Thursday, February 1, 2018

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 2)



Banyak perkara yang belum aku cerita lagi bila diselidik satu per satu. Sebab aku fikir, perlu ke tak, perlu ke tak. Tulah susah eh jadi oghang yang banyak naa cito eh.

Post kalini nak cerita tentatif kitorang hari kedua dan malamnya...
Dan tidak lupa untuk memperkenalkan my travel partners tempoh hari (seriously, lupa gila!). Baru aku perasan, setakat ni setiap kali cuti sem, sebenarnya kitorang tak pernah miss untuk berkumpul and pergilah jalan mana-mana walaupun tak semua ada.

Semester 1 break: We went to Broga Hill.

Cerita pasal Broga Hill ada juga in my previous post. Tapi tak cerita pasal Broga Hill pun. Time ni aku juga yang paling excited sebab aku tak pernah hiking and my first time was with them! So glad to have them in my life because they all are soooo supportive and protective (okay lahh). Zaman sekarang ni, nak cari kawan bukan senang. Takut kawan makan kawan. Semoga kita semua baik-baik je #KitaOkay. Panjat Broga ni pun time akhir-akhir cuti sem gak.


Semester 2 break: We went to Melati Hill, Nilai.

15 tahun den duduk kek Nilai, baru den tahu kewujudan Bukit Melati tu weh, kahkahkah! Itupun Amir lah yang cerita sebab dia duduk situ. Bukit Melati ni best sebab ada 4 puncak tapi kitorang panjat 2 puncak je sebab tu pun hiking time gerimis. Start hiking pukul 10, turun dalam pukul 11 lebih kalau tak silap. Tapi time ni tak ramai yang ada, but okay lah.


Semester 3 break: We went to Sabahbahhhh!

Setakat ni, ni yang paling excited lah bagi aku sebab first time travel jauh (w/o family) dan semua kitorang uruskan sendiri without travel agency and tour guide. Kitorang decide tentatif and everything. Alhamdulillah, sebab ada Najeebah yang kampungnya di Sabahbahh, dia paling banyak membantu sebab tolong buatkan tentatif hehehe. Rasa bangga jap first time travel decide sendiri itupun sebab ada Najeebah XD (dan dengan izin Allah)


Next sem break? Hehe



Before continue, I would like to introduce our #shamsimXsabah members:

1,
Kita start dengan Pengarah. Dia lah yang sibuk ajak nak pergi Sabah, yang aku ingatkan dia sembang kencang je ni (maafkan saya, pengarah).


This is Hafizzullah. We called him Apis.
Okaylah, daripada pemerhatian aku (aku harap aku tak salah), sepanjang trip ni, dia orang paling cool (kot?). Jawapan dia cuma, NAK atau TAK NAK. Yelah, pengarah kan? Kalau tanya, nak pergi sini tak, pengarah? Kalau nak, dia cakap nak. Kalau taknak, dia cakap taknak. Sebab dia lelaki kot? Kalau perempuan, dia punya taknak tu panjang gila explanation.

Eg: boleh je nak pergi tempat tu kalau nak tapi tulah *reasons*... (ulang ayat). Boleh je kalau nak... *dalam hati sebenarnya, taknak*


Dia macam happy je setiap masa (yang aku tengok lah). Tapi takut juga sebab tak tahu dia tengah marah ke tengah happy ke tengah perli apa sebenarnya dia buat ni haaa...



2,


This is Najeebah. We called her Jeebah.
Aku consider dia as penolong pengarah lah sebab dia yang tolong buatkan tentatif (bersama-sama Sofia Sorhaimi) time meeting kat rumah aku haritu.

Tanpa tentatif, berteraburlah trip kami :'))) Big thanks to her! (and Sofia too). Eh ke ada orang lain juga yang tolong buat tentatif haritu? *sis blur time susun tentatif* Dia juga yang tolong sewa van untuk kitorang ke Kundasang sebab jalan Kundasang tu macam nak naik Cameron Highland tapi teruk sikit lah. So, budak lelaki tak berani drive kawasan tu and kitorang berharuk-pikuk dalam van. Best moment ever!

