Wednesday, June 15, 2016

Rahsia muka berseri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh y'all!


Salam Ramadhan ke-10.

Tak sangka kan, begitu cepat masa berlalu tup tup dah Ramadhan ke-10.

Nanti tahu-tahu dah nak masuk malam lailatul-Qadr and raya :'(


According to tajuk kat atas tu, macam hot sangat kan?
Seriously, I'm not pakar kecantikan or what so ever. 


Rahsia muka berseri ni rahsia terbesar yang kebanyakan wanita tak tahu.
Atau mungkin dah tahu tapi tak apply *including me, sad life*



So, yesterday's late night and short conversation with my lovely mom :*




Me: (Tengah scroll scroll instagram and terlalu adore dengan kecantikan Dr. XX)

Me: Cantiknyalah Dr. XX ni

Ibu: Mana? Nak tengok.

Me: (Gave her my phone).

Ibu: Dr. XX ni tak cantik tau. Betul, dia tak cantik pun sebenarnya tapi sebab dia ada karisma dan dia ikhlas sebab tu muka berseri.

Me: Yeke? Tapi kakak tengok cantik je.

Ibu: Betul, dia tak cantik pun sebenarnya. Sebab tulah suami dia sanggup tunggu dia bertahun-tahun. Lelaki ni kak, kalau dia suka sorang perempuan ni dan dia sanggup tunggu lama-lama maknanya ada sesuatu lah kat perempuan tu yang dia nampak. Jangan pelik kalau lelaki tu suka perempuan walhal pada kita dia tak cantik mana pun. Ada lah tu something kat perempuan tu.

Me: Hmmm, yelah kan. Dr. XX ni pun tak sombong. *aku macam dah deep sikit*


(Notes: Dr.XX tu ofcourse lah perempuan nama pun XX but nama need to be dirahsiakan.)



And finally I came out with a conclusion.


Perasan tak, selama ni kita dah jumpa banyak orang.

Tak boleh deny, memang ada yang cantik.
Ada yang tak berapa cantik.
Ada yang biasa-biasa.


Tapi, pernah tak kita, kita nampak orang tu cantik, muka flawless putih gebu tinggi lampai, cantik lah. Pada mata kita, "dia ni mesti ramai peminat." Tapi, bila kita tengok muka dia, kita rasa macam something macam lama-lama kita tak suka tengok dia (terjahat sikit). Macam, bila lama-lama tu, kita rasa "alah, dia ni biasa je. si fulanah tu lagi cantik."


Dan pernah tak, kita tengok seseorang tu, dia tak cantik pun macam kita tengok orang kat "atas" tu, muka dia takdelah putih sangat, kuning langsat, ada lah jerawat satu dua, biasa-biasa je. Tapi, lama-lama tengok dia, kita rasa dia ni cantiknyaaaa. Suka tengok muka dia. Macam sejukkk mata memandang.


Pepatah omputih kata, 

"Don't judge a book by its cover."


Tapi, aku rasa macam pepatah tu boleh guna kat beberapa situation je (hahaha).

Sebenarnya, siapa diri kita memberi refleksi kat muka kita. Betul, tak tipu.
Pernah tak dengar perkataan first impression?


Selalu kan. Selalunya, first impression orang kat kita, ada tak lebih 50% betul?
*jawab jangan tak jawab*


From my experience, biasanya apa yang orang first impression kan tentang aku, memang 50% benerrrr hehe. Selalu, aku dapat first impression, tegas. Part tu, memang tak boleh deny lah.

Aku sangat tegas dalam buat keputusan. A is A. B is B. Not A can go to C or D. ;)
(macam garang gila kan? haha)

So, in a nutshell, nak cantik?
Have courage and be sincere.



Sifat tu kena pupuk dalam diri secara natural bukan buat-buat (hipokrit). Kalau buat-buat, sebenarnya nampak sangat yang kita tak ikhlas nanti huhu. Bila natural, aura kita pun mampu tersebar dan menjangkiti orang di sekeliling hahaha (gelak jahat).






