Saturday, July 27, 2013

Kesatuan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Kesatuan. 
Post ni bukan berkaitan Matematik F4, aku cakap awal awal.

Tapi Kesatuan. berkaitan hati hati kita.

Dalam menyebarkan dakwah,
asasnya ialah kesatuan.

Dan where to start Kesatuan. ni?
Mulanya dari AKAR.

Ibaratnya, saraf tunjang kita.
Kalau rosak, lumpuhlah kita kan? Kan?
Terletaknya kat belakang kan? Kan?

Samalah macam Kesatuan. dari akar ni.
Akar di sini bukanlah bermaksud akar pokok kat rumah hang tu ha..

Akar = Punca dia.
Insan yang menyebarkan dakwah tu.

Dalam kerja, kalau takde kesatuan, HAPRAK tak dapat.
Cuba muhasabah balik.
Kita marah marah orang, ni tak buat, dia langgar peraturan. Kenapa?
Kita marah dia. Denda dia. Pastu tanya, kenapa degil sangat?!

Ada 2 pihak perlu disalahkan dalam bab ni.
1st, pihak yang menyebarkan dakwah tadi.
2nd, pihak yang melakukan kesalahan lah kan..

Kita nak berdakwah, semuanya perlu bermula dari hati.
Apa2hal semuanya hati.
Hati kalau berpenyakit, memang tak bagi impak apa2.
Hati kalau tak ikhlas, buat kerja pun sambil lewa.

Kalau iman asyik pasang surut je, sampai bila?

Pepatah arab pernah mengatakan:

" الاتحاد اساس النجاح "

Kesatuan asas kejayaan.

Selagi hati hati belum bersatu, sampai bila pun dakwah susah nak gerak.
Kalau setakat sorang je yang gerak, impaknya juga sangat sedikit.

Kita hamba Allah.
Kalau buat apa apa, 
jangan fikir, adakah berkesan pada hati dia?

Kita hamba.. Buat kerja hambalah!
Yang datangkan impak hanyalah 
Allah s.w.t

Tapi, ya, memang kita kena berusaha. Dan jangan lupa berdoa.

Tapi apapun, akar umbinya ialah
KESATUAN.

kalau setakat memantau tanpa bertindak apa apa, takde guna.
cuba gunakan kuasa yang ada.
TAPI
JANGAN MENYALAHGUNAKAN kuasa yang ada. 

Dakwah is easy.
diam pun dakwah. Tapi kalau nampak maksiat, kita diam.
Tu namanya.......

Akar umbi perlu bersatu. 
Kita perlu bersatu. Mungkin ya, sekarang kita masih lagi terumbang ambing.
Tapi tak salah kalau nak bincang pasal benda2 ni.

Tak semestinya, 
' ni tugas kau.. kau yang buat.. bukan kerja aku '

sampai bila?

habis tu, kalau mak kita suruh sapu sampah,

' ni tugas mak, bukan tugas saya..'

camtu? cakap dengan mak?

' Amanah akan dipersiakan sekiranya diberikan kepada BUKAN AHLINYA. '

AMARAN KERAS!

jangan hanya pantau lihat pantau lihat,
pastu buat DEK je
akhirnya, kemungkaran berlaku semakin berleluasa

*maaf andai tersinggung, aku belum punya kekuatan

tapi, kalau ada pihak yang terasa, terima kasih sebab masih ada iman yg kental.
in shaa Allah..

peringatan ni khusus untuk saya dan kita semua dalam menjalankan sunnah Nabi.
sekian~







Friday, July 12, 2013

'Makhluk' yang bernama MASALAH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam ;)

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1434H.
*masih belum terlambat kutt nak ucap :)*

dah baca kan tajuk post ni sebelum baca post keseluruhan ni..?
mestilah dah. 

Masalah.
Bila cakap tentang masalah, direct terus kita fikir satu per satu masalah yang kita ada.

Problem.
Musykilah.

3 bahasa dalam satu masa.
Seriously, kat dunia ni, tiada seorang pun yang terlepas daripada masalah.
Semua orang ada masalah.
Either masalah tu kecil or besarrrrrr. Tahap ke mahkamah lah kott paling besar.. HAHA
Masalah paling besar ialah apabila HATI MATI
Masalah paling besar ialah apabila hubungan kita dengan Allah mula samar-samar.

Kalau setakat masalah family, maruah, kewangan, pelajaran, kawan dan sebagainya..
Itu masih kategori kecil kutt.

Ana pun ada masalah. Banyakkk. Paling tak boleh sekarang ni, 
MASALAH HATI je. Kita ni susah nak jaga hati.
Pada hati, Allah ciptakan pelbagai perasaan,
CINTA
BENCI
SUKA
MINAT

MACAM MACAM LAGI
Paling susah nak jaga hati, bila perasaan *faham faham jelah*

Hati ni sensitif. Baiki 'ia' sebelum rosak. Rosak kang BINASA woooo!