Dia lah yang suggest,

"Jom pergi sini?"
"Nak pergi sini tak?"
"Koranggg, jom pergi sini."

Kalau tanya aku, aku okay je semua sebab aku kaki jalan. Tak kisahlah ke mana-mana asalkan tempat tu membuatkan aku bahagia kehkehkeh. Apa-apa hal, aku tanya dia je. Annnnddd, she's one of my BFF since secondary school. Kitorang ni kejap gaduh kang kejap baik. Pastu gaduh balik pastu ehh baik balik. Pergi ke mana-mana semua berkepit. Lebih-lebih lagi time tamhidi dulu sampai semua orang boleh cam.

Di mana ada Sarah, di situ ada Najeebah. Di mana ada Najeebah, di situ ada Sarah.
Senang orang nak cari. Tapi terpisah time degree, tapi hati masih tetap bersatu hihi, bersatu dalam satu jemaah acewahhh. In shaa Allah. Pernah terfikir, nanti aku lost contact ke dengan budak kecik ni? Setakat ni, alhamdulillah masih contact. Ada masalah, masih mencari antara satu sama lain, sweet kan kitorang? :')))

Macam couple HAHAHAHA



3,


This is Fatin Amira Balqis. We called her FAB (look at her name back).
Tanpa FAB, maka bergelandanganlah kami di Sabah :")))
Dia lah orang utama yang uruskan hotel penginapan. Sis tabik sebab walaupun dia busy (she's an architect-to-be), tapi dia tetap gigih carikan hotel. Walaupun time tu, aku agak risau juga kat mana sebenarnya kita akan tidur ni hahahaha tapi alhamdulillah Fab sangat bersabar. Hotel murah dan cantik serta selesa tu semua FAB yang cari hihi. Dia kata,

"Alahh guna booking.com je weh."

Centu lah ayat dio, den ingat laei.



4,


This is Ariff. We called him Ayip.
Dia ni member sama course dengan aku. FYI, Ayip dengan Apis ni business partner tau. Dorang collaborate and run business sendiri, check out their Instagram @topi.malaya and @bag.malaya

Sila follow Instagram depa and belilah mana yang berkenan, hihi. Jangan lupa support!

Ayip yang uruskan hal kereta sewa untuk hari ketiga, keempat dan kelima kitorang kat Sabah. Dan dia second photographer kitorang.



5,


This is Amir Hamzah. We called him Amir.
This one is Amir's favorite photo. He said,

"Kenangannn.."

So, Amir ni kawan lelaki yang paling lama aku kenal and still keep in touch sampai sekarang. Known him for 11 years already. 5 tahun sekelas (walaweehhh), tanzim BADAR pastu join debat arab juga... Lepastu, kengkonon aku taknak masuk USIM lah kan sebab confirm jumpa dia ni, asyik ajak den masuk USIM yo. Last-last, den sangkut gak kek USIM ni haa and tadaaaa, jumpa dia lagi!

From primary school > secondary school > university.

Dia tanya aku,

"Kau tak bosan ke asyik tengok muka aku?"

Sebenarnya, bosan gak lah... Ceyyy, no no this is just a joke hahaha... Elehhh sebenarnya, dia yang bosan tengok muka aku. Hekelehhhh...


6,


This is Sofia. We called her Piya.
Tadaaaa! Aku paling suka tengok kerenah dan gelagat Sofia, haha sounds macam budak kecil tapi tak... Haihh tak tahu macam mana nak describe. Sebab mungkin lah aku jenis mudah terhibur (kot?), so aku rasa kerenah dia ni comel sebab membuatkan aku terhibur HAHAHAHA XD

Sofia ni juga yang tolong buatkan tentatif untuk kitorang heee...
Suka tengok Piya, kalau aku ada anak nanti, nak bagi nama dia Sofia juga :P *tetibe*



7,


This is Syahirah. We called her Syera.
Syera...
Aku rasa dia yang paling organized antara kitorang.
One thing yang aku kagum dengan dia, semua benda dia catit apa yang dia belanja haritu. Kalau aku, aku makan je asal tak lebih berapa yang aku tetapkan XD *sebab tu asyik terlebih belanja*
Aku suka dengar dia gelak sebab dia gelak sopan, tak macam aku, kalah pontianak hahahaha...

