Friday, April 29, 2016

Kisah Tamhidi *Part 1*



AWAS! POST INI SANGAT PANJANG, HARAP BERSABAR KETIKA MEMBACA ;)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Vahh vahh long time no see yaa!


Alhamdulillah, finally just graduated from Tamhidi last two weeks. Ceh, graduate. Okay lah just finished.



I cannot deny being a Tamhidi student taught me a lotttttt of thingsss.. Especially, ilmu kehidupan. Yeah, ilmu kehidupan yang 50% sebenar. Lagi 50% tu cari time degree dan seterusnya alam pekerjaan. Ilmu kehidupan is kita jumpa pelbagai orang dengan macam-macam ragam. Macam-macam kerenah macam-macam fikrah macam-macam macam-macam lah. Tapi rasanya takdelah 50% tepat kott ahahaha alah abaikan jelah berapa peratus pun.



So, tamhidi ni asasi sebenarnya cuma kat USIM, kami panggil tamhidi. Bahasa arab. Sebab tu panggil tamhidi. Serba sedikit pengetahun mengenai tamhidi untuk adik-adik yang bakal memasuki USIM.



USIM menawarkan 5 program pengajian tamhidi.

1. Tamhidi Perubatan (KTM)
2. Tamhidi Pergigian (KTD)
3. Tamhidi Sains dan Teknologi (KTS)
4. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (KTL)
5. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (KTAC)



So, basically, tamhidi perubatan, pergigian dan sains dan teknologi akan belajar subjek yang sama je sebenarnya. Tak semestinya yang study tamhidi medic menjamin 100% dia akan ambil medic time degree. Pointer must be above 3.5 untuk melepasi degree medic. So, sape-sape je yang dari tamhidi yang ambil sains subjek boleh je nak mohon medic ke dentist ke even ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST) serta Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina time degree.


Yang penting, pointer must be above 3.5. Senang kan? Nampak je senang... Saingan agak kuat ya batch kali ni (2015/2016). Batch akan datang tak tahu macam mana. Dan kemungkinan besar, akan datang nanti USIM berura-ura untuk menggabungkan terus tamhidi perubatan, pergigian dan sains dan teknologi tu menjadi satu course je iaitu Tamhidi Sains (mungkin nama dia bukan yang tu. mungkin lagi sedap kot) tapi kiranya nanti dah takde keistimewaan untuk budak tamhidi medic or dentist untuk masuk degree.


Kenapa? Sebab yang kami diberitahu, contohnya, kalau ada budak tamhidi medic dan sc tech yang mohon degree medic keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang ambil tamhidi medic dulu berdasarkan beberapa syarat dan kelayakan lah. Wallahua'lam. Tapi, sebenarnya nak cakap, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. So, just usaha and keep praying!


Ohh lupa nak mention, untuk further ke degree medic di USIM ni, ada kuota. That's the reason why I mention about saingan just now, it is because of QUOTA.


Kebiasaannya, student tamhidi ni akan duduk di Kolej Kediaman Nilam Court which is located at Nilai Impian near to Nilai 3. Kolej kediaman yang paling jauh dari kampus but jangan risau there will be number of buses provided. Tapi ada lah jadual nya. But serious talk, jadi budak yang duduk kat Nilam Court kena banyakk bersabar. Sebab masalah bas tu dah common dah. Too mainstream, so better tak payah ah mengeluh, kau sabo je. Nanti Allah reward :)



So, KKNC ni macam rumah pangsa. Ada 5 tingkat. Dapat tingkat paling bawah best ah. Dapat paling atas, selamat lah ya! Aku punya Blok B, Tingkat 4, Rumah 3. Basically, KKNC ni ada 3 bilik. Bilik 1 paling besar dan paling ramai. Alah, taklah ramai sangat. Adalah dalam 4 orang. So, dia jadi sempit sikit lah sebab ramai. Tapi, tak jadi masalah pun. Bilik 2 lah paling best. Kecil daripada bilik 1 tapi besar daripada bilik 3. Dahlah duduk 2 orang je. So, memang best ah. Aku dapat bilik tu. Best best. Bilik 3 pun duduk 2 orang juga tapi kecil sikit daripada bilik 2. Tapi so far so good.


