Monday, October 31, 2016

Pengalaman: Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor


P/s: Pengalaman yang saya share ni tak semestinya akan sama seperti temuduga yang korang akan lalui juga tau. It might be soooooo different from years to years. But maybe some of it will help you, who knows? Just jangan rely 100% on this sharing okay ;)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!


Harini masuk minggu kedua Sarah bercuti. Dua minggu je cuti, lepas je cuti terus exam mid-term T.T

Study medic ni, walaupun mid-term exam je pun, belajar macam nak final tahu tak. Dapat pula time cuti ni kat rumah, lagi banyak distractions. Kejap kang, nak tengok laptop (tengok movie), kejap kang turun bawah nak makan, kejap kang lepak dengan ibu macam-macam lagi lah.


Oh ya, minggu lepas, hari Jumaat, alhamdulillah Sarah telah dipanggil untuk menerima pinjaman pelajaran negeri Selangor. Kenapa Selangor? Heyyy, saya anak jati (tak berapa jati) Selangor hokayy.





Lahir di Selangor, mak ayah asal dari Selangor, memang kerabat duduk di Selangor cuma kami je terbabas duduk di Nilai, Negeri Sembilan (sempadan Selangor juga :p).
Nak cari suami pun, nak dekat-dekat je tak nak jauh-jauh. Susah! *tetibe*


Time tengah cuti haritu, selepas dapat result masuk degree, Sarah saje lah cari mana-mana biasiswa ke pinjaman yang masih dibuka untuk permohonan. Teringat Kerajaan Negeri Selangor ni haa hehehe. Kebetulan, alhamdulillah permohonan baru je dibuka. Apa lagi, terus mohon.


Nak tunggu JPA, lama lagi dan Sarah memang sebenarnya tak target untuk dapatkan JPA, since JPA sekarang pun pinjaman boleh ubah tapi syarat lebih kurang je dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Jumlah pinjaman untuk JPA, sorry Sarah tak tahu.


Untuk Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni, kena buat dan hantar permohonan secara online dan hanya boleh dihantar sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar universiti. Macam Sarah haritu, daftar masuk universiti 29 September tau, tarikh tutup permohonan pula 30 September. Tak haru biru kau nak hantar? So, kuncinya ialah kau scan dulu segala dokumen yang dia nak, isi awal-awal maklumat yang dia nak semua then dah siap. Tarikh kau daftar je, buka portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) and then klik HANTAR PERMOHONAN. Settle.


So, habis je daftar, Sarah terus buka portal. Nanti akan dapat satu form lah. Tunggu dalam 2-3minggu gitu, nanti dia umumkan keputusan secara online. Tapi sebelum tu, dia akan hantar mesej lah untuk inform kita. In shaa Allah, tak terlepas :)


Alhamdulillah, tunggu punya tunggu, dipanggil untuk temuduga. Minta lagi dokumen-dokumen penting, kelam kabut kehidupan bermula sekali lagi. Penatlah, nak fotostat itu ini, scan itu ini, isi form itu ini, minta sign semua lah, seriously, penat! Tapi orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? So, bukan senang untuk senang!


Interview buat dekat main campus, USIM Nilai tapi Sarah punya fakulti terletak nun jauh kek Kolo Lumpur haa. Mula-mula bodoh kejap lah pergi call minta tukar tempat (Lol) padahal interview tu hari Isnin, boleh je nak minta pelepasan sebab dia dah bagi surat pelepasan siap-siap (haish). Interview hari Isnin, baliklah hari Jumaat tu kan? Duduk kek rumah sampai hari Isnin, apolah den tak terpikir pasal benda tu (haish). Terpaksalah buat surat rasmi pulek (sebab fakulti ni cerewet sikit bab-bab attendance) dan SKIP KELAS HARI ISNIN TU (T.T)

SEDIH IOLLS KENA SKIP KELAS tapi takpe, untuk dapatkan sesuatu perlu korbankan sesuatu kan?


