Wednesday, April 8, 2015

Note

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Kadang-kadang kegembiraan kita merupakan kesedihan untuk orang lain." -Me.

Ayat ini tercipta *acewahh* kerana aku berada dalam situasi tersebut.

Dan kerana itulah,



Imam Hussain A.S berpesan:

"Never show off your happiness in front of a sad person.."



Kadang-kadang kita tak tahu pun yang kawan kita sedang bersedih di saat kita bercerita. 


Sebab tulah jangan excited sangat.

Tak semua orang mempunyai kehidupan seperti kita.

Ada yang miskin. 
Ada yang kaya-pemurah. 
Ada yang kaya-sombong. 
Ada yang sentiasa bersederhana walaupun harta menimbun. 

Kadang-kadang ke-excited-an kita tu juga membawa kepada riak. 
Ya. 

Jadi, berpada-padalah ketika bercerita.
Kita sendiri boleh fikir patut ke tak aku cerita. Patut ke tak.

Kalau rasa benda tu personal, tak perlu lah. Sekadar mak ayah adik beradik je tahu.

Dan kadang-kadang juga kita tahu kehidupan kawan kita tu macam mana,
Tapi nak juga kita cerita.

Mungkin ayat kita create tu rasanya macam tak mengguris perasaan dia.
Tapi, dalam diam mana tahu. Ada ke dia nak jujur dengan kita?

"Weh, aku terasa dengan kau."

Tak weh. Ada takde dia cerita pun kat mak ayah dia juga.

Tak salah nak kongsi kegembiraan kita. Tetapi, berpada-pada.

Contohnya,

Kawan kita dapat 5A dalam SPM.
Tetapi rezeki kita Allah berikan Straight A's. 

Then, kita apply scholarship. Tapi, kawan kita tak dapat lah nak apply. Tak cukup syarat.

One day, when kau semak keputusan, rezeki kau, you manage to get the scholarship after being interviewed apa semua. Then, kau excited sangat, kau cerita happy gila kat kawan kau yang hanya dapat 5A dalam SPM tu.

Sedih weh. Walaupun, dia kata,

"Tahniah weh." and bla bla bla.

That's why,
Sebelum nak bercerita atau BERKONGSI KEGEMBIRAAN atau BERKONGSI KE-EXCITED-AN,
tengok situasi. Dengan siapa kau bercerita. 

Post ni pun SEBAGAI PERINGATAN KEPADA DIRI SAYA.

No comments:

Post a Comment