Nah, saje bagi gambar yang tak berkaitan dengan post ni hehe. Gambar ni terjumpa selepas conv semalam dengan ibu hahaha. Sedih je, baca statement ni. I against this motion jiddan bak kata Aisyah XD well, me too kahkahkah


Dahlah ngarut je semua.

Thanks for reading, peeps! XOXO

Monday, June 13, 2016

FOUR months holiday


FOUR months holiday, kalau dibazirkan sangat sia-sia.


Allah gives me a very longgggg timeeeee to rest before facing a hectic life as a medical student 
(if Allah wills)


So, what do I do to make sure my FOUR months holiday spent well?


I do business. Online business. Kind of malas untuk keluar bekerja pagi-pagi balik malam-malam ke apa ke so why not if I just do some online business kan? Save energy and save time. Dapat duit juga cumanya kalau buat dapatlah, kalau malas pun tak dapat juga XD

*follow lah h2im.shoppe kat instagram hehe promote sikit*



Next, I cannot deny that my hobby is reading actually. I love to read books but not all books. Only certain books and it depends on my mood because I just love to spend my time with the books only before I go to bed. Sometimes, I read on my bed. I don't really like to read book like when I'm waiting for KTM ke waiting for another class ke atau any masa lapang yang ada lah.


Not really sebab aku rasa macam kalau baca sebelum tidur tu tenang sebab rasa penat baca je tidur.
Tapi kalau baca time siang-siang yang ada masa lapang ke rasa distracting sangat ahaha. 
Well, that's my style.


So, I bought 3 books sebagai mengisi masa lapang yang ada di samping menambah ilmu di dada acewah. Ketiga-tiga buku yang aku beli ni semua berkaitan dengan medic hehe.

*well, actually I already read three books before buying these three books, okay*






 
 DIAgnosis written by Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat and Dr. Azah.


Buku DIAgnosis ni, first series tau. Aku dah lama dah perasan kewujudan buku ni sejak awal-awal dia publish lagi. Rasa memang nak beliiiii sangat. Tapi, ada je benda menghalang. Last-last sebab tak sabar sangat nak baca penulisan doktor-doktor yang hebat ni, aku terus pinjam buku kawan aku, DIAgnosis2. YA ALLAH, dia punya best tahap ummphh! Very inspiring. I, personally, highly recommend this book series. Rugi tak baca! Ingat doktor tak mampu menulis? Penulisan mereka sangat hebat! Semalam, cari buku DIAgnosis Apokalips kat MPH Aeon Seremban 2, malangnya, buku tu dah sold out. Belum sampai stock. Sedih sangat tak terkata. Nak beli buku tu sebenarnya. Takpelah, adalah hikmahnya kan ;) walaupun buku ini dah publish agak lama lah juga tapi aku tetap tekad nak beli. HEHEHE





Diagnosis3: Mortuari written by Dr. Jack Naim, Dr. Fahd Razy and Dr. Noor Hayati Yasmin.


Buku ni tajuk je lebih kurang sama tapi para doktor ni tak collaborate pun dengan yang DIAgnosis series atas tadi tu. Tapi, aku pernah baca buku Prognosis written by Dr. Jack Naim. Best! Pengalaman sebagai student medic masa clinical year. So, aku dapatlah gambaran how's life at that time. Mungkin memang tak sama 100% tapi adalah serba sedikit tahu kan? Best buku tu. Pun highly recommend juga kalau korang punya passion nak buat medic. BEST!





Aku student medik written by Amalina Nudin


So, buku ni fresh dari kilang! Kak Amalina Nudin ni, student 5th year tahun ni kat FPSK, USIM. And this is her first book. Selama ni, aku hanya mampu baca penulisan beliau through Facebook and Telegram je. Seriously, first time jumpa post dia, very inspiring. Terus cepat-cepat hantar request kat Facebook sebab takut nanti dha limit friend kan. Then, download Telegram cepat-cepat follow channel akak ni. Kalau tengah bosan-bosan ke bacalah. Ada masa terluang ke, bacalah. Best sangat! Time this doctor-to-be promote kat Facebook yang dia nak publish buku, aku tak pernah terfikir yang aku akan jadi yang terawal membeli buku beliau. Serious. Tapi, perancangan Allah itu sangat hebat kan. Dia pilih aku menjadi yang terawal + dapat diskaun + dapat signature lagi daripada penulis buku yang hebat ni hehe. May Allah allow me to know her further and be her junior in FPSK this year. Amiin ya rabb.