Maka, pergila Sarah Nabila ke temuduga pada hari tersebut tanpa teman sob sob. Selalunya, ada juga lah kawan yang kita kenal kan. Sampai je sana, huish, boleh tahan ramai. Sebenarnya, Sarah dah terlambat sedikit waktu tu ye, sebab lupa daratan bila berjumpa dengan kawan-kawan lama sebelum datang tu huhuhuhuhu. Nasib baik belum start apa-apapun.


Sampai je, terus cari nama, panel ke berapa. Ohh ya, interview ni best tau sebab dah lah guna bahasa Melayu lepastu one to one punya interview bukan by group. Tapi akan datang, tak tahulah kot dia berubah kan? Yelah, zaman berubah, dunia dah maju *tetibe*.


Tunggu punya tunggu, Sarah dapat panel 5. Satu panel ada dalam berpuluh juga lah nama tau. Alhamdulillah, walaupun giliran Sarah yang belakang-belakang sebab lambat daftar tadi kan, tapi panel 5 ni cepat hehe. Tup tup dah sampai giliran.


Meh Sarah bagi tips serba sedikit sebelum masuk interview:


  • Pakaian mesti kemas (taknak tudung selebet, tudung tak kena dengan baju semua tu)
  • Muka mesti confident (bukan berlagak hokay!)
  • Bawa dokumen yang diperlukan dengan cukup!
  • Buat preparation awal, baca pasal Selangor.

Yelah, kita nak buat pinjaman dengan negeri Selangor, mestilah kena tahu pasal Selangor.

1. Nama Menteri Besar
2. Nama Sultan dan Permaisuri Selangor
3. Ketua Jabatan Pendidikan Selangor (atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan)
4. Mungkin dia boleh tanya siapa Naib Canselor tempat kau belajar
5. Hal-hal berkaitan dengan kerajaan Selangor contoh macam, Selangor kan ada macam-macam program semua, so baca lah. Buka portal Selangor!
6. Daerah-daerah kat Selangor
7. Majlis-majlis bandaraya/perbandaran/daerah kat Selangor
8. Negeri-negeri kat Selangor
9. Bersedia fizikal dan mental apabila anda diberi soalan yang agak sarkastik
10. BACA JELAH SEMUA PASAL SELANGOR (HAISH)



 Baca je. Macam Sarah, awal-awal Sara dapat soalan yang agak mencabar juga sebab dia berkait dengan diri kita. Orang kata apa, kena psycho? Haa gitulah.

Contoh soalan dia yang Sarah ingat lagi sampai sekarang :')))):


"Awak kan duduk Negeri Sembilan, kenapa tak minta yayasan NS? Kenapa minta Selangor? Sebab nanti kami bagi pinjaman, kami tengok alamat. Alamat awak kat Nilai, Negeri Sembilan."


FUHH FUHH. Kau jangan tanya Sarah jawab macam mana soalan ni tapi yang penting aku jawab dari hati dengan hati-hati hahahahaha. Dia tanya lagi,


 "Kenapa tak minta PTPTN?"



Mana boleh cakap, "suka hati sayalah, saya tak nak minta PTPTN." *mata ke atas, tangan di bahu*

Jawab soalan tu, dengan jawapan yang bukan trap diri sendiri. Berhati-hatilah ketika menjawab.

Aku dapat juga soalan ni,


"Kalau tak dapat pinjaman ni, nak minta apa lepas ni?"


Sarah sebenarnya teringat pasal JPA tapi kau jangan try jawab sebab jawapan tu boleh trap diri kau sendiri huhu. Sarah tak mention langsung pasal apa-apa bantuan biasiswa/pinjaman lain time interview sebab fokus untuk PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR sahaja supaya tunjuklah yang kita memang sangat-sangat berminat.


Bila akhir-akhir tu, baru dia tanya soalan yang ada fakta sikit. Macam siapa nama menteri besar? Majlis daerah kat Selangor? Nama permaisuri, time ni, Sultan Selangor baru kahwin tau sebenarnya. Kebetulan pula, aku ingat nama je tak ingat gelaran. Nasib baik panel aku baik hati, suruh aku mention nama dia je tapi seeloknya ingat dengan gelaran lah :')) aku boleh lupa nak baca nama penuh permaisuri huhuhuhu.