Satu rumah ada 8 orang lah gitu. Ada 2 tandas. So, jangan berebut. Ni bukan asrama. Buat macam rumah sendiri je nanti. Tapi, nasihat aku, tolonglah jaga kebersihan. Kebanyakan rumah yang aku tengok, perghh sakit mata. Korang decide lah sape nak sapu harini hari esok hari hari seterusnya, sape buang sampah dan sebagainya. Jangan lupa buatlah gotong royong rumah sekali sekala. 



Sebab masuk sini, peraturan tak ketat sangat. Tak tahulah kot dah berubah lak zaman korang kan. Tapi time aku, kitorang takde record keluar masuk. Kiranya nak balik bila-bila masa boleh asalkan antara pukul 6 pagi-12 malam. Sebelum pukul 12 malam dah kena balik (kalau nak balik). Walaupun takde peraturan yang ketat sangat, janganlah sesuka hati buat peraturan sendiri lak. Jagalah adab sebagai seorang manusia. Jangan jadi syaitonnnn pula!



Oh yaa, depan KKNC tu ada tasik. Kena jalan kaki lah kalau nak pergi. Tak jauh sangat. 5 minit sampai. Bolehlah nak jogging ke nak tenangkan fikiran ke. Best best. Boleh riadah (kalau ada masa). Aku tak pernah riadah pun sebab jadual pack. Kelas start pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Hari Jumaat je awal sikit, habis pukul 12.30 tengah hari sebab solat jumaat. Tapi, takdelah penuh jadual tu untuk satu minggu. Adalah jadual eh. Ikut nasib lah.



Time aku, sem 1, start hari Rabu, dapat balik awal. Sem 2, hari Selasa je dapat balik awal. Yang lain semua 5.30 petang. Balik petang malas sikit sebab kena rebut bas. Sebab tu malas hahahahahahaha.



Lecturer-lecturer Tamhidi baikkkkkkkkk sangatt. Tak tahu nak describe macam mana lagi. Mereka mengajar style 50-50. 50 macam guru sekolah (terang satu satu sebab kita kan dalam proses peralihan), 50 style lecturer time degree. Tapi serious, lecturer Tamhidi tak dapek do kek tompek lain. Only in Tamhidi. So, hormat lecturer pun jangan lupa! Jangan pikir ekau dah bosa dah boleh nak berlagak! Jangan risau, kelas tak pernah sampai malam. Lecturer pun taknak weh buat kelas malam.



So, alhamdulillah, malam memang free lah. Takde sape kacau. Takde replacement class time malam. So, malam malam siapkan lah tutorial, preview and review lecture notes andd kalau ada discussion buatlah.



Pakaian time kuliah, basically kitorang pakai baju kurung @ jubah @ blouse dan kain. Kalau ikutkan kena pakai kasut sebab formal tapi ramai je aku tengok yang pakai sandal. Tapi aku tak suka sebab tak lawa hahahahahaha. Tudung, pakailah tudung yang menutup aurat. Tak pernah lah pula aku tengok orang datang kuliah pakai blouse dan seluar. Ada orang kata tak boleh pakai. 





 
So, ni view KKNC dari Blok F Tingkat 5.





View from Blok F, Level 5. *yang bumbung merah bawah tu, Kafe KKNC. Belakang tu, Blok B.*




Ni contoh gambar bilik 2. Bilik 2 lah paling puas. Sebab besar dan kongsi 2 orang je. Bilik aku lah ni.




Ni bilik 3. Kecil sikit daripada bilik 2 tapi kongsi 2 orang juga. Okay je. Senang nak kemas tapi sempit sikit lah.




Ni ruang tamu. Besar kan? Bolehlah. Setiap sorang ada satu meja dan kerusi untuk belajar. Sukati korang lah nak susun macam mana. Takde rules pun. Ni pun, kitorang dah susun balik yang asal. Sebelum ni lain sikit susunan eh.




So, yang ni dapur. Biasa-biasa jelah. Alah, bukan boleh masak pun lek lah. Kalau kat rumah lain, dorang pakai selipar kat area dapur ni. Selipar tu juga buat masuk tandas. Tapi, aku tak suka. So, aku cuci bahagian dapur ni takyah pakai selipar. Jadah eh pakai selipar kat dapur. Aku amalkan konsep "Home Sweet Home". Baru feeling rumah.





