Friday, February 9, 2018

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 3)


Buat yang belum sempat baca?

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 1)
[TRAVEL] shamsimXsabah (part 2)


Hari ketiga:

5.15 pagi... *alarm berbunyi*

Tangan mencapai tanpa sedar,
Button 'snooze' ditekan buat berkali-kali,
Tiga jasad terus tidur mati.

6.00 pagi.

"Wehhh, pukul 6 dah weh!"

Semua tersedar daripada mimpi masing-masing.

Sorang gerak ke bilik air.

Sorang mengomel dalam hati,

"Macam mana boleh tak sedar jam dah bunyi ni!"

Sorang terduduk kejap, masih lagi di awang-awangan, rasa macam nak sambung tidur semula.

6.30 pagi nak check out woi! Punah tentatif sebab kitorang lambat ish lahaaiii...
Tulah, kengkonon semalam dah tidur dari lepas maghrib sampai pukul 1.00 pagi. Terjaga, terus mandi dan makan. Pukul 2 lebih baru tidur balik. Ingatkan dah cukuplah tidur?

Kelam kabut bersiap. Air shower ni perlahanlah pulekkk, orang nak cepat ni haa. Barang tak kemas lagi, fikiran mula menjadi serabut! Serba tak kena sedangkan semua perkara boleh settle sepantas memetik jari je jikalau tenang.

Pukul 7 lebih baru check-out. Untuk bilik aku.
Sebelum keluar, cari kunci. Dalam hati berdialog,

"Ohh, mungkin Najeebah dah ambik kot kunci dah check-out kan sekali. Semalam, dia yang naik bilik paling awal. Lagipun, malam semalam tak keluar mana-mana. Berhibernasi je dalam bilik, kepenatan."

Ya, memang panjang itu aku berdialog dalam hati. Selamba je bawa turun luggage nak masuk dalam van. Otw ke tangga,

"Cik, cik belum serahkan kunci."

Allah... Cik Jeebah kita lupa kot.

"Takpe, nanti saya naik balik ye. Kunci mungkin ada pada kawan saya."
"Okay, cik."

Letak luggage kat bonet van.
Semua orang dah tunggu! T.T
Matilah nakkkk... Lambaaattt...

"Bah, kunci kau belum bagi lagi eh?"
"Kunci apa weh? Kat aku ke?"
"Kat kau lah kan? Kau yang naik bilik paling awal semalam sebab nak pergi toilet."
"Tapi takde weh dalam beg aku. Aku campak atas katil je."


Ahhh, sudah.. Nak kena cari lah ni?
Takpe hati, tenang.. Semua masalah boleh diselesaikan. Ini masalah kecil je.

"Cuba check kat beg kau."
*mencari*
"Takde weh!"

"Jibo, kau ada nampak kunci bilik tak?"
"Tak nampak pun weh. Jap aku cari dalam beg aku."

Pengarah mula bersuara,

"Korang ada keluar mana-mana ke semalam?"
"Takdeee... Kitorang tidur terus lepas maghrib. Memang tak keluar mana-mana lah cerita dia."
"Kalau macam tu, hilang dalam bilik jelah. Dah check bilik?"
"Tadi dah check, memang takde apa-apa."

Apa lagi, aku pun lari naik atas takut receptionist tu cuak kitorang larikan diri tak serahkan kunci bilik, kang nayaaa lak kang. Dalam hati dah berdebar takut kena marah. Aku pun dah mula lah overthinking membayangkan muka marah dia, nada suara dia yang tinggi, HAHAHAHAHA sungguhlah terlebih imaginasi.

"Errr, kejap eh cik. Kunci hilang pulak, nak cari kat bilik."
"Ohh, takpe takpe. Cari dulu ya."
Tenang receptionist itu membalas.

Geledah bilik, tolak katil ke tepi. Tidak dapat dikesan.

"Ahh, cerita dia mesti ada kat beg sesape ni. Memang hilang kat bilik je. Kalau takde kat bilik, ada kat beg salah sorang antara kami bertiga. Aduhaaii, sorry lah korang. Dah lah bangun lambat, siap lambat, check-out lambat. Kunci pulak hilang. Serba salah gila ni."

