Sunday, July 31, 2016

That 'tak laku' feeling

Yesterday, I’d read someone’s blog. Yeah, I love reading someone’s blog lebih-lebih lagi bila kita tahu dia sebaya. Don’t worry, she’s not my friend. Aku kenal dia thru Instagram but she never know me, I don’t care pun (sebab suka jadi stalker hehe)

Was scrolling and scrolling, aku terjumpa satu post about the ‘tak laku’ feeling. Aku macam tersentak sekejap sebab dia lawa kott, muka dia manis gitu lah. Muka dia manis, NAMPAK baik (I hope so) sebab gambar kat ig dia pun nampak ah dia tak social, dia okay lah. But then, bila dia pernah post pasal the ‘tak laku’ feeling tu macam terkejut  (please, don’t ask why because you’ve already know, cari yang tersirat).

So, dia ceritalah pasal yang dia sedih bagai bagai tu, kadang-kadang dia rasa aggravated sangat sebab macam takde ke lelaki yang suka kat dia? kenapa kawan-kawan dia ramai je peminat? kenapa dia takde? Bila dia tengok kawan-kawan dia couple hmmm.

Nope, aku tak bagi impression yang buruk-buruk kat dia but I would love to talk about this issue.


I rarely post this kind of topic because I feel ashamed to discuss about this thing. Like, you know, mesti akan ada orang comment,


“hey sarah ni buang tebiat ke?”


Ceq lempang hang satgi baqu hang tau haish dengaq lah dulu!



Let’s start!


Somehow, aku pun kadang-kadang ada rasa benda yang sama macam orang kat atas tu tadi. I guess that’s normal kott tak kisahlah lelaki ke perempuan ke kan? (I guess, please don’t kecam). When you’re surrounded by people yang dilabel as ‘laku’ (lah sangat ni) sometimes kau akan rasa macam insekiyo and kau rendah diri.


“takde orang ke yang suka aku?”

“aku ni muka tak cantik ke?”

“aku tengok dia tu biasa je, aku lagi pandai asal aku takde orang suka haa?”


And when this thought comes to your mind, you’ll find 1001 ways to attract your opposite gender’s attention, right?

Like, upload gambar-gambar selfie kat Instagram or facebook or twitter (tapi aku rasa insta adalah medium paling cepat kot). Pastu bila rasa macam “wow, banyaknya yang like” then kita pun continuously upload gambar-gambar KITA yang TEMPTING untuk dipaparkan semata-mata nak tarik perhatian. Dan adakah kita puas?


Do ask ourself. Are we satisfied? Really really satisfied?

I don’t think so but aku rasa semakin banyak kita upload gambar kita yang tempting, semakin insecure kot kita rasa. I guess this hypothesis is nearly accepted bahahaha.
(sebab aku pun pernah rasa lah weh) aku pun manusia biasa juga.


I just want to share a story with you girls.
I often discuss this thing at home with my mom. She’s like a doctor cinta to me because she’d experienced a lot of dugaan bercinta before she met my dad. My mom, dia cerita dia ni dulu suka pakai tudung labuh SEBAB dia taknak diganggu (but dia tetap juga mendapat gangguan). Memang ramai lah yang suka dia, dari pemandu lori, konduktor bas, pemandu van, suami orang (siap nak ajak duduk London what the heck), tunang orang, bapak orang, orang kaya yang nak tolong orang susah, single pun ada, non-muslim pun ada tau dan akhirnya bertemulah dia dengan ayah aku. Even mak aku pun pernah kena ‘guna-guna’ thing ni tapi alhamdulillah sempat diselamatkan oleh arwah atuk aku. Memang ramailah yang test market kengkonon kan tapi what makes me amazed is she refused to couple and she rejected all of them except my dad :)

Mak aku kenal dengan ayah pun, aku rasa sweet juga hehe. Dorang kenal sebab kawan dorang ni yang kenalkan. Kiranya mak aku ada kawan, A. Ayah aku pun ada kawan, A. A ni lah yang jadi orang tengah. Bagi nombor phone semua. Lepastu, satu malam ni, ayah aku beranikan diri nak call mak aku, tanya habis kerja bila, naik bas nombor apa bila balik, kerja kat mana semua lah.


