Saturday, September 16, 2017

Nak yang baik, jadi baik dulu


Setiap daripada kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap aspek untuk kehidupan kita. Am I right? Bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Sebagai contoh, exam ke, even nak pakai baju apa untuk kuliah hari esok pun kadang-kadang boleh terduduk depan almari (fikir baju apa nak pakai). Itu baru perkara kecil.

Apatah lagi lah perkara yang melibatkan masa hadapan kita. Sebagai contoh, jodoh (suami @ isteri). Tipulah kalau taknak pasangan yang baik, baik ni terlalu subjektif. Nak baik yang macam mana?


(Okay, tbh, aku agak meluat nak cakap pasal benda ni but I think I have to... huhh!)


Pastinya setiap daripada kita pasti mahu baik dari segi agama (yang paling utama), baik dari segi akhlaknya, baik dari segi perwatakannya mahupun baik dari segi rupa paras. Sebelum minta yang baik, kita kena jadi baik dulu. Barulah complement gitu! Kita nak yang baik dari segi agama, maka, kita lah yang berusaha untuk menjaga agama kita dulu. Sebelum apa-apa, kita yang mulakan untuk diri kita dulu.

Untuk mengubah seorang manusia yang lain, bukanlah kerja yang mudah. Kita hanya boleh tolong untuk memberikan sedikit kesedaran atau mengajak kepada amar makruf nahi munkar. Akan tetapi, yang boleh tolong seseorang untuk berubah adalah hatinya sendiri. Hanya Allah sahaja pemilik hati setiap manusia di muka bumi ini. Kita hanya mampu berdoa, minta supaya Allah melembutkan hatinya tetapi itu semua dengan kuasa dan izin Allah juga untuk seseorang berubah. Betul kan?


Kita bukan Tuhan.
Jadi, jangan buat kerja Tuhan.
Kita tidak mempunyai apa-apa kelayakan untuk menghukum seseorang.


Yang kita boleh lakukan ialah teruskan berdoa. Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya. Keep praying, teruskan istiqamah berdoa dan dalam masa yang sama, berusaha untuk mengajak seseorang kepada kebaikan.

In shaa Allah, perkara yang baik, Allah permudahkan.

So, setiap kali seseorang itu futur, kita ingatkannya.

Sama-sama nak bina masjid kan, benda bukan main-main bro and sis. Biarlah permulaan kepada sesuatu hubungan itu baik dan berlandaskan syariat. Apa yang dah lepas tu, jadikan sebagai pengajaran dan jangan ulang lagi. Bila mana kita jatuh cinta, kita masih bukan mahram sesama pasangan kita. Bukan tiket untuk keluar berdua-duaan apatah lagi berpegangan tangan. Seelok-eloknya, bawalah mahram kita sebagai contoh adik-beradik ke, mak ayah ke. Itu adalah lebih baik kalau nak berjumpalah.

Kalau betul kita sayang dia dan kita betul-betul nak halalkan dia, kita takkan ajak buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan zina (senang cerita, straight forward).

Kalau kita betul-betul ikhlas nak halalkan dia kerana Dia, jumpa terus mak ayah masing-masing. Nyatakan hasrat nak berkahwin.

Dan bila mana kita sebut tentang perkahwinan, rajin-rajinkanlah diri, sedar-sedarkanlah diri untuk menambah ilmu. Ilmu Allah ni luas dan terbahagi kepada pelbagai bidang. Lebih-lebih lagi ilmu perkahwinan ni mencakupi hampir semua aspek yang diperlukan. Ilmu pengurusan emosi, pengurusan kewangan, pengurusan masa, pengurusan rumahtangga, ilmu feqah, akidah... Apa lagi, uruskan apa lagi? Banyakkkkkkk lagi... Kita boleh belajar melalui pengalaman ibu ayah kita pun boleh..

Baca sirah nabi. Bagaimana para isteri menyokong suami mereka dalam memperjuangkan agama Allah? Mereka juga berkorban untuk jalan dakwah..

Sebab, bila kita hendak mula berkeluarga, kita juga bakal melahirkan pejuang Islam (bakal anak-anak kita lah). Kalau kita nak zuriat yang hebat, soleh dan solehah, kita yang kena mulakan dulu. Tambah ilmu, jadilah orang yang sentiasa dahagakan ilmu. Bukan ilmu di bidang kita sahaja.


Sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu kita fikir bila kita sudah mula berkehendak untuk berkeluarga... Tapi, aku sendiri pun umur belum 20 tahun, rasa tak layak sangat nak cakap.

Tapi tulah, perkara-perkara tu yang aku banyak terfikir sejak kebelakangan ni... Mungkin sebab..... Ehehehehe takde pape (jangan fikir lain pulak). Tapi betullah, perkara ni bukan main-main. Ini adalah perkara yang serious.


Walaupun some people might say, "kau baru 20 kot, kenapa nak fikir lebih-lebih. belajar jelah dulu, balas jasa mak ayah."


Have you ever know what's on her/his mind ke?


Kita tak pernah akan tahu apakah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran setiap manusia. Jangan pernah rasa, "ohh aku terfikir pasal ni and dia ni mesti tak terfikir pasal ni." NOPE! Kita ada matlamat kita sendiri dan mereka yang lain pun ada matlamat mereka sendiri.


Jangan compare and jangan pandang rendah dengan matlamat orang lain!
Who are we?
Never judge others you never really know the depth of their scar.


So, be you and do you.
Don't let people knock you down. People come and go.
Nak pasangan yang baik? Jadi baik dulu.
Segalanya bermula daripada kita (diri sendiri).

No comments:

Post a Comment