Monday, August 15, 2016

Thank Allah for what we have


Assalamualaikum y'all! How time flies!


Two weeks from now, I'm about to embark into a new phase, new chapter of my life. Pheww!
Tipulah tak nervous and guess what, until now, I still macam tak percaya yang, 
"Sarah, you've grown up!" Nayyyy..


Remember my post on 15th May 2015? The day I declared, I rejected two scholarships? One was Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke Jordan and another one was Program Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi 2015, course Sains Kesihatan @ MSU, Shah Alam (offer letter dia ada lagi kat rumah duduk dalam sampul :'))

Kalau korang nak baca, nah klik Yakinlah: Rezeki itu Jaminan Allah :)



I still remember how was my feeling at that time, refusing two offers kot, gila tak sedih :"(
Tapi, aku tekad, I want to be a doctor. No matter what, though yuran kena bayar agak mahal juga time tu (tambah dengan ayah belum dapat offer kerja time tu) it was hard. Really hard! Tapi Allah kan dah kata, di setiap kesusahan, ada kesenangan. Bersama-sama kesusahan, ada kesenangan.


 
Walaupun time tu hati macam ada sikitlah keraguan, what if kalau tak dapat doktor? What if kalau tak dapat pointer yang dia nak? What if kalau dah dapat above 3.5 tapi tak kena panggil iv? What if... what if.. what if... memang time tu dah kata dalam hati, mesti sedih gila tolak dua biasiswa ni kalau tak dapat doktor.



Last monday, alhamdulillah, Allah has answered my prayer since I was in standard four, I was accepted into USIM's medic program. Nak masuk medic USIM ni, salah satu syarat wajibnya ialah dulu mesti belajar kat tamhidi. So, student tamhidi je boleh masuk medic program kat usim. Kiranya, privilege untuk aku (dan kawan-kawan) kitorang tak perlu compete untuk dapatkan tempat dengan orang luar (student matriks and asasi-asasi lain). Pheww, alhamdulillah. Allah knows the best, right?



Somehow aku rasa macam tak percaya lagi sebab diterima hahaha. Bukan tak bersyukur lah tapi macam wahhhh serious lah macam mimpi pula ngehngeh. Y'know why? I'm an average student, kadang-kadang markah tinggi kadang-kadang menjunam, kadang-kadang je constant. Since sekolah menengah kot. I was surrounded with friends yang ada background, dulu SPM 5A+, 10A+, straight A's SPM, tajaan bursary and macam-macamlah. Kiranya, mereka dah hebat dari sekolah lagi. Aku? Aku bukan student straight A's apatah lagi mempunyai A+ sehingga 5 subjek. Cuma dapat 2A+ je itupun subjek agama hahahaha.


Tu aku tak cerita lagi time midsem semester 2 haritu, maths aku dapat 40 over 100?
Siap kena tahan lepas kuliah kira pointer berapa kena dapat untuk dapat at least B+.


Eventually, I went for C+ for mathematics HAHAHAHAHA
(fail lah bab calculus, serious cannot go)

So, of course lah insecure dengan kawan-kawan yang super hebat ni kan?



Aku harap aku boleh survive. To be honest, aku tak rasa yang usaha aku ni telah melayakkan aku untuk sambung medic. Serious bukan! I know myself better than you guys, of course. I'm not even a studious-bookish person, I love to spend my weekend with rehat sepanjang hari or completing the house chores. Sebab bagi aku, kan dah penat 6 hari (including Saturday sebab sekarang ni orang suka buat program hari Sabtu juga), so why not untuk kita reward myself kan? BHAHAHAHA.



Aku kena ubah 360 degree kot, nak jadi doktor tak boleh malas-malas, rehat-rehat, tangguh-tangguh tidur-tidur. Sebab tulah sampai sekarang aku still tak percaya yang aku diterima hahaha. Sebab time tamhidi dulu, aku selalu tidur cepat and not a morning person (bangun pukul 6 pagi selalunya). Kadang-kadang 5 pagi ke 5.30 pagi. Then, pergi kelas. Balik je, makan, mandi and solat. Orang selalunya malam-malam dia study kan? Buat tutorial ke? Buat nota ke? tapi aku?



Nope.



