Sunday, June 14, 2015

Nikmat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi all!

How's your day today?
Me, ok lah. Quite hambar today.

Not in the mood for studying.

Haritu kan, dalam kereta. Nak pergi PD.

Then, terdengar lah ceramah kat ikim.fm.
Tajuk ceramah tu pasal NIKMAT.

Ceramah tu, sangat memberi kesan ah kat aku. Berdas-das tembakan. Well, kita kan manusia. Selalu lupa. Aku bukan salahkan diri aku kenapa jadi manusia. Tapi nak maksudkan, manusia kan selalu lupa. Tu kan ciri-ciri kita ahahaha. Got it?

So, apa yang aku teringat content dia ialah

Kita perlu sentiasa memandang apa yang kita ada. Jangan pandang apa yang kita tiada.
For example, kita nak makan. Depan mata kita ada kari ayam. Tapi kita tak nak kari ayam. Kita nak daging masak kicap. So, kita asyik fikir je pasal daging masak kicap tu. Sampai bila pun kita tak rasa nikmat time makan tu. Sebab kita sentiasa fikir apa yang kita tiada. Got it?

Time tu aku sentap gila ahaha. Why? Aku pun selalu juga pandang apa yang aku tiada. Padahal kalau kita nak bezakan dengan orang yang lagi susah, kita ni dah kategori terlebih senang juga lah. Kan?

Allah berfirman,

"Berdoalah kepada-Ku. Nescaya aku akan memperkenankan doamu."
Al-Ghafir: 60

Berdoalah. Jangan malu. Teruskan berdoa kepada Allah. Cumanya, terdapat beberapa kes ketika Allah hendak memperkenankan doa kita.

Yang pertama,

Kita minta A. Allah bagi A.
Alhamdulillah, Allah bagi apa yang kita minta. Straight. No shortcut.

Yang kedua,

Kita minta A, Allah bagi B.
Percayalah, B itu adalah plan yang terbaik bagi kita. Lebih baik daripada A. Alhamdulillah.

Yang ketiga,

Kita minta A, Allah bagi C.
C tu adalah jalan untuk mendapatkan A. Got it? So, jalan ni agak panjang berbanding B dan A. Kita perlu terus berdoa dan berusaha. Jangan cepat berputus asa. Alhamdulillah.

Last but not least,
Gunakan apa yang kita ada untuk melakukan kebaikan. Jangan jadikan kekurangan kita sebagai penghalang untuk melakukan kebaikan di dunia.

Gunakan apa yang kita ada untuk membantu orang lain. Hidup ni kan saling melengkapi.
Faham tak?

Tak perlu penerangan kot. Sebab I'm pretty sure you guys mesti faham kan maksud ayat tu. Uhuks.

Haaa, one more thing.
Bila kita dapat nikmat, tak salah nak kongsikan kegembiraan dengan orang di sekeliling kita.

Ceritalah tapi jangan sampai riak. Kita sendiri boleh estimate sama ada cerita tu patut ke tak untuk diberitahu kepada kawan kita. Kena pandai menilai lah.
Tapi, jangan lupa bahawa

Nabi pernah berpesan,

"Ingatlah di setiap nikmat itu, ada musuhnya."

Tak semua cerita yang kita cerita kat kawan kita, kawan kita suka nak dengar. Mungkin time kita cerita tu dia mengiakan apa yang kita kata. Tapi belakang, dia hasad dengan apa yang kita dapat.

Senang cakap, tak semua orang suka dengan apa yang kita ada. Biasalah tu. Biasa sangat. Memang ada manusia macam tu. Kita hidup takdelah mewah mana pun tapi dia tetap dengki dengan kita. Sampai sanggup mereka cerita yang macam macam, cerita yang memburuk-burukkan kita hanya disebabkan penyakit HASAD. Bahay penyakit hasad ni. Hasad tu BAHASA ARAB. Dengki tu BAHASA MELAYU. Tapi dah menjadi adat Melayu, bila sebut hasad pasti digandingkan dengan perkataan dengki.

Hasad + Dengki = Hasad Dengki.

Padahal sama je. Hahahahaha

So, peringatan untuk DIRI ini yang mudah alpa, jangan terlalu mudah untuk berkongsi kegembiraan menerima nikmat Allah itu kepada orang lain. Dia mungkin nampak baik depan mata. Hati orang lain lain.

Biasanya, first impression tu memainkan peranan yang sangat penting tau. Memanglah pepatah Inggeris mengatakan,

Don't judge a book by its cover.

Aku rasa macam, quote tu boleh pakai untuk buku je 😂😂😂😂

Sebab kalau dalam Islam, bagaimana hati kita begitulah rupa kita.

Selalunya, *tak semestinya* first impression tu lah yang menggambarkan bagaiman diri kita yang sebenar. Okay, jujurlah macam aku. Kalau aku tanya orang kan,

"Apa first impression kau time kau kenal aku dulu?"

Ramai yang akan bagi jawapan macam ni,

"Kau nampak sombong gila."

Benda tu aku tak boleh nak nafikan. Sebab aku memang sombong dengan orang yang aku tak kenal 😂😂😂

So, betullah tu. Lepastu, ada orang kata,

"Kau nampak garang lah. Tegas."

Yeay, aku memang garang kahkah. Tegas? Entah.

Cuba kau tanya first impression orang kat kau then kau bandingkan dengan diri kau. Mesti ada yang betul. Sebab muka kita menggambarkan hati kita. Perangai kita. Jangan marah kalau first impression orang kat kita tu negative. Tu maksudnya ada benda yang perlu kita ubah dalam diri kita.

Aku tak kata aku baik. Dan ya, aku tak baik. Iman kita ni naik turun. Yazid wa yanqus. But I'm still trying. Try to be better. Solehah maybe. In shaa Allah. 😁

Kita perlu sentiasa muhasabah diri. Pernah tak kau rasa, satu hari tu tiba-tiba rasa kosong. Tiba-tiba rasa down. Rasa kau jahat sangat haritu. Lepastu, throwback apa yang kita dah buat. Muncullah satu per satu. Pernah tak? Lepastu, rasa nak nangis tapi tak tahu sebab. Mulalah kita macam moody tapi tak moody. Kan kan?

Orang kata, kalau tiba-tiba kita rasa macam tu,
Tandanya Allah merindui kita. Allah jentik hati kita. Supaya kita kembali ke landasan yang benar. Kan iman kita naik turun.

Hmmmm. Sob sob sob. 😢😭

Maafkan saya kerana saya bukan orang orang alim baik solehah yang layak nak beri teguran. Ni cuma perkongsian tau 😁

Mana yang tak betul, tegur tegurlah. Mana yang baik, ambillah. Mana yang buruk, tinggalkan lah. Jadikan sempadan.

Haza faqat minni. Syukran katsir. 💜

No comments:

Post a Comment