Thursday, September 1, 2022

Ini bukan puisi

Detik hitam itu terjadi lagi.

Detik yang selalu juga bermain dalam fikiranku,

Tidak ku sangka ia benar-benar berulang lagi.

Silapku, aku mencabar Dia.

Silapku, aku lupa bahawa Dia yang Maha Besar, Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Silapku, aku mengenepikan semua hak-Nya, dan melulu mengikut nafsuku.


Walau setelah empat tahun akhirnya aku dibukakan hati,

Walau aku merasakan, aku tidak lagi mampu menghadapinya untuk kali kedua,

Tapi tidak dengan perancangan Dia.

Kun, fa yakun.

Jadi, maka, jadilah.


Terlalu berat,

Sungguh.

Kerapkali aku mengingatkan diriku bahawa,

Tuhan tidak akan pernah memberikan ujian,

Di luar batas kemampuan hamba-Nya.

Maka, acapkali aku mengingatkan diri sendiri,

Bahawa aku adalah insan yang kuat.

Dia pilih aku,

Kerana Dia tahu.


Dia yang Maha Membolak-balikkan hati.

Sedangkan dulu, aku pernah mengingatkan diriku sendiri,

Bahawa dosa tidak akan pernah memberikan kebahagiaan.

Aku "bahagia" tetapi bukan kerana redha-Nya,

Tetapi kerana nafsu yang membawa kepada dosa.


Aku minta akan keredhaan dari-Nya,

Lalu, detik ini yang Dia campakkan ke dalam hatinya.

Berharap yang Dia betul-betul redha dengan hubungan kami yang kini.

Ingat, jangan pernah mencabar Ilahi.

Jangan sampai kau diuji baru kau tersedar untuk kembali ke Ilahi.


Aku sudah tidak layak lagi,

Untuk menikmati lagi setiap perasaan sayang dan rindu ini.

Malu.

Terlalu malu dengan Tuhanku akan dosa-dosaku.

Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,

Terima kasih atas segala nikmat yang sekejap ini.

Ampunkan aku kerana aku lalai.

Ya Allah,

Aku pulangkan semula segala perasaan ini,

Ampunkan aku, tiada niat dalam hatiku untuk menjadi sombong,

Aku tidak lagi layak ya Allah.

Maka, aku kembalikan segala perasaan ini kepada-Mu.

Wahai Tuhanku.


Jika aku ditakdirkan untuk menikmati lagi segala perasaan ini suatu hari nanti,

Ingatkan aku untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat-Mu,

Dan ingatkan aku untuk lorongkan perasaan ini ke jalan yang betul,

Tanpa mengabaikan perintah-Mu ya Allah ya Kareem.


Terima kasih Allah.

He falls first, but I fall harder.

No comments:

Post a Comment