Monday, October 31, 2016

Pengalaman: Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor


P/s: Pengalaman yang saya share ni tak semestinya akan sama seperti temuduga yang korang akan lalui juga tau. It might be soooooo different from years to years. But maybe some of it will help you, who knows? Just jangan rely 100% on this sharing okay ;)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!


Harini masuk minggu kedua Sarah bercuti. Dua minggu je cuti, lepas je cuti terus exam mid-term T.T

Study medic ni, walaupun mid-term exam je pun, belajar macam nak final tahu tak. Dapat pula time cuti ni kat rumah, lagi banyak distractions. Kejap kang, nak tengok laptop (tengok movie), kejap kang turun bawah nak makan, kejap kang lepak dengan ibu macam-macam lagi lah.


Oh ya, minggu lepas, hari Jumaat, alhamdulillah Sarah telah dipanggil untuk menerima pinjaman pelajaran negeri Selangor. Kenapa Selangor? Heyyy, saya anak jati (tak berapa jati) Selangor hokayy.





Lahir di Selangor, mak ayah asal dari Selangor, memang kerabat duduk di Selangor cuma kami je terbabas duduk di Nilai, Negeri Sembilan (sempadan Selangor juga :p).
Nak cari suami pun, nak dekat-dekat je tak nak jauh-jauh. Susah! *tetibe*


Time tengah cuti haritu, selepas dapat result masuk degree, Sarah saje lah cari mana-mana biasiswa ke pinjaman yang masih dibuka untuk permohonan. Teringat Kerajaan Negeri Selangor ni haa hehehe. Kebetulan, alhamdulillah permohonan baru je dibuka. Apa lagi, terus mohon.


Nak tunggu JPA, lama lagi dan Sarah memang sebenarnya tak target untuk dapatkan JPA, since JPA sekarang pun pinjaman boleh ubah tapi syarat lebih kurang je dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Jumlah pinjaman untuk JPA, sorry Sarah tak tahu.


Untuk Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni, kena buat dan hantar permohonan secara online dan hanya boleh dihantar sebaik sahaja anda mendaftar sebagai pelajar universiti. Macam Sarah haritu, daftar masuk universiti 29 September tau, tarikh tutup permohonan pula 30 September. Tak haru biru kau nak hantar? So, kuncinya ialah kau scan dulu segala dokumen yang dia nak, isi awal-awal maklumat yang dia nak semua then dah siap. Tarikh kau daftar je, buka portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) and then klik HANTAR PERMOHONAN. Settle.


So, habis je daftar, Sarah terus buka portal. Nanti akan dapat satu form lah. Tunggu dalam 2-3minggu gitu, nanti dia umumkan keputusan secara online. Tapi sebelum tu, dia akan hantar mesej lah untuk inform kita. In shaa Allah, tak terlepas :)


Alhamdulillah, tunggu punya tunggu, dipanggil untuk temuduga. Minta lagi dokumen-dokumen penting, kelam kabut kehidupan bermula sekali lagi. Penatlah, nak fotostat itu ini, scan itu ini, isi form itu ini, minta sign semua lah, seriously, penat! Tapi orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? So, bukan senang untuk senang!


Interview buat dekat main campus, USIM Nilai tapi Sarah punya fakulti terletak nun jauh kek Kolo Lumpur haa. Mula-mula bodoh kejap lah pergi call minta tukar tempat (Lol) padahal interview tu hari Isnin, boleh je nak minta pelepasan sebab dia dah bagi surat pelepasan siap-siap (haish). Interview hari Isnin, baliklah hari Jumaat tu kan? Duduk kek rumah sampai hari Isnin, apolah den tak terpikir pasal benda tu (haish). Terpaksalah buat surat rasmi pulek (sebab fakulti ni cerewet sikit bab-bab attendance) dan SKIP KELAS HARI ISNIN TU (T.T)

SEDIH IOLLS KENA SKIP KELAS tapi takpe, untuk dapatkan sesuatu perlu korbankan sesuatu kan?


