Friday, August 12, 2016

Pelbagai kerenah manusia


Assalamualaikum semua!


Semakin kita dewasa, semakin banyak kita lihat (dan faham) akan perangai atau kerenah orang kan?

Even myself, ada banyakkk kerenah (plus cerewet sikit) and also I have my own flaws, my own dark side.


Memang taklah, nak jadi perfect sampai bila-bila pun kan?


Tapi betullah, bila kita dah banyak jumpa orang dengan pelbagai kerenah, kita akan cepat matang (sebab banyak berfikir) dan lebih cepat buat tindakan untuk berjaga-jaga. 


Aku pernah kena, kawan pinjam duit konon kata takde duit nak balik lah apa lah, nanti nak bayar balik. Mula-mula dia minta RM100 wehhhh. Pergh! Memandangkan time tu pun aku macam lack of money aku cuba juga bantu dia. Aku bagi pinjam RM70 sebab aku fikir apa mahal nau kau punya tambang padahal dari Johor ke Negeri Sembilan je pun. Tiket bas berapa je hekelehhh tahulah aku tak pernah naik bas kan sampai hati kau tipu aku. Padahal sebelum aku bank-in kat dia, aku ada tanya mak aku dulu, mak aku dah warning awal-awal, jangan nak bagi dia kata. Tapi sebab kesian aku bagi (aku ni cepat sangat kesian kat orang tu masalahnya). Lepas dah bank-in tu mak aku cerita yang mak aku first time tengok dia pun, mak aku tak berkenan langsung. Aku percaya dengan mak aku sebab biasalah mak, ada naluri keibuan dia yang tersendiri kan? Mak tak pernah salah dengan nalurinya.



Pastu aku macam terfikir, eh biar betul. Tapi takpe kita tunggu je. Sekali tu memang sampai sudah aku tak jumpa pun dia weh! Melayang RM70 aku centu je. Memang ah nampak macam tak banyakkan? Mak aku kata, lain kali dengar nasihat ibu, kau halalkan jelah duit tu. Dia ni pun rupanya dah bermasalah dari dulu lagi aku je baru tahu. Padanlah, first instinct aku kata dia ni 50-50 je orangnya. Sampai sekarang aku tak tahu nak halalkan ke tak (hahahahahaha jahatnya aku T.T) sebab tak kisah pun taknak pulang tapi tolonglah jangan menipu.


Start dari situ, aku mula lebih berjaga-jaga dalam nak berkawan ni.


Memang kalau first time tengok, aku memang observe atas bawah, luar dalam. Cara cakap macam mana, gaya, kemas ke tak, nada cakap semua aku observe.



Jangan main-main.

Kau ingat aku tak pandai ke nak observe-observe orang ni
(HAHAHAHAHAHAHAHA, *GELAK JAHAT*)


Observe secara halus tanpa perlu beritahu biar kita tahu sorang-sorang.



Next is, time sekolah dulu kan, aku jumpa kawan-kawan (satu batch) yang kaya gila nak matey mak bapak gaji tinggi tapi humble SANGAT! Memang aku berani jamin ah, 90% kawan-kawan sekolah aku dulu yang berada, memang humble dari segi cara pemakaian, dorang up gambar kat social media pun jenis yang takde main hashtag hashtag brand baju yang kau pakai ke, kasut kau ke handbag kau ke takde. Ada tu ayah kontraktor, kat rumah ada 5 biji kereta (semua kereta import), rumah besar gila tapi pakaian dia, penampilan dia sangat humble. Kalau orang tak kenal, orang memang takkan tahulah yang dia ni orang yang terlebih mampu. Aku kenal sangat dengan ke-humble-an dia ni sebab kitorang duduk asrama. Duduk asrama kan rapat kan? Gituu..


Ada pula yang anak tunggal, rumah tak payah cakaplah. Dahlah tunggal, mak ayah business memang kaya lah. Tapi humble juga. Ramai lah lagi, penat nak cerita satu-satu. So, time sekolah minda aku dididik dengan manusia yang kaya tapi humble. Sangat low profile. But then, bila kita dah bercampur ni lepas tamat sekolah ni, orang lagilah bermacam-macam kan? Yang humble, (masih ada), yang suka show-off secara halus (haa macam mana tu?), yang suka show-off secara terang-terangan (hashtag brand baju, hashtag brand beg, hashtag brand kasut, hashtag brand kereta nasib baik tak buat hashtag brand underwear) dan yang biasa-biasa (kejap-kejap show-off kejap-kejap taubat nasuha).



