Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Kadang-kadang bila hati kita sedih kerana sesuatu,
Takkan ada seorang pun manusia yang mampu untuk memahami kita.
Melainkan Dia -Allah.
Kadang-kadang kita mempersoalkan perancangan Allah kepada kita,
Sedangkan Dia lebih mengetahui.
Allah -Maha Mengetahui.
Kadang-kadang kita susah nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri,
Kerana kita sering memandang golongan atasan.
Kita lupa ada golongan bawahan.
Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak perlu diungkapkan,
Tetapi perlu ditunjukkan melalui perbuatan.
Contohnya -Cinta.
Kadang-kadang kita tersalah sangka dengan seseorang.
Sebab itulah perlunya sentiasa bersangka baik.
Husnuzzon.
Kadang-kadang disebabkan sepotong ayat,
Kita telah melukakan hati seseorang.
Walaupun ayat itu tidak ditujukan kepada sesiapa pada hakikatnya.
Kadang-kadang orang yang kau pernah sangka dia jahat selamanya,
Menjadi baik mengalahkan diri kita pada masa akan datang.
Kadang-kadang perasaan sedih itu datang secara tiba-tiba.
Bermakna, Dia -Allah sedang merindui kita.
Ya, Dia merindui kita.
*post ini di-postkan ketika hati saya sedang sedih*
Wallahi, post ini tidak bertujuan untuk memerli sesiapa. Harap maklum.
#sedihhhnyaaa T.T
No comments:
Post a Comment