Sunday, July 31, 2016

That 'tak laku' feeling

Yesterday, I’d read someone’s blog. Yeah, I love reading someone’s blog lebih-lebih lagi bila kita tahu dia sebaya. Don’t worry, she’s not my friend. Aku kenal dia thru Instagram but she never know me, I don’t care pun (sebab suka jadi stalker hehe)

Was scrolling and scrolling, aku terjumpa satu post about the ‘tak laku’ feeling. Aku macam tersentak sekejap sebab dia lawa kott, muka dia manis gitu lah. Muka dia manis, NAMPAK baik (I hope so) sebab gambar kat ig dia pun nampak ah dia tak social, dia okay lah. But then, bila dia pernah post pasal the ‘tak laku’ feeling tu macam terkejut  (please, don’t ask why because you’ve already know, cari yang tersirat).

So, dia ceritalah pasal yang dia sedih bagai bagai tu, kadang-kadang dia rasa aggravated sangat sebab macam takde ke lelaki yang suka kat dia? kenapa kawan-kawan dia ramai je peminat? kenapa dia takde? Bila dia tengok kawan-kawan dia couple hmmm.

Nope, aku tak bagi impression yang buruk-buruk kat dia but I would love to talk about this issue.


I rarely post this kind of topic because I feel ashamed to discuss about this thing. Like, you know, mesti akan ada orang comment,


“hey sarah ni buang tebiat ke?”


Ceq lempang hang satgi baqu hang tau haish dengaq lah dulu!



Let’s start!


Somehow, aku pun kadang-kadang ada rasa benda yang sama macam orang kat atas tu tadi. I guess that’s normal kott tak kisahlah lelaki ke perempuan ke kan? (I guess, please don’t kecam). When you’re surrounded by people yang dilabel as ‘laku’ (lah sangat ni) sometimes kau akan rasa macam insekiyo and kau rendah diri.


“takde orang ke yang suka aku?”

“aku ni muka tak cantik ke?”

“aku tengok dia tu biasa je, aku lagi pandai asal aku takde orang suka haa?”


And when this thought comes to your mind, you’ll find 1001 ways to attract your opposite gender’s attention, right?

Like, upload gambar-gambar selfie kat Instagram or facebook or twitter (tapi aku rasa insta adalah medium paling cepat kot). Pastu bila rasa macam “wow, banyaknya yang like” then kita pun continuously upload gambar-gambar KITA yang TEMPTING untuk dipaparkan semata-mata nak tarik perhatian. Dan adakah kita puas?


Do ask ourself. Are we satisfied? Really really satisfied?

I don’t think so but aku rasa semakin banyak kita upload gambar kita yang tempting, semakin insecure kot kita rasa. I guess this hypothesis is nearly accepted bahahaha.
(sebab aku pun pernah rasa lah weh) aku pun manusia biasa juga.


I just want to share a story with you girls.
I often discuss this thing at home with my mom. She’s like a doctor cinta to me because she’d experienced a lot of dugaan bercinta before she met my dad. My mom, dia cerita dia ni dulu suka pakai tudung labuh SEBAB dia taknak diganggu (but dia tetap juga mendapat gangguan). Memang ramai lah yang suka dia, dari pemandu lori, konduktor bas, pemandu van, suami orang (siap nak ajak duduk London what the heck), tunang orang, bapak orang, orang kaya yang nak tolong orang susah, single pun ada, non-muslim pun ada tau dan akhirnya bertemulah dia dengan ayah aku. Even mak aku pun pernah kena ‘guna-guna’ thing ni tapi alhamdulillah sempat diselamatkan oleh arwah atuk aku. Memang ramailah yang test market kengkonon kan tapi what makes me amazed is she refused to couple and she rejected all of them except my dad :)

Mak aku kenal dengan ayah pun, aku rasa sweet juga hehe. Dorang kenal sebab kawan dorang ni yang kenalkan. Kiranya mak aku ada kawan, A. Ayah aku pun ada kawan, A. A ni lah yang jadi orang tengah. Bagi nombor phone semua. Lepastu, satu malam ni, ayah aku beranikan diri nak call mak aku, tanya habis kerja bila, naik bas nombor apa bila balik, kerja kat mana semua lah.


(My mom version)
Mak aku pun dengan lurusnya told him the truth lah kan. Sebab dia tak suspek apa-apa. Keesokannya, dia rasa macam time dia nak balik tu, ada orang perhati lah gitu. Dia pun naik jelah. Dia kata dia ada perasan tapi macam buat dunno jelah. Oh, btw, time ni mak ayah aku belum pernah jumpa lagi.


(My dad version)
Malam tu kan dah call, so esok tu memang dia turun stesen bas tu nak tengok mak aku. Dia kata, dia nampak badan je tak nampak muka. So, dia macam kecewa kahkahkah.