Bila aku melangkah keluar dari sekolah, Allah tak bagi aku jumpa orang-orang yang kerenahnya sama macam yang aku kenal kat sekolah, Allah bagi aku boleh dikatakan 270 darjah perangai manusia yang aku tak pernah sangka hahahahaha. Macam kat sekolah dulu, kawan-kawan aku yang pandai tak sombong atau dengan kata lain, tak lokek ilmu. Even dorang volunteer nak buat kelas tambahan sendiri-sendiri nak ajar sesama. Kalau bebudak pandai ni tak tahu ke apa, dorang selamba je tanya sesape yang ada kat depan dorang. Even ada lah sorang budak ni memang pandai gila selalu best student dalam batch, satu haritu minta lab report chemistry aku nak pinjam HAHAHAHAHA. Terharu babe, budak pandai nak pinjam lab report kita *tutup muka*



Tapi bila aku melangkah keluar dari sekolah, Allah uji aku, dipertemukan dengan orang yang pandai tapi agakk selfish lah. Tak semua, tapi kita boleh rasa kan? Macam bila kita duduk sebelah dia, dia tak tahu then dia terus tanya orang yang sebelah aku lagi satu. Skip tanya kita ah gitu. Siapa tak sedih duh. Huhuhu padahal kita pun tahu juga hmmm. Aku diam jelah. Mungkin kita lah yang banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. So, untuk mengelakkan daripada hatiku dipatahkan maka aku buat dek je, lantaklah ko lah nak tanya ke tak asalkan aku faham HUAHUAHUA



Memang rasa rendah diri gila, dahlah aku ni tak berapa nak pandai macam dorang lepastu selalu disisihkan hukhuk. Kalau duduk dalam kuliah tu, insecure gila kalau duduk sebelah bebudak ni. Kang buatnya dia tanya aku tetiba tak dapat jawab, mati aku. But at the end, aku dipertemukan dengan kawan yang sebulu dengan aku :")



Pastu, apa lagi? Haaaa, aku ni jenis yang banyak cakap tapi hati sensitip ah juga. Kat sekolah semua orang macam baik-baik lah lagi, keluar sekolah je, aku jumpa orang yang lagi banyak cakap daripada aku tapi aku selalu terasa dengan kata-kata dia HAHAHAHAHA. Rasa memang kelakar tapi itulah realiti. 


Banyak lagilah! Takkan nak mention sesatu. Perasan bagus, perasan cantik, terlalu low self-esteem pun ada, yang baik ala-ala ustazah ada, yang rasa dialah yang paling tahu semua perkara, yang tak tahu apa-apa pun ada, yang terlebih update pun ada, yang duduk bawah tempurung pun ada.


PELBAGAI!



Aku baru umur 19 tahun tapi rasa macam dah jumpa banyak kerenah orang. Dari family sampailah kawan-kawan. Family pun dah banyak ragamnya. Lagilah kawan-kawan kan?

Aku harap aku tak jumpa kerenah yang pelik-pelik lagi time degree nanti dan alam pekerjaan. Takut duh!



Kadang-kadang geram dengan kerenah orang ni.
Kadang-kadang rasa nak gelak guling-guling.
Kadang-kadang, lantak ko lah.



Tapi itu semua pengalaman kan?
Pengalaman mengenali orang. Allah itu Maha Berkuasa sebab Dia ciptakan manusia dengan pelbagai rupa dan kerenah untuk kita saling mengenali kan?

Kalau semua samaaaaaaa je mesti bosan, takde cabaran hidup langsung!
Kehkeh.




Firman Allah s.w.t,

 

"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted."

 (Al-Hujurat:13)

 

 


So, pesanan untuk diri sendiri, silalah bersabar dengan pelbagai kerenah manusia sebab orang lain teruji kesabaran dengan kerenah kau, sarah oii...

Benda yang tak penting dalam hidup kau, kau abaikan je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kita memang tak mampu nak puaskan hati orang. Senang je, kalau kita taknak orang buat jahat atau benda tak baik kat kita, kita yang kena start jangan buat kat orang.

Sebab orang selalu cakap, what you give, you get back!


Okay?
Dah.
Selamat malam.
Thanks for reading, XOXO.

 

No comments:

Post a Comment