Last, dia tanya, aku ada apa-apa soalan tak? Sebab Sarah fikir, tadi Sarah dah kena tembak berdas-das dengan soalan dia, so, Sarah kena tanya soalan yang menunjukkan bahawa Sarah betul betul betul berminat dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Maka, bertanyalah seorang Sarah tentang, macam mana nak convert pinjaman ni kepada biasiswa :")


Kalau sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda kelas pertama (SELAIN IJAZAH PERUBATAN/ PERGIGIAN DAN VETERINAR), semestinya akan ada pointer yang perlu anda capai untuk tukarkan kepada biasiswa atau minta kepada pengurangan bayaran balik.

Tapi, untuk Ijazah Perubatan/ Pergigian/ Veterinar, anda perlu LULUS dan TAK REPEAT, then terus convert biasiswa tapi dengan syarat, kena kerja dengan kerajaan (KKM) selama 10 tahun :")))

Bagi Sarah, sangat okay tau. Sebab percayalah, bila ambil medic ni, orang dah tak heran sangat dengan pointer, kebanyakan student aim untuk lulus tapi sebenarnya kita kena aim lagi tinggi lah kan?


So, habis je interview, Sarah rasa puas hati (alhamdulillah) sebab Sarah berjaya tanyakan soalan yang sangat bernas (rasanya, sangat bernas hehe) kepada penemuduga tu hehe. Mungkin, ada markah lebih ke? Sebabbbb antara tips untuk NAIL THE INTERVIEW (bak kata omputih), bila sampai je sesi Q&A, tanya soalan yang boleh tarik perhatian dia sampai dia rasa macam wow! Tanya soalan yang menunjukkan bahawa kau betul-betul nak biasiswa/ pinjaman tu. So, tu jelah kot pasal interview. Then, dia kata the result will be released in another 2 weeks. So, menunggulah aku..............



___________________________________________________________________________________


Hari Jumaat pagi (tak ingat berapa haribulan), aku dapat mesej dari SUK untuk check result kat portal. Huish, excited kemain.

Check check, alhamdulillah dapat. Bersinar-sinar mata aku time tu hehe. Terus call ibu dan ayah, inform dorang hehe. SUK bagi tempoh selama dua minggu tau untuk settlekan semua benda tu, tapi yelah sebab seminggu pertama, aku tak balik. Jadual penuh dengan kuliah. Nasib baik minggu kedua tu, aku cuti. Memang satu minggu tu, dari hari Isnin sampai Jumaat, tak cukup tidur weh. 5 hari tu asyik keluar pagi je. 3 hari daripada 5 hari tu, asyik balik malam je. Minta sign penjamin lah saksi lah, matikan setem dan banyak lagilah. Tipulah weh kalau tak penat.

Perkara ni jadi agak rumit bila SUK suruh kita buka akaun bank dulu (BANK MUAMALAT SAHAJA), baru boleh nak download borang-borang yang kena isi tu. Sebab Bank Muamalat ni tak semua tempat ada, ada kat bandar-bandar besar je.


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ingat ni.
Bukan senang untuk senang!
Bukan senang untuk dapatkan duit yang hampirrr percuma ni
(kena study dapatkan pointer bagus baru boleh jadi percuma, kan?)



Sampai je hari Jumaat, bertolak pukul 6.40 pagi gitu sebab takut jam kan, dah lah dari Nilai nak pergi Shah Alam huhuhu. Pagi-pagi tu pun dah jam tapi sebab keluar awal kan, alhamdulillah sampai lebih awal daripada yang dijangka.


Everything went well kecuali satu perkara. Aku terlepas pandang pasal yang pelajar dan penjamin-penjamin wajib TURUNKAN TANDATANGAN di setiap muka surat perjanjian! Nasib baik ayah aku perasan sebelum aku pergi serahkan borang tu semua. Padahal sebelum tu, aku dah mengeluh dah, "kalau lah masuk awal tadi, mesti dah boleh balik awal."

Rupa-rupanya, ada benda lagi tak settle. Sesungguhnya, tak semestinya benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita :")) alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pada hari itu.


Habis je serah borang, fuhhh lega gila wehhhh. Lega sangat-sangat, alhamdulillah.

So, sekarang tinggal tunggu duit masuk je hehe.