Okay, sambung. So, malam tu, ayah aku call balik mak aku untuk confirm.. then mak aku ofc ah terkejut hahaha rupanya memang betul ada orang perhatikan dia time balik tadi.

Dan kisah cinta mereka bermula….

Aku respect ayah aku ni sebab dia macam mana eh nak cakap, nampaklah yang dia adalah seorang lelaki yang baik. Nak dapatkan mak aku ni pun, bukan mudah. Kena lalui track and trace arwah atuk aku dulu, baru boleh. Bila ayah aku datang, arwah atuk aku tak banyak komen. Dia okay je and dia tetapkan syarat kalau nak jumpa mak aku, kena datang rumah. Tak boleh ajak keluar.

Aku rasa wow, betapa mahalnya ibu untuk dikenali ayah hahahaha. Memang mak aku cerita, ayah aku datang rumah jelah. Pernah dua kali je dia kata, dia keluar dengan ayah. Itupun keluar dengan makcik aku (adik mak aku) and kawan-kawan ayah aku (masing-masing dah kahwin time tu). Dua kali je kottt.. aku terharu mendengar kisah cinta dorang ni haa. Inspired pun ada lah sikit. Mak ayah aku kenal 6 bulan je but somehow aku rasa 6 bulan tu tak cukup kot untuk aku (HAHAHAHA) tapi mak ayah aku okay je kan?

Mak aku pun diterima baik oleh keluarga ayah, tidak mendapat sebarang bantahan apa semua. Dan pada 7 September 1996, mereka bernikah time malam waktu tu. Mak aku cerita, arwah atuk aku dan dia pun tak tetapkan hantaran. Ikut suka hati ayah aku berapa nak bagi. Ayah aku bagi RM**** time tu memang rasa mahal sangat lah kan? So, I asked my mom, what’s the secret nak jadi mahal macam tu kan? Sebab aku rasa aku tak macam mak aku kot, mak aku dulu tak pernah kisah pun pasal kahwin time umur-umur aku sekarang sebab dia kata dia geli (HAHAHAHAHA) so aku rasa aku lah miang ni.

Tapi takpe, tak salahkan nak tanya benda-benda basic macam ni time awal-awal? So, my mom shared some secret.

  1. Jadi wanita yang dihormati.
  2. Jaga maruah.
  3. Baca Al-Quran setiap hari (macam mak aku, dia kata dia baca Yaasin selepas maghrib setiap hari)
  4. Doa sendiri dan minta doa mak ayah.

(korang tanyalah mak korang sendiri untuk tips tambahan, ni kongsi je tau)

Tau secret ni untuk apa? Supaya lelaki-lelaki tak kacau kita. Aku cerita kat mak aku, yang ramai orang cakap muka aku tak seiring dengan umur. Y’know when people keep talking “muka kau nampak tua”, “eh, dah kerja ke?” , “ye kak, nak apa?” , “mak orang” to you, of course you must be sad. Gila tak sedih, aku 19 kott belum kahwin belum ada cita-cita nak berumah tangga lagi kau dah kenapa T.T and because of this matter kadang-kadang aku rasa, orang tak suka refer kat aku even aku in-charge untuk bahagian tu. Y’know that feeling?

Macam bila kau pergi jalan dengan kawan kau, kira kau dua orang lah ni kan, then tetibe jumpa sorang mamat ni, tapi dia cuma cakap dengan kawan kau je and ignore kau sedangkan DIA KENAL KAU KOTT SATU SEKOLAH, kau mesti macam tertanya-tanya, aku ni sombong sangat ke? Susah sangat ke aku ni diajak bergurau and bla bla bla benda yang TAK sepatutnya kita fikir pun.


You know that feeling?!?!

So, bila aku tanya mak aku, why? What happened to me? Akak ni sombong sangat ke?
HAA?! HAA?!

You know, my mom gave me a beautiful answer I guess,

“Bukan kau sombong tapi dia respect kau. Dia tak takut dengan kau tapi respect. Kita ni kak, jadi perempuan lebih baik jadi perempuan yang dihormati bukan ditakuti. Dia bukan tak nak bergurau dengan kau tapi dia hormat pendirian kau.”


Like seriously?!

Tak cukup dengan tu, aku tanya kawan aku juga. And she said so. Same answer and she even told me to be grateful sebab kau dapat muka macam tu, orang susah nak kenakan kau. Perlahan-lahan aku mula menerima fakta itu. Dan mak aku kongsi lagi kisah dia (banyak kisah mak aku ni).

Time mak aku kerja dulu, pernah sorang kawan lelaki mak aku ni, macam takut tau nak tanya mak aku apa-apa padahal mak aku ni pangkat besar ah kat company tu. Even dia nak pergi phototstat pun, padahal mesin tu dekat dengan mak aku, dia takkan tanya mak aku, dia akan cari orang lain. And bila ada company buat makan-makan ke kan, jarang ah ada lelaki nak borak dengan mak aku. So, satu hari tu, ada sorang lelaki ni reveal kenapa dia tak pernah tanya mak aku apa-apa, tak pernah ajak borak semua, dia kata, ‘I RESPECT SAMA YOU LAH SUE.’


