Thursday, September 29, 2022

Okay ke tu

Rasa macam over nya nak cakap penat tapi aku betul-betul penattttt sekaranggg. Penatnya tahun ni.

Minggu ni, minggu group aku berulang ke HTAR untuk selama 2 minggu. Setiap hari, gerak pukul 6.30am keluar rumah, perjalanan 45 minit ke sejam. Sepatutnya sesi di HTAR perlu sampai jam 12 tengahari, tapi kami selalu pulang awal dalam jam 11 pagi dah gerak pulang. Sampai ke rumah dalam pukul 12 lebih. Jauh betul perjalanan. Memandangkan exam pun semakin dekat, otak masih banyak kosong dan perlu diisi.

I'm not a morning person. So, it's hard for me to wake up super early, pergi hospital awal and baru hari keempat harini, aku dah rasa burnt out teruk dahhh T.T

I can't imagine macam mana weh aku kerja nanti. Bangun lagi awal, balik kerja lagi lambat. Silap-silap macam mayat hidup je nanti. Risau tapi tulah, tak kerja, takde duit. Mana ada kerja yang senang kan. Yelah fine fine.

At this moment, somehow rasa macam lega pulak bila broke up kejap ni sebab I'm so freeeee from any commitment. Walaupun, kadang-kadang perasaan sunyi tu tetibe dia datang tapi so far okay je. Kadang-kadang jelah. Sebab lately ni rasa penatttt amatttt dan dah start burnt out. Pastu aku tak perlu lagi nak fikir-fikir pasal masa depan kahwin lah apa lah. Focus on my dream je dulu. Wahhhh bestnya rasa dia rupanya haha. Macam jahat pula tapiiii takpelah, Dia akan datangkan pada masa yang tepat. Aku malas nak fikir sekarang. Terlalu serabut.

Pastu sekarang rasa stress dengan diri sendiri sebab lemahnya rasa, cepat betul penat. Tengok member lain takde pun excessively penat. Siap boleh study lama-lama lagi. Aku, asal penat je tidur. Tidur bukan sejam dua, sekali balun 4 jam haishhhh makin stress mak. Pastu bila penat, tak study. Padahal kena study lah wehhhhh, 2 exam besar makin dekat kotttt eiiii gila betullah!

Ya Allah, kurniakan rehat yang cukup untuk aku. Pinjamkan sedikit kekuatan-Mu untuk aku tempuh hari-hari yang genting saat ini. Ya Allah, kurniakan kemudahan dalam urusanku, urusan ibu bapaku dan sahabat-sahabatku T.T

Tak patut rasanya nak cakap penat sebab takde apa yang patut dipenatkan. Penat lagi menjadi bodoh, wahai Sarah. Fuhhhh penuh liku jalan menuju fardhu kifayah ni ye. 

Nak risau pasal kerja tapi terlalu awal. Nanti bila masa tu tiba, in shaa Allah akan datang kekuatan yang luar biasa kan? In shaa Allah. Doakan kami lulus medical school tahun ni!!!



Thursday, September 15, 2022

I found a poem that is relatable with me :(

Probably friends,

Possibly lovers.

But definitely,

Not nothing.


Those were the three thoughts in my mind the first time your path crossed mine,

When I saw those eyes for the first time.


Then I learned your favourite color.

Realized how easily you can paint a smile across my serious disposition.

I started practicing learning you.

Thinking about you a little too much in my spare time.


Then the three thoughts changed.

Probably lovers,

Possibly friends,

But definitely not nothing.


Then things started to change.

I realized that only went one way.

I started anticipating the feeling of you pulling away.


Your sentences became shorter as my grip became stronger on a love that was falling through my fingertips.

You took my smile as easily as you had given it.


The three thoughts chime one more time.

Probably nothing,

Possibly friends,

But definitely,

Not lovers.


-WhitneyHansonPoetry & JoeyKidney

Monday, September 5, 2022

8 hari kemudian...

8 days after 28 August.

It feels like last year we broke up.

Is that good or bad, honestly?

Entah.


I'm aware I'm in the anger stage of grief.

I'm so mad at him.

But I don't think it's anyone's fault?


I'm still sad but bearable.

Tak pasti sama ada kerana saya sudah pernah merasa perasaan yang sama ini 4 tahun yang lalu?

That's why perasaan saya seperti dah setahun kitorang putus.

Allah yang kurniakan kekuatan ini.