Dah dah lah tu berangan. Kawan-kawan aku dulu sebelum masuk sini dorang ingatkan KKNC ni macam hotel lah gitu. Sebab perkataan Nilam Court tu. Dorang dah bayangkan yang gah gah lah. Sekali masuk dorang kata macam rumah setinggan. Memang tak nafikan lah, mula-mula aku tengok pun aku tak suka hahahaha.


Rumah aku dekat Nilai juga, so aku dah survey awal lah. Tapi lepastu, aku tak kisah. Lama-lama tinggal sini, sebenarnya bersyukur gila duduk KKNC ni. Ramai senior kata, KKNC lagi best sebab besar. Entahlah, aku pun tak berapa tahu. Tapi pada aku best je. Sebab kau rasa macam kau duduk rumah sewa gitu. Osah eh ekau bandingkan dengan kampus lain kay. Bersyukur. Aku bersyukur sebab kolej kediaman tak macam hostel. Tu je yang aku minta. Alhamdulillah.....



Kat kolej kediaman tu, tak boleh masak. COOKING IS NOT ALLOWED! Jangan risau ada je gerai jual makanan kat luar ataupun kafe kat bawah tu. Atau korang bawa kenderaan pergi je kedai makan azman kat nilai impian tu juga. Alhamdulillah, belum pernah lagi aku kebuluq tak makan duduk kat situ. Atau delivery pizza ke KFC ke pun boleh.



Then, kat kolej kediaman tu, cuma disediakan meja belajar (ofc dengan chair), katil, tilam, kipas stand kat bilik tidur dan locker. So, peralatan yang lain kena bawa. Contohnya, seterika dan iron board, water heater @ kettle, extension ( kalau perlu), and apa-apa jelah.



Cuma, TOASTER TAK BOLEH BAWA! Ada beberapa perkakas elektrik yang tak dibenarkan bawa (eg: Rice Cooker). Kalau bawa, ada spotcheck memang kena rampas ah. So, jangan salahkan mereka yang merampas tu nanti. Semua peralatan elektrik perlu daftar kat Pejabat Jaksa kat Blok A, wing 1, ground floor. Ada lah harga-harga dia.



Nanti, time first time daftar nanti, dia bagi lah panduan tu. Nanti bila dah lama-lama duduk situ, dah biasa dah. Bawalah baldi ke bakul ke karpet ke tikar ke nak bentang dalam bilik ke kat ruang tamu ke apa-apa jelah.


Oh ya, tong sampah, penyapu dan penyodok pun takde tau. So, better bawa (tapi tak tahulah kalau batch akan datang ni nanti dah lengkap semua kan). So, apa lagi ek. Rasa macam dah takde apa-apa kott.. Alah, setahun je pun duduk situ. Takyah banyak-banyak sangat barang tu, nanti jadi macam aku hahahaha.



Oh ya, ada dobi layan diri juga kat blok A. Kalau malas nak basuh baju guna tangan, kau pergi turun self-laundry kat bawah tu. Alah, ala-ala asrama juga. Tak tahulah asrama korang, kalau dulu asrama aku sama ah macam dobi kat situ. Bayar RM2, pahtu basuh ah. Pakai coin ke duit kertas ke bole je. Apa lagi ek. Tu je kott nak cerita. So, habis part 1 tentang intro Tamhidi.



To be continued part 2....




STAY TUNED!  >.<

35 comments:

  1. assalamualaikum sy nk tanya sikit ni..kalau kita x dpt tempat utk degree medic kt usim..boleh ke kita apply utk smbg degree medic kt univ lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. biasanya tamhidi usim valid untuk apply degree di usim juga, kalau tak dapat, usim akan bagi course lain (pilihan kita time tamhidi tu). untuk sambung medic kat IPTA lain, biasanya tak dapat. sebab USIM valid untuk USIM sahaja. Biasanya yang tak dapat medic USIM tapi nak sambung medic juga akan apply IPTS (UniKL ke, UCSI ke) atau fly.