Aku bermonolog sendiri lagi. Riak di wajah dikawal supaya kelihatan tenang.


"Weh, kat bilik takde lah. Dah check dah, dah kibas-kibas dah atas katil tu. Cuba check luggage masing-masing pulak."
"Meh aku check beg aku lah weh, sebab aku yang kemas atas katil tadi", Jibo bersuara.

Dikeluarkan segala isi perut beg Jibo kat tangga hotel. Ahh peduli apa, kena cari juga. Hasilnya, tiada. Jeebah pulak check beg dia, pun tidak dapat dikesan. Giliran luggage aku,

"Ni kalau dalam beg aku ni, mati aku."

Dikeluarkan luggage terakhir penghuni kamar 102 (kalau aku tak silap), digeledah. Fuhhh, selamat takde dalam beg aku. Persoalannya, di manakah kunci ini berada? Naluriku berkata dengan yakin bahawa kunci tersebut pasti ada dalam mana-mana beg antara kami penghuni kamar 102. Haishhh... Nak teruskan mencari atau bayar je ganti rugi? Ditanya tadi, ganti rugi untuk kunci yang hilang RM50. Kami bernasib baik kerana receptionist hotel tu masih lagi tenang siap memberikan idea untuk kami mencari kunci tu lagi.

"Sudah digeledah semua luggage-nya? Tak apa, cuba cari satu per satu."
Tenang... Setenang... Tenang seperti apa ya?
Tong sampah kat bilik pun digeledahnya. HAHAHAHA sebab kitorang tak sanggup nak geledah, pardon us.

Setenang-tenang receptionist itu, tetapi tidaklah tenang kawan-kawan kami. Alahaii, kesiannya kena tunggu lama. Semua sebab salah kitorang yang agak cuai T.T Gerak hati aku kata, nak cari lagi. I mean, properly. Sebab semua tadi cari dalam keadaan yang gelabah + serba salah + takut. Jadinya, kemungkinan untuk terlepas pandang tu memang tinggi! Tapi di sudut yang lain, dah lambat ni, tak breakfast lagi. Kesian pulak... Nak bayar terus ke? RM50 tu memanglah kongsi 3 orang tapi kalau tak, boleh beli benda lain kottttt...

Najeebah: "Takpelah, kita bayar jelah. Ada orang dah bising tu."
Aku: "Serious kau nak bayar?"
Najeebah: "Dah tu, takpelah bayar jelah." (dialog ayat ini diubah hehe)

Dengan rela hati, aku dan Jibo pun bersetuju.

Tiba di kaunter,

"Sudah dicari di semua beg-begnya? Dicari satu per satu?"
"Dah tapi tak jumpa, tak tahulah kat mana. Kalau terjumpa, boleh pulangkan ke?"
"Ya, boleh. Kalau kamu jumpa kuncinya, boleh saja pulangkan semula dan kamu dapat balik RM50 ini."

Ohhh, boleh lah begitu. Okay takpe, kita cari juga sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu. Yelah, gila kau! Perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu memakan masa hampir 3 jam tau! Baik jumpa harini sebelum balik. Kebetulan pula, tentatif harini cuma jalan-jalan kat area ni je, at least tak jauh sangat.

"Okay, kami minta maaf. Terima kasih ya."
"Ya, sama-sama..."


Dua pilihan diberi pada awal pagi 18 Januari 2018.
We are free to choose but we are not free from the consequence of choices. So? Aku nak in a bad mood or in a good mood? We choose and what we choose will affect us. So, I choose to be a stress-free person and in a good mood but at the same time, I was thinking about the keys. I believe, the keys must be in one of our bags je, tak lari mana pun.

"Weh, kita kena cari balik kunci tu kat mana?"
"Pastu, kau nak buat apa?"
"Kita kena pulangkanlah dan dapatkan balik RM50 tu."
"Gigihnya lah kau. Tah mano kunci tu, biar jelah."
"Ohh eh, hmm okay."


