Monday, May 1, 2017

A father's love is eternal


"Kita sibuk nak crush suka kita tapi kita tak nampak abah-abah berhempas pulas nak jaga anak dara dia." -Nurin Aida


Allahu :'))) This is sooooooo true! Betullah, kebanyakan daripada golongan kita (muda) yang kahwin muda, most of them (I'm not saying all of them, obviously) kahwin sebab nafsu. I mean, that common feeling yang sedang membuak-buak especially untuk budak-budak baru nak up ni.


Nak orang sayang.
Nak sayang orang.
Not thinking about the commitment.
Not really thinking about the future.
Kahwin then cerai. Tu yang tak best dengar.


I'm not saying that kahwin muda is teruk tapi kena faham balik niat asal kenapa kita kahwin. Aku tak menolak mahupun anti. Neutral. Cuma ada beberapa perkara (I guess it's a lot) yang perlu difikirkan sedalam-dalamnya before go to another step.
Betul dah mampu? Zahir dan batin?


Like my dean said during my first time menjejakkan kaki as a 1st year medical student, 


"Kebanyakan yang kahwin awal, lepas kahwin semua merosot. Tak semua lah tapi kebanyakannya. Dan saya galakkan untuk awak tidak berkahwin semasa masih medical student. Kalau dah ter-kahwin, tahan dulu nak buat anak."


Sekarang, aku faham kenapa.


Lebih-lebih lagi anak perempuan.

Memang bukan mudah untuk seorang ayah melepaskan anak perempuannya kepada seorang lelaki masih samar-samar masa depannya. Seorang ayah sentiasa berusaha berhempas pulas menjaga anak-anak perempuannya daripada diganggu oleh lelaki yang bertuhankan nafsu. Ayah juga lelaki dan pernah menjadi muda, masakan dia tidak tahu apakah keinginan seorang lelaki. Dia juga boleh membezakan antara lelaki yang benar-benar baik mahupun hipokrit. Dia juga mampu mengenali lelaki yang benar-benar ikhlas ataupun ada udang di sebalik batu.


Kerana ayah juga seorang lelaki.


Bersyukurlah jika ayah masih menegur the way how we dress, ikhtilat antara lelaki dan perempuan, marah sebab balik lewat eventhough tak sampai malam, tak bagi balik dengan lelaki sebab satu sebab sahaja.

Dia sayang anaknya. Sayang yang amat dalam.
Seorang ayah sangat protective.

Walaupun nampak je macam tak kisah, tapi di sudut hatinya, sentiasa mengambil tahu perihal anak-anak melalui ibu.


Dia mungkin tidak pernah menangis di hadapan kita, tapi dia juga tewas dalam sujudnya di hadapan-Nya kerana mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kita.


Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita.


Adakah kita tahu?


Dia mungkin nampak cool bilamana anak-anak telefon hanya bertanyakan khabar ibu, tapi dia sanggup datang ke tempat anaknya menuntut ilmu, ajak keluar makan bersama walaupun sekejap bertanyakan khabar dan mengharapkan kita juga rancak berbual dengannya seperti rancaknya kita berbual dengan ibu.



Tidurnya mungkin tidak pernah lena memikirkan kemahuan anak-anak yang masih belum tercapai.







Kita tidak pernah boleh baca fikiran seorang ayah.


Tapi, kita sibuk menyibukkan diri dengan perkara yang tak penting. Kita sentiasa tidak berusaha untuk menggembirakan hati ibu ayah kita.



"Alah ayah, asalkan lulus walaupun tak dapat A."



Itu kan jawapan kita di hadapan mereka?


Bila mana kita kata penat belajar, fikirlah bahawa ayah tidak pernah berkata dia penat mencari rezeki untuk kita.

Dia tak pernah kata dia nak ponteng kerja sebab malas.

Dia tak pernah sengaja melewat-lewatkan diri sebab taknak pergi kerja.

Kalau boleh, lepas subuh nak bertolak untuk mengelak daripada kesesakan di jalan.


Tapi kita?
Semua kemudahan dah tersedia. Cuma nak dan taknak.

Tapi tulah, kita selalu memilih yang 'TAKNAK'.

Kita selalu nak jalan 'shortcut'.


Well, actually this is the answer from Him for me to decide on something lah. Betullah, apabila Allah datangkan perasaan resah dan gelisah untuk melakukan sesuatu, there must be something wrong with that.


Kerana dosa tidak pernah membahagiakan.


O Allah, please protect me no matter where I am :')))