(My mom version)
Mak aku pun dengan lurusnya told him the truth lah kan. Sebab dia tak suspek apa-apa. Keesokannya, dia rasa macam time dia nak balik tu, ada orang perhati lah gitu. Dia pun naik jelah. Dia kata dia ada perasan tapi macam buat dunno jelah. Oh, btw, time ni mak ayah aku belum pernah jumpa lagi.


(My dad version)
Malam tu kan dah call, so esok tu memang dia turun stesen bas tu nak tengok mak aku. Dia kata, dia nampak badan je tak nampak muka. So, dia macam kecewa kahkahkah.


Okay, sambung. So, malam tu, ayah aku call balik mak aku untuk confirm.. then mak aku ofc ah terkejut hahaha rupanya memang betul ada orang perhatikan dia time balik tadi.

Dan kisah cinta mereka bermula….

Aku respect ayah aku ni sebab dia macam mana eh nak cakap, nampaklah yang dia adalah seorang lelaki yang baik. Nak dapatkan mak aku ni pun, bukan mudah. Kena lalui track and trace arwah atuk aku dulu, baru boleh. Bila ayah aku datang, arwah atuk aku tak banyak komen. Dia okay je and dia tetapkan syarat kalau nak jumpa mak aku, kena datang rumah. Tak boleh ajak keluar.

Aku rasa wow, betapa mahalnya ibu untuk dikenali ayah hahahaha. Memang mak aku cerita, ayah aku datang rumah jelah. Pernah dua kali je dia kata, dia keluar dengan ayah. Itupun keluar dengan makcik aku (adik mak aku) and kawan-kawan ayah aku (masing-masing dah kahwin time tu). Dua kali je kottt.. aku terharu mendengar kisah cinta dorang ni haa. Inspired pun ada lah sikit. Mak ayah aku kenal 6 bulan je but somehow aku rasa 6 bulan tu tak cukup kot untuk aku (HAHAHAHA) tapi mak ayah aku okay je kan?

Mak aku pun diterima baik oleh keluarga ayah, tidak mendapat sebarang bantahan apa semua. Dan pada 7 September 1996, mereka bernikah time malam waktu tu. Mak aku cerita, arwah atuk aku dan dia pun tak tetapkan hantaran. Ikut suka hati ayah aku berapa nak bagi. Ayah aku bagi RM**** time tu memang rasa mahal sangat lah kan? So, I asked my mom, what’s the secret nak jadi mahal macam tu kan? Sebab aku rasa aku tak macam mak aku kot, mak aku dulu tak pernah kisah pun pasal kahwin time umur-umur aku sekarang sebab dia kata dia geli (HAHAHAHAHA) so aku rasa aku lah miang ni.

Tapi takpe, tak salahkan nak tanya benda-benda basic macam ni time awal-awal? So, my mom shared some secret.

  1. Jadi wanita yang dihormati.
  2. Jaga maruah.
  3. Baca Al-Quran setiap hari (macam mak aku, dia kata dia baca Yaasin selepas maghrib setiap hari)
  4. Doa sendiri dan minta doa mak ayah.

(korang tanyalah mak korang sendiri untuk tips tambahan, ni kongsi je tau)

Tau secret ni untuk apa? Supaya lelaki-lelaki tak kacau kita. Aku cerita kat mak aku, yang ramai orang cakap muka aku tak seiring dengan umur. Y’know when people keep talking “muka kau nampak tua”, “eh, dah kerja ke?” , “ye kak, nak apa?” , “mak orang” to you, of course you must be sad. Gila tak sedih, aku 19 kott belum kahwin belum ada cita-cita nak berumah tangga lagi kau dah kenapa T.T and because of this matter kadang-kadang aku rasa, orang tak suka refer kat aku even aku in-charge untuk bahagian tu. Y’know that feeling?

Macam bila kau pergi jalan dengan kawan kau, kira kau dua orang lah ni kan, then tetibe jumpa sorang mamat ni, tapi dia cuma cakap dengan kawan kau je and ignore kau sedangkan DIA KENAL KAU KOTT SATU SEKOLAH, kau mesti macam tertanya-tanya, aku ni sombong sangat ke? Susah sangat ke aku ni diajak bergurau and bla bla bla benda yang TAK sepatutnya kita fikir pun.


You know that feeling?!?!

So, bila aku tanya mak aku, why? What happened to me? Akak ni sombong sangat ke?
HAA?! HAA?!