Saya tahu perasaan ini akan ada naik dan turunnya.

Hari ini saya rasa, saya okay.

Tapi belum tentu minggu depan? Bulan depan? 2 bulan lagi? 6 bulan? Wallahua'lam.

Satu tahun yang penuh dengan memori indah (?)

Every time nak bersedih, I always try to think,

"Dear self, you've spent 4 years to open up your heart to someone, you've spent 4 years to get up again, to learn and love yourself again, takkan disebabkan "happiness" yang baru setahun ni, you nak give up again?"

I've put a lot of effort into defining myself, kan. So, why bother? Why bother? Wahhh gitu.

Walau bagaimanapun, saya harap, tiada dendam antara saya dan dia. Though sometimes, I really hope that all this is only a dream. Not a reality but it's not.

Tak pasti sama ada ini adalah kebaikan atau keburukan? I still can't find any answer/ petunjuk from Him. I hope one day, I will. Well, why should've I worried about it when it's already written in the Lauh Mahfudz, right? Astaghfirullahalazim. Semoga Allah kurniakan keredhaan-Nya dalam hatiku atas segala apapun yang terjadi. He knows what I need, not what I want.

But I feel bad for being sad because my mom's instinct is so strong. She can feel the sadness although I didn't tell her anything. I'm sorry, ibu that you also have to be involved with my sadness for a second time.

I can't promise you, ibu that there won't be a 3rd time but let's pray that it won't. Amiinn.


To you,

I hope you are doing really fine.

I miss you.

A lot.

I don't know what you are going through right now,

I wish I could be there for you too.

You said,

We could be friends again.

But why,

We're acting like we're enemies?

Take care.


Salam sayang dari Temerloh.

Thursday, September 1, 2022

Ini bukan puisi

Detik hitam itu terjadi lagi.

Detik yang selalu juga bermain dalam fikiranku,

Tidak ku sangka ia benar-benar berulang lagi.

Silapku, aku mencabar Dia.

Silapku, aku lupa bahawa Dia yang Maha Besar, Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Silapku, aku mengenepikan semua hak-Nya, dan melulu mengikut nafsuku.


Walau setelah empat tahun akhirnya aku dibukakan hati,

Walau aku merasakan, aku tidak lagi mampu menghadapinya untuk kali kedua,

Tapi tidak dengan perancangan Dia.

Kun, fa yakun.

Jadi, maka, jadilah.


Terlalu berat,

Sungguh.

Kerapkali aku mengingatkan diriku bahawa,

Tuhan tidak akan pernah memberikan ujian,

Di luar batas kemampuan hamba-Nya.

Maka, acapkali aku mengingatkan diri sendiri,

Bahawa aku adalah insan yang kuat.

Dia pilih aku,

Kerana Dia tahu.


Dia yang Maha Membolak-balikkan hati.

Sedangkan dulu, aku pernah mengingatkan diriku sendiri,

Bahawa dosa tidak akan pernah memberikan kebahagiaan.

Aku "bahagia" tetapi bukan kerana redha-Nya,

Tetapi kerana nafsu yang membawa kepada dosa.


Aku minta akan keredhaan dari-Nya,

Lalu, detik ini yang Dia campakkan ke dalam hatinya.

Berharap yang Dia betul-betul redha dengan hubungan kami yang kini.

Ingat, jangan pernah mencabar Ilahi.

Jangan sampai kau diuji baru kau tersedar untuk kembali ke Ilahi.


Aku sudah tidak layak lagi,

Untuk menikmati lagi setiap perasaan sayang dan rindu ini.

Malu.

Terlalu malu dengan Tuhanku akan dosa-dosaku.

Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,

Terima kasih atas segala nikmat yang sekejap ini.

Ampunkan aku kerana aku lalai.

Ya Allah,

Aku pulangkan semula segala perasaan ini,

Ampunkan aku, tiada niat dalam hatiku untuk menjadi sombong,

Aku tidak lagi layak ya Allah.

Maka, aku kembalikan segala perasaan ini kepada-Mu.

Wahai Tuhanku.


Jika aku ditakdirkan untuk menikmati lagi segala perasaan ini suatu hari nanti,

Ingatkan aku untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat-Mu,

Dan ingatkan aku untuk lorongkan perasaan ini ke jalan yang betul,

Tanpa mengabaikan perintah-Mu ya Allah ya Kareem.


Terima kasih Allah.

He falls first, but I fall harder.