Maka, pergila Sarah Nabila ke temuduga pada hari tersebut tanpa teman sob sob. Selalunya, ada juga lah kawan yang kita kenal kan. Sampai je sana, huish, boleh tahan ramai. Sebenarnya, Sarah dah terlambat sedikit waktu tu ye, sebab lupa daratan bila berjumpa dengan kawan-kawan lama sebelum datang tu huhuhuhuhu. Nasib baik belum start apa-apapun.


Sampai je, terus cari nama, panel ke berapa. Ohh ya, interview ni best tau sebab dah lah guna bahasa Melayu lepastu one to one punya interview bukan by group. Tapi akan datang, tak tahulah kot dia berubah kan? Yelah, zaman berubah, dunia dah maju *tetibe*.


Tunggu punya tunggu, Sarah dapat panel 5. Satu panel ada dalam berpuluh juga lah nama tau. Alhamdulillah, walaupun giliran Sarah yang belakang-belakang sebab lambat daftar tadi kan, tapi panel 5 ni cepat hehe. Tup tup dah sampai giliran.


Meh Sarah bagi tips serba sedikit sebelum masuk interview:


  • Pakaian mesti kemas (taknak tudung selebet, tudung tak kena dengan baju semua tu)
  • Muka mesti confident (bukan berlagak hokay!)
  • Bawa dokumen yang diperlukan dengan cukup!
  • Buat preparation awal, baca pasal Selangor.

Yelah, kita nak buat pinjaman dengan negeri Selangor, mestilah kena tahu pasal Selangor.

1. Nama Menteri Besar
2. Nama Sultan dan Permaisuri Selangor
3. Ketua Jabatan Pendidikan Selangor (atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan)
4. Mungkin dia boleh tanya siapa Naib Canselor tempat kau belajar
5. Hal-hal berkaitan dengan kerajaan Selangor contoh macam, Selangor kan ada macam-macam program semua, so baca lah. Buka portal Selangor!
6. Daerah-daerah kat Selangor
7. Majlis-majlis bandaraya/perbandaran/daerah kat Selangor
8. Negeri-negeri kat Selangor
9. Bersedia fizikal dan mental apabila anda diberi soalan yang agak sarkastik
10. BACA JELAH SEMUA PASAL SELANGOR (HAISH)



 Baca je. Macam Sarah, awal-awal Sara dapat soalan yang agak mencabar juga sebab dia berkait dengan diri kita. Orang kata apa, kena psycho? Haa gitulah.

Contoh soalan dia yang Sarah ingat lagi sampai sekarang :')))):


"Awak kan duduk Negeri Sembilan, kenapa tak minta yayasan NS? Kenapa minta Selangor? Sebab nanti kami bagi pinjaman, kami tengok alamat. Alamat awak kat Nilai, Negeri Sembilan."


FUHH FUHH. Kau jangan tanya Sarah jawab macam mana soalan ni tapi yang penting aku jawab dari hati dengan hati-hati hahahahaha. Dia tanya lagi,


 "Kenapa tak minta PTPTN?"



Mana boleh cakap, "suka hati sayalah, saya tak nak minta PTPTN." *mata ke atas, tangan di bahu*

Jawab soalan tu, dengan jawapan yang bukan trap diri sendiri. Berhati-hatilah ketika menjawab.

Aku dapat juga soalan ni,


"Kalau tak dapat pinjaman ni, nak minta apa lepas ni?"


Sarah sebenarnya teringat pasal JPA tapi kau jangan try jawab sebab jawapan tu boleh trap diri kau sendiri huhu. Sarah tak mention langsung pasal apa-apa bantuan biasiswa/pinjaman lain time interview sebab fokus untuk PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR sahaja supaya tunjuklah yang kita memang sangat-sangat berminat.