Sebelum habis sekolah tahun 2014 dulu pun, ustazah bahasa Arab aku ingatkan,

“Kamu tu perempuan, mahalkan diri.”


In a nutshell, jangan takut jangan risau kalau kita tak ‘laku’ kat mata lelaki sebaliknya kita perlu bersyukur gila-gila. Kau tahu ke yang takde sorang pun suka kau? Alah chill lah, baru 19 hehe. Enjoy dulu, duduk bawah ketiak mak ayah puas-puas, timba ilmu, 19 tu MUDA LAGI KOTTTT hehehe. Chilllll.. Somehow, aku rasa makin lama aku mula bersyukur diberikan ‘muka tua’ ni haa sebab aku tak diganggu hehe. Bila kau beli-beli kat luar ke, takdelah sesenang orang nak tipu ke apa. Buat muka tegas sikit, muka serious bila berurusan hal-hal penting tu, biar dorang gerun + respect sikit  (>_<)

Benda baik selalunya datang lambat tau kuikuikui. Compare to kalau kita tengok orang yang senang diganggu ni, macam mana? Menyampah kan? Hahahahah. Aku tulis ni sebab aku dah ada pengalaman and I hope bila aku terlupa ada orang mengingatkan. Kalau korang terbaca post ni, then satu hari tu aku terlupa ke tergedik-gedik ke menggatal ke miang ke, kau cakap balik post ni kat aku. Kalau kau rasa tak kuat nak cakap sendiri, nak hantar thru whatsapp untuk ingatkan pun takpe, dialu-alukan. Biasalah kita ni biasanya terlupa.

Atau bila kau tengok, aku macam dah jahat ke kan, terpesong ke, kau ingatkan aku tentang post ini.

Ohh ada lagi satu quote, aku terbaca benda ni daripada seorang lelaki jugalah. Pergh, bila lelaki dah mula berkata-kata ni, kau kena jaga-jaga. Sebab hanya mereka je yang tahu macam mana dorang rasa, dorang pandang terhadap perempuan ni.


“Tak payah nak tarik perhatian kami, kami akan tertarik sendiri.” -lelaki

Huhuhuhu double deep meaning.

just be yourself.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Aku tahu aku tak berapa layak nak cakap about this thing tapi nak cakap juga XOXO


I have my own flaws too, so you guys, jom kita audit diri :*


Thanks for reading (ada ke yang read?)

XOXO

Friday, July 29, 2016

Alahai kenangan 2012


(WARNING: POST INI TERAMATLAH PANJANG HEHE, ENJOY!)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!


Hello peeps! hehe, semangat pula sejak dua menjak ni meng-hupdate belog. Aku ni kalau kena mood malas, memang malas. Sampai berbulan-bulan lah juga kadang-kadang. Bila rajin, memang terlebih rajin. Kadang-kadang pernah je rasa lepas dah update, rasa nak update lagi, kiranya 2kali sehari amboiiii..



Petang tadi, aku pun tak tahu kenapa aku rasa maciam rindu sangat dengan zaman sekolah tau. Lepastu, aku menggagau ah cari gambar-gambar balik nak buat throwback tapi mengecewakan sebab GAMBAR AKU HILANG! AKU TAK TAHU MANA PERGI GAMBAR-GAMBAR KENANGAN TIME FORM 1 SAMPAI FORM 5 isk isk isk T.T



Lepastu, kengkonon teringat ah kat timeline dulu, aku banyak hide gambar yang orang tag aku, so gigihlah si Sarah Nabila scroll balik tengok satu-satu. Rindu gila weh! Nak-nak ada satu gambar tu (nanti aku share), tahun 2012, aku terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) kali kedua dalam pertandingan kalimatus sobah hehe.


Kalimatus sobah ni macam public speaking lah kalau bahasa Inggeris, kalau bahasa Melayu, aku tak tahu amende sebab dia santai je, 5 minit kot masa diperuntukkan ke 10 minit gitu. Tahun 2012 ni, dorang buat kat SMKA Kuala Selangor. Aku frust gila sebab pergi bertanding dapat tempat yang dekat-dekat je, hekelehhh. Negeri Sembilan dan Selangor, hekelehhh (tak bersyukur gila kan?).



Okay ah, aku start cerita dari awal macam mana aku boleh terjebak dengan Kalimatus Sobah ni?
Cerita dia bermula pada suatu hari, (jeng jeng jeng) aku pernah ah cakap kat kawan aku yang aku tak tahu apa kelebihan aku. Time tu dah nak masuk form 3 tapi aku tak pernah lagi join mana-mana pertandingan. Kawan baik aku sendiri ada masuk pertandingan choral speaking lah apa lah, jealous weh. Dahlah time tu belum pegang apa-apa jawatan so, rasa kosong lah. 