Semua buku ni, aku belum baca lagi hehe. Will spend my time with these books nanti yeay! At least, cuti I tak bosan dan bermanfaat juga lah. 

Jangan bazirkan masa melampau sangat tau. Bila kita tak jaga hak yang Allah berikan, maka sedikit demi sedikit Allah akan menarik hak yang diberikan. 

Contoh, Allah selalu bagi masa lapang untuk kita tapi kita selalu bazirkan masa lapang yang kita ada.
One day, Allah decide untuk tarik nikmat tu dengan menyibukkan diri kita dengan benda-benda lain contoh mungkin Allah decide untuk letak kita ambil course yang busy all time. Haa.... 


Sebenarnya, Allah dah tarik hak masa lapang kita sebab kita tak gunakan masa lapang kita dengan baik. Dan dalam masa yang sama, Allah sedang meletakkan kita di tempat yang bermanfaat. Jadi, see the hikmah and take the 'ibrah. Kalau kita sibuk, takde masa lapang, tu bukan salah Dia tapi mostly salah kita sebab kita selalu membazir masa sebab tu Allah sibukkan diri kita dengan perkara lain. 


Got it?


This one also nasihat untuk aku sebab aku pun selalu juga membazir masa sobs, so, jika Allah izinkan aku untuk pursue study in medic sebenarnya Allah pun dah tarik hak masa lapang yang aku dah bazirkan selama ni. :'(


Takpe, see the hikmah and take the 'ibrah kan?


Takpe, aku lebih rela 'sibuk di dunia' kerana aku takut akan jawapanku di hadapan Allah bila mana Dia bertanya, "Apa yang kau dah lakukan sepanjang masa lapang kau?". Allahu :'(


So, korang cuti buat apa? Share lah sini :)

_thanks for reading XOXO_

Tuesday, June 7, 2016

2nd Ramadhan


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...


Kitorang adik-beradik selalu beli baju raya 3 pasang.
*adik-beradik aku semua perempuan*
Nampak macam banyak gila kan? 3pasang tu baju kurung je sebab sejak dah besar ni, ayah kata tak payah nak beli baju tshirt/blouse dengan seluar. Mana ada orang pergi raya pakai baju tshirt. 

Hahahaha


Tu yang ayah aku cakap. It started when I was in form 1. 
So, nak tak nak, kitorang kena terima. So, setiap tahun, baju kurung yang berlambak.


Tapi lain pula ceritanya tahun ni. 
Tengah-tengah syok memilih baju trend terkini, baru 2 pasang, harga dah mahal gila hahaha. 
*no need to mention how much*

Tapi yang penting, pada kitorang mahal lah. Untuk korang, tak kot. 
2 pasang baju untuk 5 orang perempuan dalam family, mahal lah jadinya. 
So, semua 10 pasang kan. 


Lepastu, aku cakap dengan ibu aku,



"Kita beli 2 pasang jelah. Dah mahal gila ni."




Sebab selalunya harga 2 pasang baju tahun ni tu bersamaan dengan 3 pasang baju tahun-tahun sebelum ni.

Mungkin sebab kain tahun ni lebih sedap berbanding tahun lepas kot tu yang mahal.
*memang pilih kain mahal pun -.-*


Jadi, dengan keadaan terpaksa redha, aku menerima jelah hakikat bahawa baju raya tahun ni 2 pasang je sobs.


Tup tup nak dijadikan cerita hari ini.


Allah datangkan rezeki yang tak disangka-sangka.


