I'm a night owl sebenarnya. I can even stay up until dawn pukul 10 pagi tidur balik. Zohor kang bangun hahahaha. Kiranya berapa jam je aku tidur. Aku dah boleh dikatakan kebal lah tapiiiii akan ada satu hari nanti, aku akan top-up masa tidur aku hehe. Sebab macam dah terkumpul kan?



dulu, zaman upsr dulu pun aku macam ni juga. Dapat 5A lepastu tak percaya yang aku dapat 5A. Rasa macam yeke ni 5A, ke kena tipu haa macam tulah rasanya hahahaha.

Zaman PMR pun sama juga! Dapat 9A dah kena panggil atas pentas pun dalam hati aku rasa tak puas. Bukan tak puas sebab tak dapat best student ke tak dapat duit banyak ke apa, TAKKK! Tapi rasa macam usaha aku berapalah sangat, sekali Allah bagi 9A, padahal memang doa minta hari-hari nak 9A. Tah pape kan?


Time SPM tak rasa sangat sebab aku tak dapat apa yang aku nak. Aku memang minta 11A tapi aku tak yakin yang aku dapat 11A. Aku memang bukan budak pandai setakat top top dalam batch tu adalah sesikit. Lagipun, awal-awal lagi aku dah rasa yang aku memang tak dapat straight A punya gitulah.


Sebenarnya, sifir kehidupan ini ialah 20-80. I have mentioned in my previous post (hang cari sendiri). Bukannya 80% tu usaha kita whilst 20% is perkara sampingan like doa orang sekeliling and even amalan kita, nope!

the truth is 20% represents our effort(s). 80% ni yang campur perkara lain-lain..

80% ni lah merangkumi doa ibu dan ayah, doa adik-beradik, doa orang-orang sekeliling kita (nenek, makcik pakcik belah ayah, makcik pakcik belah ibu, tambah dengan atuk nenek sedara yang kau ziarah time raya haritu, tambah dengan kawan-kawan mak ayah yang terserempak kat tetengah jalan, moyang, sepupu dannnnn ramai lagi). See, doa je dah ramai.
Belum tambah amalan seharian kita?

Siapa kita di masa depan adalah bergantung kepada amalan seharian/mingguan/bulanan/tahunan kita.


Dan yang paling penting ialah,


Rahmat Allah.


Kita takkan dapat apa yang kita nak kalau kita tak dapat rahmat-Nya.
(ni bukan pakcik Rahmat sebelah rumah kau ya)


Allah kasih dan Allah sayang, maka dia bagi apa yang kita nak.
Bila Dia tak bagi, bukanlah bermaksud Allah tak sayang tapi sebabkan Allah lagi sayang lah, Dia tak bagi. Sebab hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.



Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, jangan nak sedih-sedih sangat.
Tak patut pun nak sedih sangat sampai mogok tak makan.
Kenapa nak menidakkan rancangan Dia?



So, sebenarnya usaha kita alah, ciput mana je. Bukanlah aku kata,
"kau tak payah usaha, kau doa je nanti dapatlah." TAK!


Semua benda tu kena seiring lah kiranya. Cuma satu perkara yang kita kena ingat, kita belajar lah sampai tengah malam, sampai tak nak bergaul dengan orang, sampai stress stress, sampai tak ambil tahu pun tentang hal sekeliling!, usaha kita sia-sia kalau hubungan dengan mak ayah pun tak jaga.



Kalau rasa call mak ayah tu membazir masa, sila fikir dua kali.
Kalau rasa borak dengan mak ayah tu membuang masa, fikir lagi.
Kalau rasa balik rumah kena tolong mak ayah buat kerja rumah tu mengganggu masa kita study, FIKIR BALIK!


Fikirlah sendiri, malas nak hurai. Dah besar kan?



Back to our main topic, perasaan sekarang macam tengah campur-campur tau, nervous, anxious, excited and sad (sebab dah habis cuti :(  ). I know, it's not gonna be an easy ride kan? So, the time has come! I have to put all my insecurities aside, just ignore people yang nak mengganggu perjalanan tu, just kick them off. Yezzzaaa!



All I can say is, alhamdulillah.
I thank Allah for what I have and I trust Allah for what I need.


Do you want me to share my meandering journey in order to get into medical school?
(macam hot sangat, booo!)



Okay okay.
Thanks for reading!

XOXO

Friday, August 12, 2016

Pelbagai kerenah manusia


Assalamualaikum semua!