Kawan aku ada yang masuk english debate bagai tapi aku? Krik krik.


Satu hari tu, ada sorang ustazah ni, nama dia Ustazah Aisah nak buat ujibakat lah untuk kalimatussobah ni. Aku pun sajelah masuk suka-suka. Serious suka-suka, takde niat pun nak kena pilih masuk pertandingan ke hape sebab aku ingat ada dapat hadiah (HAHAHAHA, paling sakai). So, kitorang semua diberikan teks arab dan kena bercakap kat depan tapi bolehlah baca teks tu. Aku pun baca jelah, tak berdebar sangat sebab dah banyak kali berlatih. By the time aku turun dari pentas, ustazah Aisah tadi terus kejar aku then cakap, 



"Tahniah Sarah, mabruk mabruk. Awak buat yang the best tadi." sambil hulur air kotak sebagai saguhati untuk semua peserta ujibakat. 


"Eh, mana ada ustazah. Dia (sambil tunjuk kat kawan aku) lagi hebat ustazah. Lagi best dia cakap, saya biasa je, pengalaman pun takde."


"Eh, ustazah tengok kamu hebat tau!"




Kembang kempis hidungku ketika itu hahaha. Aku pun macam pelik gak ah sebab aku sorang je peserta yang ustazah macam teruja sangat bila dah habis tu. Then, balik ke kelas seperti biasa...


Selepas beberapa hari kemudian....


Guru-guru sibuk mencari pelajar yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM (MISS) peringkat Negeri Sembilan. Time tu, mula-mula aku dah terpilih untuk  mewakili pertandingan Kuiz Ilmu Wahyu tau. So, aku relax jelah sebab elehh baca je, takyah berlatih sangat. Tetibe, pada suatu hari ketika waktu rehat, aku di-approach oleh ustazah Aisah semula...



"Sarah, awak masuk kalimatussobah jom."


"Eh, taknaklah ustazah. Kawan saya tu kan ada, dia hebat apa ustazah. Saya tak hebat macam dia, biasa-biasa je."


"Eh, ustazah yang tengok awak ujibakat haritu, ustazah tahulah. Jom lah, tolong saya."


"Ermmm, saya istikharah dulu lah ustazah hehe."


"Kamu nak istikharah apa, esok dah kena bagi nama. Okay lah, kalau awak nak, lepas rehat datang ke pusat akses. Saya tunggu."




Gulp.

Aku terkedu. Keliru. Nak masuk ke tak eh? Adakah ini jawapan kepada doaku selama ini? acewahh haa kau macam nak cari jodoh pula kan.



Lepas rehat, lepas minta izin dengan guru Geografi, aku pun pergi ke pusat akses. Ustazah nak saring antara aku dengan kawan aku ni. Aku macam serba salah pun ye gak time tu, yelah dia dah terpilih mesti dia bersemangat semua kan? So, ustazah suruh baca teks tu depan dia dengan gaya yang sangat confident. 

Aku bab-bab confident ni laju juga ah tapi bertempat kehkehkeh.


Aku baca jelah macam yang ustazah nak then ustazah nak pilih mana yang dia nak untuk ke pertandingan. Akhirnya, dia pilih aku. Aku macam happy macam sedih. Happy sebab aku memang suka part-part bercakap ni hehe, sedih sebab kesian kat kawan aku.


I thought aku akan dapat reaksi yang sedih daripada kawan aku rupanya tak! Dia sebenarnya happy gila tak kena masuk kalimatussobah, cissss, penat je aku bersedih untuk dia hahahaha. Dan latihan pun bermula. Time tu form 3 kott, aku mampu hafal je, faham tapi belum mampu lagi nak buat ayat ikut kepala otak time-time tu juga. Kena push otak gila-gila tapi belum berjaya sebab baru terdedah.


Tipu ah kalau tak penat wehhhhh. Siang malam pagi petang ada latihan berderet sampai aku rasa lifeless gak ah kengkadang. Turun asrama lewat, baju selambak tak sempat basuh, tidur tak cukup, naik asrama lewat.


Ada dalam 8 ke 10 teks lah. Tapi biasa lah mesti akan ada satu dua teks yang macam kita kureng sikit kan? Latihan demi latihan sampai kena tinggal kelas. Mak ayah aku risau sebab aku tinggal kelas tapi aku cakap, jangan risau. Aku sentiasa follow apa yang dorang dah belajar then aku study je daripada kawan baik aku, Nurul Aina :)



Dan hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kau tahu tak, sampai-sampai je kena cabut undi untuk giliran tau. Aku antara yang terawal sampai, and guess what aku dapat giliran ke berapa?















FIRST!