Bila akhir-akhir tu, baru dia tanya soalan yang ada fakta sikit. Macam siapa nama menteri besar? Majlis daerah kat Selangor? Nama permaisuri, time ni, Sultan Selangor baru kahwin tau sebenarnya. Kebetulan pula, aku ingat nama je tak ingat gelaran. Nasib baik panel aku baik hati, suruh aku mention nama dia je tapi seeloknya ingat dengan gelaran lah :')) aku boleh lupa nak baca nama penuh permaisuri huhuhuhu.


Last, dia tanya, aku ada apa-apa soalan tak? Sebab Sarah fikir, tadi Sarah dah kena tembak berdas-das dengan soalan dia, so, Sarah kena tanya soalan yang menunjukkan bahawa Sarah betul betul betul berminat dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor ni. Maka, bertanyalah seorang Sarah tentang, macam mana nak convert pinjaman ni kepada biasiswa :")


Kalau sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda kelas pertama (SELAIN IJAZAH PERUBATAN/ PERGIGIAN DAN VETERINAR), semestinya akan ada pointer yang perlu anda capai untuk tukarkan kepada biasiswa atau minta kepada pengurangan bayaran balik.

Tapi, untuk Ijazah Perubatan/ Pergigian/ Veterinar, anda perlu LULUS dan TAK REPEAT, then terus convert biasiswa tapi dengan syarat, kena kerja dengan kerajaan (KKM) selama 10 tahun :")))

Bagi Sarah, sangat okay tau. Sebab percayalah, bila ambil medic ni, orang dah tak heran sangat dengan pointer, kebanyakan student aim untuk lulus tapi sebenarnya kita kena aim lagi tinggi lah kan?


So, habis je interview, Sarah rasa puas hati (alhamdulillah) sebab Sarah berjaya tanyakan soalan yang sangat bernas (rasanya, sangat bernas hehe) kepada penemuduga tu hehe. Mungkin, ada markah lebih ke? Sebabbbb antara tips untuk NAIL THE INTERVIEW (bak kata omputih), bila sampai je sesi Q&A, tanya soalan yang boleh tarik perhatian dia sampai dia rasa macam wow! Tanya soalan yang menunjukkan bahawa kau betul-betul nak biasiswa/ pinjaman tu. So, tu jelah kot pasal interview. Then, dia kata the result will be released in another 2 weeks. So, menunggulah aku..............



___________________________________________________________________________________


Hari Jumaat pagi (tak ingat berapa haribulan), aku dapat mesej dari SUK untuk check result kat portal. Huish, excited kemain.

Check check, alhamdulillah dapat. Bersinar-sinar mata aku time tu hehe. Terus call ibu dan ayah, inform dorang hehe. SUK bagi tempoh selama dua minggu tau untuk settlekan semua benda tu, tapi yelah sebab seminggu pertama, aku tak balik. Jadual penuh dengan kuliah. Nasib baik minggu kedua tu, aku cuti. Memang satu minggu tu, dari hari Isnin sampai Jumaat, tak cukup tidur weh. 5 hari tu asyik keluar pagi je. 3 hari daripada 5 hari tu, asyik balik malam je. Minta sign penjamin lah saksi lah, matikan setem dan banyak lagilah. Tipulah weh kalau tak penat.

Perkara ni jadi agak rumit bila SUK suruh kita buka akaun bank dulu (BANK MUAMALAT SAHAJA), baru boleh nak download borang-borang yang kena isi tu. Sebab Bank Muamalat ni tak semua tempat ada, ada kat bandar-bandar besar je.


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ingat ni.
Bukan senang untuk senang!
Bukan senang untuk dapatkan duit yang hampirrr percuma ni
(kena study dapatkan pointer bagus baru boleh jadi percuma, kan?)



Sampai je hari Jumaat, bertolak pukul 6.40 pagi gitu sebab takut jam kan, dah lah dari Nilai nak pergi Shah Alam huhuhu. Pagi-pagi tu pun dah jam tapi sebab keluar awal kan, alhamdulillah sampai lebih awal daripada yang dijangka.


