Sunday, April 7, 2019

Outspoken, sejauh manakah kebenarannya?

Masyarakat sering mengambil berat tentang mereka yang pemendam, yang tidak pandai meluahkan perasaan kerana mereka lebih selesa memendam rasa. Ya, aku tak menafikan bahawa mereka perlu diberikan perhatian lebih berbanding mereka yang dikatakan outspoken dalam menceritakan apa yang mereka rasa.

Tetapi, pendapat yang tidak ramai tahu bahawa, terdapat segelintir manusia yang semakin banyak seseorang itu meluahkan perasaan, semakin dia rasa insecure.


Mengapa?


Disebabkan stigma masyarakat yang berpendapat perhatian hanya perlu diberikan kepada mereka yang memendam rasa kerana dikhuatiri suatu hari nanti, apabila mereka tidak mampu lagi menahan tekanan, maka mereka akan 'meletup' dan memudaratkan diri. Manakala, bagi mereka yang sudah dilabelkan sebagai outspoken, tidak perlu lagi diberikan perhatian yang sepenuhnya.

Kesannya, mereka yang outspoken tadi juga boleh bertukar personaliti kepada yang pemendam rasa. Kelihatan seperti tidak logik, bukan? Percayalah, bahawa golongan ini wujud.

Selagi mana kita masih bergelar insan yang hidup (living thing), selagi itu kita tetap memiliki sifat seorang manusia, di mana, semua orang memerlukan perhatian. Sama ada diluahkan secara terus (direct) mahupun tidak terus (indirect). Namun, kita selalu lebih memilih untuk tidak ambil endah akan luahan orang yang outspoken.

Yang menyebabkan beliau, semakin lama semakin merendah diri. Dikhuatiri, masalah yang hakikatnya besar, beliau sendiri merasakan masalah itu kecil sehingga tidak lagi mampu menahan bebanan dan tekanan, dia juga boleh 'meletup' sama seperti mereka yang pemendam rasa.

Kerana? Stigma masyarakat, tidak perlu menjadi pendengar yang baik dan setia kepada orang-orang yang outspoken. Bukan begitu, stigma kamu?

Dan percayalah juga, sebanyak mana kita melihat seseorang itu kelihatan outspoken, tetap ada 1001 rahsia yang mereka simpan dalam diri mereka sendiri. Mereka tetap mempunyai perasaan yang terpendam, tiada siapa yang tahu (sudah tentu melainkan Allah), dalam hati. Mereka juga pemendam rasa. Mereka kelihatan outspoken hanya pada satu sisi sedangkan terdapat 1001 sisi yang kita tidak dilihatkan.

Persoalannya, sejauh mana seorang yang outspoken, bukan seorang pemendam rasa?
Mungkin juga beliau seorang pendendam?
Sejauh mana kita selami hati seorang outspoken?
Sejauh mana kita yakin tiada rahsia dalam diri mereka yang outspoken?

Sengaja aku nak trigger cara kita berfikir terhadap mereka yang dikatakan outspoken ini.