I was like, arghhhhhh! Gila ah, first kotttt! First! Kenapa aku suka nombor pertama? Why why? Aku macam dah gelabah ah juga time tu. Dipendekkan cerita, aku dapat tajuk Kepentingan Membaca tapiiiiii teks tajuk tu aku kureng sikit. Aku ingat awal-awal je. Sampai je depan juri, aku cakap ayat first tu lepastu aku blank tau sebenarnya tapi kemudian aku teringat kat teks Perpustakaan yang aku hafal 100% tu, so aku kait-kait je. Hahahaha aku pun tak tahu macam mana aku ada keyakinan untuk kaitkan je teks tu dan akhirnya habis.


Bila kau jadi orang first, kau akan habis awal dan kau mereput. So, aku berjalan-jalan lah tengok kengkawan yang lain.... Habis je semua pertandingan, terserempak pula aku dengan ustazah Aisah, oh btw, ustazah Aisah pun jadi hakim aku tau tapi dia dah kata, jangan pandang dia sangat. Aku pun minta maaf kat ustazah...


"Ustazah, saya minta maaf sebab tadi teruk ah performance saya."


"Takpe, awak dah buat yang terbaik." dengan nada kecewa.


"Minta maaf ustazah sebab saya tak hafal, saya main kait-kait je tadi."


"Takpe sarah, kalau tak menang pun takpe sebab awak dah buat yang terbaik."


Sedih weh sebab ustazah memang macam dah putus harapan ah time tu, memang aku rasa kalah teruk ah.


"Saya minta maaf, ustazah. Saya rasa ustazah tak patut pilih saya."


"Eh, apa cakap macam tu, awak dapat nombor satu lah."


"Eh ustazah, biar betul. Ustazah tipu ni.. kan?"


"Iye, nombor satu, tak percaya pula."


"Ustazah tipu kan? Ustazah, janganlah.."


"Kita tengok kat dewan nanti..." dan ustazah terus berlalu pergi.



Aku macam, what?! serious ah nombor satu? yeke ustazah ni, argh tak percaya ah.



Makan tengah hari solat semua dan akhirnya majlis penutup. 

Dan memang ye, I got 1st place wakakaka. Susah gila nak percaya! Dannn sesiapa yang Johan time tu terus pergi peringkat kebangsaan. Gembira gila weh! Syukur sangat-sangat ahahaha. Ke-excited-an bermula selepas kitorang yang johan kena ukur baju untuk baju kontinjen Negeri Sembilan hehe.



Lebih kurang sebulan pun berlalu,


Sampai je SMKA Kuala Selangor, kitorang terus daftar dan diberikan tag. Belakang tag tu ada tentatif program sepanjang hari pertandingan berlangsung.


"WOW, bestnya ada lawatan! Dua kali pula tu wuhuhuhu."


Batak kan? Jakun kan hahahaha excited gak ah pergi percuma kottt. Dapat banyak barang free pula and tak lupa, EXPERIENCE! Paling berharga :') check in apa semua, malam tu majlis perasmian. Menu makan malam, ayam masak kurma tau. Aku tak berapa suka tapi aku makan lah. Aku dah perasan yang selera makan aku mula hilang. Aku abaikan jelah.



Malam tu tidur macam biasa.


Tepat jam 3 pagi,

Aku terbangun dan terus termuntah. Aku berlari terus pergi toilet. Dahlah toilet asrama dia nun hujungggg blok. Aku tak hirau dah takut ke apa aku redah je. Aku muntah-muntah lepastu sakit perut. Tak boleh tidur lena sebab aku cirit-birit. Bayangkanlah pukul 3 pagi cirit-birit dah kenapa kan? Esok pagi bangun, lesu gila. Sakit perut semua, bagi tahu urusetia. Urusetia bawa pergi bilik sakit then suruh makan panadol and sapu minyak angin. Aku tidur kejap.



Dahlah tajuk tak dapat tau untuk kebangsaan ni, aku tanya ustazah banyak kali, tajuk takde ke, ustazah kata dia tak dapat. Aku okay jelah, baca tajuk yang sedia ada.



Aku rasa aku muntah-muntah dan cirit-birit tu bukan sebab aku salah makan tapi sebab terlampau takut dan resah untuk hari esoknya bertanding. Bertanding empat hari. Hari kedua, untuk menengah atas. Menengah rendah hari ketiga. Dan tibalah hari ketiga tersebut... Aku pun kunun dah prepare ah kan. Keluar bilik alhamdulillah dah tak sakit perut semua. Sampai-sampai je kena kuarantin as usual. Satu bilik dalam empat orang kot. Time tu, ada budak KL, Perak dengan apa tah. 


Berkenalan seperti biasa dan akhirnya tiba giliran aku. Alhamdulillah, kali ni tak dapat giliran first tapi dapat tajuk yang AKU TAK PREPARE LANGSUNG YA ALLAH! Lagi sadis, tajuk pun aku tak tahu nak translate. Aku macam nak menangis dah. Aku banyak kali cakap dengan penjaga kuarantin kat situ,

"Saya tak tahu tajuk ni, macam mana saya nak cakap?"


