Tuesday, May 5, 2015

Temuduga IPG Bahasa Arab

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hi all!

How's your day today?


Me, alhamdulillah.


On 30th April 2015, I'd been called for an interview Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2015.



A month ago, I went for Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Nak jadi cikgu sekarang dah agak ketat berbanding dulu. Mula-mula mohon. Lepas buat permohonan, tunggu dalam sebulan lebih. Keputusan keluar. Keputusan yang pertama adalah Ujian Kelayakan Calon Guru.

UKCG ni senang, for me. Tak susah, serious. Tapi penat hahahaha. Ada 5 checkpoint. 


  • Body Mass Index (BMI)
  • Sit-up
  • Kilas sisi
  • Lompat kuadran 
  • Bleep test


Tapi sebelum tu, ada objective test. Kena bulat bulat macam SPM. Ada dua section. Section A ada 135 kott soalan. Berapa eh lupa dah hahahahaha. Tapi 100 lebih lah. Pilihan jawapan ada dua je. Kau tak perlu nak risau sangat sampai study pasal maths lah sc lah bio lah apa lah. Tak keluar pun =='

Pilihan jawapan dia Ya atau Tidak. Wajar atau Tidak Wajar. Macam tu je. Senang kan?
Pilih jawapan berdasarkan apa yang hati kau kata mula mula. So, cepat siap.

Section B ada 60 soalan. Pilihan jawapan ada 4. Amat Setuju atau Setuju atau Kurang Setuju atau Tidak Setuju. Masa menjawab hanya 45 MINIT! SO, tak perlu nak fikir sangatttt lama lama. Tu semua berkaitan dengan attitude kita je.


Next, baru move on Ujian Fizikal. Yang semua calon agak berdebar-debar. Hahahahaha


Bagi aku, checkpoint lompat kuadran tu agak susah hahaha. Banyak kali salah okayyyy. Bleep test tu penat sangat Ma shaa Allah. Aku cuma sampai level 2-6. Perlu tahu bahawa Bleep Test ni tiada limit. Korang tak perlu dengar rumours yang kata dia sampai level 10 lah level 6 lah kena lari sampai level 6 baru dapat markah penuh lah apalah. Totally wrong!


Bila sampai masa kena Bleep Test, apa yang cikgu-cikgu yang jaga akan cakap ialah,


"Buat mana yang kamu mampu. Jangan paksa diri."


Kang pengsan, susah weh. Lari sampai yang kau mampu. Bukannya tengok kawan sebelah kau lari tak henti-henti, kau rasa tercabar sampai kau sendiri pengsan. Setiap level tu pula ada stage. Seingat aku, level 1 ada 6 stages. Level 2 ada 7 stages. Level 3 samada 6 ke 7 stages. Lari ikut audio yang telah dipasang. Kena sampai garisan penamat sebelum audio mengeluarkan bunyi 'beep'. Lari bunyi 'beep', sampai garisan penamat sebelum bunyi 'beep'.


Jarak dia kata dalam 20M. Tapi, kat tempat aku macam bukan 20M je heh. So, nasihat aku, once kau dah tahu yang kau layak untuk UKCG, maka sedar-sedarkanlah diri untuk berjoging okayyyyy.

Aku joging sehari je T.T sebab UKCG aku awal gila. Hari kedua start UKCG. Result keluar dalam 4 hari sebelum UKCG macam tu. Pergh!

Memang kantoi lah hahahaha. Alhamdulillah, sit-up aku lepas 3 out of 5. Okay lahhhh tengah-tengah kannnn. Maknanya aku kurus lah time cuti kakakaka. Sebab time buat SEGAK kat sekolah, sit-up aku tak lepas. Practice sikit sikit kat rumah. Kilas sisi paling senang. Tapi pening sikitlah lepas buat. BMI tu takyah cito ah. Sonang bonaa! 

Jangan risau lebih lebih pasal UKCG ni. Sampai sana buat jelah mana yang mampu. Macam aku. Hahahahaha. Aku kemain lah risau lebih lebih. Padahal ujian dia kemain senang eh.

So, tamat cerita tentang UKCG. 









Sebulan aku tunggu, akhirnya pada 21 April 2015, aku check, 

ALHAMDULILLAH DAPAT HEHEHEHE

Macam tak percaya pun ada juga. So, that was my 2nd time for being interviewed. 1st kat KL.
Yayasan Tunas Potensi Scholarship.

Check check alhamdulillah dapat pun tarikh cantik gila hehehe. 30th of April 2015.
So, masa banyak sangatttt nak buat preparation. Tapi, aku buat preparation night before the day.

Entah apa apa entah. =.=

Padan muka aku kahkahkah

So, now I'm gonna share with you my precious experience :p 

Post ni khas untuk mereka yang mengambil bidang BAHASA ARAB (SK)/(PPC) dan PENDIDIKAN ISLAM SAHAJA! 








Alhamdulillah, tempat untuk ditemuduga adalah di IPG Pendidikan Islam Bangi.
Bilik A, Sesi 3.

Lama weh tunggu. T.T
Pukul 12.30 p.m baru aku dapat masuk.

Untuk mereka yang memohon bidang Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik akan diadakan ujian amali.

Ujian amali Bahasa Arab dan Pendidikan is totally same. Sama sangat. Untuk calon-calon yang membuat permohonan antara 2 bidang ni je yang akan campur ketika temuduga. 

Subjek lain tak.

Untuk mereka yang dapat sesi 1 tu, mula-mula mereka akan ditemuduga. So, sesi 2,3 dan 4 akan buat ujian amali dulu.

Habis sesi 1, masuk pula sesi 2 dan begitulah seterusnya. Alhamdulillah, tak dapat sesi 4. 

