Monday, October 5, 2015

Faktor kepada kejayaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Good morning all!

Hehehe. After performing the subuh prayer, I decided to not to sleep again. As we know that sleeping after subuh is not good right >.< *padahal ngantuk sebenarnya. Malam tadi tidur pukul 3 pagi. Urgh!*

Hiks.

So, aku scroll scroll lah kat Facebook. Kot kot ada benda yang menarik ke kan. Yang bermanfaat. Yang boleh memotivasikan diri aku di kala pagi yang hening ni. *hening lah sangat*. Then, I've found a link. Wahhh seriously aku terus termotivasi lepas baca post kakak tu.

And there's one great thing I've got after reading her story.

Rupa-rupanya sifir Tuhan ni bukan 80/20 seperti yang kita sangkakan. Di mana 80% itu adalah usaha kita. Study sampai lewat malam. 24/7 hanya spend untuk study. Manakala 20% itu adalah bertawakal kepada Allah. Tidak dan tidak sama sekali.

"Habis tu apa sifir yang betul?"

Sifir Tuhan yang sebenar adalah 20/80. Di mana 20% itu datangnya daripada usaha kita. Manakala, 80% merupakan perkara yang kita telah lakukan sehingga mampu 'menjemput' kejayaan kita.

Pernah tak?

Time jawab exam, tiba-tiba ada satu soalan ni tak dapat jawab. Sebabnya kita tak sempat habis baca. Lepastu, kita pun fikir dan fikir lalu terdetik kat dalam hati.


"Eh, apa kata aku letak je jawapan ni. Mana tahu kot kot betul ke aku tembak. Daripada kosong, baik letak je. At least, I'm trying."


Lalu masa berlalu begitu pantas sampailah kita dapat balik paper exam kita. Kita check jawapan kita lepastu kita sendiri tak sangka. Soalan yang kita tak tahu tadi tu, jawapan yang kita letak yang disangkakan salah tu, adalah jawapan yang betul. Huhu. Dengan kata lain, jawapan yang diterima dalam skema jawapan.

Pernah kan kan kan? I bet semua orang pernah ada pengalaman ni tak kisahlah baru sekali ke dua kali ke atau dah berkali-kali. Cuba kita fikir, mana datangnya ilham untuk menjawab soalan tu dengan jawapan yang hanya terlintas di fikiran kalau bukan datangnya daripada Allah?

Sedangkan, ada je kawan kita yang dah habiskan pembacaan dia sebelum masuk exam hall tapi still jawapan dia salah. Sebenarnya, mungkin ada terselit satu atau dua kebaikan yang kita dah lakukan sebelum masuk exam hall tu. Perkara tersebut yang menjadi faktor kepada kejayaan kita.

Dan ada juga faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan kita iaitu, doa ibu dan ayah.

Ada sorang ustaz ni pernah berkata kepada kami semua,


"Sebenarnya rahsia terbesar kejayaan seseorang itu adalah doa ibu dan ayahnya. Sebelum exam ni, awak telefon lah mak ayah awak, minta restu kat mereka, mohon ampun. Kerana redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Cuba bayangkan, kita ada buat salah terhadap mereka tapi kita tak minta maaf pun. Ketika ibu dan ayah kamu berdoa juga, pasti ada terdetik perasaan mereka tidak redha terhadap perbuatan kita. Allahu."



Jadinya, perkara tersebut pun boleh beri effect yang besar kepada kejayaan kita. Berbuat baiklah kepada mereka. Kadang-kadang walaupun kita tak belajar sangat, tapi kita mungkin selalu tolong mak ayah kita. Selalu dengar kata. And due to the lack of time to study *sebab banyak masa spend untuk tolong mak ayah* tadi, Allah gantikan dengan pertolongan ketika kita menjawab peperiksaan.


So, mana yang lebih berkesan? Pertolongan Allah atau usaha kita sepenuhnya sehingga terabai tanggungjawab kita sebagai anak terhadap ibu bapa, terabai tanggungjawab kita sebagai hamba Allah? Mestilah jawapannya pertolongan Allah. Percayalah, bukan 100% kejayaan kita tu datangnya daripada usaha kita. Bukan!



Usaha kita hanya berapa percent je.

Percayalah, Allah telah tetapkan rezeki untuk kita sejak kita masih di syurga. Sejak kita belum ada di dunia lagi. Buat sehabis baik dan ingat, jagalah hubungan kita dengan Allah. Tu perkara yang paling penting. Study hard dah, tapi solat tak jaga pun tak guna juga. Allahu rabbi :'(

Na'udzubillahimindzalik.

Mohon dijauhkan.

Cukup sekadar ini perkongsian saya. Hehe. Semoga kita sama-sama mendapat 'ibrah (pengajaran) daripada post ini in shaa Allah.

Thanks for reading ❤

No comments:

Post a Comment