Bila fikir balik, macam orang bodoh pula aku ni time tu. 

Cakap kat depan tu, 3 minit je itupun banyak diam kahkah. Aku lambat-lambatkan cakap, serious aku blur sebab AKU TAKDE POINT DAN AKU TAK PREPARE DAN NEGERI SEMBILAN TAK DAPAT TAJUK KEBANGSAAN LIKE SERIOUSLY?! TAK ADIL GILA KOT! Dah habis cakap, akan ada satu soalan tau diberikan oleh hakim. Hakim tanya, apa contoh keluaran Malaysia?


Aku banyak kali cakap, "hah?!" dia ulang lagi sampailah aku terpandang guru iringan kontinjen aku, nampak mulut dia miming, "Sayyarah (kereta)." Aku pun jawablah. Lepastu, dia tanya brand apa? Aku jawablah, "Perodua, Proton dan sebagainya." lepastu semua orang gelakkan aku dan aku pun gelak bersama tapi aku blur apa salah jawapan aku? Hahahahah lawak je. 




Keluar je dari bilik pertandingan, ustazah tu semua tanya,


"Awak tak dapat tajuk kebangsaan?"

"Tak, ustazah. Ustazah saya pun tak tahu ada tajuk Kebangsaan."

"Ish, macam mana boleh tak dapat ni? Peliknya, tak adillah."

"Haa tulah, saya pelik ingatkan takde rupanya ada."



Maka, baliklah aku ke dorm dengan perasaan yang teramat sedih... balik dorm je terus tidur. Aku bagitau kawan lepastu, nasib dorang pun lebih kurang, dorang lagi sedih, waktu nak pergi final, dorang beza 1 markah je dengan team yang dapat ranking ketiga. Pastu, member aku kata, dah jangan sedih lepasni kita nak pergi lawatan, happy-happy je. Dan aku tak jadi sedih hehe.




Sampailah esoknya, majlis penutup bagai-bagai. Sedih juga lah sebab tak dapat naik pentas dapat pergi sebelah dewan je ambil hadiah HAHAHAHA. Alah, macam lah aku je yang tak naik pentas kan? Sedih sebab orang yang kuarantin dengan aku dapat tempat tapi aku ni ha yang tercicir. Sebenarnya, bukan rezeki aku hehe. Tapi okay lah, bila Selangor jadi tuan rumah, BANYAKKKK HADIAHHH aku dapat bawa balik.




Aku dapat kain baju (dari jakel you, I simpan kotak tu lagi tau), dapat duit, dapat piala as saguhati dan dapat EXPERIENCE! Tak jadi nak sedih lebih-lebih wakakaka. Alhamdulillah. Itulah pengalaman pertama pergi pertandingan sampai peringkat kebangsaan, tengok sekolah orang and bergaul (jugalah) dengan kawan-kawan dari negeri lain walaupun macam culture shock sikit sebab dorang punya loghat PEKAT GILA! Kitorang dak-dak Nismilan ni tak guna sangat loghat, most of the time, cakap biasa je.





Best experience ever. Saje cerita kat blog ni sebab aku takut aku akan terlupa satu hari nanti dan aku harap bila aku baca balik, aku ter-recall baliklah segala kenangan pahit manis masin masam yang aku dah lalui (mungkin boleh bagi anak-anak aku baca juga ke >.<). Boleh ah cerita (read: show off) kat bakal waris ke kan (:P :P) astaghfirullah... ish ish.





Nah, payung gambar :*


 
Sorry, saya ada sebab tersendiri kenapa kena conteng muka tu kasi tutup hehe.


Tudung tu, aku tak pasti dah pergi mana, adik aku ambik ke hape hmmm cari takde pula.
Baju tu, ohh ya, baju tu dah sempit sebab dia buat muat-muat size aku ciss.

First try pun ingatkan tak boleh masuk kepala, nasib baik boleh fuhhh.
Dapat betul-betul time nak bertolak baru dapat baju, kalau tak muat memang sayonara.



This photo was taken during majlis penutup dan penyampaian hadiah. Ni team kalimatussobah lah kiranya hahahaha. Hebat? Taklah weh, ni semua pinjaman daripada Allah. PINJAMAN. Allah bagi aku peluang untuk merasai kemanisan yang sementara sebab satu hari nanti aku perlu 'PULANGKAN'nya semula :)




Thanks for reading, guys! (ada ke yang read?)



XOXO.


To be continued.. Part 2... 2013...

Tuesday, July 26, 2016

Kisah Tamhidi *Part 3*


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi peeps :) hehe

Semalam dah post, harini post lagi? Why?!


Tak, sebenarnya nak sambung cerita Kisah Tamhidi ni yang dah 2 bulan tertangguh *dush* -.-

For those, yang belum baca, you can click,
Kisah Tamhidi *Part 1* & Kisah Tamhidi *Part 2*


Sorry weh sebab korang tertunggu-tunggu (persoalannya, ada ke yang tunggu?)


