Monday, October 31, 2016

Pengalaman: Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!


Harini masuk minggu kedua Sarah bercuti. Dua minggu je cuti, lepas je cuti terus exam mid-term T.T

Study medic ni, walaupun mid-term exam je pun, belajar macam nak final tahu tak. Dapat pula time cuti ni kat rumah, lagi banyak distractions. Kejap kang, nak tengok laptop (tengok movie), kejap kang turun bawah nak makan, kejap kang lepak dengan ibu macam-macam lagi lah.


Oh ya, minggu lepas, hari Jumaat, alhamdulillah Sarah telah dipanggil untuk menerima pinjaman pelajaran negeri Selangor. Kenapa Selangor? Heyyy, saya anak jati (tak berapa jati) Selangor hokayy.





Lahir di Selangor, mak ayah asal dari Selangor, memang kerabat duduk di Selangor cuma kami je terbabas duduk di Nilai, Negeri Sembilan (sempadan Selangor juga :p).
Nak cari suami pun, nak dekat-dekat je tak nak jauh-jauh. Susah! *tetibe*


Time tengah cuti haritu, selepas dapat result masuk degree, Sarah saje lah cari mana-mana biasiswa ke pinjaman yang masih dibuka untuk permohonan. Teringat Kerajaan Negeri Selangor ni haa hehehe. Kebetulan, alhamdulillah permohonan baru je dibuka. Apa lagi, terus mohon.


Nak tunggu JPA, lama lagi dan Sarah memang sebenarnya tak target untuk dapatkan JPA, since JPA sekarang pun pinjaman boleh ubah tapi syarat lebih kurang je dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Jumlah pinjaman untuk JPA, sorry Sarah tak tahu.


Untuk Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni, kena buat dan hantar permohonan secara online dan hanya boleh dihantar sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar universiti. Macam Sarah haritu, daftar masuk universiti 29 September tau, tarikh tutup permohonan pula 30 September. Tak haru biru kau nak hantar? So, kuncinya ialah kau scan dulu segala dokumen yang dia nak, isi awal-awal maklumat yang dia nak semua then dah siap. Tarikh kau daftar je, buka portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) and then klik HANTAR PERMOHONAN. Settle.


So, habis je daftar, Sarah terus buka portal. Nanti akan dapat satu form lah. Tunggu dalam 2-3minggu gitu, nanti dia umumkan keputusan secara online. Tapi sebelum tu, dia akan hantar mesej lah untuk inform kita. In shaa Allah, tak terlepas :)


Alhamdulillah, tunggu punya tunggu, dipanggil untuk temuduga. Minta lagi dokumen-dokumen penting, kelam kabut kehidupan bermula sekali lagi. Penatlah, nak fotostat itu ini, scan itu ini, isi form itu ini, minta sign semua lah, seriously, penat! Tapi orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? So, bukan senang untuk senang!


Interview buat dekat main campus, USIM Nilai tapi Sarah punya fakulti terletak nun jauh kek Kolo Lumpur haa. Mula-mula bodoh kejap lah pergi call minta tukar tempat (Lol) padahal interview tu hari Isnin, boleh je nak minta pelepasan sebab dia dah bagi surat pelepasan siap-siap (haish). Interview hari Isnin, baliklah hari Jumaat tu kan? Duduk kek rumah sampai hari Isnin, apolah den tak terpikir pasal benda tu (haish). Terpaksalah buat surat rasmi pulek (sebab fakulti ni cerewet sikit bab-bab attendance) dan SKIP KELAS HARI ISNIN TU (T.T)

SEDIH IOLLS KENA SKIP KELAS tapi takpe, untuk dapatkan sesuatu perlu korbankan sesuatu kan?


Maka, pergila Sarah Nabila ke temuduga pada hari tersebut tanpa teman sob sob. Selalunya, ada juga lah kawan yang kita kenal kan. Sampai je sana, huish, boleh tahan ramai. Sebenarnya, Sarah dah terlambat sedikit waktu tu ye, sebab lupa daratan bila berjumpa dengan kawan-kawan lama sebelum datang tu huhuhuhuhu. Nasib baik belum start apa-apapun.