Ibu pernah jaga budak dulu. Transit. Mak budak ni cikgu.
Hari ni dia datang, dia belikan kitorang baju raya dengan ayah aku punya sekali.
Seronok? Alhamdulillah, tak terkata.


Akhirnya, baju raya kitorang jadilah 3 pasang kembali seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tapi, bila fikir-fikir balik,
Ramai lagi orang kat luar sana yang takde baju baru time hari raya kan?
Dorang dapat sepasang je pun dah rasa syukur sangat-sangat.


Hinanya aku :'(





Pengajaran:

  • Percayalah, setiap apa yang terjadi itu, pasti ada hikmaknya. Macam cerita ni, mula-mula sedih sebab baju raya dapat 2 pasang je. Rupa-rupanya Allah nak lagi sepasang, free pula tu.
  • Bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang tu dah berapa tahun tak merasa baju baru.
  • Rezeki itu ada di mana-mana. 
  • Yakin dengan Allah.






Alhamdulillah, syukur selalu. #2Ramadhan

#syukurselalu

Monday, June 6, 2016

Cinta pandang pertama?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hi all!!! Alhamdulillah, done 1st Ramadhan yeay! How's your 1st Ramadhan? Not tired at all?


Complete 1 Juzu' already? If yes, alhamdulillah. If no, it is okay, we still have more time to finish it.



So, I decided to talk about love at first sight.

What is your opinion, guys? Do you really agree with that statement? Does love at first sight really exist? I don't think so. Well, I never fall in love with someone. So, I don't know the excited feeling when your bae asked about your day or what so ever. Really, I don't know. 
 Yang ada hanyalah bertepuk sebelah tangan which means syok sendiri (KAHKAHKAH). 

*senyap senyap sudah*



I believe in love at first sight because when you were born, don't you fall in love when seeing your parents for the first time? Don't you feel safe when they hold you tightly? 
Of course, the answer is yes. (though we didn't remember what had happened at that time) 

But I'm sure all of us had fallen in love at first sight once we were born. 
So do I.


TAPI



When we grow up, kau rasa boleh ke kau gunakan istilah "cinta pandang pertama" tu dan terus bawa ke jinjang pelamin? Okay, mungkin tak pandang lah pun tapi dengar. For instance, kita first time dengar someone tu imamkan solat, baca sedap gila then kita kata "Oh, I'm in love with that guy."


WTFishh!


Kalau pada pandangan aku, it ain't that easy, mann. Bab nikah kut, once he lafaz the akad nikah, then you're halal, we will spend the entire of our life with our spouse and we MUST accept the bad(s) and the good(s) in our spouse. No matter what! 


Kalau berkawan, kalau kita tak suka, (maybe) kita boleh lah tinggalkan dia which is jahat juga sebenarnya. Tapi, kalau dah suami isteri, kalau kita tak suka, ingat senang-senang boleh tinggal? 
No way man! 
So, last Thursday, I've discussed about this (not really just borak kosong before being called for interview) with my friends. My friend told me, that her friend missed the guy who always imamkan solat kat surau kolej kediaman dulu (blok I jauh dari surau so, tak dengar) and her friend said that she wanna marry that guy. Because she said he had the criteria bla bla bla what so ever...


And then, my another friend said,


"Ohh, senangnya ciri-ciri bakal suami yang dia nak. Baca Quran sedap je dah boleh jadi suami."



And I be like, 


"Haah. Betulll."



Well, here is my point. Just pendapat dari diri yang kerdil lagi hina takde yang betul mahupun yang salah. Ini hanyalah pendapat bukan perdebatan *smile*
(minta maaf kepada kawan saya yang bercerita tentang kawannya itu, pinjam cerita eh)
(takpe, tak letak nama pun, orang tak ramai yang dengar cerita ni, ada 2 3 orang je)



Kalau kita pandang or in this case mendengar bacaan seseorang for the first time and instantly we fall in love, ask yourself back. Adakah kita jatuh cinta dengan PARAS RUPANYA atau dengan kelembutan yang dia ada atau sifat-sifat baik yang lain? First time kut, kita tak kenal pun siapakah dia? Siapakah ibu bapanya? Berapa orang adik beradik? 

Then, we simply said "I've fall in love."



Do you really mean it?



Kita tak kenal dia. Fikirkan, kita tak tahu bila dia marah macam mana? Adakah dia ni seorang yang panas baran? Then, fikir lagi, adakah dia seorang yang bertanggungjawab? Once dah kahwin nanti, suami yang memainkan peranan yang SANGAT penting untuk memberi nafkah tau. Then, fikir, dia ni jaga solat ke? Macam mana hubungan dia dengan keluarga dia? Mak ayah dia? Adik beradik dia? Then, macam mana bila dia bersosial? Adakah dia mengabaikan ikhtilat? Adakah dia menjaga batas ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan)? Dan macam-macam lagi.


Mencari SPOUSE bukan seperti kita mencari baju ke kasut first tengok nampak cantik sangat then kalau rasa tak sesuai ke tak selesa kita boleh buang. Atau kalau dah koyak malas nak jahit, kita boleh buang. Sedekah bagi orang ke. It ain't that easy, peeps! 
*ya, aku tahu aku belum kahwin.*



Fikirkan dengan lebih jauh lagi, semua orang nak pasangan yang terbaikk dalam kalangan terbaikkkkkk dalam hidup. Yelah, bakal ayah kepada bakal anak kita / bakal mak untuk bakal anak kita kan. Of course, kita nakkan bakal anak kita jadikan abi/ummi nya sebagai role model in their life, one day. So, before we dream of things like that happen, we need to act like one. 
Kita lah yang kena start. Takkan anak kita pula kan? 



Cuba tanya mak ayah masing-masing, apa impian mereka untuk anak-anak sepanjang mereka masih hidup?


In shaa Allah their answer will be,


"We always want to provide the best among the best for our children."


Tak kisahlah, dari segi pendidikan, pakaian, kemahuan, semuanya lah. ALL!
Setiap mak ayah tu, kalau boleh setiap apa kemahuan anak, dia sangat nak tunaikan.



"Mama, kaklong nak iphone6S."

"Abi, bang long nak kasut bola limited edition nilah."

"Ibu, nak baju baru boleh? Takde baju nak pakai. Minggu depan ada grand dinner."




Tak percaya, cuba tanya mak ayah masing-masing, apa sebenarnya impian mereka bila anak-anak nakkan sesuatu?


Me, already asked this question to my mom and guess what was her answer?



"Kalau boleh, ibu dan ayah ni memang nak bagi apa yang korang nak. Tapi, ada benda ibu dan ayah tak mampu nak bagi."



That's not the rekaan answer from me, okay. If I could record.... 

Tapi, my mom and my dad taught us kalau nak sesuatu, usahakan sendiri. They want us to feel how they feel, bukan senang untuk mendapatkan sesuatu. Kita nampak senang, okay mak ayah keluar pergi kerja, but do we really care about their kepenatan dalam membesarkan kita?
Dengan tulang empat kerat mereka?
Dengan umur mereka yang semakin meningkat?
Dengan kudrat mereka yang semakin lemah? 
We have the answer. 

Memang bukan senang untuk mendapatkan sesuatu. Bukan senang untuk mencari duit. Yang senang, minta. Tu jelah yang kita fikir. Pantang tengok kawan ada benda up sikit, kita pun nak ikut tapi tak memadai dengan kemampuan ibu ayah kita. 


Haa, kan dah membebel sampai part mak ayah ni. 


Back to our main topic,

Kalau aku, mak ayah carikan jodoh, aku MUNGKIN tak akan begitu senang menerima untuk dijodohkan. Some might said, "Pilihan mak ayah kan selalu yang terbaik."