Semakin kita dewasa, semakin banyak kita lihat (dan faham) akan perangai atau kerenah orang kan?

Even myself, ada banyakkk kerenah (plus cerewet sikit) and also I have my own flaws, my own dark side.


Memang taklah, nak jadi perfect sampai bila-bila pun kan?


Tapi betullah, bila kita dah banyak jumpa orang dengan pelbagai kerenah, kita akan cepat matang (sebab banyak berfikir) dan lebih cepat buat tindakan untuk berjaga-jaga. 


Aku pernah kena, kawan pinjam duit konon kata takde duit nak balik lah apa lah, nanti nak bayar balik. Mula-mula dia minta RM100 wehhhh. Pergh! Memandangkan time tu pun aku macam lack of money aku cuba juga bantu dia. Aku bagi pinjam RM70 sebab aku fikir apa mahal nau kau punya tambang padahal dari Johor ke Negeri Sembilan je pun. Tiket bas berapa je hekelehhh tahulah aku tak pernah naik bas kan sampai hati kau tipu aku. Padahal sebelum aku bank-in kat dia, aku ada tanya mak aku dulu, mak aku dah warning awal-awal, jangan nak bagi dia kata. Tapi sebab kesian aku bagi (aku ni cepat sangat kesian kat orang tu masalahnya). Lepas dah bank-in tu mak aku cerita yang mak aku first time tengok dia pun, mak aku tak berkenan langsung. Aku percaya dengan mak aku sebab biasalah mak, ada naluri keibuan dia yang tersendiri kan? Mak tak pernah salah dengan nalurinya.



Pastu aku macam terfikir, eh biar betul. Tapi takpe kita tunggu je. Sekali tu memang sampai sudah aku tak jumpa pun dia weh! Melayang RM70 aku centu je. Memang ah nampak macam tak banyakkan? Mak aku kata, lain kali dengar nasihat ibu, kau halalkan jelah duit tu. Dia ni pun rupanya dah bermasalah dari dulu lagi aku je baru tahu. Padanlah, first instinct aku kata dia ni 50-50 je orangnya. Sampai sekarang aku tak tahu nak halalkan ke tak (hahahahahaha jahatnya aku T.T) sebab tak kisah pun taknak pulang tapi tolonglah jangan menipu.


Start dari situ, aku mula lebih berjaga-jaga dalam nak berkawan ni.


Memang kalau first time tengok, aku memang observe atas bawah, luar dalam. Cara cakap macam mana, gaya, kemas ke tak, nada cakap semua aku observe.



Jangan main-main.

Kau ingat aku tak pandai ke nak observe-observe orang ni
(HAHAHAHAHAHAHAHA, *GELAK JAHAT*)


Observe secara halus tanpa perlu beritahu biar kita tahu sorang-sorang.



Next is, time sekolah dulu kan, aku jumpa kawan-kawan (satu batch) yang kaya gila nak matey mak bapak gaji tinggi tapi humble SANGAT! Memang aku berani jamin ah, 90% kawan-kawan sekolah aku dulu yang berada, memang humble dari segi cara pemakaian, dorang up gambar kat social media pun jenis yang takde main hashtag hashtag brand baju yang kau pakai ke, kasut kau ke handbag kau ke takde. Ada tu ayah kontraktor, kat rumah ada 5 biji kereta (semua kereta import), rumah besar gila tapi pakaian dia, penampilan dia sangat humble. Kalau orang tak kenal, orang memang takkan tahulah yang dia ni orang yang terlebih mampu. Aku kenal sangat dengan ke-humble-an dia ni sebab kitorang duduk asrama. Duduk asrama kan rapat kan? Gituu..


Ada pula yang anak tunggal, rumah tak payah cakaplah. Dahlah tunggal, mak ayah business memang kaya lah. Tapi humble juga. Ramai lah lagi, penat nak cerita satu-satu. So, time sekolah minda aku dididik dengan manusia yang kaya tapi humble. Sangat low profile. But then, bila kita dah bercampur ni lepas tamat sekolah ni, orang lagilah bermacam-macam kan? Yang humble, (masih ada), yang suka show-off secara halus (haa macam mana tu?), yang suka show-off secara terang-terangan (hashtag brand baju, hashtag brand beg, hashtag brand kasut, hashtag brand kereta nasib baik tak buat hashtag brand underwear) dan yang biasa-biasa (kejap-kejap show-off kejap-kejap taubat nasuha).