Bukan taknak tapi tapi tapi time puasa haritu memang boleh kira ah dengan jari berapa kali aku sentuh laptop ni, hehe. Tima bulan puasa tu, terasa sikitlah effect ketiadaan syaitan tu sebab aku tak buka laptop hari-hari dan tengok hindustan (kahkahkah). 



'Habis sekarang ni? Kau dah jahat lah sebab buka laptop hari-hari?'



Eh taklah. Sebenarnya it depends on diri kita kan? Kita yang kawal huhu. 








So, here we go. Kisah Tamhidi *Part 3*.


Kalau korang baca kisah aku kat part 2, aku ada mention, fasa apa yang aku lalui ketika semester satu. Tak nak bagi tahu, nanti korang tak baca. Pergi baca sendiri penat tau taip panjang acewah.


So, bila habis je semester satu, masing-masing balik ke negeri masing-masing kan. Cuti takdelah lama sangat, sebulan je. Tapi aku kan dah kata, waktu last-last semester 1 tu, aku mula sayang classmates aku. Aku ni bila dah sayang, susah nak lupakan hehe.

Time cuti tu, memang ada lah rindu rindu sikit kat dorang ni. Lepastu, macam banyak muhasabah balik. Apa yang tak kena dengan diri aku. Apa yang aku dah buat, apa yang aku dah sia-siakan semua. Sebulan dan kemudian hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. HARI DAPAT RESULT T.T


Kita kan sebenarnya, Allah dah bagi instinct sama ada berita yang bakal kita dapat tu, berita baik ke tak kan? So, sebelum aku login lagi aku dah berdebar-debar. Tangan sejuk, kaki sejuk semua menggeletaq.


Bila dah check je, aku sumpah menangis gila lah! Menangis semahu-mahunya. Salahkan diri aku bagai bagai semua tu (padahal sebenarnya result tak teruk pun weh). Bukan bawah 3.0 ke hape (HAHAHAHA, drama je lebih kan). tapi yelah, sebab aku macam target tinggi ah juga sekali result tang tu je, paling sedih bila aku dapat tahu yang bukan subjek 4 core pun masuk pointer -.- memang teruk gak ah sebab effect kan kat pointer tu.


tapi aku macam terharu sikit kat subject maths je sebab I managed to get A- koottttt... bukan senang nak dapat A untuk maths kelas miss Faeza hahahahaha. Tu jelah part terharu. tapi lepastu, aku fikir ah balik, selama ni apa yang aku buat.



Aku banyak tidur, kalau aku tak siap tutorial, aku akan biarkan je kerja aku tak siap atau pinjam orang punya tutorial, kira macam aku takde effort nak buat even sikit. Teruk kan? Nak kata pengaruh kawan tu, ada lah sikit tapi salah aku 100% sebab aku tak bunuh pengaruh tu hehe.


So, aku rasa kurang keberkatan kat part tu sebenarnya. Even aku rarely sleep in class tapi kerja tak siap pun boleh hilang keberkatan seorang guru kan? So, aku pun berazam lah kunun eh nak jadi rajin lah hapelah. Nak buat nota betul-betul lepas habis kelas lah, nak preview and review lecture notes and guess berapa lama aku bertahan dengan semua benda tu? 







Only for first two weeks >.<
Mula-mula je semangat nak buat nota, siap buat nota untuk maths lagi tau. Tapi bila first-first masuk kelas je, dah di-briefing dengan segunung assignment sepanjang semester 2 tu yang membuatkan aku malas dan akhirnya kelaut. Haa, part assignment ni yang mencabar sebenarnya.

Time buat assignment nilah, kita akan mengenali budi pekerti kawan-kawan kita. Dia ni jenis kisah ke tak? Macam mana bila dia melontarkan idea apa semua.



Kau bayangkan, time semester 2 ni, aku tak relax langsung. Memang berlambakkkkk sangat assignment. Dengan ict nya, dengan english nya, buat role play lah, folio lah, individual recorded discussion, DIY apa tah lagi. Dengan bahasa arab lagi, kalam jamaie lah, tamsil (lakonan) lah kena buat video pula tu, dengan debat lah banyak lagi lah. Benda tu nak time nak present takde masalah sangat tapi time nak buat preparation tu perghhhh sangat menguji kesabaran.


Kalau time sem 1 aku boleh balik setiap minggu tapi time sem 2 ni memang mimpilah. Hari minggu dah kena book kot. Kalau time sem 1, malam-malam boleh relax lah, tidur awal ke, tak buat apa-apa, siapkan tutorial ke buat revision untuk kuiz/test ke.. relax sangatlah kiranya.....



Tapi time semester 2, boleh dikatakan hampir setiap malam ada discussion. Siap kena susun jadual tu, harini nak bincang assignment yang mana. Group whatsapp pun bertambah-tambah sebab nak memudahkan kerja kan? hehe. Penat tu memang penat gila lah. Tambah-tambah pula, aku join arabic debate championship time bulan 2 dan bulan 3.

Bulan 2 tu, inter-tamhidi, wakil course tamhidi medic jelah. Alah, result yang menyedihkan sebab aku oopss team aku kalah. Paling bawah pula, frust gila ah tapi dalam team kita tak salahkan sorang je kan? Kita salahkan diri kita sekali sebab team kott.


Time bulan 3, inter-faculty, wakil tamhidi lawan dengan senior-senior degree fuhh. Yang ni alhamdulillah, puas hati hehe walaupun cuma sampai quarter-final je sebab lawan dengan 2 ORANG ARAB KOTTTTT (hamekaww), aku punya teammates rupanya ter-psiko dengan kehadiran dorang, so performance dorang drop sikit, aku lupa nak bagi kata-kata semangat acewaahhh. Aku pun ada lah terkesan sikit sebab dorang orang arab kan, lughah memang bagus tapi ada je yang hampehhh.

Aku abaikan je dorang lantaklah arab tak arab.



Kebetulan pula, time kena prepare debate untuk inter-faculty ni, ado lak berlambak kuiz lah, test lah, dengan assignment nak kena hantar minggu depannya. Setiap malam aku balik lambat ke kolej kediaman. Pernah satu malam tu, group folio aku nak buat discussion, aku cuma dapat datang sekejap je sebab kena prepare hujah untuk debat.


Of course, aku dihurung dengan 1001 perasaan bersalah sangattttt.. yelah, folio tu masuk pointer tapi debat tak. tapi debat, sekejap je tapi kalau kalah malu juga. so, aku lah yang kena pandai-pandai manage masa, kalau nak buat discussion tu kena suruh dorang buat awal ke. tapi aku memang dah cakap awal-awal aku minta maaf.

But I tried to give my best walaupun sebenarnya tak best pun pada aku.


Paling sadis sekali, bila minggu tu aku dah habis debat, minggu tu juga folio group aku dah siap. SEDIH WEHHHH sebab aku rasa aku tak contribute apa-apa pun T.T tapi dorang kata takpe, dorang tak kisah sebab dorang faham tapi dorang tak faham perasaan bersalah aku ni T.T dan akhirnya, aku terpaksa merelakan jelah folio tu dihantar tanpa contribution aku yang tak banyak ni... penat weh memang penat sebab dengan kerenah kawan kau lepastu macam-macam lagilah.


Time dalam kelas lah, part mencabar juga. Sebab sebenarnya time semester 2 ni, kawan-kawan kita mula menunjukkan sifat mereka yang sebenar. Time semester 1, dorang malu-malu kucengg tapi tidak ketika semester 2.


Hmmmmm.... so, memang kena banyakkkkk bersabar lah. Kena ignore tu dah biasa sangat. Lagi-lagi bila kau jadi teammates untuk satu group assignment, lagi lah obvious hehe. Termasuklah aku.

So, part ni kena bersabar.

Dengan kawan kelas aku, kawan aku sendiri memang banyak menguji kesabaran aku. Dengan nak buat assignment tetibe ada test pula lah minggu tu, kena sabar lagi. Banyak ah. Penat memang penat. 



Ohh lupa, dengan housemates aku lagi. Ada ah sorang housemate aku ni, pinjam aku RM70 tapi tak pulang sampai sekarang sebab aku pun tak boleh nak contact. Time tengah-tengah tamhidi lagi dah menghilangkan diri.

Panjang kisahnya macam mana boleh terjadi, tak perlulah cerita.

So, dengan sikap housemate aku tu lagi, kena sabar lagi. Dengan keadaan rumah yang tunggang langgang macam tongkang pecah lagi, sabar lagi. Memang banyak ah menguji kesabaran. So, aku rasa, korang mesti boleh agak kan fasa semester 2 ni fasa apa bagi aku?



Semester 2 adalah fasa kesabaran bagi aku.
Allah uji aku untuk bersabar dengan semua benda. Hari-hari ah boleh dikatakan. 
Semester 2 taught me to be patient.



Kalau kau nak kau punya friendship tu happy tanpa duka, kau kena sabar dengan kerenah orang-orang di sekeliling kau. Kalau tak, punah.


Sabar kan sebahagian daripada iman?


Biasalah, bila berkawan mesti ada manis, pahit, masam dan masin kan?
Sedangkan makanan pun mempunyai pelbagai rasa, inikan pula persahabatan.


Tak pasti ada sambungan ke tak (hahaha).
Sebenarnya nak cerita lagi tapi macam tak perlu je, so biar jelah sampai sini.
Korang pun dah muak kan?


'Bosan je cerita sarah ni, tah hape yang best tah.'



Thanks for reading, muah ciked :*


XOXO