My reason is aku bukan orang yang dengan mudahnya menerima sesuatu yang baru. I will take much time to adapt. Even nak kenal orang baru pun, bukan sebulan dua je aku terus percaya kat dia. NOPE. I need (at least) 6 months to know someone. At least. But sure I want more. Even aku ada kawan baik pun, 4 tahun berkawan belum sepenuhnya aku kenal dia. Ini kan pula makhluk asing yang I will spend my life with him.
Based on my observation (haa bila aku buat experiment ni? shuhhh), after 6 months, usually we can see the true color of her/his personalities and attitude. Sebab sebelum 6 bulan tu, dia macam dorang sorok sorok lagi tau atau dengan kata lain hipokrit. 
So, for me 6 months is not safe. Tempoh yang tidak selamat (hahahaha). 


I want to know him further. Even though orang kata, time bercinta orang memang tak tunjuk perangai sebenar but at least, I tak terkejut lah (kihkihkih). So, love at first sight? I believe there is but I need much time untuk kita berkenalan *angkat kening*. 


So, girls, jangan nak manjakan sangat hati tu bila first time tengok orang handsome lah apa lah. Pantang handsome sikit, mulalah nak cair.
Kentalkan diri!
Mahalkan diri!
Jaga hati!
Tak salah nak suka tapi berpada-padalah. Kita sendiri tahu batas-batasnya.


Cinta yang benar adalah cinta yang semakin membawa kita mendekati-Nya bukan menjauhi-Nya.


Kalau betul suka, ikutlah cara Islam. Guna orang tengah untuk 'mengenali' dia dengan lebih dalam.
*argh, korang belajar lah sendiri*


Bukan semudah itu untuk jatuh cinta. Sebab tulah mudah juga untuk orang putus cinta. 
Sebab bukan kerana Dia. *ceyy, macam expert sangat aku ni cerita tentang cinta ni*


Dahlah, merepek je semua ni.

Ambillah mana yang baik. Semoga terselit dua tiga butir pengajaran kat dalam hati korang XOXO.



Ada pendapat lain? Drop your opinion kat ruangan comment tu XD



Thanks for reading!

Sunday, June 5, 2016

Ramadhan Kareem!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi all!

Ramadhan, we meet again! Are you guys ready for Ramadhan? How's your preparation? 







Mestilah dah readyy kann in shaa Allah. 

So, tahun ni punya Ramadhan sangat special untuk aku. (acewahh)



"Apa yang special sangat tu?"



Di samping rumah tahun ni meriah dengan cat warna baru (ops), tahun ni juga alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang SEPENUHNYA DI RUMAH! *budak tak duduk asrama mesti tak faham*


I was a hosteler since I was in Form 1. Yup, since 2010 until 2015 and this year Allah gives me the chance to fasting at home for one month. 

Macam-macam pengalaman Allah bagi time berpuasa kat sekolah dan tahun lepas kat USIM bersama kawan-kawan baru. 