Bila aku melangkah keluar dari sekolah, Allah tak bagi aku jumpa orang-orang yang kerenahnya sama macam yang aku kenal kat sekolah, Allah bagi aku boleh dikatakan 270 darjah perangai manusia yang aku tak pernah sangka hahahahaha. Macam kat sekolah dulu, kawan-kawan aku yang pandai tak sombong atau dengan kata lain, tak lokek ilmu. Even dorang volunteer nak buat kelas tambahan sendiri-sendiri nak ajar sesama. Kalau bebudak pandai ni tak tahu ke apa, dorang selamba je tanya sesape yang ada kat depan dorang. Even ada lah sorang budak ni memang pandai gila selalu best student dalam batch, satu haritu minta lab report chemistry aku nak pinjam HAHAHAHAHA. Terharu babe, budak pandai nak pinjam lab report kita *tutup muka*



Tapi bila aku melangkah keluar dari sekolah, Allah uji aku, dipertemukan dengan orang yang pandai tapi agakk selfish lah. Tak semua, tapi kita boleh rasa kan? Macam bila kita duduk sebelah dia, dia tak tahu then dia terus tanya orang yang sebelah aku lagi satu. Skip tanya kita ah gitu. Siapa tak sedih duh. Huhuhu padahal kita pun tahu juga hmmm. Aku diam jelah. Mungkin kita lah yang banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. So, untuk mengelakkan daripada hatiku dipatahkan maka aku buat dek je, lantaklah ko lah nak tanya ke tak asalkan aku faham HUAHUAHUA



Memang rasa rendah diri gila, dahlah aku ni tak berapa nak pandai macam dorang lepastu selalu disisihkan hukhuk. Kalau duduk dalam kuliah tu, insecure gila kalau duduk sebelah bebudak ni. Kang buatnya dia tanya aku tetiba tak dapat jawab, mati aku. But at the end, aku dipertemukan dengan kawan yang sebulu dengan aku :")



Pastu, apa lagi? Haaaa, aku ni jenis yang banyak cakap tapi hati sensitip ah juga. Kat sekolah semua orang macam baik-baik lah lagi, keluar sekolah je, aku jumpa orang yang lagi banyak cakap daripada aku tapi aku selalu terasa dengan kata-kata dia HAHAHAHAHA. Rasa memang kelakar tapi itulah realiti. 


Banyak lagilah! Takkan nak mention sesatu. Perasan bagus, perasan cantik, terlalu low self-esteem pun ada, yang baik ala-ala ustazah ada, yang rasa dialah yang paling tahu semua perkara, yang tak tahu apa-apa pun ada, yang terlebih update pun ada, yang duduk bawah tempurung pun ada.


PELBAGAI!



Aku baru umur 19 tahun tapi rasa macam dah jumpa banyak kerenah orang. Dari family sampailah kawan-kawan. Family pun dah banyak ragamnya. Lagilah kawan-kawan kan?

Aku harap aku tak jumpa kerenah yang pelik-pelik lagi time degree nanti dan alam pekerjaan. Takut duh!



Kadang-kadang geram dengan kerenah orang ni.
Kadang-kadang rasa nak gelak guling-guling.
Kadang-kadang, lantak ko lah.



Tapi itu semua pengalaman kan?
Pengalaman mengenali orang. Allah itu Maha Berkuasa sebab Dia ciptakan manusia dengan pelbagai rupa dan kerenah untuk kita saling mengenali kan?

Kalau semua samaaaaaaa je mesti bosan, takde cabaran hidup langsung!
Kehkeh.




Firman Allah s.w.t,

 

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted."

 (Al-Hujurat:13)

 

 


So, pesanan untuk diri sendiri, silalah bersabar dengan pelbagai kerenah manusia sebab orang lain teruji kesabaran dengan kerenah kau, sarah oii...

Benda yang tak penting dalam hidup kau, kau abaikan je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kita memang tak mampu nak puaskan hati orang. Senang je, kalau kita taknak orang buat jahat atau benda tak baik kat kita, kita yang kena start jangan buat kat orang.

Sebab orang selalu cakap, what you give, you get back!


Okay?
Dah.
Selamat malam.
Thanks for reading, XOXO.

 

Sunday, August 7, 2016

No idea tapi nak taip


Takde idea nak post apa tapi nak taip juga sekarang!


oh ya, doakan sarah eh! T.T


esok result interview 2/6 yang lalu akan keluar tepat pukul 12 tengah hari.

