Sunday, August 1, 2021

Coretan rawak

Woww, lamanya dah tak update! Macam I pernah cakaplah, my life is plain and boring je. Nak update untuk apa...


By the way,

Semenjak dipaksa belajar secara online sejak 17 Mei 2021 yang lalu..

Yelah, bila dipaksa bermaksud, tidak bersedia. Bila tidak bersedia, sudah semestinya tidak cukup kelengkapan dan keperluan untuk belajar. Mana tak nya, ku pikirin balik haritu hanya sementara untuk balik bercuti menyambut raya Aidilfitri HAHAHA.

Walaupun, pada ketika itu. Allah dah gerakkan hati untuk bawa je balik semua barang. Tapi adat menumpang orang, amboii takkan nak bagi kereta dia penuh dengan barang kita pulak?! Ewahh ewahhh. Maka, aku bawa lah benda yang pada mulanya aku rasa,

"hmmmm.. ni pun nak bawa ke eh? ahhh bawa je lah."

DAN! Mujur lah bawa balik laptop weh! Mestilah bawa sebab nak siapkan case write-up. Mujur lah sebab kena siapkan case write-up yang tiba-tiba juga time tu deadline diawalkan. Rasanya, kalau tak... Memang tinggal laptop ni kat PD. Wahh, yakin betul!

Rasanya barang paling penting tak bawa balik hanyalah nota Ortho dan pencil case. Tak bawa balik pencil case sebab tak rasa ada keperluan untuk membuat apa-apa nota time tu. Sebab yelah, expect cuti raya seminggu je. Tuptup berkurung dalam rumah nak dekat 3 bulan dah hampehhh...

Tapi yelah, sepatutnya expected juga lah. Kes time tu dah agak tinggi tapi pelik juga betul ke masih meneruskan PdP macam biasa kat hospital ni...


Ohh, nak cerita ni sebenarnya...


Sejak dah hampir 3 bulan berkurung di rumah ni, setiap hari pasti akan ada perkara yang membuatkan aku rindu. Tulah, dulu selalu take things for granted. Lambat-lambat pergi hospital, saje lunch lama-lama, balik rumah awal, mengelat, missed oncalls dan macam-macam lah haihhhh... Pastu kerja asyik nak balik rumah je. Yelah dulu, bila-bila nak datang pun boleh. Hospital tu available 24/7, takde sape halang nak datang bila, pukul berapa nak balik pukul berapa. Sebabtu banyak juga ah mengelat sebab weekend pun datang okayyy! Okay lah ada juga lah kerajinan saya dulu. Haa sekarang, Allah bagi duduk rumah. Duduk je tak buat apa.

Gila tipu tak buat apa. Kelas online lahhh... penat? Kang cakap penat, ada orang kat belakang ngamuk pulak,


"Ahh, macam kau sorang je penat."


Tak, sekarang ni, ada ke aku cakap kau tak penat? Ehh tibehhh nya emo sendiri camni. Ah, lantaklah orang nak cakap apa. Yang penting, apa-apa yang berkaitan "di rumah", be it kelas ke sekolah ke kerja dari rumah, semuanya memenatkan. Semua orang penat. Ya, bukan frontliners je terpaling penat kat dunia ni. Kucing kat belakang rumah pun penat tengok aku keluar masuk main dengan dia (hmm, kaitan).

Jadi, entah kenapa lah hari ini. Aku rasa perasaan rindu aku ni membuak-buak dan terlalu signifikan untuk hari ini. Iaitu.... Aku rindu nak jalan kaki keluar pagi-pagi dari rumah, turun lif, berjumpa dengan security guard yang pastinya akan mengucapkan, "Selamat pagi, kakak. Pergi hospital ke?". Kemudian, berjalan di lorong lipas yang ditakuti Nadia dan melintasi jalan kecil tapi sentiasa tidak putus dengan kenderaan dan seterusnya ke Hospital Ampang.

Amboi, description pun. Sungguh-sungguh ya.

Yelah!

Selalunya kelas kan mula pukul 8? Alah, ni kalau yang kelas bukan dengan lecturer lah, sepatutnya datang pukul 8 pagi. Tapi kadang-kadang (emm macam selalu juga je), keluar rumah pukul 8am atau 8.15am atau 8.30am ke atas. Jap, pernah ke ek sharp on time pukul 8am keluar untuk follow ward round? Hmmmmm... macam...... rarely did.......... aaahhh pape jelah.

Sampai wad, okay update dulu katil kita ada tak pesakit baru ke atau (selalunya) doa takde pesakit untuk di-clerk. (HUAAAAAA, NAKALNYAAA DULUUUU T.T) dan kemudian, follow lah ward round tu sampai sakit pinggang, sakit tumit semua habis pukul 12pm. Dah pukul 12pm ni biasanya sharp time to eat!!! Tapi selalu pening nak makan kat mana sebab kat Ampang tak best sangat lauk yang ada. Restoran yang best pun cam not walking distance. Dah takkan nak makan McD hari-hari pulak kan????