Sampai je, terus cari nama, panel ke berapa. Ohh ya, interview ni best tau sebab dah lah guna bahasa Melayu lepastu one to one punya interview bukan by group. Tapi akan datang, tak tahulah kot dia berubah kan? Yelah, zaman berubah, dunia dah maju *tetibe*.


Tunggu punya tunggu, Sarah dapat panel 5. Satu panel ada dalam berpuluh juga lah nama tau. Alhamdulillah, walaupun giliran Sarah yang belakang-belakang sebab lambat daftar tadi kan, tapi panel 5 ni cepat hehe. Tup tup dah sampai giliran.


Meh Sarah bagi tips serba sedikit sebelum masuk interview:


  • Pakaian mesti kemas (taknak tudung selebet, tudung tak kena dengan baju semua tu)
  • Muka mesti confident (bukan berlagak hokay!)
  • Bawa dokumen yang diperlukan dengan cukup!
  • Buat preparation awal, baca pasal Selangor.

Yelah, kita nak buat pinjaman dengan negeri Selangor, mestilah kena tahu pasal Selangor.

1. Nama Menteri Besar
2. Nama Sultan dan Permaisuri Selangor
3. Ketua Jabatan Pendidikan Selangor (atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan)
4. Mungkin dia boleh tanya siapa Naib Canselor tempat kau belajar
5. Hal-hal berkaitan dengan kerajaan Selangor contoh macam, Selangor kan ada macam-macam program semua, so baca lah. Buka portal Selangor!
6. Daerah-daerah kat Selangor
7. Majlis-majlis bandaraya/perbandaran/daerah kat Selangor
8. Negeri-negeri kat Selangor
9. Bersedia fizikal dan mental apabila anda diberi soalan yang agak sarkastik
10. BACA JELAH SEMUA PASAL SELANGOR (HAISH)



 Baca je. Macam Sarah, awal-awal Sara dapat soalan yang agak mencabar juga sebab dia berkait dengan diri kita. Orang kata apa, kena psycho? Haa gitulah.

Contoh soalan dia yang Sarah ingat lagi sampai sekarang :')))):


"Awak kan duduk Negeri Sembilan, kenapa tak minta yayasan NS? Kenapa minta Selangor? Sebab nanti kami bagi pinjaman, kami tengok alamat. Alamat awak kat Nilai, Negeri Sembilan."


FUHH FUHH. Kau jangan tanya Sarah jawab macam mana soalan ni tapi yang penting aku jawab dari hati dengan hati-hati hahahahaha. Dia tanya lagi,


 "Kenapa tak minta PTPTN?"



Mana boleh cakap, "suka hati sayalah, saya tak nak minta PTPTN." *mata ke atas, tangan di bahu*

Jawab soalan tu, dengan jawapan yang bukan trap diri sendiri. Berhati-hatilah ketika menjawab.

Aku dapat juga soalan ni,


"Kalau tak dapat pinjaman ni, nak minta apa lepas ni?"


Sarah sebenarnya teringat pasal JPA tapi kau jangan try jawab sebab jawapan tu boleh trap diri kau sendiri huhu. Sarah tak mention langsung pasal apa-apa bantuan biasiswa/pinjaman lain time interview sebab fokus untuk PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR sahaja supaya tunjuklah yang kita memang sangat-sangat berminat.


Bila akhir-akhir tu, baru dia tanya soalan yang ada fakta sikit. Macam siapa nama menteri besar? Majlis daerah kat Selangor? Nama permaisuri, time ni, Sultan Selangor baru kahwin tau sebenarnya. Kebetulan pula, aku ingat nama je tak ingat gelaran. Nasib baik panel aku baik hati, suruh aku mention nama dia je tapi seeloknya ingat dengan gelaran lah :')) aku boleh lupa nak baca nama penuh permaisuri huhuhuhu.