Sara ni jenis yang belum apa-apa lagi dah sakit perut diarrhea haa T.T


time tengah taip ni tengah sakit perut juga lah ni bila tahu result akan keluar esok.


doakan ya :') cita-cita yang bakal direalisasikan (jika Allah izinkan), cita-cita sejak sekolah rendah, kalau sape yang duk follow blog sarah since sekolah menengah lagi (ada ke yang follow?) dia akan jemu asyik baca pasal nak jadi doktor, nak jadi doktor, nak jadi doktor XD 



doakan sarah tau! sayanggg koranggg muah muah


XOXO

Friday, August 5, 2016

New face tehee


Semalam (semalam lah kan harini dah masuk 5 August), sesaje nak buka blog sekali kau crash.

Aku dah meleleh dah depan-depan laptop ni sebbaik mak ayah den dah tidur huhu kalau tak, malu aku mana nak tutup muka.


Dahlah semalam tengah patah hati HAHAHAHAHA
Sekali tu dengan blog sekali patah.

Bertambah hancur hati den.


Sepatah-patah hati bila tahu yang orang yang kita suka dah ada taman dalam hati, patah lagi hati bila tengok blog kau crash!



Double crushed!


Tak percaya?
Try lu.


Gila kau tak berderau?! Aku rasa habis hilang darah kat muka ni bila tengok blog jadi macam tu T.T



Aku dahlah budak tak pandai main coding, kunun nak try ah betulkan makin teruk aku nengok.

Nasib baik ada option customize kat bahagian template. Nasib baik cantik aku customize (wahaha puji diri sendiri, lol).



Okay lah puas hati yang penting tak crash lagi. So, welcome to my not-so-new blog. Appearance je new. Saje pilih grey sebab sedap mata memandang nak baca hehe.



Jangan lak kau terkejut pula ingatkan salah masuk url. Ni blog Sarah Saharudin dengan customization yang baru :)




Kbai dah puas hati. Sekarang pun dah pukul 3.19 a.m. Nak tidur sebab hati dah tenang wuhu.


Esok sambung post baru in shaa Allah.



XOXO

Monday, August 1, 2016

#onlineshopper



Assalamualaikum!


Hey guys! Sape kat sini suka sangat-sangat online shopping?

Sila angkat tangan! (sarah nampak okay sape yang angkat tangan sape yang buat cebik muka, lol)

Okay, welcome to the club! Kita geng XD









I'm the one penyumbang terbesar kepada syarikat poslaju kott, I guess. Siapa yang tak pernah online shopping, dia memang akan cebik-cebikkan muka dia time baca post ni. Sebab dia macam, online shopping? So? Aku tak reti lah, leceh.


Cewahh leceh bila kau dah pandai access kau tahulah langit tinggi ke rendah (boo, takde kaitan!)

Aku start termasuk ke kandang online shopping ni since last year. Time tu, alah biasalah dapat duit banyak sikit kan, so aku rasa nak beli semua benda yang aku nak! Setiap hari kot scroll ig. Cuci mata yang teramat kotor ni. Tapi mula-mula dulu, guna bank ayah dulu. Minta tolong ayah. 


Ada lah dalam 6 ke 10 kali minta tolong lama-lama ayah aku cakap,

"asyik shopping je!", marah. hahahaha


Huhuhuh time tu cari jalan keluar macam mana nak shopping tanpa pengetahuan ayah ni hmm and akhirnya aku join jadi dropshipper. So, aku nak tak nak kena access online banking juga. Yelah, bila customer aku nak buat payment macam mana? So, aku bagilah alasan tu untuk aku buat online-banking (sambil menyelam minum air). Lepas aku dah ada online-banking tu, memang menjadi-jadi ah hobby aku.


Tapi, aku shopping tak pernah sesen pun aku guna duit mak ayah aku. Family aku ni, kitorang dari kecik dah dididik dengan,
"kau nak, kau beli guna duit sendiri, ibu ayah beli benda yang penting-penting je."



Somehow aku rasa didikan tu sangat berguna sebab kau akan rasa betapa perittttttnya nak cari duit semata-mata nak beli apa yang kau nakkk sangat. Peritt weh perit huhu
(bertabahlah bakal anak, mummy akan didikmu dengan cara begini juga XP)



Online shopping ni best!
Meh aku highlight 4 kriteria UTAMA yang menyebabkan online shopping ni best.


