Tuesday, June 7, 2016

2nd Ramadhan


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...


Kitorang adik-beradik selalu beli baju raya 3 pasang.
*adik-beradik aku semua perempuan*
Nampak macam banyak gila kan? 3pasang tu baju kurung je sebab sejak dah besar ni, ayah kata tak payah nak beli baju tshirt/blouse dengan seluar. Mana ada orang pergi raya pakai baju tshirt. 

Hahahaha


Tu yang ayah aku cakap. It started when I was in form 1. 
So, nak tak nak, kitorang kena terima. So, setiap tahun, baju kurung yang berlambak.


Tapi lain pula ceritanya tahun ni. 
Tengah-tengah syok memilih baju trend terkini, baru 2 pasang, harga dah mahal gila hahaha. 
*no need to mention how much*

Tapi yang penting, pada kitorang mahal lah. Untuk korang, tak kot. 
2 pasang baju untuk 5 orang perempuan dalam family, mahal lah jadinya. 
So, semua 10 pasang kan. 


Lepastu, aku cakap dengan ibu aku,



"Kita beli 2 pasang jelah. Dah mahal gila ni."




Sebab selalunya harga 2 pasang baju tahun ni tu bersamaan dengan 3 pasang baju tahun-tahun sebelum ni.

Mungkin sebab kain tahun ni lebih sedap berbanding tahun lepas kot tu yang mahal.
*memang pilih kain mahal pun -.-*


Jadi, dengan keadaan terpaksa redha, aku menerima jelah hakikat bahawa baju raya tahun ni 2 pasang je sobs.


Tup tup nak dijadikan cerita hari ini.


Allah datangkan rezeki yang tak disangka-sangka.


Ibu pernah jaga budak dulu. Transit. Mak budak ni cikgu.
Hari ni dia datang, dia belikan kitorang baju raya dengan ayah aku punya sekali.
Seronok? Alhamdulillah, tak terkata.


Akhirnya, baju raya kitorang jadilah 3 pasang kembali seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tapi, bila fikir-fikir balik,
Ramai lagi orang kat luar sana yang takde baju baru time hari raya kan?
Dorang dapat sepasang je pun dah rasa syukur sangat-sangat.


Hinanya aku :'(





Pengajaran:

  • Percayalah, setiap apa yang terjadi itu, pasti ada hikmaknya. Macam cerita ni, mula-mula sedih sebab baju raya dapat 2 pasang je. Rupa-rupanya Allah nak lagi sepasang, free pula tu.
  • Bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang tu dah berapa tahun tak merasa baju baru.
  • Rezeki itu ada di mana-mana. 
  • Yakin dengan Allah.






Alhamdulillah, syukur selalu. #2Ramadhan

#syukurselalu

No comments:

Post a Comment