Saturday, July 27, 2013

Kesatuan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Kesatuan. 
Post ni bukan berkaitan Matematik F4, aku cakap awal awal.

Tapi Kesatuan. berkaitan hati hati kita.

Dalam menyebarkan dakwah,
asasnya ialah kesatuan.

Dan where to start Kesatuan. ni?
Mulanya dari AKAR.

Ibaratnya, saraf tunjang kita.
Kalau rosak, lumpuhlah kita kan? Kan?
Terletaknya kat belakang kan? Kan?

Samalah macam Kesatuan. dari akar ni.
Akar di sini bukanlah bermaksud akar pokok kat rumah hang tu ha..

Akar = Punca dia.
Insan yang menyebarkan dakwah tu.

Dalam kerja, kalau takde kesatuan, HAPRAK tak dapat.
Cuba muhasabah balik.
Kita marah marah orang, ni tak buat, dia langgar peraturan. Kenapa?
Kita marah dia. Denda dia. Pastu tanya, kenapa degil sangat?!

Ada 2 pihak perlu disalahkan dalam bab ni.
1st, pihak yang menyebarkan dakwah tadi.
2nd, pihak yang melakukan kesalahan lah kan..

Kita nak berdakwah, semuanya perlu bermula dari hati.
Apa2hal semuanya hati.
Hati kalau berpenyakit, memang tak bagi impak apa2.
Hati kalau tak ikhlas, buat kerja pun sambil lewa.

Kalau iman asyik pasang surut je, sampai bila?

Pepatah arab pernah mengatakan:

" الاتحاد اساس النجاح "

Kesatuan asas kejayaan.

Selagi hati hati belum bersatu, sampai bila pun dakwah susah nak gerak.
Kalau setakat sorang je yang gerak, impaknya juga sangat sedikit.

Kita hamba Allah.
Kalau buat apa apa, 
jangan fikir, adakah berkesan pada hati dia?

Kita hamba.. Buat kerja hambalah!
Yang datangkan impak hanyalah 
Allah s.w.t

Tapi, ya, memang kita kena berusaha. Dan jangan lupa berdoa.

Tapi apapun, akar umbinya ialah
KESATUAN.

kalau setakat memantau tanpa bertindak apa apa, takde guna.
cuba gunakan kuasa yang ada.
TAPI
JANGAN MENYALAHGUNAKAN kuasa yang ada. 

Dakwah is easy.
diam pun dakwah. Tapi kalau nampak maksiat, kita diam.
Tu namanya.......

Akar umbi perlu bersatu. 
Kita perlu bersatu. Mungkin ya, sekarang kita masih lagi terumbang ambing.
Tapi tak salah kalau nak bincang pasal benda2 ni.

Tak semestinya, 
' ni tugas kau.. kau yang buat.. bukan kerja aku '

sampai bila?

habis tu, kalau mak kita suruh sapu sampah,

' ni tugas mak, bukan tugas saya..'

camtu? cakap dengan mak?

' Amanah akan dipersiakan sekiranya diberikan kepada BUKAN AHLINYA. '

AMARAN KERAS!

jangan hanya pantau lihat pantau lihat,
pastu buat DEK je
akhirnya, kemungkaran berlaku semakin berleluasa

*maaf andai tersinggung, aku belum punya kekuatan

tapi, kalau ada pihak yang terasa, terima kasih sebab masih ada iman yg kental.
in shaa Allah..

peringatan ni khusus untuk saya dan kita semua dalam menjalankan sunnah Nabi.
sekian~







Friday, July 12, 2013

'Makhluk' yang bernama MASALAH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam ;)

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1434H.
*masih belum terlambat kutt nak ucap :)*

dah baca kan tajuk post ni sebelum baca post keseluruhan ni..?
mestilah dah. 

Masalah.
Bila cakap tentang masalah, direct terus kita fikir satu per satu masalah yang kita ada.

Problem.
Musykilah.

3 bahasa dalam satu masa.
Seriously, kat dunia ni, tiada seorang pun yang terlepas daripada masalah.
Semua orang ada masalah.
Either masalah tu kecil or besarrrrrr. Tahap ke mahkamah lah kott paling besar.. HAHA
Masalah paling besar ialah apabila HATI MATI
Masalah paling besar ialah apabila hubungan kita dengan Allah mula samar-samar.

Kalau setakat masalah family, maruah, kewangan, pelajaran, kawan dan sebagainya..
Itu masih kategori kecil kutt.

Ana pun ada masalah. Banyakkk. Paling tak boleh sekarang ni, 
MASALAH HATI je. Kita ni susah nak jaga hati.
Pada hati, Allah ciptakan pelbagai perasaan,
CINTA
BENCI
SUKA
MINAT

MACAM MACAM LAGI
Paling susah nak jaga hati, bila perasaan *faham faham jelah*

Hati ni sensitif. Baiki 'ia' sebelum rosak. Rosak kang BINASA woooo!

Masalah,
sedangkan bayi pun ada yang bermasalah, 
lagi besar kutt daripada kita.
Tapi kita, baru dapat masalah sikit je, baru je nak kena uji,
dah mengeluh. Cari orang, cerita. Betul tak?

KALAU ADA MASALAH, CARI TUHAN [ ALLAH ] DULU, BARU CARI MANUSIA

MASALAH = UJIAN
UJIAN = RAHMAT

equation ni tepat. tapi tiada dalam matematik, maaf~

Bila Allah bagi ujian, kita sepatutnya mengucapkan 
ALHAMDULILLAH ;)
sebab apa..?
sebab, ujian = pahala

Kenapa Allah bagi ujian..?
Jawapan biasalah kan, 
Allah nak uji keimanan, ketaqwaan kita sebagai hamba kepada Dia.

Tapi kita, ujian = mengeluh
sedangkan ujian = pahala.

Masalah = ujian yang Allah bagi tu, kita mampu untuk tanggung sebab janji Allah dalam kitab-Nya

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” 

(Surah al-Mukminun: 62)


Remember, His promise is true :)

Dan Allah juga telah berkata dalam kitab-Nya yang mulia lagi bahawa,

“  Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)


Ingatllah bahawa, 
Untuk manusia Allah tak pernah beri kisah yang sia-sia.

Bermakna, semua kejadian-Nya ada hikmah tersendiri.
cuma kita je yang belum tahu. 
Hikmahnya bukanlah BUUPPPPP! jatuh waktu tu jugak, mungkin lama lagi.. kita tak tahu.

Mungkin antara hikmahnya begini,
Sebabkan ujian itu, 'dia' telah mengajar kita kemahiran berfikir.
Berfikir menyelesaikan masalah. Cuba bayangkan,
kalau hidup kita senang je flow dia, sikit pun halangan takde. 
Tapi, sampai kat satu 'destinasi' ni, kita kena uji sikit je, tak banyak, sikit je, 
mulalah kita menggelabah dan mengeluh. 

Kalau nak bandingkan masalah = ujian kita dengan Rasulullah serta para Nabi lain dalam menyampaikan dakwah dulu, memang tak sama. 

Masalah = ujian mereka lebih hebat daripada kita. 
Tetapi, pergantungan mereka kepada Allah sangat kuat. Mereka tidak berputus asa pun.
Tapi kita, entahlah :|


Jangan mudah melatah bila dapat ujian. Itu perkara biasa.
Kita yang kena pandai handle masalah tu. Sebab tulah Allah bagi kita akal.


Ingat,

" Untuk manusia, Tuhan [ Allah ] tak pernah beri kisah yang sia-sia "

Wallahu'alam :)
sekadar peringatan untuk diri yang pelupa ini dan dikongsi bersama orang lain