That's all about Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.


If you guys have any inquiries, drop me an email at seraasaharudin@gmail.com.

Thanks for reading, peeps!

XOXO

Friday, October 21, 2016

Kakak


Assalamualaikum uollss lama tak jumpa muahahaha

Sihat ke tuwww? Buat apa? Dah breakfast?

Harini sarah kelas lambat sikit (wehuu!) padahal pukul 11pagi nanti ada kuiz -.-
Tu yang sompek yo lah haa nak post kat blog ni wehehe


When I was a kid, I really didn't understand when people kept talking to me, jadi kakak (especially kakak dan merangkap anak sulung) ni tanggungjawab yang berat dan besar.


Cliche reason; sebab anak sulung akan menjadi contoh untuk adik-adik (so what?)


Dulu, memang excited sangat bila dengar kawan-kawan yang ada kakak, i mean, dorang bukan anak sulung. Tak kisah lah anak ke berapa tapi they have brother(s) or maybe sister(s) and I punya excited sampai tanya banyak kali about "best tak ada kakak/abang?"


And of course, jawapan dorang "BEST!"
So, dulu aku macam tak puas hati lah why on earth aku dilahirkan as anak sulung, perempuan pula tu urgh!!! Sebab my siblings semua perempuan, so macam takde adik-beradik lelaki and I literally don't know lelaki ni perangai macam mana hahahahaha


Sebabkan dengar kawan-kawan kata, best ada kakak, so banyak kali jugalah aku tanya adik-adik aku time kecik dulu, "best tak weh kau ada kakak macam kakak?"
Tak tahulah time tu jawapan dorang sebab nak menyelamatkan diri ke atau memang jawapan yang jujur, "best je ada kakak. asal?" Aku rasa macam tak boleh dipercayai pun ye gak hahaha.


Hari demi hari berlalu sehinggalah aku pun dah masuk alam kampus kan, means dah besar lah. Pernahlah aku tanya adik aku lagi, "best tak ada kakak macam kakak?"
Jawapan dorang, "biasa je lah, okay je, asal lak kau tanya?"
Aku imagine yang dorang akan jawab soalan aku dengan excited rupanya tu je yang aku terima -.- (lol)


Tahu tak, aku selalu observe kawan-kawan aku yang ada kakak ni, macam mana kakak dorang sampai dorang (ada lah beberapa orang) memang rapatlah dengan kakak dia. Kang sikit-sikit kakak. So, aku belajar melalui pemerhatian, seorang adik ni nak kakak yang macam mana?

Sebab yang aku ni pula jenis nak adik hormat kakak. Bukanlah maksud aku dorang tak hormat, mungkin dengan kata lain, takut kot hahahahah. Sekali je aku suruh, terus buat (queen control kan? LoL) tapi aku tahu benda tu takkan berkesan. So, bila aku tahu, aku apply. Lepas observe mana yang sesuai untuk di-apply kan, aku apply.


Rupa-rupanya, seronok sangat jadi kakak dan lebih seronok sebenarnya kalau adik-adik kau mempergunakan kau, I mean like, adik kau minta tolong ajar Biology ke, maths ke, Arab ke, minta tolong dia buat assignment ke, trust me, walaupun benda tu memang sekali dengar mesti macam "alah, malasnya" tapi benda tu seronok sebab adik kau menyedari kewujudan kau untuk digunakan instead of minta tolong kakak orang lain ajarkan.


And then, aku selalu berharap yang aku ni jadi kakak yang sentiasa dirindui oleh adik-adik sebab yelah asyik aku je rindu adik-adik kan? Guess what? Adik aku rindu aku wehhhh time minggu lepas dia sorang je yang balik dari asrama, yang lain semua tak dapat balik including me.




Bukti yang aku tak tipu hahaha


Terharu bhai bila aku baca adik aku cakap, dia sunyi tanpa aku cewahhhh

Padahal bila kat rumah, dia duduk bilik je tak sangka pula yang dia akan rasa sunyi bila dia sorang je balik kannnnn


Dan aku selalu berharap, aku boleh jadi kakak yang gila-gila dengan adik aku, I mean, yeah, macam kawan-kawan aku yang lain, dorang sampai setiap malam gosip dengan kakak dorang, cerita pasal crush, chitchat sampai tengah malam and semua lah! Jealous iolls. Yang sampai, bila ada movie baru, excited nak bagi tahu kakak orang pertama. Yes, aku mengimpikan semua benda tu menjadi realiti. And alhamdulillah, nearly menjadi realiti lah lebih kurang. Selalu je adik aku bagi tahu movie apa yang best semua tapi aku ni jenis tak layan Hollywood sangat, Bollywood aku layan so dengar time mula-mula je excited lepastu takde apa dah Lol.


Then, selalu je kitorang gila tak betul hahahaha sampaikan boleh borak antara adik-beradik kat rumah orang. Gosip dengan mak pasal crush (of course lah!). Mana boleh simpan rahsia wehhh, kau suka orang, share ah sekali dengan aku!


Pernah sehari tu, time tu hari sabtu, mak ayah pergi kenduri, kebetulan, aku dan 2 lagi adik aku taknak ikut. So, kitorang tengoklah cerita "Train to Busan". Weh, macam orang gila masing-masing. Adik aku punya saspens sampai menjerit sampai aku pun pelik, kena ke jerit time tengok movie blergh tapi okay je seronokkkkk sangat hahaha. Yelah, since semua duduk asrama ni, bukan senang kan nak spend time sama-sama, nak tunggu semua balik je pun bukan senang. Aku, jadual dah lain. Adik bawah aku lain, yang lagi bawah tu pun lain.


Dulu, aku selalu tengok adik-beradik orang lain, kenapa boleh jadi best dan havoc macam tu?
Sekarang, aku dah jumpa jawapannya. Kalau kau nak hubungan adik-beradik kau rapat memang macam air yang dicincang takkan putus, kau yang kena mulakan dulu especially yang paling tua (the eldest one). Sebab yang paling besar ni sebenarnya play role yang sangat penting. So, aku telah pun cuba untuk hidupkan suasana yang aku impikan selama ni untuk adik-beradik aku dan masih belajar. Aku harap sangat hubungan ni berkekalan hingga ke Jannah. Alah, gaduh sikit tu biasalah kan?


Aku cuma taknak jelah gaduh yang sampai dendam antara adik-beradik tu (na'udzubillahimindzalik). Takut sangat bila ada yang sampai bunuh antara adik-beradik, dendam kesumat sampai mati, macam-macam lagilah kan. Aku nak adik-beradik aku saling membantu sampaiiiiiii mati nanti. Bila kakak susah, adik bantu kakak. Bila adik susah, kakak bantu adik. Saling melengkapi lah. Nak nak nanti bila masing-masing dah ada keluarga sendiri kan.. hmmmmmm....


Adik-adik den, kau jangan nak kahwin cepat sangat nanti susah nak kumpul lagi hmmmm (dahlah semua adik beradik perempuan haihhhh)



Time to breakfast! Got to go!

Thanks for reading!



Lotsa love,
XOXO


Wednesday, October 5, 2016

#siskenatinggal


T____T


semalam kan, hahaha.
time lepas maghrib, aku tengah lapar lah cari makanan. fortunately, ada roti je. so, makan lah.
housemate semua bantai makan bihun tomyam tau, perghhh bau dah lah menusuk kalbu.

tak offer sikit pun T____T (cewah, kang habis orang punya aku makan)


tiba-tiba kawan shamsim (student shams masuk usim) update, yang dia craving makan mi sup.
dia cari kedai lah, and aku pun bagi suggestion sekalituuuu,
dorang pergi makan ramai-ramai tanpa aku (reunion kecil-kecilan lah gitewww)


sumpah menangis hahahaha (ciwek kan?)
rasa kena tinggal hoho.
dahlah tengah lapar, pastu takde orang nak offer food and then kawan shamsim keluar nak pergi makan food. POOFF!

rindu lah weh T_T sebab tu nampak macam lonely walhal tak lonely pun.
rindu kawan-kawan satu batch, aku masih tak boleh move on merindui kawan-kawan QN1014
dulu time tamhidi, selalulah kumpul sama-sama, makan dan sebagainya.
dak QN ni suka makan, so kau ajak je, confirm jadi.
tak macam kawan baru ni, dorang tak suka makan free T__T


nak buek cemano, orang tu kan lain-lain

pastu, aku suruh lah dorang selfie banyak-banyak semalam.


