Everything went well kecuali satu perkara. Aku terlepas pandang pasal yang pelajar dan penjamin-penjamin wajib TURUNKAN TANDATANGAN di setiap muka surat perjanjian! Nasib baik ayah aku perasan sebelum aku pergi serahkan borang tu semua. Padahal sebelum tu, aku dah mengeluh dah, "kalau lah masuk awal tadi, mesti dah boleh balik awal."

Rupa-rupanya, ada benda lagi tak settle. Sesungguhnya, tak semestinya benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita :")) alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pada hari itu.


Habis je serah borang, fuhhh lega gila wehhhh. Lega sangat-sangat, alhamdulillah.

So, sekarang tinggal tunggu duit masuk je hehe.

That's all about Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.


If you guys have any inquiries, drop me an email at seraasaharudin@gmail.com.

Thanks for reading, peeps!

XOXO

53 comments:

  1. Assalamualaikum saya nak tanye document yg discan tu perlu disahkan dahulu ke sebelum diupload?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau tak silap saya, tak perlu. Kita scan yang original punya. Kecuali ada satu dokumen tu, pengesahan untuk sekiranya ibu bapa tak bekerja kalau tak silap. Tu jelah. Maaf lambat reply.

      Delete
  2. Untuk tahun ni punya interview sesi 2, kitaorang kena jawab in english and dalam group. 1 panel 4 orang. Mula- mula datang terkejut juga la sebab bila baca semua kata dalam bahas melayu and one to one kan tapi tahu ni tiba-tiba grouping and in BI. Soalan juga dia tak tanya about Selangor and so on but their ask "what society and charity work what you have done" " Discuss about current issues in Malaysia". Tapi ini untuk zon utara, tak tahu la kalau zon lain macamana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooooo dah lain, tulah. apa yang saya share ni ikut tahun saya. tahun-tahun akan datang, memang boleh berubah hehe. ikut panel. tapi mungkin juga ikut zon. btw, all the best!

      Delete
    2. yes, maybe diaorang nak buat perubahan to look confident kita and so on but alhamdulillah I get the pinjaman sesi 2 ni

      Delete
  3. yeke awak ? lagi soalan ape je dia boleh tanye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya dia tanya " what is society and charity work what you've done" lagi dia tanya pasal leadership and sport kita sekarang atau pun kat sekolah dulu and dia suruh cerita about our course. Kalau discussion dalam group, dia suruh cerita about apa yang menarik ada dekat selangor tapi tak payah cerita pasal menteri besar and sultan semua tu. Ada kawan yang dia kata dia belajar bahasa arab tinggi and hafal quran pastu dia tebuk mana- mana surah lepastu kita sambung and then jawab soalan "kenapa awak nak pinjaman pelajaran negeri selangor" dalam bahasa arab :)

      Delete
    2. that student nail tak? yg belajar arab tu?

      Delete
    3. she said she managed to answer but dia kata banyak merapu haha, but Alhamdulillah both of us get the pinjaman sesi 2 ni :)

      Delete
  4. Boleh saya tau biasiswa ni dpt selepas daftar masuk Universiti atau sebelum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas daftar universiti. Even nak apply pun, pastikan dah daftar masuk universiti (if 1st year student lah). Kalau dah tahun 2 ke tahun 3 ke boleh apply bila pihak SUK buka untuk permohonan.

      Delete
  5. Assalamualaikum.duit masuk after dah selesai semuanya agak lama tunggu atau masuk cepat?harap boleh jawab😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Depends. Pihak SUK ada beritahu tak bila duit masuk tempoh hari? Biasanya pihak SUK akan inform bila paling awal duit akan masuk. Kalau tak silap saya, ambil masa hampir sebulan juga selepas serahan borang di pejabat SUK.

