Saturday, June 9, 2018

Feeling bad for myself

It's heartbreaking after knowing some of my friends are struggling with their life, some of my friends are having some personal problems. Like, if I compare my problems with their problems, sebenarnya takde benda pun problem aku tu haha.

How I wish I could help them. I'm such a bad friend.

Lulus yang gagal. Do you get what I mean?

This post is general. Literally, general. I'm speaking about all of my friends. My best friends, my schoolmates and even my current batchmates.

Aku terfikir, Allah memberikan aku peluang for sometimes, aku (kind of) jadi orang tengah untuk sesuatu masalah and some of my friends meluahkan perasaan (masalah) mereka. I know they aren't hoping for a solution from me, they just want to express their feelings. Mereka cuma mahu difahami, mahu ada orang mendengar dan hanya mahu melepaskan apa yang terbuku di hati. But somehow, I feel obligated to give one or at least comforting them. But I'm afraid, apa yang aku cuba sampaikan, tak sampai dari hati. Kerana aku percaya, apa yang datang dari hati kita mampu menyentuh hati orang, kalau kita ikhlas. Tapi lepastu, aku fikir lagi, itu semua atas kehendak Allah. Kita ni sebagai perantara je, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, itu semua atas izin Allah. Andai ada antara daripada perbuatan kita atau percakapan kita atau perlakuan kita yang mampu menyentuh hati seseorang pun, itu semua atas izin Allah.


Membenarkan sesuatu perkara itu terjadi.
Dengan cara, Dia menggerakkan hati seseorang untuk merasa sesuatu.


Allah juga memberikan aku peluang untuk berfikir. Berfikir sedalam-dalamnnya tentang kehidupan yang seolah-olah kita tidak akan jumpa jawapan untuk setiap sesuatu perkara. Kerana jawapan yang pasti ada di akhirat yang pasti.

Tak semua perkara kita boleh persoalkan, melainkan dengan cara kita menerima dengan hati yang redha serta tidak menyalahkan takdir. Dan sesungguhnya, untuk sampai ke tahap redha dan tidak menyalahkan takdir adalah tahap yang paling tertinggi. Tidak semua mampu sampai ke tahap itu, termasuklah aku.


I feel bad being a friend, yang hanya mementingkan diri sendiri, life sendiri tanpa mengendahkan keadaan sahabat-sahabat lain di sekeliling. Tapi lepastu aku fikir, bukankah semua orang diuji? Dia akan terus menguji dan kita akan terus diuji. Bukankah setiap manusia itu melalui ujian yang berlainan? Then, I get confused.

Hakikatnya, selagi masih boleh bantu, kita bantu. Sekurang-kurangnya dengan mengirimkan doa, continuously. Seandainya kita tidak mahu sahabat kita jatuh tersungkur, kita juga jangan tersungkur dalam mengirimkan doa kepada mereka.

I'm sorry for being a bad friend for you. I'm still trying to be the best one but I know, I won't.
I know life is full of a lots up and down.
I dedicated this song to all of my friends.



No comments:

Post a Comment