Saturday, December 31, 2022

One day before 2023

Everyone is excited of celebrating the new year 2023. Everyone is hoping that 2023 will give them happiness and more good news.

Some of them are waiting for their special days to happen. Getting a new job, getting engaged, getting married, delivering a new baby etc.

While me, I'm just hoping I will make it till the end of 2023, living my life genuinely happy. That's it.

I'm hoping to enter 2023 with happiness too but, I'm not in the best state of myself for the past days. I thought I have healed from it but seems like, nope, I don't. Yet.

I'm not excited about 2023. Because I don't think my life will change. Yeah, maybe I'll start working this year. But you know, everyone knows housemanship period is like a hell. Which I'm really hoping it won't to me.

I've had a rough and tough year in 2022. I'm just hoping I will be happy again in 2023. I'm so jealous where some of my friends will embark into their new phase of life which is exciting. While me, I'm just dumb, young and broke.

Scored all A's in all of my biggest exams in my life from primary school. Even got MBBS with distinction too. But I still fail multiple times in a relationship. I guess, being in a relationship isn't for me. I might be cursed kot. Maybe kena mandi bunga.

Even dah buat the do's and the don'ts, reading from books, still... I fail it multiple times. Dah lah, lepasni dah tak payah beriya sangat. Because the disappointment is bigger than I expect.

Aku seorang peluka berkali-kali pun, masih lagi gagal dalam membangunkan diri sendiri. Ini bukan kali pertama aku terluka dalam kehidupan. Tetapi aku masih tersekat di takuk yang aku tidak pernah suka.

Kesakitan yang dirasakan, sama teruk dengan kesakitan secara fizikal. Jangan pernah memandang rendah kepada orang yang bersedih kerana terluka hatinya. Kalian yang tidak pernah merasa tentangnya, takkan faham tentangnya. Takkan pernah faham.

Kalian yang tidak pernah merasa luka, kecewa, ditinggalkan, takkan pernah memahami perasaan seorang peluka. Kau mungkin akan mengatakan, apa yang susah sangat? Move on sahaja lah.

Andai kau tahu, setiap hari aku berperang dengan diri sendiri, acapkali aku bilang pada diri sendiri, move on, Sarah. Bangun. Bukan aku tidak memberikan semangat kepada diri sendiri. Kerapkali juga aku gagal. Disebabkan gagal, aku berhenti berehat.

Sakit, sakit yang tidak orang nampak secara mata kasar. Apa yang orang nampak, aku tidak berbuat apa-apa. Apa yang orang nampak, aku sejenis orang yang mudah berputus asa.

Ahh lepasni, gaduh saja lah. Timbulkan segala salah faham. Kerana buat benda yang betul sahaja, masih gagal di penghujungnya. Medan percintaan ini penuh dengan onak dan duri. Aku cemburu melihat medan cinta mereka yang penuh dengan kemudahan, kebahagiaan dan kesenangan. Kenapa aku tidak? Apakah aku bernasib malang?

Kini, segala perkara yang berkaitan dengan perhubungan, pasangan, perkahwinan, anak dan semua yang berkaitan, hanya memberikan aku luka. Walau kenduri kahwin juga tidak aku ingin datang memenuhi jemputan. Nasi minyak juga tidak memberikan kenikmatan.

Di setiap kegembiraan kita, ada juga mereka yang terluka. Aku tidak boleh menghalang mereka daripada berkongsi kegembiraan mereka. Aku sendiri yang perlu buat untuk diri aku sendiri. Maka, aku memilih untuk menekan butang "mute". Lebih tenang hidupku.

Mungkin suatu hari nanti, aku juga akan buang segala media sosialku. Berhenti mengambil tahu. Fokus hanya pada kehidupanku.

Apa yang mereka lakukan sehingga mereka begitu bertuah dalam medan cinta ya?

Kini, aku lebih mengerti apabila mereka bilang, hanya tidur tempat aku melupakan segala kesakitan. Ketika ini, aku lebih memilih untuk bersendirian dan tidur. Tidur dengan harapan yang aku tidak lagi akan bangkit dan meneruskan kehidupan. Malah, aku berasa sedih kerana terjaga dari tidurku.

Sedangkan ungkapan orang yang normal setelah terjaga dari tidur mereka adalah ucapan Alhamdulillah. Tapi, kenapa aku tidak?

Telah dijelaskan kepada kita bahawa tujuan kehidupan adalah untuk beribadah kepada Allah. Namun, kenapa Kau memberikan aku rasa kesakitan ini sehingga aku rasa hilang harapan dan putus semangat untuk beribadah lagi kepada-Mu, wahai Tuhanku. Sungguh, aku sedih sekali.

Selamat tinggal 2022 yang penuh luka. Terima kasih kerana pernah memberikan bahagia walau seketika.

I'm not expecting anything in 2023. Please pray for me, to be happy like before, in 2023.

No comments:

Post a Comment