      Delete
  6. Tumpang tanya. Setahun kita dapat dua kali kan. Berapa lama tempohtu and berapa banyak duit kita dapat sekali dia bagi tu ? Maaf la soalan pening sikit hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit pinjaman akan dapat setiap hujung bulan Februari/ awal bulan Mac dan hujung bulan Ogos/ awal bulan September. Jumlah pinjaman bergantung kepada berapa dalam perjanjian kita. Kan ada dia bagi untuk diploma berapa, ijazah berapa, ijazah perubatan/ pergigian berapa. Jumlah setahun bahagi dua. Itulah jumlah yang kita dapat setiap semester.

      Delete
    2. Maknanya mcm sem 2 dlm bln 2 atau bln 3 la kan?

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Result untuk every sem kena bagitahu dekat lembaga kan? Nk bagitahu tu macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh email ke tkwbns@selangor.gov.my atau pos atau serahan di kaunter pinjaman pelajaran pejabat suk

      Delete
  11. Salam nk tnye.. tarikh penyerahan dokumen lepas berjaya ke sesi interview tu kene pass kat dieorg within 2 weeks ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ada tak dapat makluman bila tarikh untuk serahan dokumen? Time saya dulu, pihak SUK dah tetapkan bila. Selepas berjaya interview, tunggu makluman yang kita dapat ke tak tawaran pinjaman. Then, lepastu baru settlekan semua dokumen yang dia nak. Kalau masih tengah tunggu jawapan, takde apa2 dokumen yang nak kena hantar.

      If I'm not mistaken.

      Delete
  12. boleh saya tahu lebih lanjut mengenai inteview ini sebab pada 05/04/2018 ini saya akan hadir seis temuduga . Saya berasa nervous pulak....

    ReplyDelete
  13. Hi. Tumpang tanya, syarat pinjaman ni mesti yang dah berdaftar sbg pelajar shj kn? Jadi klau sebelum tu bayaran yg lain ditanggung sendiri ye? Memandangkan syarat lain pinjaman ini jugak adalah "tidak terikat dengan mana-mana pinjaman".

    Sbb saya rsa mcm takut pulak sbb if incase tk dpt, tkthu mcm mana nak bayar >_<"
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I'm sorry for late replying. Haah, pelajar yang dah berdaftar. Means, kalau masih menunggu untuk masuk degree 1st sem, belum berdaftar lah. Tapi kalau dah sem 2,3,4,5 tu dah berdaftar lah. And yes, kalau sebelum tu tanggung sendiri lah.

      Tidak terikat dengan mana-mana pinjaman maksudnya, kadang2 ada students ambil PTPTN before apply pinjaman Selangor ni. So, once dah dapat offer pinjaman Selangor, kena terminate kan PTPTN tu.

      Saya menjawab soalan ke? Kalau tak, boleh jelaskan lagi. Kalau ya, alhamdulillah hehe.

      Delete
    2. Assalamualaikum saya kurang jelas maksud sem2, 3,4 dikira berdaftar. Kalau dftr utk sem1 x dikira ke?

      Delete
  14. Hi. Terima kasih sangat membantuu.

    So mksudnye saya boleh apply PTPTN dulu lah ye msa apply pinjaman Selangor ni?
    After dpt offer pinjaman Selangor, bru terminate PTPTN?

    So mksud saya boleh apply both?

    Terima kasih lg sekalii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, setakat yang pihak SUK maklum ketika taklimat serahan borang perjanjian, begitulah. Untuk course perubatan, pergigian dan veterinar, dibenarkan untuk ambil PTPTN dan dalam masa yang sama mohon Pinjaman Pelajaran Selangor.

      Awak boleh contact SUK untuk confirmation. Saya takut, polisi tahun ini berubah atau saya sendiri yang tersalah maklumat hehe. Semoga berjaya!

      Delete
  15. hi assalamualaikum. saya nak tnya pinjaman ni boleh dibuat selepas pendaftaran di universiti atau selepas mendapat tawaran ke universiti? maaf kurang jelas

    ReplyDelete
  16. HI ASSALAMUALAIKUM. PERLU BUAT SURAT TUNJUK SEBAB KE KALAU PRESTASI MEROSOT??