Masalah,
sedangkan bayi pun ada yang bermasalah, 
lagi besar kutt daripada kita.
Tapi kita, baru dapat masalah sikit je, baru je nak kena uji,
dah mengeluh. Cari orang, cerita. Betul tak?

KALAU ADA MASALAH, CARI TUHAN [ ALLAH ] DULU, BARU CARI MANUSIA

MASALAH = UJIAN
UJIAN = RAHMAT

equation ni tepat. tapi tiada dalam matematik, maaf~

Bila Allah bagi ujian, kita sepatutnya mengucapkan 
ALHAMDULILLAH ;)
sebab apa..?
sebab, ujian = pahala

Kenapa Allah bagi ujian..?
Jawapan biasalah kan, 
Allah nak uji keimanan, ketaqwaan kita sebagai hamba kepada Dia.

Tapi kita, ujian = mengeluh
sedangkan ujian = pahala.

Masalah = ujian yang Allah bagi tu, kita mampu untuk tanggung sebab janji Allah dalam kitab-Nya

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” 

(Surah al-Mukminun: 62)


Remember, His promise is true :)

Dan Allah juga telah berkata dalam kitab-Nya yang mulia lagi bahawa,

“  Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)


Ingatllah bahawa, 
Untuk manusia Allah tak pernah beri kisah yang sia-sia.

Bermakna, semua kejadian-Nya ada hikmah tersendiri.
cuma kita je yang belum tahu. 
Hikmahnya bukanlah BUUPPPPP! jatuh waktu tu jugak, mungkin lama lagi.. kita tak tahu.

Mungkin antara hikmahnya begini,
Sebabkan ujian itu, 'dia' telah mengajar kita kemahiran berfikir.
Berfikir menyelesaikan masalah. Cuba bayangkan,
kalau hidup kita senang je flow dia, sikit pun halangan takde. 
Tapi, sampai kat satu 'destinasi' ni, kita kena uji sikit je, tak banyak, sikit je, 
mulalah kita menggelabah dan mengeluh. 

Kalau nak bandingkan masalah = ujian kita dengan Rasulullah serta para Nabi lain dalam menyampaikan dakwah dulu, memang tak sama. 

Masalah = ujian mereka lebih hebat daripada kita. 
Tetapi, pergantungan mereka kepada Allah sangat kuat. Mereka tidak berputus asa pun.
Tapi kita, entahlah :|


Jangan mudah melatah bila dapat ujian. Itu perkara biasa.
Kita yang kena pandai handle masalah tu. Sebab tulah Allah bagi kita akal.


Ingat,

" Untuk manusia, Tuhan [ Allah ] tak pernah beri kisah yang sia-sia "

Wallahu'alam :)
sekadar peringatan untuk diri yang pelupa ini dan dikongsi bersama orang lain

Sunday, June 2, 2013

Hati.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam ;D


Hati.
Qalbu.
Liver. 
Kenapa bukan heart..? eh, hello hello. Kau tak belajar ke. Heart tu jantung.

Sape takde hati angkat kaki!
LoL

Tapi rasanya majoriti manusia ada hati.
Yeesss. Tak pernah pulak, den donga 'seorang bayi lahir tanpa hati ' 
ada ke? rasanya tak.
Tapi seseorang tu boleh tiba tiba takde hati time hidup,

Macam Mana?

Macam ni.

1st = dia derma hati dia kat orang. so, dia takdelah hati kan?

2nd = hati dia dah mati.

maka, situasi ni, hati dia dah takde.

Minta Allah jauhkan kita daripada perkara yang kedua itu.
tapi, tahukah anda ada lagi satu penyakit hati.
Yang mungkin diketahui oleh sebahagian separuh orang kutt.

yakni.
Hati Buta.

Hati pun boleh buta. 
Bagaimana? Bila kita takde ilmu.
Maka hati jadi buta.

Ingat, bila hati dah buta, kita susah nak jumpa jalan ke akhirat.
Dan akhirnya, hati tu jadi mati.

Kalau rasa hati tu dah mati, minta kat Allah hati yang baru,
Den tak buek cito, sebab den donga dari kawan den. 
Bukanlah Allah bagi seketul hati baru untuk dibedah letak dalam badan kita ni ha. Bukanlah begitu.


Dunia ini ibadah. Maka, bila beribadah, kita perlukan ilmu. Betul?
Ilmu tulah yang menyuluh kehidupan, hati kita. 
Takde ilmu, dunia ni gelap hakikatnya walaupun diterangi dengan berjuta lampu pendafluor.

Saya ada kisah. Kisah seorang perempuan. 
Satu malam, hatinya berkata buatlah solat sunat.
Maka, dia pun melakukannya.
Sedang dia sujud untuk kali yang terakhir.
Lidah beliau kelu. Hati beliau tiada di situ. Dia rasa nak nangis sangat sangat. Dia rasa sangat geram.
Sebab dia langsung tak menangis dalam sujud dia. Seolah olah memang betul hati dia dah takde kat situ.