Jauh di sudut hati,

"Takpelah ya Allah, ada rezeki, ada."

Sambung sembang seperti tiada apa yang berlaku...
Kitorang sambung perjalanan ke Sabah Tea Farm atau bahasa Melayu nya, Ladang Teh Sabah!

Entrance fee: Free of charge!

Boleh nampak Gunung Kinabalu juga (tak habis-habis dengan Gunung Kinabalu eh). Aku sedikit excited sebab tak pernah lagi pergi ladang teh hatta kat Cameron pun sebab selalu pergi Genting je (kaitan sangat). Cuaca kat situ, sejuk lah macam biasa. Tapi mungkin aku dah sedikit teradaptasi dengan cuaca sejuk pada minggu itu, so tak rasa sejuk gila pun. Sejuk kat Sabah tak sama macam sejuk kat Semenanjung lah aku rasa. Sejuk kat Sabah macam fresh fresh gitu, kat Semenanjung sejuk macam air-cond. Padahal suhu sama je. Entah, ke aku yang salah menilai?


Tenang dirasakan pada ketika itu,
Cuaca yang sejuk,
Rembunan yang hijau,
Awan yang putih biru,
Kombinasi warna ini sangat menyejukkan mata, menenangkan hati.



Cepat cakap, which one is beautiful?
The view OR the people in the photo?!?!

Lol. I'm just kidding :p
Of course lah dua-dua cantik kan (bagi chance lah, ni blog sis).

Kalau boleh nak jalan lagi sampai bawah tu tapi lecak sikit sebab baru lepas hujan. Sis tak berani takut tergelincir. Tapi rasa nikmat yakmaattt pergi sini!


Caption: Honeymoon with love
Hehe, nak tunggu honeymoon bebetul lama lagi kan. Kita acah dulu kahkahkah!





Gaya macam aku pergi berdua dengan Jeebah pulak kan XD
Mana yang lain? Yang lain sedang syiok berphotoshoot lah sebab scenery lawa gila! Ya, memang gila, sis tak typo.


Cubaan pertama berphotoshoot dalam KOTAK ini

"Terkejut bapak nakkkk..."

Tah apo yang direnung tah

ARGHHH! I LOVE THIS PHOTO LIKE CRAZEHHHH BAYBEEHHH!

Okay, gegirls turn pulak.
Tapi Fab takde. Sobs.


"Naik pelan-pelan Datin, jatuh nanti menangis Datuk kang." -Sofia

Gambar ni comel sangat! Find Najeebah :")))

Orang suruh tutup muka, aku tutup hidung macam prevent fogging pulak

"Weh, gaya apa pulak?"

"Okay, so, what's now?"

Tangan aku tu macam, "Jemput terjun, Sofia."

Done with Ladang Teh, kitorang pergi kat bahagian belakang sikit, ada rumah panjang. Dapatlah tengok rumah panjang sebenar kat Sabah walaupun tiada penghuni sebenar.


"Okay, kita nak buat apa kat sini?"


"I have no idea what is rumah panjang." Lol


"Ahhh, ini lah rumah panjang rupanya.."


"Kirin, pandanglah depan acah candid kot ye pun.."


Terjumpa satu gazebo di tengah-tengah tasik buatan yang cantik yakmatt! Dikelilingi bunga teratai layu di tasik madu acewahhh. So, apa lagi, 1, 2, 3 posing >.<

Done with Sabah Tea Farm!

Next destination, we went to Poring Hot Spring!

Entrance fee: RM3/ person

Otw dari Sabah Tea Farm ke Poring Hot Spring lebih kurang dalam 20 minit lah gitu. Sesampai je kami di situ, aku macam biasa lah excited nak main air (Sarah, apa je tak excited). So, kitorang pun angkut lah barang nak pi tukar baju mandi sat. Dah siap tu, datang lah van balik untuk letak barang... Sampai je kat van, aku terdengar suatu kekecohan berlaku,

"Aku tak mandi kot, nak pergi hantar ni haa."
"Dah cakap belum dengan abang tu?"

