Sunday, February 4, 2018
Naluri
Naluri ini berkata lagi,
Bahawa rasa-rasa itu belum mati,
Dari sanubari sang hati.
Untuk apa mencari,
Jika sekadar sebagai pengganti,
Sebuah jasad yang telah pergi,
Yang hatinya masih lagi menghuni.
Berkali-kali menolaknya,
Naluri itu tetap dengan kebenarannya.
Jasad itu menolak.
Namun naluri itu tidak mengelak.
Kerana roh ini,
Saling mengenali.
Wahai hati,
Wahai sanubari,
Usahlah lagi berteka-teki.
Pergilah--
Terbanglah--
Hilanglah--
Segala kekeliruan hati.
Usah terus menolak,
Hakikat yang tidak dapat dielak.
Aku yakin,
Rasa itu belum pergi,
Walau ia terlalu sakit untuk dirasai.
Sayang selalu,
Sarah Saharudin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment