Saturday, June 13, 2015

Dislike

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Long time no post yaa!

Quite missing my blog. 😍
I'm a busy student now. It has been 3 weeks almost 4 weeks being a pre-university student.

Like and dislike.
Hmmmmmmm. Today's entry is all about me. It's not a general post. Since I am so cerewet, I decided to make this kind of entry.

First day aku jejak Kolej Kediaman Nilam Court, aku rasa nak nangis tepi katil 😭😭😭 aku rasa nak down dah kahkah. Just because of the house's condition. Quite dirty and messy. Dusts here and there. Masuk bilik je,

"Simen ke lantai dia?"
Menangis lagi tapi dalam hati jelah.

Tiba-tiba nampak ada satu family dah ada dalam bilik tu,

"Alamak, roommate aku ke tu? Alah, dia dah cop katil bawah. Sobs."

Terus letak barang and bla. Ada barang banyak lagi kat bawah tu.

Tak dapat nak kemas properly time tu sebab program start pukul 4 petang dan aku baru jejak kolej kediaman tu dalam pukul 3.30 petang kott. Kira sangat tak sempat lah kan. Letak ala kadar. Then, chou!

Balik malam tu dari USIM, aku masuk rumah. Kemaslah barang-barang yang banyak gila tu kan. Lap lap locker. Geli gila kahkahkah. Nak jejak lantai bilik pun pakai selipar. Tak biasa weh. Yelah, asrama sekolah aku lagi cantik. Lantai jubin okayyy. Lawa lagi asrama aku 😒😒😒 pergi sinki,

"Ya Allah, sinki tersumbat."

Bertakung air weh. Warna keruh pula tu. Tak dan aku nak buka bawah tu. Kott keluar bendasing yang aku takut euwwww. Sorry. Pergi lah bilik air. Sebab first time, macam takut takut juga lah. Aku berani beranikan diri juga. Well, aku akan tinggal di situ selama setahun kott. Time tu, masuk dapur pun pakai selipar. Yang paling tak tahannya, housemates aku buat, pakai selipar yang sama time kat dapur dan masuk tandas. Lagilah aku bertambah-tambah geli nak jejak kaki kat lantai tu 😢

"Sokay, kita tunggu je weekend ni, kita bersihkan rumah eh. Sabar sabar."

Aku hanya mampu melihat sahaja ketika itu. Yelah, banyak kelengkapan yang tiada dan perlu dibeli.

Later, after 2 weeks, barulah kemas rumah tu tau. Pehhhh lama gila. Ikutkan hati, hari pertama tu lagi nak kemas bhaii sape yang tahan. Kemas lah dapur tu yang paling utama. Sebab aku tak nak pakai selipar kat kawasan tu. Dapur kan. Please lah. Dapur kau pakai selipar yang sama ke time masuk tandas? Geli weh.

Berus dengan sabun, sental, mop dan lap sampai kering. Tertonggeng-tonggeng. Penat jugalah. Tapi ada aku kisah? Bilkk air, berus sental apa semua. Ruang tamu, sapu habuk rambut bagai lepastu mop. Bilik tidur lah kawasan yang paling banyak habuk. Aku tak faham kenapa macam tu sekali banyaknya. Senior sebelum ni buat apa? Melingkor atas katil je ke. Apa pengotor sangat weh. Pehhhhh tak faham aku.

So, haritu semua berjalan lancar. Petang sikit lepas zohor kitorang keluar pergi Giant cari barang yang tak lengkap lagi. Aku ni, jenis yang boleh je nak iron kat bawah tapi tempat tu kena bebas rambut dan habuk 😂 tapi kat ruang tamu tu, geli lah hahahaha. Rambut bertebaran. Cehh

Maka, aku belilah iron board yang mana aku sendiri sponsor lah kan. Yelah, hujung tahun nanti senang nak bawa balik kan. Kalau duit kongsi kongsi kang kena tinggal barang tu. Aku beli sebab aku tak suka iron kat bawah. Geli kahkahkah.

Tapi, bila dah beli iron board tu pula, punyalah pandai housemate aku, letak buku buku dorang lepas kelas kat atas tu. BANYAK 'CANTIK' MUKA KORANG 😒

Iron board rumah korang jadi meja belajar ke. Nasib baik bukan iron board yang cikai punya. Kalau tak dah melendat ke bawah atau roboh terus. Babe, meja masing-masing ada babe. Asal kau tak letak kat situ je? 😒 tak faham betul. Aku apa lagi, pantang nampak orang yang tak reti nak menjaga harta benda orang ni, aku humban buku dia kat tempat lain. Ada aku kisah?

Prinsip aku, guna barang orang, jaga betul betul. Sayang barang orang melebihi barang sendiri. Pleaselah. Orang dah sediakan kemudahan untuk kau guna then kau pakai macam tu macam barang atuk nenek bapak mak kau punya je. Aku tak suruh pun kau menghargai barang aku tu cukuplah kalau kau tahu hak hak memakai barang orang. Faham? Iron pula, dah pakai cabutlah plag suis tu. Kalau lah nak dijadikan cerita tiba-tiba petir ke lepastu iron aku juga yang rosak. Kau nak ganti? Kalau rela takpe. And lagi satu, kau memang tak tahu nak jimatkan elektrik ke? Lepas guna walaupun dah matikan plag, elektrik masih berjalan tau. Kena cabut dulu baru berhenti. Kat situ je kita dah membebankan pihak universiti untuk membayar bil elektrik yang sangat mahal. Yelah, bukan duit mak ayah kita kan apa kita kisah 😒😒😒

Next, aku ni bukan orang yang suka pinjam barang orang dan meminjamkan barang kepada orang. Bagi aku, kalau aku nak, aku beli. Kalau dah takde buat cara takde lah. Apa susah. So, kalau nak pinjam baju tu, memang sorry lah aku kata awal-awal. Aku memang tak kongsi. Kalau tudung tu, aku consider lagi lah kott. Tapi tu pun, faham fahamlah ya, lepas pinjam, pandai lah pulangkan. Barang tu ada owner.

Jadi manusia tu, ringan ringankan tangan jadi pembersih ya. Nampak barang bersepah, kemaslah. Bukan suruh kemas barang orang pun. Barang sendiri. Aku ni pantang sikit tengok barang bersepah. Tak suka. Rambut rambut tu. Haihhhh. Dah tak tahu nak kata apa dah. Kadang aku membebel kat ibu. Lepastu, ibu bagi aku satu kisah. *sentap punya kisah*

Kenal Imam Al-Ghazali? Mesti kenal punya. Imam Al-Ghazali dulu, setiap malam, bila semua orang dah tidur, dia datang masjid, bersihkan tandas masjid.
So, bila pagi esoknya ada jemaah datang nak solat subuh, mesti pelik tengok tandas dah bersih. Seringkali, jemaah masjid bertanya,

"Siapakah manusia yang mulia yang membersihkan tandas masjid ini?"

Sampailah suatu ketika, Imam Al-Ghazali telahpun kembali ke rahmatullah, time tu tandas masjid tu kotor. Dah tak bersih macan dulu. Menjadi tanda tanya kepada orang ramai, kenapa tandas masjid dah tak bersih macam dulu.

Akhirnya, persoalan itupun terjawab.

Tahu tak kenapa, Imam Al-Ghazali memilih waktu malam untuk membersihkan tandas masjid? Sebab beliau takut akan hadirnya perasaan riak sekiranya ada orang tahu bahawa beliau yang membersihkan tandas tersebut. Imam tu. Tandas pula tu yang dia bersihkan. Antara tempat yang hina.

Boleh nampak tak apa yang aku cuba untuk kongsikan?

Ibu sering berpesan,

"Buat sesuatu niatkan sahaja sebagai ibadah. Dah, mudah kan?"

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Manusia ni sering terlupa. Yelah, manusia kan memang pelupa. Kadang bila dah geram sangat tu, lupa nak niat kerana Allah. Padahal benda tu mudah je. Sobs.

In shaa Allah, I'll try. Try to be better. Kena ikhlas. Ikhlas ni, kalau kita ikhlas, kita tak cakap yang kita ikhlas. Contoh,

Kita bagi duit. Lepastu kita cakap,

"Saya ikhlas nak tolong. Takpe."

Tak. Ikhlas ni hanya Allah sahaja yang tahu kita ikhlas je tak. Cikgu aku pernah cakap, yang kalau Allah redha dengan perbuatan kita, Allah akan campakkan rasa kepuasan setelah melakukan kebaikan itu. Contohnya,

Kita lihat kawan kita sedang lapar. Dalam masa yang sama, kita baru sahaja membeli sebungkus nasi untuk kita jamah sendiri. Tiba-tiba kawan kita tu datang kat kita mengadu bahawa perut dia masuk angin tak makan. So, kita bagilah nasi kita tadi.

Kawan kita makan dengan gembira sekali. Dengan izin Allah, hilanglah kesakitannya tadi. Kemudian, kita berasa puas. Kita yang lapar tadi, boleh jadi kenyang walaupun kita tengok kawan kita makan. Bukan kita yang makan.

Itu tandanya Allah redha dengan perbuatan kita.

Maka, kita nak kejar yang mana?

Penghargaan Allah ataupun pujian manusia?

Kita yang membuat pilihan. Pilihlah. Pilihan ditangan anda.

Ada 2 point dari entry ini.

-Nak cakap apa yang aku dislike.

-Jom niat kerana Allah dalam setiap perbuatan.

Faham? Tak faham, baca banyak kali 😜😜

Haza faqat minni. Syukran katsiran. 💜

P/s: yang di BOLD kan tu, please take note eh. 😘😘😘😘 XOXO

No comments:

Post a Comment