  1. Barang selalunya murah (kebanyakannya, tak semua)
  2. Jimat masa, duit (sikit) dan tenaga
  3. Selalunya, apa yang kita cari offline, ada untuk online
  4. Bila terima parcel, rasa macam terima hadiah sendiri XO




Point pertama tu, kalau kau jumpa yang mahal, kau rajinkan tangan lagi scroll ke bawah. Lepastu, bila kau jumpa barang yang terlajak murah, kau siasat pulak latar belakang syarkat tu. Kot dia scammer ke haa. Pepandai kau lah nak siasat macam mana.


Kalau aku beli kat Instagram, first sekali, aku tengok follower dia and latest post. Kalau follower ramai, so macam boleh percaya sikit. Tapi kalau tengok latest post dia dah lama tak update, aku terus tinggal. Next, kalau tengok tadi dah macam boleh dipercayai kan, tengok timeline dia, ada feedback ke tak semua-semua lah. Post dia dah berapa banyak.


Kalau aku beli kat Shopee.my (pusat membeli-belah online), first, aku akan tengok jumlah rating dan comment. Next, tengok nama kedai dia. Next, sebelum proceed order, tanya dulu ada ke tak. Jangan kau main terus tekan "Buy Now" pula kang buatnya dah habis stok menyesal kau.


Murah beli kat shopee.my sebab kadang-kadang kau boleh redeem guna coupon yang dia offer.


30% ke RM10 off ke memang best kalau shopping. Trick aku masa mula-mula daftar dulu, aku pilih item yang memahal lepastu aku guna coupon RM10 off untuk beli. Kiranya, contoh aku beli bag RM30 (harga asal) tapi sebab guna coupon RM10 off untuk first time user, aku cuma kena bayar RM20 jelah. Free shipping lagi tau! Murah kan? So, kau kena pepandai cari. Nak murah, tick box untuk free shipping. Kau dah jimat harga postage kalau kau kedekut sangat nak bayo.



Point kedua, jimat masa sebab kau taip je apa yang kau nak cari then TaDa! kau dah jumpa. Kau takyah nak jalan-jalan dari satu kedai tanya pekedai tak dapat kau cari lagi akhirnya kau penat. Kalau online, kau keluar kedai tu then kau pergi kedai lain pula pakai tangan je eleh penat mana lah sangat.


Jimat duit dari segi contoh tadi kalau kau beli offline kan, kau cari barang tak jumpa lepastu kau penat, kau mesti nak minum kan? Nampak roti uish tempting lak aiii roti tu, kau grab seketul. Dah terlajak spend. Tak gitu? Penat-penat, cari makan cari minum.


Macam aku ni suka makan tau. So, memang kalau keluar tu, memang tak sah kalau tak beli makanan so bahaya untuk aku shopping offline (kadang-kadang). Aku bukan beli nasi pun selalunya, roti lah cookies lah cake lah saje nak rasa hahahaha. Benda-benda macam tu kan selaluya mahal.


And jimat duit minyak juga sebab kau bayar RM6 postage je murah kot. Kalau kau naik kereta, public transport? Lebih RM6 kan kan kannn. 


Jimat tenaga, secara khusunya, kau cuma perlu scroll telefon kau and click. Jimat tenaga! 



Point ketiga,kadang-kadang benda tu belum masuk negara kita tapi dah ada kat luar negara, so why not untuk kita beli online shopping kan? Alah, banyak je lagi barang lain yang kalau kita cari kat luar, tak jumpa tapi bila online banyak je sebenarnya. Kau nak borong pun boleh, senang. Berbanding cari offline, susah juga nak cari borong.



Point keempat, yes dah berpuluh-puluh kali aku beli online pun aku still tak sabar nak dapat parcel aku HAHAHAHA. Serious, bila dengar je hon pakcik posmen tu rasa happy beno dah!








SO, tu jelah 4 kriteria utama kenapa aku rasa online shopping ni best. And korang jangan lupa, online shopping also boleh addicted (ketagih)! Memang bahaya, TAPI it is you untuk tahan nafsu!!! sebab benda dah senang kan?




Even mak aku sekarang pun dah pandai online shopping kang bila nak beli minta tolong aku bank-in hahaha. Ayah aku takyah cerita lah. Tak bagi tahu dia beli barang kang tetibe posmen pin pon pon kat depan rumah, kitorang gelabah kat dalam cari tudung. Online shopping memang mudah. Aku tak kecam offline shopping sebab ada juga benda yang aku beli offline takde kat online.


Last but not least,





Korang cemana pula?

Share ah juga, teringin kot nak tahu! 



XOXO