Friday, July 12, 2013

'Makhluk' yang bernama MASALAH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam ;)

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1434H.
*masih belum terlambat kutt nak ucap :)*

dah baca kan tajuk post ni sebelum baca post keseluruhan ni..?
mestilah dah. 

Masalah.
Bila cakap tentang masalah, direct terus kita fikir satu per satu masalah yang kita ada.

Problem.
Musykilah.

3 bahasa dalam satu masa.
Seriously, kat dunia ni, tiada seorang pun yang terlepas daripada masalah.
Semua orang ada masalah.
Either masalah tu kecil or besarrrrrr. Tahap ke mahkamah lah kott paling besar.. HAHA
Masalah paling besar ialah apabila HATI MATI
Masalah paling besar ialah apabila hubungan kita dengan Allah mula samar-samar.

Kalau setakat masalah family, maruah, kewangan, pelajaran, kawan dan sebagainya..
Itu masih kategori kecil kutt.

Ana pun ada masalah. Banyakkk. Paling tak boleh sekarang ni, 
MASALAH HATI je. Kita ni susah nak jaga hati.
Pada hati, Allah ciptakan pelbagai perasaan,
CINTA
BENCI
SUKA
MINAT

MACAM MACAM LAGI
Paling susah nak jaga hati, bila perasaan *faham faham jelah*

Hati ni sensitif. Baiki 'ia' sebelum rosak. Rosak kang BINASA woooo!

Masalah,
sedangkan bayi pun ada yang bermasalah, 
lagi besar kutt daripada kita.
Tapi kita, baru dapat masalah sikit je, baru je nak kena uji,
dah mengeluh. Cari orang, cerita. Betul tak?

KALAU ADA MASALAH, CARI TUHAN [ ALLAH ] DULU, BARU CARI MANUSIA

MASALAH = UJIAN
UJIAN = RAHMAT

equation ni tepat. tapi tiada dalam matematik, maaf~

Bila Allah bagi ujian, kita sepatutnya mengucapkan 
ALHAMDULILLAH ;)
sebab apa..?
sebab, ujian = pahala

Kenapa Allah bagi ujian..?
Jawapan biasalah kan, 
Allah nak uji keimanan, ketaqwaan kita sebagai hamba kepada Dia.

Tapi kita, ujian = mengeluh
sedangkan ujian = pahala.

Masalah = ujian yang Allah bagi tu, kita mampu untuk tanggung sebab janji Allah dalam kitab-Nya

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” 

(Surah al-Mukminun: 62)


Remember, His promise is true :)

Dan Allah juga telah berkata dalam kitab-Nya yang mulia lagi bahawa,

“  Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)


Ingatllah bahawa, 
Untuk manusia Allah tak pernah beri kisah yang sia-sia.

Bermakna, semua kejadian-Nya ada hikmah tersendiri.
cuma kita je yang belum tahu. 
Hikmahnya bukanlah BUUPPPPP! jatuh waktu tu jugak, mungkin lama lagi.. kita tak tahu.

Mungkin antara hikmahnya begini,
Sebabkan ujian itu, 'dia' telah mengajar kita kemahiran berfikir.
Berfikir menyelesaikan masalah. Cuba bayangkan,
kalau hidup kita senang je flow dia, sikit pun halangan takde. 
Tapi, sampai kat satu 'destinasi' ni, kita kena uji sikit je, tak banyak, sikit je, 
mulalah kita menggelabah dan mengeluh. 

Kalau nak bandingkan masalah = ujian kita dengan Rasulullah serta para Nabi lain dalam menyampaikan dakwah dulu, memang tak sama. 

Masalah = ujian mereka lebih hebat daripada kita. 
Tetapi, pergantungan mereka kepada Allah sangat kuat. Mereka tidak berputus asa pun.
Tapi kita, entahlah :|


Jangan mudah melatah bila dapat ujian. Itu perkara biasa.
Kita yang kena pandai handle masalah tu. Sebab tulah Allah bagi kita akal.


Ingat,

" Untuk manusia, Tuhan [ Allah ] tak pernah beri kisah yang sia-sia "

Wallahu'alam :)
sekadar peringatan untuk diri yang pelupa ini dan dikongsi bersama orang lain

No comments:

Post a Comment