Dulu, puasa kat sekolah be like,

  • Makan buka puasa guna tray
  • Tutup makanan tu dengan suratkhabar (taknak kucing usik)
  • Time F5 tutup dengan plastik (dah maju sikit)
  • Time F4, buka puasa dalam talam (bestttt sangat)
  • Malas turun sahur
  • Kena turun sahur cepat sebab acik dm nanti tutup dm cepat
  • Kalau malas turun sahur, makan biskut, makan kurma 3 biji, minum air kotak satu, minum air mineral
  • Petang-petang ada tadarus berkumpulan
  • Kalau ABC, tak turun tadarus (ish ish)
  • Kalau ABC, balik sekolah cari makanan lapar macam orang bela saka (tak puasa kan)
  • Solat zohor berjemaah kat Dewan Ibnu Abbas (dewan besar sekolah)
  • Pastu, berebut tempat wudhu' sebab tak suka masbuk
  • Habis sekolah turun kelas cepat cepat nanti ramai orang kat surau
  • Pakai telekung dari surau sebab malas nak pakai telekung kat dewan (haha)
  • Lepas solat zohor boleh naik dorm tidur (sedap betul)
  • Turun asar kena cepat cepat nanti sebab nanti orang bertadarus kat surau juga (malu)
  • Kalau ABC, ada program lain time orang solat zohor kat bilik PAI/BADAR
  • Time tu, semua pakat bawa makanan, makan dalam bilik tu
  • Time F5, kantin buka start pukul 3, so kalau ABC, semua pakat serbu kantin lapar nak makan
  • Lepastu, naik dorm senyap senyap makan depan locker (kahkahkah)
  • Cop tempat cepat cepat kat DM untuk satu batch time buka
  • Kalau boleh nak ambil air 2 gelas time buka
  • Kadang-kadang pergi KOOP beli air kotak sebab air manis tak cukup
  • Kadang-kadang menu berbuka tak best
  • Selalunya perut kenyang gila time buka
  • Lepas buka, masing-masing berlumba makan cepat sebab taknak sesak sesak time ambil wudhu
  • Ataupun ambil wudhu' siap siap sebelum berbuka lepastu tahan kentut (hahahahaha)
  • Lepas solat maghrib, ramai yang tidur berjemaah kat luar surau (macam penat sangat)
  • Lepas tarawih, prep pula
  • Time prep, sambung makan kuih tak habis time buka tadi 
  • Kadang-kadang pergi KOOP dulu sebelum pergi prep sebab lapar balik (kehkeh)
  • Time F5, ada buka puasa sama-sama kat bilik BADAR (rinduuuuu sangat)
  • Selalunya, ajk RAHMAT tahun tu akan tetapkan minggu ni buka dengan siapa (dorm ke batch ke usrah ke random)
  • HAAAA! Kalau hari Ahad berduyon duyonnn orang bawa balik makanan
  • Sampai malam makanan tak habis (sampai jaja dari dorm ke dorm)
  • Sebab orang semua kekenyangan gila
  • Hari Ahad lah paling best sebab orang bawa makanan lepastu share share (BESTTTTT)
  • Kalau ABC, time maghrib ada tayangan kat bilik BADAR. Ada lah tengok movie ke apa hahah
  • Time F3, pernah ajk RAHMAT buat salam hari raya (time nak dekat raya) ala-ala DJ radio gitu
  • Petang-petang buka lagu sambut Ramadhan kalau nak dekat raya, dorang buka lagu raya
  • BANYAKKK LAGIII TAPI TAK INGATTTT


Besttttt sangat sambut Ramadhan kat sekolah dulu. HAHAHAHA itulah pengalaman paling manis. Pengalaman paling berharga. Sebuah pengalaman yang kau tak boleh beli babe! 


Tapi, of course sambut dengan family lagi best sebab mak kau masak sedap gila tapi apa-apapun pengalaman tetap berharga. 


So, alhamdulillah tahun ni puasa penuh kat rumah macam time sekolah rendah dulu.
Pagi-pagi ayah kejut (dah bosa gedabak pun ayah kejut hahaha) suruh turun sahur.


Kalau kat rumah, aku TAKKAN TOLAK SAHUR sebab:

  • Bila aku bangun, aku akan bayangkan "ohh, ibu masak sedap" HAHAHA)
  • Yang kedua, beranilah tak bangun sahur memang kena tempeleng dengan mak kau 


HAHAHAHA

Jom, tambah amalan sepanjang bulan yang mulia dan penuh barakah ini! 
Perbanyakkan baca Al-Quran (kalau boleh khatam lah at least sekali)
Perbanykkan berzikir, beristighfar.
Perbanyakkan bersedekah.


Sebab di bulan ini, PAHALA BERLIPAT KALI GANDA!

Dannnn paling special ialah Allah turunkan nikmat malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir.

Jangan kita sia-siakan peluang itu!
Nak tak nak, kena kuat menentang nafsu! (nafsu malas, nafsu tidur, nafsu makan dan sebagainya).


JOM PERBAIKI RAMADHAN KITA TAHUN INI!
*takut ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan terakhir kita T.T*


RAMADHAN KAREEM!



Macam mana pula dengan pengalaman puasa korang time sekolah asrama dulu-dulu? Share lah :)