Dia sedih sebab, yelah dia jumpa Allah tapi hati takde dan taknak berkata kata.
*cerita untuk dijadikan pengajaran*

kerana Ikhlas tiada di tempatnya.
Maka, berhati hatilah ketika beribadah. Ikhlas kerana Allah, bukan kerana riak :D

Bila Allah kata, aku tak mengizinkan, maka perkara itu tidak berlaku.

Jagalah hati, 
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.


" Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati... "

Hati baik, akhlak pun baik :)

Saturday, June 1, 2013

Sagacious 2-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji Bsgi Allah Tuhan Semesta Alam.

cuti ni, seronokkkkk sangattt.
Lagi seronok kalau takde kerja sekolah kott.

Fakta!

Telah berjaya menghabiskan satu BUKU. Bukan novel kott.
Yang diberi tajuk,

Saya Muslim, Awak Iman.




ni buku dia. 
Serious, best superb gila.

Cuba try baca.
Memang tak dinafikan, buku cinta.
Tapi dia bukan 100% cinta yang melalaikan. Pendapat saya, sesuai untuk orang yang hendak berubah.

Serious, tak tipu. Jom baca ramai ramai.
Melalaikan?

Anda yang membawa kepada kelalaian, hakikatnya.
Nak cerita sepenuhnya, memang tak habis sampai 3 hari 3 malam lah kan.

Buku ini, tentang seorang perempuan yang sangat MENJAGA.

MENJAGA APA..?

SEGALANYA. yang ada di muka bumi Allah.
dari A- Z.

she's trying.



Sagacious 1-

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.



Malam, dia telah mengajar segalanya.
Everything. Syukran katsiran jiddan to her.
Yes, always be positive.

Kepada 'beliau'. [ belajar dari Saya Muslim, Awak Iman ]

saya minta maaf.
Mungkin, saat hari tu engkau orang yang paling aku benci.
Tapi akan datang, anything could happen.

Dan saat ini, aku datang ingin memohon sejuta seinfiniti kemaafan.
Atas segala kesalahan sama ada yang kau nampak atau tak.
Ya, kakak aku dah brain wash aku dah.

Bila aku ada kakak..?


Dah lama aku mengetahui bahawa membenci penyakit hati.
Tapi tak lama aku tahu yang rupanya dalam diam aku benci dengan kau.

Taklah tak benci , cemburu je. :p

ok, lawak. Kepada 'beliau' , saya minta maaf :D

Mungkin anda memang tak perasan, kerana saya taknak bagi anda perasan.
Kepada yang lain, jangan nak perasan. HAHA

Orang tertentu sahaja akan faham tentang ini. Yang tak faham,

SILA JANGAN MEREKA CERITA.


ok..? Sekian , Terima Kasih Daun Keladi.

Saturday, May 4, 2013

Ehem, Exam dear :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Esok PRU-13 :)
#tapi ianya tak berkaitan dengan den pun =='

esok punya esok punya esok adalah Exam Month

kenapa month..? sebab dia bukan week tapi weeks dan almost one month

#haha
tahu tak apa itu malas..? tapi ni spesifik sikit, malas nak belajar.
malas kali ni lebih teruk dari malas malas sebelum ni. teruk betul!
buku ada je depan mata, tapi tersentuh pun tak.
sentuh sentuh, tapi terbukak pun tak.
bukak bukak tapi terbaca pun tak.

Ya Allah, tolonglah kami :'(

esok Sarah, kalau keputusan tak memberangsangkan, itulah usaha kau.
habislah den.. dahlah mid year exam. keputusan panggil ibu ayah.
haishhh, result sebelum ni bolehlah sorok sorok.
tapi sebelum ni punya memuaskanlah. cuma malas nak bagi tahu. tengok, malas lagi.

kenapa mesti wujud malas kat dunia..?
siapa yang wujudkan perkataan ni ha..?
takde ke perkataan yang sedap sikit dari malas..?

aduhaiii. kesedaran sendirilah nak belajar.

esok punya esok punya esok , BI paper 2 dan SEJ paper 3 je dulu. bolehlah takyah baca.

tapi esoknya pulak, PSI paper 2. tu kena baca, tebus balik untuk yang lepas.

den target 5A, untuk subjek bukan killer je dulu. tu pun kalau dapek.
untuk subjek killer, mestilah target A tapi tak yakin lah pulak.
Add Math, Math Mode lebih senang dari BIO dan PHY, bagi den lah.

aduhaiii. aduhaaiii.

semua orang balik asrama hari isnin, tapi kami hari ahad.
Doakan PR menang baru boleh cuti hari Isnin :)
#hehehahahihihoho

at last, mengundilah dengan bijak *tetibe*

taklah, good luck untuk para pengambil peperiksaan :O
apapun keputusannya, lihatlah hasil usaha kita sebelum ni, ok..?