Friday, April 24, 2015

Today's issue

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi all!

How are you today? Hehe


Today we had an issue. A big issue. Well, I'm not going to tell what kind of issue happened to me but what I'm going to share is about our HEART. 


Okay, in Malay 

HEART = JANTUNG
LIVER = HATI


But the heart that I'm mentioning is HATI. HATI, organ dalaman kita. Bukan jantung!


Kita perlu sentiasa ingat bahawa di sekeliling kita AKAN ADA seorang ataupun dua orang ataupun tiga orang ataupun empat orang yang mempunyai masalah hati dengan kita.





What do I mean by MASALAH HATI?

Okay, masalah hati yang aku nak maksudkan ni bukan dia jatuh bedebuk cinta dengan kita. Bukan jatuh suka ke jatuh minat bukan! 


MASALAH HATI yang dimaksudkan is IRI HATI, HASAD DENGKI, CEMBURU APA LAGI?


Ingat, tak semua orang senang dengan apa yang kita ada, apa yang kita buat, apa yang kita dapat. TAK! Yeah, I know ramai dah tahu pasal ni. And that's too common kan?


Biasanya orang yang ada masalah hati dengan kita ni, kita share benda yang baik pun dia nampak negatif. Kita tak cakap apa-apa pun dia kata kita denying apa yang dia kata. Kita tak pandang dia pun dia kata kita tak puas hati dengan kita. Semuanya serba tak kena!



Dan kadang-kadang ada orang yang bila bermasalahan hati dengan kita, dia masih menjadi diri dia seperti biasa. Tanpa berpura-pura lalu menunjukkan bahawa yang dia sedang tidak puas hati dengan kita!


Dan jangan lupa ada golongan kedua. Apabila mereka mempunyai masalah hati dengan kita, dia berpura-pura mesra dengan kita. Berpura-pura gembira melayan kita. Tetapi pada hakikatnya, hanya Allah yang mengetahui apa yang dilakukannya.


Maka, golongan kedua ini yang SANGAT berbahaya.
Ibarat musuh dalam selimut!


Aku cakap macam ni sebab aku sedang mengalami. 


Dan kerana itulah,


Islam taught us to always BERSANGKA BAIK SESAMA MANUSIA.


Sifat sentiasa bersangka buruk itu datangnya daripada Allah melalui syaitan. Syaitan membisikkan di telinga kita supaya kita nampak yang negatif je towards the person. Semua perkara yang ada di dunia ini datangnya daripada Allah. Semuanya ada dan berlaku dengan izin Allah. Why not untuk kita selalu berdoa supaya Allah menetapkan hati kita di jalan yang benar? Berdoa agar kita sentiasa bersangka baik sesama manusia. Walaupun dia mention kita, post sesuatu untuk kita, tak salah supaya kita bersangka baik dengan dia, kan?



Aku juga manusia. Dan aku juga pernah merasa. Aku pernah bersangka buruk dan juga disangka buruk!

Manusia selalu tersilap. Dan manusia juga tidak lepas daripada berbuat kesilapan. 

Dan setiap manusia juga pasti mempunyai keinginan untuk berubah. PASTI! 


Sepanjang aku bercuti ni, apa yang aku belajar ialah PERLUNYA UNTUK BERSANGKA BAIK WALAUPUN DISANGKA BURUK.



Mengajar erti kesabaran juga. 

Percayalah, dengan bersangka baik, hati kita akan menjadi tenang dan lapang.
Minda juga sudah tidak terikat dengan apa-apa yang kita sangka buruk tadi. 


INI SEMUA PERMAINAN SYAITAN!


Hati kita Allah yang pegang. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Berdoalah. 
Bacalah Al-Quran sekali dengan tafsirnya.

Hidayah Allah itu tidak pernah kering.
Pengampunan Allah itu tidak pernah berhenti.


Sentiasa terbuka dan masih terbuka selagi belum tibanya hari kiamat.

Kena kempen agaknya.

JOM BERSANGKA BAIK!

Sayangilah hati kita. Jangan biarkan hati kita penuh dengan kekotoran dan titik-titik hitam.

Semoga kita bertemu Allah kembali dalam keadaan seperti asal.
Hati yang putih bersih.
Badan yang diampunkan dosa-dosanya.
Lengkap anggota badannya.

In shaa Allah..

That's all.
Jazakumullahu khairan jaza' for reading.
Semoga ada ibrahnya.

Senyum.

12.41 a.m

No comments:

Post a Comment