      Delete
  2. Slaam akak, syaa dari tamhidi medik. Kalau pointer sem 1 kita tak perform , maksudnya, tak lepas 3.5, ada lagii tak peluang untuk baiki pada sem 2 and sekaligus dipanggil interview untuk degree medik ? Average pointer yang 3.5 tu gabungan dua2 sem kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sorry for late replying your comment. In shaa Allah, masih ada peluang! Kena kira siap-siap, at least kena dapatkan berapa untuk sem kalini supaya bila total CGPK boleh above 3.5. Kira sekali untuk setiap subjek, fokus kat setiap tests and midsem. Kalau boleh, biar perform every subjek. Sebab dulu pun akak punya pointer sem 1, ngam-ngam 3.5 hihi. Tbh, pada akak, ikut pengalaman lah, sem 2 lagi senang berbanding sem 1. Tapi ikut orang juga. Ada yang rasa sem 2 susah.

      Akak rasa sem 2 senang sebab mungkin akak dah jumpa cara study that suits me well kot ehehehe.. Believe in yourself! Jangan rasa tertekan dengan keadaan sekeliling. KEEP PRAYING! In shaa Allah, akak doakan moga ada rezeki kamu untuk sambung medic USIM :')))

      Delete
    2. Salam akak, saya pointer sem 1 tu lepas la 3.5 tapi takut la tengok orang lain punya pointer semua tinggi tinggi :'(, iv pun ikut pointer paling tinggi ke?

      Delete
    3. Don't be afraid. Just be yourself, you know yourself, you know your limit and everything! Kita takkan sama dengan orang lain. Never ever compare yourself to another. Believe that you are doing great and just go with the flow. And one more important thing is, KEEP PRAYING :') Allah is planning something better for you, let Him be the autopilot of our life... Jangan terkesan dengan results orang lain sebab rezeki ni Allah yang punya. Kalau Dia nak bagi, Allah bagi. Jangan pernah risau dengan rezeki kita. Okay?

      All the best! Believe in yourself!

      Delete
  3. Assalamualaikum kak... saya plajar lepasan spm dan ingin mnyambung pelajaran ke USIM .. insha allah saya akan apply utk tamhidi medic... persoalan saya, macam mna akk manage masa utk belajar dgn btul supaya dpat cpai pointer yg kita nak? Apa rujukan yang sgat penting bgi setiap plajar ada? N klau tak kberatan saya nkk nasihat dripada akk .. ap2 sahaja .. terima kasih kak .... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuusalam. Welcome to USIM in advance hehe. First of all, don't think so much of how to be a good or intelligent students, okay? Belajar biarlah niat kerana Allah. Bukan kerana pointer. Sebab bila kerana Allah, kita tak stress. Tapi bila kerana pointer, we might stress. From my experiences as a tamhidian, jadual tamhidi tak sibuk sangat tapi kuliah pack dari pagi sampai petang. Tapi malam tu, freeee. Boleh lah nak buat revision ke siapkan tutorial ke. Biasanya, busy kalau ada assignment je. Takde apa sangat.

      Tamhidi ni setahun je, so, alang2 tu why not making memories sekali nanti. Jangan jadi nerd sangat. And even masuk tamhidi perubatan pun, takde satu subjek pun yang related to medical things nanti. It's just you have to pass to get the sit in medicine. So, work hard, play hard. Biasanya, siang kelas, malam study. Tamhidi lagi sibuk lah sebab banyak tests and quizzes compared to degree life (in my opinion). Sebab tests and quizzes tu masuk carry mark. Tapi dah masuk medic nanti, takde tests and quizzes pun dan tak masuk carry marks. Cuma exam je yang bawa jadi carry marks.

      Rujukan? Ikut je cakap lecturer. Buku pun, ikut je cakap lecturer. You can have something more than that tapi let's just focus on what you really want and enjoy it!

      Nasihat, as a Tamhidi Perubatan student, rasanya it's a norm for you to get some stress because you (kind of) have to compete with each other. Sebab offer untuk 80 seats and they all are super genius. Tapi don't get affected so much. Believe in yourself. Allah takkan letak kita kat situ kalau dia tahu kita tak mampu. Sebab kita mampu lah, Allah letak kita kat situ. Dan SELALU INGAT, rezeki tu Allah yang pegang. Yakin pada rezeki yang Allah telah aturkan. Kat mana pun kita berada, jangan lupa tentang rezeki yang Allah telah aturkan sejak azali. Don't be so paranoid, okay?