You know, my mom gave me a beautiful answer I guess,

“Bukan kau sombong tapi dia respect kau. Dia tak takut dengan kau tapi respect. Kita ni kak, jadi perempuan lebih baik jadi perempuan yang dihormati bukan ditakuti. Dia bukan tak nak bergurau dengan kau tapi dia hormat pendirian kau.”


Like seriously?!

Tak cukup dengan tu, aku tanya kawan aku juga. And she said so. Same answer and she even told me to be grateful sebab kau dapat muka macam tu, orang susah nak kenakan kau. Perlahan-lahan aku mula menerima fakta itu. Dan mak aku kongsi lagi kisah dia (banyak kisah mak aku ni).

Time mak aku kerja dulu, pernah sorang kawan lelaki mak aku ni, macam takut tau nak tanya mak aku apa-apa padahal mak aku ni pangkat besar ah kat company tu. Even dia nak pergi phototstat pun, padahal mesin tu dekat dengan mak aku, dia takkan tanya mak aku, dia akan cari orang lain. And bila ada company buat makan-makan ke kan, jarang ah ada lelaki nak borak dengan mak aku. So, satu hari tu, ada sorang lelaki ni reveal kenapa dia tak pernah tanya mak aku apa-apa, tak pernah ajak borak semua, dia kata, ‘I RESPECT SAMA YOU LAH SUE.’


Sebelum habis sekolah tahun 2014 dulu pun, ustazah bahasa Arab aku ingatkan,

“Kamu tu perempuan, mahalkan diri.”


In a nutshell, jangan takut jangan risau kalau kita tak ‘laku’ kat mata lelaki sebaliknya kita perlu bersyukur gila-gila. Kau tahu ke yang takde sorang pun suka kau? Alah chill lah, baru 19 hehe. Enjoy dulu, duduk bawah ketiak mak ayah puas-puas, timba ilmu, 19 tu MUDA LAGI KOTTTT hehehe. Chilllll.. Somehow, aku rasa makin lama aku mula bersyukur diberikan ‘muka tua’ ni haa sebab aku tak diganggu hehe. Bila kau beli-beli kat luar ke, takdelah sesenang orang nak tipu ke apa. Buat muka tegas sikit, muka serious bila berurusan hal-hal penting tu, biar dorang gerun + respect sikit  (>_<)

Benda baik selalunya datang lambat tau kuikuikui. Compare to kalau kita tengok orang yang senang diganggu ni, macam mana? Menyampah kan? Hahahahah. Aku tulis ni sebab aku dah ada pengalaman and I hope bila aku terlupa ada orang mengingatkan. Kalau korang terbaca post ni, then satu hari tu aku terlupa ke tergedik-gedik ke menggatal ke miang ke, kau cakap balik post ni kat aku. Kalau kau rasa tak kuat nak cakap sendiri, nak hantar thru whatsapp untuk ingatkan pun takpe, dialu-alukan. Biasalah kita ni biasanya terlupa.

Atau bila kau tengok, aku macam dah jahat ke kan, terpesong ke, kau ingatkan aku tentang post ini.

Ohh ada lagi satu quote, aku terbaca benda ni daripada seorang lelaki jugalah. Pergh, bila lelaki dah mula berkata-kata ni, kau kena jaga-jaga. Sebab hanya mereka je yang tahu macam mana dorang rasa, dorang pandang terhadap perempuan ni.


“Tak payah nak tarik perhatian kami, kami akan tertarik sendiri.” -lelaki

Huhuhuhu double deep meaning.

just be yourself.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Aku tahu aku tak berapa layak nak cakap about this thing tapi nak cakap juga XOXO


I have my own flaws too, so you guys, jom kita audit diri :*


Thanks for reading (ada ke yang read?)

XOXO

1 comment:

  1. Hi, bila baca entry rasa respect kt awak. saya pula segan.

    buat pertama kali saya jujur dgn seorang lelaki, yg saya suka character dia. tp bila dipikrkan semula, tak patut lah aku kata mcm tu. Mungkin alpa dan syok sndiri

    Tq meningatkan semula. saya pn mcm awak, kdg jalan dgn kwn mst dia yg selalu kena kacau. rasa cam emmm takpelah. ada baik &buruk nya juga.

    Hehehe ;) tqyaaa

    ReplyDelete