Sebab sesi 4 masuk pukul 2 petang. Memang boleh sangat nak berlegar-legar kat mana mana. Nak shopping ke apa hahahaha. Over =='

Untuk ujian amali,

Macam kat IPG Bangi ni dia asingkan 2 tempat. Satu untuk soalan yang berkaitan dengan Al-Quran dan satu lagi tu soal jawab. Kiranya, penemuduga tanya, kita jawab.

Kalau yang lagi satu tu, baca je. Takde kena soal jawab. Jawab atas kertas je.

  • Calon dikehendaki untuk membaca Al-Quran satu muka, manakala bagi yang uzur, dikehendaki untuk membaca doa. Ada lah doa dia. Satu muka juga. Beserta tajwid dan makhraj yang betul.
  • Menjawikan tulisan rumi. So, check balik. Memang akan diselitkan satu dua perkataan yang agak ekstrem untuk di translate kan hahahaha.
  • Baca teks Arab tanpa baris. Siapa yang ambil Bahasa Arab di sekolah, lebih kurang PBS Bahasa Arab je. 
  • Ada 5 soalan yang akan ditanya. Random. Sebab nanti kita akan pilih nombor. Macam aku, aku dapat Rukun Nikah, 4 hari diharamkan berpuasa, 5 rasul 'ulul azmi, nyatakan 5 nama Malaikat beserta tugasnya dan aduh tak ingat lagi satu.
  • Calon dikehendaki untuk membaca Doa Qunut.
  • Calon dikehendaki untuk membaca Iqamat dan doa selepas iqamat. Doa selepas iqamat sama dengan doa selepas azan tau. Sebab aku keliru sekejap time nak jawab tu hahahahaha.


So, that's all untuk ujian amali.
Next, temuduga.

Temuduga diadakan secara berkumpulan.
Setiap kumpulan ada 6 orang. Group aku 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Nasib nasib je group ni. Kawan aku dapat semua perempuan. Syok gila kott!


Temuduga diadakan selama lebih kurang 1 jam 30 minit.

Soalan yang ditanya tak susah. Sekali lagi, TAK SUSAH.
Bila diminta untuk memberi pandangan tu kan, kena brainstorm lah. 
Kalau boleh, ambil point yang orang lain tak sebut dan point tu agak tersirat. 

Faham tak?

Mula mula nanti kena perkenalkan diri. 
Then, dia akan tunjukkan video. Video ni setiap sesi dapat lain-lain video.
Group aku dapat video iklan Petronas yang burung murai tu. Nilai murni dahlah terhad gila. Aku last sekali jawab. Orang first lagi dah jawab nilai kasih sayang. =='



Last sekali, ada kena cakap Arab. Ni agak tricky lah untuk semua calon hahahaha. Soalan dia random tak sama dengan sesi sebelum ni. Nak susun ayat lagi. Nak fikir nahu lah. Nak fikir vocab lah. Experience aku masuk debat Bahasa Arab pun tak berapa nak membantu hahahaha. Sebab debat kita cakap fakta.



Group aku kena cerita pasal Negeri masing-masing dalam Bahasa Arab. 
Group sesi 1 kena cerita pasal sekolah je. Pergh!
Group sesi 2 kena bagi tazkirah dalam Bahasa Arab.
Sesi 4 aku tak tahu hehehehe. Aku dah balik dulu. Penat oihhh tunggu lama sangat.




So, the end.
Boleh bayangkan tak macam mana perjalanannya? 
Untuk pakaian tu, lelaki dialu-alukan untuk memakai blazer. 
Kalau perempuan ni, macam tak berapa lah. Untuk yang mohon bidang ni lah. 


Seeloknya, pakai baju kurung. Tudung tu tak kisahlah labuh bulat ke bidang 60' ke. Yang penting kemas. Awning tudung tu jangan selebet. 



Kalau lelaki, pakailah blazer nampak kemas dan segak sikit. Anyway, tak pakai pun takpe. Pastikan pakai kemeja not shirt. And with the tie too. 


Kasut bertutup. Tak hitam pun takpe.



Tu je kot. 
Post ni mungkin akan dibaca oleh adik-adik SPM'15 in shaa Allah.


So, if you guys have any inquiries, I think it is better for you not to drop your comment below. 


Email me at seraasaharudin@gmail.com


Emel, in shaa Allah, saya buka hari-hari. Jangan risau. 



My experience may be differ from you. I just share it because mana tahu sedikit sebanyak it will help you though its not 100%. 


Please do some preparations before you are going to be interviewed. The more you prepare, the better you are. Trust me! Hehehe 




Sekian.
Semoga membantu!
Bittaufiq wannajah!


9 comments:

  1. Salam sis. Sis isi borang ipg tu under subjek ape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Maksud sis subjek apa yang saya mohon ke? Saya mohon PPC-Bahasa Arab. Program pelajar cemerlang kalau tak silap saya, something like that.. :))

      Delete
    2. salam kak apa beza ppc dengan sk smua tu belajar sama ja ka? lagi satu klau amik ba ngan pi memng bljar di ipgkpi shj ka?

      Delete
  2. Assalam . Ada ka borang online yg perlu isi dan akan kluar rsultnya
    Sblum p ukcg

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. maksudnya, untuk mohon ipg ke macam mana ya?

      Delete
  3. Replies
    1. terpulang kepada penemuduga, boleh jadi ditanya.

      Delete
  4. PPC bahasa arab tu course apa ye?

    ReplyDelete
  5. salam,kak utk ppc bhs arab..mcm mna dia punya ujian amali..sya punya ujian dah dekat niii..tpi stil blur..harap kak boleh tlg..trima kasih

    ReplyDelete