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..hai..saya tak faham cara upload salinan sijil dan part yg last tu..lepas upload memang tak keluar balik ke apa yg kita upload tu..untuk kita confirm kan yg kita dah upload?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.. Nk tanya klu interview dkt usim.. Kt mana tempat spesifik dia?? Dekat dewan canselor ke, bilik mesyuarat ke atau tmpt lain??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.. tertanya2 jg..usim tu buat kt mne??

      Delete
  19. Assalamualikum nak tnya, kalo kita tak bawa borang permohonan semasa interview takpe ke?

    ReplyDelete
  20. Saya nak tanya..masa penyerahan perjanjian tu mmg peminjam kena ada sekali ke..atau boleh suruh penjamin tlg serahkan..

    ReplyDelete
  21. salam saya nak tanya.sekarang dah nak masuk 2 bulan dah start sem tapi pinjaman xmasuk lagi.haritu dah call pejabat dia kata pelajar usim lambat sikit.katanya mungkin bulan depan masuk.😥😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya submit dokumen 22 oktober. Harini dah disember masih belum dapat duit pinjaman. Usim akan dapat bila ya tahu tak?

      Delete
    2. Assalamualaikum, sorry for the late reply!

      Awak peminjam baru ke? Cuba call pihak SUK untuk info. Sebab saya peminjam lama, tahun ni tahun ketiga, so memang masuk every sem setiap bulan 3 dan 9.

      Delete
  22. Salam. saya nak tanya sikit pendapat.Saya ada dapat pinjaman YS ni tapi at the same time dapat ptptn jugak. so saya nak batalkan salah satu secepat mungkin takut kena tarik. So, awak rasa better amik ys ke ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok komen selepas ini untuk contact tentang Yayasan Selangor. Sebab Yayasan Selangor tak sama dengan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 😊

      Delete
  23. Hi,
    Ni bukan Yayasan Selangor tetapi Pinjaman pelajaran negeri selangor; ade beza :)
    Sy pun peminjam pinjaman ni tahun 2012, kalau ada soalan, boleh emel sy sitinorsyazwani91@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Hi boleh saya tahu selepas dapat keputusan exam, mcm mana nak hantar result ya? Melalui email atau pos? Terima kasih

    ReplyDelete
  25. salam. saya nak tanya kalau dapat tajaan JPA, macam mana nak batalkan pinjaman selangor ni? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. waktu saya dulu, dia beri taklimat, jika nak batalkan perjanjian dengan TKWBNS, kena bayar lump sum (bayar penuh) jumlah duit yang kita dah dapat sebelum-sebelum ni.

      Contoh, kalau dah 3 sem dapat duit dari TKWBNS, ketika sem ke-4 nak batalkan, kena bayar jumlah duit 3 sem tu secara penuh, tiada ansuran. Faham ke?

      Delete
    2. dan boleh call pihak SUK untuk confirmkan cara-cara ya. minta maaf, saya tidak bekerja bersama SUK.

      Delete
  26. Salam Sarah, bhagian t.tgan penjamim 1 &2 diisi..mcmna Pula bhgian lembaga Tu..tinggalkan kosong ke..

    ReplyDelete
  27. Hello sis, saya interview tahun 2020 serahkan borang hujung Januari sampai sekarang duit tak masuk2. Dh nak start sem 2 dh tp sem 1 pon x dpt2 hmmm. Btw result every sem ke emel kat dorang eh?

    ReplyDelete
  28. hai sis , untuk duit pinjaman yang masuk ke akaun, pihak pinjaman selangor akan inform dahulu kepada peminjam yang duit dah di kreditkan ke akaun peminjam atau tidak ye untuk setiap sem ?

    ReplyDelete
  29. Nak tanye, result semester kene upload dekat mane ye?

    ReplyDelete
  30. Nak Tanya waktu bayar balik pinjaman ni kene bayar berapa percent ye

    ReplyDelete