Last, dia tanya, aku ada apa-apa soalan tak? Sebab Sarah fikir, tadi Sarah dah kena tembak berdas-das dengan soalan dia, so, Sarah kena tanya soalan yang menunjukkan bahawa Sarah betul betul betul berminat dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Maka, bertanyalah seorang Sarah tentang, macam mana nak convert pinjaman ni kepada biasiswa :")


Kalau sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda kelas pertama (SELAIN IJAZAH PERUBATAN/ PERGIGIAN DAN VETERINAR), semestinya akan ada pointer yang perlu anda capai untuk tukarkan kepada biasiswa atau minta kepada pengurangan bayaran balik.

Tapi, untuk Ijazah Perubatan/ Pergigian/ Veterinar, anda perlu LULUS dan TAK REPEAT, then terus convert biasiswa tapi dengan syarat, kena kerja dengan kerajaan (KKM) selama 10 tahun :")))

Bagi Sarah, sangat okay tau. Sebab percayalah, bila ambil medic ni, orang dah tak heran sangat dengan pointer, kebanyakan student aim untuk lulus tapi sebenarnya kita kena aim lagi tinggi lah kan?


So, habis je interview, Sarah rasa puas hati (alhamdulillah) sebab Sarah berjaya tanyakan soalan yang sangat bernas (rasanya, sangat bernas hehe) kepada penemuduga tu hehe. Mungkin, ada markah lebih ke? Sebabbbb antara tips untuk NAIL THE INTERVIEW (bak kata omputih), bila sampai je sesi Q&A, tanya soalan yang boleh tarik perhatian dia sampai dia rasa macam wow! Tanya soalan yang menunjukkan bahawa kau betul-betul nak biasiswa/ pinjaman tu. So, tu jelah kot pasal interview. Then, dia kata the result will be released in another 2 weeks. So, menunggulah aku..............



___________________________________________________________________________________


Hari Jumaat pagi (tak ingat berapa haribulan), aku dapat mesej dari SUK untuk check result kat portal. Huish, excited kemain.

Check check, alhamdulillah dapat. Bersinar-sinar mata aku time tu hehe. Terus call ibu dan ayah, inform dorang hehe. SUK bagi tempoh selama dua minggu tau untuk settlekan semua benda tu, tapi yelah sebab seminggu pertama, aku tak balik. Jadual penuh dengan kuliah. Nasib baik minggu kedua tu, aku cuti. Memang satu minggu tu, dari hari Isnin sampai Jumaat, tak cukup tidur weh. 5 hari tu asyik keluar pagi je. 3 hari daripada 5 hari tu, asyik balik malam je. Minta sign penjamin lah saksi lah, matikan setem dan banyak lagilah. Tipulah weh kalau tak penat.

Perkara ni jadi agak rumit bila SUK suruh kita buka akaun bank dulu (BANK MUAMALAT SAHAJA), baru boleh nak download borang-borang yang kena isi tu. Sebab Bank Muamalat ni tak semua tempat ada, ada kat bandar-bandar besar je.


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ingat ni.
Bukan senang untuk senang!
Bukan senang untuk dapatkan duit yang hampirrr percuma ni
(kena study dapatkan pointer bagus baru boleh jadi percuma, kan?)



Sampai je hari Jumaat, bertolak pukul 6.40 pagi gitu sebab takut jam kan, dah lah dari Nilai nak pergi Shah Alam huhuhu. Pagi-pagi tu pun dah jam tapi sebab keluar awal kan, alhamdulillah sampai lebih awal daripada yang dijangka.


Everything went well kecuali satu perkara. Aku terlepas pandang pasal yang pelajar dan penjamin-penjamin wajib TURUNKAN TANDATANGAN di setiap muka surat perjanjian! Nasib baik ayah aku perasan sebelum aku pergi serahkan borang tu semua. Padahal sebelum tu, aku dah mengeluh dah, "kalau lah masuk awal tadi, mesti dah boleh balik awal."

Rupa-rupanya, ada benda lagi tak settle. Sesungguhnya, tak semestinya benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita :")) alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pada hari itu.


Habis je serah borang, fuhhh lega gila wehhhh. Lega sangat-sangat, alhamdulillah.

So, sekarang tinggal tunggu duit masuk je hehe.

That's all about Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.


If you guys have any inquiries, drop me an email at seraasaharudin@gmail.com.



Thanks for reading, peeps!

XOXO

No comments:

Post a Comment