I be like... What the hell is going here? Please, somebody tell me what's happening here?

Aku: "Apa benda ni?"
Jibo: "Ni haa kunci dah jumpa."
Aku: "WHATTTT?!?! SERIOUSLYYYY?!?! Jumpa kat mana?"
Jibo: "Kat beg aku."
Aku: "Bukan tadi dah cari tapi tak jumpa eh Cano lak boleh ado?"
Jibo: "Tadi aku geledah balik, tak perasan kat tepi tu..."

Dalam hati, alhamdulillah, dapat balik RM50 si Jeebah tu ehehehe.. Alhamdulillah, ada rezeki kami. See, bila Allah kata ada, kot mana pun tetap ada. Mujur masih kat area situ, belum balik KK. Dan alhamdulillah, driver van kitorang SANGAT baik hatiiiii offer tolong hantarkan kunci hotel tu ke Ranau semula dan berkata,

"Takpe, kamu semua pergilah mandi. Biar saya sorang je yang hantar kunci ni. Dekat saja dalam 20 minit."

Alhamdulillah for all the nikmat You gave us, Allah :'))))

Maka, bermandi-manda lah kami di sini dengan gembiranya ehehe.. Uniknya kat Poring ni ialah,

Ada dua jenis tempat mandi. Tempat mandi air panas dan air sejuk.

Kebanyakan mat salleh den nengok, ramai pergi mandi air panas. And guess what?
Tempat mandi air panas tu, ibaratkan satu bulatan dibahagi empat. So, satu bahagian tu, nak mandi sorang boleh, nak mandi dengan kawan boleh. Kiranya, tak kongsi dengan public. Best kan? Sebab ada privacy. Ada juga yang boleh mandi dengan public tapi tak ramai orang sebab masing-masing nak privacy lah of course. Kau nak gosip berdua pun boleh. So, pilih je mana yang kosong lagi, orang tak tadah air pastu tadahlah air tu. Ikut nak banyak mana, nak suam suam kuku ke, nak air panas semata-mata ke nak air sejuk saje ke ikutlah, pastu buka je pili air tu. Best!


Itu untuk air panas.

Kalau kolam air sejuk dia pulak, bayar lain harga tau.

Entrance fee mandi kolam air sejuk: RM3/person


Apa yang uniknya mandi kat kolam air sejuk di Poring Hot Spring ni?
Air sejuk ni ialah air dari sungai! Tapi dia buat dalam bentuk kolam, got it? Maksudnya, kau macam mandi kolam macam biasa tapi air kat kolam tu bukan chlorine water tapi air sungai. So, sejuknya memang sejukkkkk gilaaaaa! Ya, sejuk gila. Tapi nak masuk mula-mula je sejuk. Lepas dah masuk tu, biasanya kan kalau kita keluar daripada air, kita akan sejuk gila menggigil-gigil kan? Tapi tidak di sini. Rasa macam biasa je, tak sejuk langsung menggigil-gigil pun. Ada slide kecik kat sini, so boleh lah nak fefeeling budak kecik jap. Hehe.

Seronok main air!

Sebab air sungai.

Kebetulan pula time kitorang pergi tu adalah hari weekdays, so, memang tak ramai orang. Tourist yang datang majoriti mandi air panas. Yelah, cuaca kat negara dorang kan sejuk, sekali sampai Malaysia panas yakmat pulak kan (yeke?). Haa gitulah ceritanya.

Cennilah ghoman tempat mandi air panas tu

Kecik tapi boleh muat sampai 5 orang wowerzzz! Siap main siapa tahan nafas paling lama lagi kahkah!


Ayat kat bawah tu catchy sangat XD


Dengarnya, kat sini ada kawasan air terjun and kalau tak silap aku, dulu ada canopy walk tapi time kitorang pergi tu dah tutup :( So sad, baru nak acah jap.