Selalu beli apa eh? Hmmmm.. apesal macam tak berapa ingat aku selalu makan apa je kat Ampang? Kafe, kedai tepi jalan. Tu je kot. Ohhh.. kadang-kadang ada jualan kat tingkat 2. Okay, part ni, aku rindu bihun sup daging makcik kat tingkat 2 tu, dengan cendol dia yang pekat santan fuhhhh! Hari Jumaat je ada pulak tu, memang menunggu ah! Kecewa lah sebab lepas COVID-19, bulan November tahun lepas dah takde rasanya jual2 tu. Craving tak tertunai lagi.. banyak dah craving list kat Ampang ni..

Okay, kadang-kadang beli makanan untuk makan kat rumah. Yelahh, walking distance kan. Makan, rehat, solat. Patutnya pukul 2pm balik wad balik, hmmm tapi selalunya pukul 2.30pm ke 3.00pm kee.. Hmm tengok, mengelat lagi... Pastu sekarang rindu pulak? EYYYYY!

Pastu, buat lah apa yang patut kat wad tu, clerk patient, buat PE, baca BHT, jarang sangat nak buat ward work kat Ampang ni sebab selalu minta, tak berapa nak bagi. I mean, of course lah I minta dengan yakin! Kalau tak yakin, tak minta. Biasanya observe jelah. Asalkan penuh logbook. Pukul 5pm, cauu. Kalau oncall, balik semula lepas maghrib. Kalau rajin, tahan lah sampai pukul 12am. Tapi jarang ah, biasanya 11pm lebih je.

Kenapa aku kena cerita kat sini ek?

Ohh, sebab kalau aku cerita kat Facebook, ramai lecturer kat situ! Dan, ni blog aku, suka hati aku le nak buat apa. Dan, aku risau pulak memori aku akan hilang tentang rutin harian dahulu di Hospital Ampang. Yelah, dah pasca COVID-19 ni. Rasanya, sampai nak grad kot macam tak dapat je masuk hospital tu since dah jadi full-COVID hospital ni sobss...

At least, ada lah ingatan sedikit semasa menjadi medical student. Dah lah dulu tak suka bergambar sebab ada mentaliti yang ishh sikit-sikit nak ambik gambar. Tu pun nak ambik gambar. Maafkan saya atas mentaliti tu, now, I menyesal HAHAHA padan muka. Tak banyak lah kenangan. Kenangan yang ada hanyalah report patient buat apaaaaa. Patut ada banyak muka aku, video apa yang jadi.

Yelah, tak semestinya kena post kat socmed. Buat simpanan sendiri jelah. Tapi, kalau nak post pun, apa yang salah? Socmed mereka, bukan socmed kau. At least, simpan kat socmed, in shaa Allah tak hilang hahahaha.

Since COVID-19 ni, apa yang jadi, semua aku rakam atau ambil gambar walaupun ada kalanya malu lah juga kan dilihat orang tapi ahhh nak buat simpanan sendiri. At least, ada kenangan. Sebab kita tak tahu, adakah rutin yang kita rasakan rutin itu akan berterusan sehingga ke akhirnya akan tiba-tiba berhenti daripada menjadi rutin atau tidak. Sebagai contoh, situasi sekarang.

Adakah saya akan merindui saat kelas atas talian ini? Kemungkinan besar, tidak lah. Duduk rumah is fun and peaceful WITHOUT online classes! With online classes, dia jadi sedikit hell. Tapi better dari duduk kolej kediaman sebab selalunya tenet yang tenat.

Dah lah tu, kang nak sambung makin panjang pula aku membebel pasal apa benda yang aku rindu. But seriously, aku jarang nak rindu Hospital Ampang ni sebab hospital ni least favorite HAHA. Ke sebenarnya aku rindu Ampang bukan hospitalnya? Entahlah, aku pun confuse.

Banyak je lagi benda yang aku rindu tapi yelah, buat masa ni, ni yang paling signifikan.

Yang paling penting, rindulah zaman sebelum COVID-19. Wahh, dah macam Sejarah eh.

Rindu nasi kerabu makcik luar pagar PC tu! Ada lagi tah tidak lah.

Dan juga sosej cheese kat gerai lokcing tu!

Dan juga pasar malam setiap Rabu!

Dan CHICKEN PLUSSSSSS!

Okay dah, I should end this.






P/s: Dua gambar ni were taken randomly je while waiting for Saadah dan Nadia beli lokcing tapi time tu ada lah terdetik sikit, what if, this is my last time here... turned out to be true huhu.



Taken randomly juga while waiting for my OT turn. Nampak tak bangunan MPAJ USIM nuuuuunnn jauh di sana tu. Dalam kamera je nampak jauh, depan mata dekat je.



Taken randomly on my last night in Ampang while waiting for my laundry. Yelah, walaupun 4 tahun je baru menetap kat KL (tu pun untuk study), tapi kira most of the time spent kat sini lah, jatuh bangun patah hati sambung balik patah balik semua kat sini. Mestilah rindu tu ada!




Kenapa korang baca? Dah shuhh shuhhh...