Monday, May 11, 2015

Kenapa pilih doktor?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!


Cuma nak luahkan perasaaan sedikit untuk post kali ini.
Aku dah fed-up dengan WEBSITE USIM yang asyik error error error bila nak buka.

Fed-up sangat! Ya Allah.
Alhamdulillah, haritu sempat download borang yang perlu tetapi masalahnya sekarang ada banyak borang online yang aku tak sempat nak isi.

Gambar tak upload lagi.
Nak ambil no. telefon pihak USIM sebab isi tarikh lahir aku salah haihhh =='

Eiiii hanya Allah je yang tahu apabila kau dah tekan refresh sebanyak 30 kali tapi satu kali pun tak dapat buka T.T
Apakahhhh

Yuran untuk pengajian asasi agak mahal berbanding ipta yang lain. Dengan website yang sangat slow macam siput *kalah siput agaknya* lepastu apa lagi. Haihhh


Deadline 20 Mei ni haa pula tu. Banyak benda tak buat lagi oiiii


Sebagai pengubat duka lara aku hari ini, maka aku pun search lah serba sedikit kehidupan pelajar tamhidi USIM ni haa. Melalui pembacaan aku, kehidupan sebagai pelajar USIM macam agak mencabar lah juga. Sebab satu semester tu ambil 6 subjek. Beza dengan matrikulasi cuma ambil 4 subjek. IPTA lain saya tak tahu.


Kemudian, disebabkan ambil 6 subjek, katanya lagi ramai pensyarah yang ajar pun agak laju sebab nak kejar masa. Yelah, berapa banyak chapter untuk setahun je kena habis. 


Lepastu, biasanya hostel pelajar tamhidi ni kat luar USIM. Kolej Kediaman Nilam Court. Terletak di Nilai Impian. Hari-hari pergi balik naik bas. Bas lebih baik ambil yang pagi pagi untuk mengelakkan kesesakan. *well, aku paling menyampah kalau kena campur lelaki perempuan sebenarnya. bukan anti-lelaki tetapi rasa rimas lah.*



Then, yang membuatkan hati aku rasa eii tak sabarnya nak masuk hahahaha sebab katanya boleh masak kat kolej kediaman tu nanti. Ermmmm ada baik dan buruknya jugalah kan. Tapi tengok bilik dia ada simen je aku mati mati ingatkan jubin macam rumah-rumah biasa haa. Tak tahulah kott tu gambar lama ke apa.



Okay, apa lagi. Haa, tahun lepas aku pergi ke karnival jom masuk ipt tau. Aku pergilah booth USIM. Then, pegawai kat situ cakap, nak proceed degree medic at least lepas 3.5 je. Tapi kalau nak dapatkan biasiswa JPA perlu at least 3.75. Nampak senang kan? Tapi tak tahulah sejauh mana kesenangannya.
Semoga Allah mempermudahkan jalanku untuk menjadi seorang doktor pakar sakit puan. Amiin.



Dulu, time darjah 1 bila cikgu tanya,


"Cita-cita kamu apa?"

"Cikgu, polis dan saintis."


Acececehhh. 

Aku tak pasti sejak darjah berapa aku mula menukar cita-cita aku.


"Saya nak jadi doktor."


Dannnnnnnnn

Aku tak pernah sangka yang cita-cita itu kekal sehingga aku tamat tingkatan 5. Pada tahun 2011 kott ke 2012, aku mula mencari bidang-bidang dalam doktor ni lah kan. Yang aku tahu,



  • Obstetrik dan Ginekologi
  • Pediatrik
  • Ortopedik
  • Anaestasia

Apa entah lagi tapi tu je yang aku tahu kakakakaka. Banyak sebenarnya. 

Tapi, Allah gerakkan hati aku untuk lebih minat ke bidang Obstetrik dan Ginekologi a.k.a Pakar Sakit Puan.

Kenapa?
Sebab entah kenapa aku suka sangat tengok bayi yang baru dilahirkan. Pernah ditanya, 


"Kalau macam tu, ambil jelah pediatrik."


Tapi, hati aku tak minat ke arah itu. Suka kanak-kanak tapi ada had umurnya juga. Tapi, kalau bayi yang baru dilahirkan kan sangat amat comel. Entahlah. Aku dapat rasakan sesuatu yang mengagumkan bila tengok seorang ibu melahirkan bayinya.