Kat jambatan masuk tu, bawah jambatan tu adalah air sungai. Cantik bakhang! Dengar bunyi air, sambil menghirup udara fresh gitu, fefeeling jap time aku lalu tu.




Kitorang berendam kat sini hampir 2 jam jelah, tak lama sangat. Cuaca time ni pun sejuk sejuk gitu, mujur tak hujan/ terik, alhamdulillah... Pukul 1 lebih, kitorang bertolak balik ke Kota Kinabalu.



Cuba tengok kabus ni, tebal kan? Kalau tengok real, memang tebal tahap opaque dah. Bukan translucent lagi. Ibarat macam atas flight bila yang atas langit tu, gitulah.



Lepas lunch, kami pulang ke Kota Kinabalu.
Dengan hati yang berat, ku relakan jua kepergianku ke Kota Kinabalu. Yelah, entah bila lagi lah nak sampai Sabah ni kan. Bukan selalu. Banyak memori tercipta kat Kundasang dan Ranau! Rindduuuuu sangattt T.T

Sampai Kota Kinabalu lebih kurang pukul 6 lebih gitu rasanya. Nak dekat maghrib time tu. Kat Sabah kan awal sejam waktu solat daripada Semenanjung, so memang gelap macam pukul 7 lebih lah time tu padahal baru pukul 6. Kalau kat Semenanjung, pukul 6 memang terang lagi.

Check-in hotel (Hotel Sadong 88) lepastu rehat dan bersiap untuk pergi dinner pulak.
Dah sampai KK, kitorang sewa kereta untuk dua hari setengah lah lebih kurang dari malam hari ketiga sampai hari kelima. Ada 2 kereta (Saga dan Bezza). Ngam ah untuk kitorang 10 orang ni.

Kalau tak silap aku,

Total sewa kereta: RM550, RM55/person.

Tapi itupun ada lebih. Siap boleh bayar duit saman (tak pasal-pasal kena saman sebab tak beli tiket parking) dan duit minyak.

Malam tu, kitorang dinner kat Anjung Senja.
Kat sini, semua restoran jual seafood.. I see fooooooddd.... Puas gila makan seafood! Aku jelah, yang lain besye-besye kot.. And guess what? Kitorang jumpa kawan masa tamhidi juga. Nama dia Zakiah panggil Zack, orang Sabah. Aku tak rapat pun tapi kenal lah. Sebabkan kawan-kawan shamsim aku yang lain ni dulu pernah sekuliah dengan Zack, so depa lah yang lebih rapat dan kenal.

Plan asal nak makan kat sini hari keempat, esoknya. After snorkelling, tapi kitorang tukar sebab takut esok tu tak sempat kepenatan.. Dan cerita dia, memang pun. Ada agenda lain malam tu.

Kitorang makan set RM355, RM32/person.
Ada semua seafood! Air ada 3 jenis siap boleh refill wehhhh, memang time dah habis tu, minta dia refill padahal masatu dah kenyang melantak. Benda free kan, ambik jelah. So, bawa balik hotel kehkeh.

Ada ketam, sotong, udang, kerang, ikan! Aku rasa, aku sorang je yang melantak time tu, yang lain semua kekenyangan.. Maklumlah, tangki besor tapi makan lambat lah macam biasa hehehehe... Puas hati, alhamdulillah. Highly recommend ah tempat ni, mantap!

Tempat dia cantik, sebelah jeti gitu lah. Aku tak pasti kenapa takde lampu, kalau ada mesti lagi nice view dia. Siang mungkin cantik sebab nampak? Kalau candle light dinner memang nice lah!


Zack (kiri) dan Kirin (kanan)




Thank you Zack layan kitorang hahahaha :D
Lepas makan terus balik hotel sebab semua orang penat teruks. Malam tu, buat pertama kalinya di Sabah aku tidur awal (tapi tak segar pun bangun pagi). Excited untuk keesokan harinya sebab hari keempat kitorang pergi snorkeling! Nantikan di next entry okay? Ada kisah di sebalik shamsimXpulausapi.


To be continued...
Stay tuned XOXO



No comments:

Post a Comment