Wednesday, June 15, 2016

Rahsia muka berseri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh y'all!


Salam Ramadhan ke-10.

Tak sangka kan, begitu cepat masa berlalu tup tup dah Ramadhan ke-10.

Nanti tahu-tahu dah nak masuk malam lailatul-Qadr and raya :'(


According to tajuk kat atas tu, macam hot sangat kan?
Seriously, I'm not pakar kecantikan or what so ever. 


Rahsia muka berseri ni rahsia terbesar yang kebanyakan wanita tak tahu.
Atau mungkin dah tahu tapi tak apply *including me, sad life*



So, yesterday's late night and short conversation with my lovely mom :*




Me: (Tengah scroll scroll instagram and terlalu adore dengan kecantikan Dr. XX)

Me: Cantiknyalah Dr. XX ni

Ibu: Mana? Nak tengok.

Me: (Gave her my phone).

Ibu: Dr. XX ni tak cantik tau. Betul, dia tak cantik pun sebenarnya tapi sebab dia ada karisma dan dia ikhlas sebab tu muka berseri.

Me: Yeke? Tapi kakak tengok cantik je.

Ibu: Betul, dia tak cantik pun sebenarnya. Sebab tulah suami dia sanggup tunggu dia bertahun-tahun. Lelaki ni kak, kalau dia suka sorang perempuan ni dan dia sanggup tunggu lama-lama maknanya ada sesuatu lah kat perempuan tu yang dia nampak. Jangan pelik kalau lelaki tu suka perempuan walhal pada kita dia tak cantik mana pun. Ada lah tu something kat perempuan tu.

Me: Hmmm, yelah kan. Dr. XX ni pun tak sombong. *aku macam dah deep sikit*


(Notes: Dr.XX tu ofcourse lah perempuan nama pun XX but nama need to be dirahsiakan.)



And finally I came out with a conclusion.


Perasan tak, selama ni kita dah jumpa banyak orang.

Tak boleh deny, memang ada yang cantik.
Ada yang tak berapa cantik.
Ada yang biasa-biasa.


Tapi, pernah tak kita, kita nampak orang tu cantik, muka flawless putih gebu tinggi lampai, cantik lah. Pada mata kita, "dia ni mesti ramai peminat." Tapi, bila kita tengok muka dia, kita rasa macam something macam lama-lama kita tak suka tengok dia (terjahat sikit). Macam, bila lama-lama tu, kita rasa "alah, dia ni biasa je. si fulanah tu lagi cantik."


Dan pernah tak, kita tengok seseorang tu, dia tak cantik pun macam kita tengok orang kat "atas" tu, muka dia takdelah putih sangat, kuning langsat, ada lah jerawat satu dua, biasa-biasa je. Tapi, lama-lama tengok dia, kita rasa dia ni cantiknyaaaa. Suka tengok muka dia. Macam sejukkk mata memandang.


Pepatah omputih kata, 

"Don't judge a book by its cover."


Tapi, aku rasa macam pepatah tu boleh guna kat beberapa situation je (hahaha).

Sebenarnya, siapa diri kita memberi refleksi kat muka kita. Betul, tak tipu.
Pernah tak dengar perkataan first impression?


Selalu kan. Selalunya, first impression orang kat kita, ada tak lebih 50% betul?
*jawab jangan tak jawab*


From my experience, biasanya apa yang orang first impression kan tentang aku, memang 50% benerrrr hehe. Selalu, aku dapat first impression, tegas. Part tu, memang tak boleh deny lah.

Aku sangat tegas dalam buat keputusan. A is A. B is B. Not A can go to C or D. ;)
(macam garang gila kan? haha)

So, in a nutshell, nak cantik?
Have courage and be sincere.



Sifat tu kena pupuk dalam diri secara natural bukan buat-buat (hipokrit). Kalau buat-buat, sebenarnya nampak sangat yang kita tak ikhlas nanti huhu. Bila natural, aura kita pun mampu tersebar dan menjangkiti orang di sekeliling hahaha (gelak jahat).






Nah, saje bagi gambar yang tak berkaitan dengan post ni hehe. Gambar ni terjumpa selepas conv semalam dengan ibu hahaha. Sedih je, baca statement ni. I against this motion jiddan bak kata Aisyah XD well, me too kahkahkah


Dahlah ngarut je semua.

Thanks for reading, peeps! XOXO

No comments:

Post a Comment