Dan satu lagi sebab,
Aku nak menambah bilangan doktor pakar sakit puan perempuan di Malaysia. Yang aku tahu, ramai doktor lelaki yang ambil bidang ini. Well, aku pun tak tahu kenapa. Mengikut pengalaman aku belajar di sekolah, lelaki lah yang paling susah nak faham apabila mereka mempelajari organ wanita. 



Macam mana kitaran haid. Nak kira, rahim tu apa semua. Mereka mengalami sedikit kesukaran untuk memahami tajuk tersebut. Tetapi, ramai rupanya doktor pakar sakit puan lelaki kat Malaysia ni hurmmmm. Sebab aku pernah terbaca, dari awal seorang ibu itu hamil, dia akan menjalani medical check-up dengan doktor yang sama. 



Kalau lelaki, lelaki lah. So, aku pernah terbaca juga, di sepanjang waktu kehamilan tu, bukan dikira darurat untuk menjalani medical check-up dengan doktor lelaki. Sebab kita tak sakit lagi so boleh cari lagi doktor perempuan. Macam tulah yang aku baca. Bila difikirkan balik, ada betulnya juga.



So, aku tekad! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku semasa aku belajar untuk mendapat segulung ijazah dalam bidang perubatan. Kemudian, cita-cita aku nak sambung master dan akhir sekali Doctor of Philosophy. Baru boleh jadi doktor pakar. Yang betul-betul pakar. Doaku lagi, semoga aku dipertemukan dengan seorang suami yang very supportive, pandai uruskan hal-hal rumahtangga *well, bila aku nak sambung belajar ke hahaha*, yang sangat sangat memahami keadaan diri aku. Macam-macam lagilah.



Ramai yang kata, kalau doktor mesti kahwin dengan doktor kerana hanya doktor yang memahami kehidupan seorang doktor. Bagi aku, persepsi itu agak salah. Tak semestinya. Yang mesti ialah mencari seseorang yang sangat sangat memahami keadaan kita. Yang boleh uruskan diri sendiri, anak-anak dan hal rumahtangga sepanjang ketiadaan isterinya.



Islam mengajar umatnya untuk mencari pasangan yang sekufu. Yang boleh faham keadaan pasangan masing-masing. Tu je.



Ada juga persepsi orang Melayu ni yang mengatakan bahawa, 
Kerja sebagai seorang doktor ni, kadang-kadang boleh meruntuhkan rumahtangga. Alasannya kerana doktor selalu sibuk di hospital. Kadang-kadang terabai segala tanggungjawab di rumah. Well, in my opinion, perkara tersebut amat sedikit mahupun jarang berlaku. Kes perceraian ini selalunya berlaku apabila tiada kesefahaman antara kedua-dua belah pihak. Suami dan isteri.



Sebab itu,
Perlunya mencari pasangan yang sekufu yang memahami pasangan sendiri. Kalau rasa tak nak hidup dengan seseorang yang selalu busy, maka carilah surirumah ke yang kerja simple simple ke. Kita lah yang menentukan sendiri. Kan?


Itu pendapat saya.
Ajal dan jodoh itu ketentuan Allah.


Rasanya macam post kali ini banyak betul perkaitannya hehe.
Cuma luahan perasaan yang agak lama terpendam sedikit.
Bermula daripada website USIM terus kepada KENAPA NAK JADI DOKTOR.
Hahahaha


Saya berdoa agar saya dipertemukan dengan seorang suami yang cool yang tak cepat marah yang prihatin yang sangat bertanggungjawab hahaha.
Saya amat terinspirasi dengan kehidupan Dr. Halina dan Dr. Sheikh Muszaphar.
Tak perlu cerita kat sini, pergi baca sendiri blog Dr. Halina. Stalk instagram di ke. Aku dah habis stalk semua hahahahaha.


Akhir kata, kepada pembaca-pembaca blog saya, doakan saya ya!
Semoga Allah mempermudahkan urusanmu juga!
Mana tahu boleh dapat free of charge ke bila buat medical check-up dengan saya. 
In shaa Allah.


Ok bai. 
Tangan dah penat.
Mata dah letih.
Badan dah lesu.

Selamat malam dunia!
Sekian.

No comments:

Post a Comment