      In shaa Allah, you'll get through this. Just enjoy the journey. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh emel akak seraasaharudin@gmail.com. Mana tahu kita akan jumpa di FPSK? ;)

      Delete
  4. Assalamualaikum akk..klau spm saya bio fiz kim B ade pluang x nk dpat tamhidi dental?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau ikut panduan UPU, syarat kemasukan cakap apa? Kalau at least B, boleh je in shaa Allah...

      Delete
  5. Salam kak.. Saya lepasan spm.. Memang di usim kena belajar bahasa arab ke?? Hidup di usim tu macam asrama la kan?? I meant kena turun surau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setiap course akan belajar bahasa arab. Hidup kat sini x macam asrama langsung ,x wajib pun turun surau tapi digalakkanlah .btw, boleh singgah di blog saya untuk tanya lebih lanjut.https://athirahbasri.wordpress.com/2019/02/19/tamhidi-asasi-usim/

      Delete
  6. Salam akak.. Kalau in secondary school tak amik account, kalau nak procede di usim in tamhidi perakaunan, boleh tak?? Ke usim lebihkan lepasan spm yg amik account??

    ReplyDelete
  7. salam , akak ..ape nasib budak2 tamhidi medic yang xlepas syarat nk smbng medic ? diorng biasanye smbng ape lpas hbis tamhdi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ambil course² dekat fakulti sains dan teknologi , and feel free to visit my site at https://athirahbasri.wordpress.com/2019/02/19/tamhidi-asasi-usim/

      Delete
  8. Salam sis nak tanya subjek mcm TUH , Bi n Ba tu masuk pointer x?

    ReplyDelete
  9. Nak mintak email boleh..saya nak tanya beberapa soalan tentang tamhidi perubatan di usim klu akak tak keberatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear. Of course, here's my email, seraasaharudin@gmail.com

      Feel free to ask any questions, in shaa Allah I'll try to answer ASAP hehe.

      Delete
  10. saya nak tahu subjek-subjek pelajar tamhidi medic akan belajar boleh tak?

    ReplyDelete
  11. akak nk tanya kalau tamhidi sains dan teknologi ..kalau cemerlang pointer tinggi lepas syarat degree in medix boleh diterima sambung degree medic tak?

    ReplyDelete
  12. assalam kak.sy pelajar lepasan spm 2018. sy berminat dgn tamhidi sains&teknologi dan tamhidi syariah dan undang2. boleh tak akak tolong terangkan sikit psl both tamhidi tu and course ape boleh sambung lepas habis tamhidi tu .thanks in advance!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Kalau kita dari tamhidi syariah blh ke kita mohon nak tukar ke tamhidi perakaunan?anak sayaxminat tamhidi akaun n mualamalat tapi tak layak sbb tak de prinsip akaun.

    ReplyDelete
  14. Salam akak.. Sy dapat tawaran menyambungkn pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di usim.. Masih ada peluang ke untuk saya sambung degree untuk medic?

    ReplyDelete
  15. Kak saya ni dpt pegi Haji tahun nk...pihak usim kata depa Akan BG Cuti...tp saya takut X dpt catch up sub sub yg saya tertinggal sebulan lot...nak cover MCM mn😭

    ReplyDelete
  16. Salam akak budak medic ada koko ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak Saya nk Tanya kalau tamhidi medic kna hafal Quran berapa juzuk

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum kak, nak tanya tahmidi perlukan add math ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut Tamhidi apa, kalau Tamhidi syariah x perlu, akaun pon x perlu rasanya, sains je perlu kot

      Delete
  19. Assalam akak. Klau tahmidi sains fizikal tu dia punye markah merit mcm mne eh klau nak masuk? Ke ramai budak yg cemerlang kt tahmidi sains fizikal? Klau Saya lepas syarat khas dia adakah Saya layak?

    ReplyDelete
  20. Tumpang tanya, subjek apa je yg kami akan belajar untuk asasi sains dan teknologi

    ReplyDelete
  21. Kak, kalau kite tak amik bahasa arab time spm..boleh ke apply usim tamhidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. X boleh awak, kat dalam syarat kemasukan kan ada tulis kena ada subjek bahasa arab and dua subjek agama

      Delete
  22. Assalamualaikum.... Subjek dlm tamhidi perubatan, pergigian dan sains ni belajar dlm bahsa arab ka?

    ReplyDelete