amboi selfie sakan nampak









wehhh rindu lah T___T

kat sini cuma 3 ketui ja shamsim, dapek lak sorang laki, memang tak lah nak makan sama-sama tu ahahahahaha


asal aku macam lonely sangat ni?

tak lonely, tapi sebab dah anggap QN ni family, family yang cannot be replaced oleh mana-mana batch. trust me.


QN, lain. special. unik. tak boleh diganti.


lain kali nak kumpul jangan lupa ajak aku T___T

nak ikut jugaaaaaa T___T


jaga diri QN!



iolls rindu batch iolls.
#siskenatinggal #sissedih #datanglahKL #nakkumpuljuga


XOXO

Saturday, October 1, 2016

Please, appreciate


Assalamualaikum and hello all!


Long time no see, I know. Hmm, alhamdulillah dah sebulan masuk degree hehe.
Busy tu, biasa-biasa je just like tamhidi life dulu tapi pack sikit je. Sikit lah.


But that's not my main point for my topic tonight. I just wondering..


Most of my friends yang sekarang ni, memang datang dari background keluarga yang tak suka appreciate cerita orang ke? I mean, like this...


I am talkative person. And most of the time, I would love to tell my story or maybe I guess I'm not membebel at all pun (certain person, yes, and orang yang aku rapat je), just sometimes I'm sharing my personal opinion on certain situation only, andddd people would just staring at their phones and ignoring me. Their responds would be just, "ohh yekee" and then continue playing the smartphone.


Yes, the phone is smart but not the user! Urgh, i'm so aggravated with this kind of people. Can you just appreciate someone's effort when they are sharing some story or maybe opinion? Can you put down your smartphone when someone is talking? That is rude, for me! It doesn't matter whether you are interested or not into what topic is she discussing or whatsoever but please, appreciate her/him. At least, show your effort that you are actually APPRECIATE their story!



Please lah. Ni tak, sibuk tengok phone benda yang bila kita tengok, rupanya dia tengah sibuk scroll instagram je pun. And one more, most of the time, bila aku tanya soalan ke kan, people would just ignore me and staring at their "so smart" phone tu! Hello, I need your answer okay. Please lah. Don't be rude! Kita tahu nak marah orang bila orang tak jawab soalan kita tapi kita sendiri buat kat orang macam tu, so kau rasa?


I guess perkara ni have something related to manner juga kot. Manner, bila orang tengah bercakap dengan kita, make an eye contact. Tapi kita sibuk main dengan gadget kita yang acah-acah hebat tu and then ignore je. Memang, to be honest, I hate with this kind of people! Please please please, be a good listener (at least). Fed up sangat dengan orang macam ni, and last-last bila kita dah terkena, of course lah ada macam rasa nak balas balik kan kat orang tu, betul tak?


Aku tahu, tu tak baik. Biarlah orang nak buat apa kat kita, tapi kita kena buat baik kat orang. Tapi yeah, geram sangat kan.... Sabar selagi mampu T.T


I tend to be a quiet person and talking when it is important only since I've entering USIM. Why? Because most of the people here are so annoying. Yes, I should accept dorang tu macam mana bagai-bagai semua. I'm not talking about this thing untuk kepentingan peribadi, nope but I have observed this kind of thing around me too. You know what, just because of gadget, kita semakin dah tak cakna dengan keadaan sekeliling. Kita sibuk nak jadi orang yang pertama tahu tentang berita luar kawasan kita tapi kita lah orang yang gagal untuk prihatin dengan keadaan sekeliling.


Sadis kan?



So, last but not least, tolonglah appreaciate bila ada orang sedang bercakap. Cakap kat depan ke cakap kat sebelah kau ke mana-mana jelah. Apa perasaan kau bila kau tengah bercakap dan tengok orang lain bagi respon dengan muka yang membosankan?


Fikir-fikirkan sendiri.


Thanks fo reading!
XOXO