Sunday, July 17, 2022

Coretan 17 Julai 2022

Aku tak pasti sudah kali keberapa, pulang ke Ampang tanpa dihantar keluarga. Yang pasti, dah 2 bulan, masuk bulan ketiga. Sejak ayah tak berapa sihat.

Sedih?

Usah dikata.

Dan sudah kali keberapa aku menangis sepanjang perjalanan pulangku ke Ampang. Lagi tambah sedih bila pulang seorang diri. Tak sama pulang seorang diri dengan memandu kereta dan pulang seorang diri dengan menaiki public transport.

I thought, I was okay, being independent sometimes.

But then, when this happens, I never knew, I wish, I had someone to rely on, to depend on, without getting complained, without feeling guilty.

Aku tak suka perasaan aku perlu menyusahkan orang dan orang merasa terbeban dengan permintaanku. Dan aku tak kuat untuk menghadapi tolakan atau bahasa lainnya, rejection. Sungguh, aku tak kuat. Aku teramat sensitif dengan rejection. Walhal, medical school sebenarnya telah banyak mengajarku untuk berhadapan dengan tons of rejection. Tapi, hatiku masih tak kuat.

Kita tak tahu perasaan orang bila kita minta tolong. Sebab aku pernah berhadapan dengan manusia yang mulut kata "takpe" tapi hati kata, "ahh, menyusahkan". Jadi, sejak itu, aku teramat berhati-hati dalam meminta pertolongan orang. Sehinggakan, aku menyakiti diri sendiri. Ahhh, takpelah. Diri aku, yang penting, bukan orang lain. Ye dak?

But seriously, I wish I had that person.

This time, aku memilih untuk pulang dengan menaiki ERL sebab, lebih laju dan cepat sampai? Haha, kerana aku sudah terlalu penat untuk menunggu dan berdiri. Sudahlah perlu berdiri lama di hospital, takkank lah balik rumah pun, nak berdiri lama juga kan?

Kan best kalau ada kenalan baca post ni dan mereka memahami isi hatiku yang tersirat. Tapi tulah, memang tidaklah aku nak hebahkan blog aku huhu.

Takpelah, biarlah menjadi kenangan masa hadapan. Aku tak pasti adakah aku mahukan anak-anakku untuk berdikari sama sepertiku atau untuk dia terus bergantung kepadaku?

Yelah, aku sendiri nak ada tempat bergantung. Aku tak pasti adakah aku akan sampai hati untuk biarkan anak-anakku untuk berdikari. Tapi, aku perlu ajar mereka untuk hidup sendiri. Macam mana kalau aku dah takde nanti?

Lahai, jauhnya fikir. Kahwin pun belum wakk.

Okay lah, tren pun dah nak sampai.

Sekian.

Doakan perjalananku selamat semuanya.




No comments:

Post a Comment