Tengok ah mood nak buat apa. Kadang-kadang lah buat tutorial. Tapi sebenarnya aku pun macam tak tahu aku buat apa. Aku akan buat apa yang aku suka. Kalau ada tuto, aku siapkan. Kalau takde, I rarely study so I sleep early or read novel. Study tu macam, tengoklah.. lagi 2 minggu nak exam ke... last minute, aku akan pulun. Memang stay up tu pasti because I'm a night owl sebenarnya. I can even stay up until dawn pukul 10 pagi tidur balik. Zohor kang bangun hahahaha. Kiranya berapa jam je aku tidur. Aku dah boleh dikatakan kebal lah tapiiiii akan ada satu hari nanti, aku akan top-up masa tidur aku hehe. Sebab macam dah terkumpul kan?



dulu, zaman upsr dulu pun aku macam ni juga. Dapat 5A lepastu tak percaya yang aku dapat 5A. Rasa macam yeke ni 5A, ke kena tipu haa macam tulah rasanya hahahaha.

Zaman PMR pun sama juga! Dapat 9A dah kena panggil atas pentas pun dalam hati aku rasa tak puas. Bukan tak puas sebab tak dapat best student ke tak dapat duit banyak ke apa, TAKKK! Tapi rasa macam usaha aku berapalah sangat, sekali Allah bagi 9A, padahal memang doa minta hari-hari nak 9A. Tah pape kan?


Time SPM tak rasa sangat sebab aku tak dapat apa yang aku nak. Aku memang minta 11A tapi aku tak yakin yang aku dapat 11A. Aku memang bukan budak pandai setakat top top dalam batch tu adalah sesikit. Lagipun, awal-awal lagi aku dah rasa yang aku memang tak dapat straight A punya gitulah.


Sebenarnya, sifir kehidupan ini ialah 20-80. I have mentioned in my previous post (hang cari sendiri). Bukannya 80% tu usaha kita whilst 20% is perkara sampingan like doa orang sekeliling and even amalan kita, nope!

the truth is 20% represents our effort(s). 80% ni yang campur perkara lain-lain..

80% ni lah merangkumi doa ibu dan ayah, doa adik-beradik, doa orang-orang sekeliling kita (nenek, makcik pakcik belah ayah, makcik pakcik belah ibu, tambah dengan atuk nenek sedara yang kau ziarah time raya haritu, tambah dengan kawan-kawan mak ayah yang terserempak kat tetengah jalan, moyang, sepupu dannnnn ramai lagi). See, doa je dah ramai.
Belum tambah amalan seharian kita?

Siapa kita di masa depan adalah bergantung kepada amalan seharian/mingguan/bulanan/tahunan kita.


Dan yang paling penting ialah,


Rahmat Allah.


Kita takkan dapat apa yang kita nak kalau kita tak dapat rahmat-Nya.
(ni bukan pakcik Rahmat sebelah rumah kau ya)


Allah kasih dan Allah sayang, maka dia bagi apa yang kita nak.
Bila Dia tak bagi, bukanlah bermaksud Allah tak sayang tapi sebabkan Allah lagi sayang lah, Dia tak bagi. Sebab hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.



Kalau kita tak dapat apa yang kita nak, jangan nak sedih-sedih sangat.
Tak patut pun nak sedih sangat sampai mogok tak makan.
Kenapa nak menidakkan rancangan Dia?



So, sebenarnya usaha kita alah, ciput mana je. Bukanlah aku kata,
"kau tak payah usaha, kau doa je nanti dapatlah." TAK!


Semua benda tu kena seiring lah kiranya. Cuma satu perkara yang kita kena ingat, kita belajar lah sampai tengah malam, sampai tak nak bergaul dengan orang, sampai stress stress, sampai tak ambil tahu pun tentang hal sekeliling!, usaha kita sia-sia kalau hubungan dengan mak ayah pun tak jaga.



Kalau rasa call mak ayah tu membazir masa, sila fikir dua kali.
Kalau rasa borak dengan mak ayah tu membuang masa, fikir lagi.
Kalau rasa balik rumah kena tolong mak ayah buat kerja rumah tu mengganggu masa kita study, FIKIR BALIK!


Fikirlah sendiri, malas nak hurai. Dah besar kan?



Back to our main topic, perasaan sekarang macam tengah campur-campur tau, nervous, anxious, excited and sad (sebab dah habis cuti :(  ). I know, it's not gonna be an easy ride kan? So, the time has come! I have to put all my insecurities aside, just ignore people yang nak mengganggu perjalanan tu, just kick them off. Yezzzaaa!



All I can say is, alhamdulillah.
I thank Allah for what I have and I trust Allah for what I need.


Do you want me to share my meandering journey in order to get into medical school?
(macam hot sangat, booo!)



Okay okay.
Thanks for reading!

XOXO

No comments:

Post a Comment