Monday, August 1, 2016

#onlineshopper



Assalamualaikum!


Hey guys! Sape kat sini suka sangat-sangat online shopping?

Sila angkat tangan! (sarah nampak okay sape yang angkat tangan sape yang buat cebik muka, lol)

Okay, welcome to the club! Kita geng XD









I'm the one penyumbang terbesar kepada syarikat poslaju kott, I guess. Siapa yang tak pernah online shopping, dia memang akan cebik-cebikkan muka dia time baca post ni. Sebab dia macam, online shopping? So? Aku tak reti lah, leceh.


Cewahh leceh bila kau dah pandai access kau tahulah langit tinggi ke rendah (boo, takde kaitan!)

Aku start termasuk ke kandang online shopping ni since last year. Time tu, alah biasalah dapat duit banyak sikit kan, so aku rasa nak beli semua benda yang aku nak! Setiap hari kot scroll ig. Cuci mata yang teramat kotor ni. Tapi mula-mula dulu, guna bank ayah dulu. Minta tolong ayah. 


Ada lah dalam 6 ke 10 kali minta tolong lama-lama ayah aku cakap,

"asyik shopping je!", marah. hahahaha


Huhuhuh time tu cari jalan keluar macam mana nak shopping tanpa pengetahuan ayah ni hmm and akhirnya aku join jadi dropshipper. So, aku nak tak nak kena access online banking juga. Yelah, bila customer aku nak buat payment macam mana? So, aku bagilah alasan tu untuk aku buat online-banking (sambil menyelam minum air). Lepas aku dah ada online-banking tu, memang menjadi-jadi ah hobby aku.


Tapi, aku shopping tak pernah sesen pun aku guna duit mak ayah aku. Family aku ni, kitorang dari kecik dah dididik dengan,
"kau nak, kau beli guna duit sendiri, ibu ayah beli benda yang penting-penting je."



Somehow aku rasa didikan tu sangat berguna sebab kau akan rasa betapa perittttttnya nak cari duit semata-mata nak beli apa yang kau nakkk sangat. Peritt weh perit huhu
(bertabahlah bakal anak, mummy akan didikmu dengan cara begini juga XP)



Online shopping ni best!
Meh aku highlight 4 kriteria UTAMA yang menyebabkan online shopping ni best.


  1. Barang selalunya murah (kebanyakannya, tak semua)
  2. Jimat masa, duit (sikit) dan tenaga
  3. Selalunya, apa yang kita cari offline, ada untuk online
  4. Bila terima parcel, rasa macam terima hadiah sendiri XO




Point pertama tu, kalau kau jumpa yang mahal, kau rajinkan tangan lagi scroll ke bawah. Lepastu, bila kau jumpa barang yang terlajak murah, kau siasat pulak latar belakang syarkat tu. Kot dia scammer ke haa. Pepandai kau lah nak siasat macam mana.


Kalau aku beli kat Instagram, first sekali, aku tengok follower dia and latest post. Kalau follower ramai, so macam boleh percaya sikit. Tapi kalau tengok latest post dia dah lama tak update, aku terus tinggal. Next, kalau tengok tadi dah macam boleh dipercayai kan, tengok timeline dia, ada feedback ke tak semua-semua lah. Post dia dah berapa banyak.


Kalau aku beli kat Shopee.my (pusat membeli-belah online), first, aku akan tengok jumlah rating dan comment. Next, tengok nama kedai dia. Next, sebelum proceed order, tanya dulu ada ke tak. Jangan kau main terus tekan "Buy Now" pula kang buatnya dah habis stok menyesal kau.


Murah beli kat shopee.my sebab kadang-kadang kau boleh redeem guna coupon yang dia offer.


30% ke RM10 off ke memang best kalau shopping. Trick aku masa mula-mula daftar dulu, aku pilih item yang memahal lepastu aku guna coupon RM10 off untuk beli. Kiranya, contoh aku beli bag RM30 (harga asal) tapi sebab guna coupon RM10 off untuk first time user, aku cuma kena bayar RM20 jelah. Free shipping lagi tau! Murah kan? So, kau kena pepandai cari. Nak murah, tick box untuk free shipping. Kau dah jimat harga postage kalau kau kedekut sangat nak bayo.



Point kedua, jimat masa sebab kau taip je apa yang kau nak cari then TaDa! kau dah jumpa. Kau takyah nak jalan-jalan dari satu kedai tanya pekedai tak dapat kau cari lagi akhirnya kau penat. Kalau online, kau keluar kedai tu then kau pergi kedai lain pula pakai tangan je eleh penat mana lah sangat.


Jimat duit dari segi contoh tadi kalau kau beli offline kan, kau cari barang tak jumpa lepastu kau penat, kau mesti nak minum kan? Nampak roti uish tempting lak aiii roti tu, kau grab seketul. Dah terlajak spend. Tak gitu? Penat-penat, cari makan cari minum.


Macam aku ni suka makan tau. So, memang kalau keluar tu, memang tak sah kalau tak beli makanan so bahaya untuk aku shopping offline (kadang-kadang). Aku bukan beli nasi pun selalunya, roti lah cookies lah cake lah saje nak rasa hahahaha. Benda-benda macam tu kan selaluya mahal.


And jimat duit minyak juga sebab kau bayar RM6 postage je murah kot. Kalau kau naik kereta, public transport? Lebih RM6 kan kan kannn. 


Jimat tenaga, secara khusunya, kau cuma perlu scroll telefon kau and click. Jimat tenaga! 



Point ketiga,kadang-kadang benda tu belum masuk negara kita tapi dah ada kat luar negara, so why not untuk kita beli online shopping kan? Alah, banyak je lagi barang lain yang kalau kita cari kat luar, tak jumpa tapi bila online banyak je sebenarnya. Kau nak borong pun boleh, senang. Berbanding cari offline, susah juga nak cari borong.



Point keempat, yes dah berpuluh-puluh kali aku beli online pun aku still tak sabar nak dapat parcel aku HAHAHAHA. Serious, bila dengar je hon pakcik posmen tu rasa happy beno dah!








SO, tu jelah 4 kriteria utama kenapa aku rasa online shopping ni best. And korang jangan lupa, online shopping also boleh addicted (ketagih)! Memang bahaya, TAPI it is you untuk tahan nafsu!!! sebab benda dah senang kan?




Even mak aku sekarang pun dah pandai online shopping kang bila nak beli minta tolong aku bank-in hahaha. Ayah aku takyah cerita lah. Tak bagi tahu dia beli barang kang tetibe posmen pin pon pon kat depan rumah, kitorang gelabah kat dalam cari tudung. Online shopping memang mudah. Aku tak kecam offline shopping sebab ada juga benda yang aku beli offline takde kat online.


Last but not least,





Korang cemana pula?

Share ah juga, teringin kot nak tahu! 



XOXO

No comments:

Post a Comment