Syera, apa khabar abang askar? :p



8,


This is Syakirin. We called her Kirin.

Kalau tengok gambar ni pun dah boleh agak Kirin ni sangat ceria orangnya! Tapi kalau dia tengah takde mood, aku takut nak kacau huhu, sorry Kirin! Ada kisah yang berkaitan dengan Kirin yang berlaku di Sabah ni pada hari keempat hehe... Nantikann... (ceyyy macam suspens)



9,
Our special guest! Why special? Because she's not an USIMIAN but was from same school too!


This is Izzatul Najihah. We called her Jibo!

Sebelum-sebelum ni kenal jejauh je time kat sekolah dulu. Tak sangka Allah izinkan kitorang untuk travel sama-sama hehe. And, satu ikatan telah terbuka.. Semoga mampu menyimpan segalanya, biiznillah. Dia lah photographer utama kami! Ada event dan perlukan photographer dengan bajet yang mampu? Sila follow Instagram: @photograbliss , okay? Jom support!




Anddd....
10,


Haa whatsapp sape tu?
Selaku setiausaha yang tidak bertauliah yang tak function, cuma star message penting tapi hilang juga hahahaha pebendaa tahhh!


So, continue...


Aku dah cerita aktiviti kitorang hari pertama dan malamnya. Hari pertama sampai still rasa macam tak percaya yang aku dah sampai Sabah bersama shamsim! Bahang belum terasa sangat sampailah check-in hotel dan jalan-jalan cari makan (jalan kaki) sejauh tak pasti berapa kilometer ke Pasar Philippines.

Hari kedua:

Bangun pagi pukul 5am huhuhu yelahh sebab kat Sabah kan, Subuh awal. So, pukul 6am tu kira subuh gajah tau! Terang macam pukul 7am, tak tipuuuu... Tapi bilik kitorang bangun lambat sikit sebab malam tu tidur lambat, syok sembang hahaha cuak gila takut lambat sebab kena check out hotel pukul 6.00am.

Plan asalnya nak bertolak ke Kundasang pukul 6am gitu sebab suruh van tu sampai pukul 6 pagi lah. Ohh ya, kitorang sewa van untuk hari kedua dan ketiga sebab jalan kat Kundasang tu macam jalan ke Cameron Highland tapi teruk sikit kot, so, tak berani nak drive sendiri sewa kereta semua.


Total sewa van: RM800 (termasuk minyak, RM100), RM80/person.


Hakikatnya, pemandu van kami lewat 2 JAM! Sampai pukul 8 pagi. Kitorang call dia pukul 6.30 pagi tu, takutlah kan kot dia dah tinggal kitorang sebab lambat siap rupanya time tu, dia baru bangun tidur -.- sabar jelah mak nakkkkk... Nak marah, tak sampai hati. Yelah, bila fikir balik, kita doa, minta Allah lindung kita, mana tahu dengan melambatkan perjalanan selama 2 jam sebenarnya Allah sedang melindungi kita kan? Fikir yang baik-baik hihi.


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit lah gitu. So, sambil tunggu nak sampai, kami main teka-teki dalam van! Hahahaha best moment ever sebab dapat kenakan orang... Otw ke Kundasang tu, boleh nampak Gunung Kinabalu tau (tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu *ehh*)


Ada satu tempat tu, boleh berhenti kat situ kejap untuk ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu :D Subhanallah, the view was soooo tempting! Tapi time kitorang sampai nak ambil gambar tu, awan dah menutupi Gunung Kinabalu, so tak nampak sangat. Cantik sangat!



Nampak tak awan putih kat belakang tu? Di sebalik awan tu lah, ada Gunung Kinabalu! Cantik kan? I miss this view, btw :'(((



Still tak jelas sangat tapi nampaklah kan gunung tu sipi-sipi. Awan dah tutup dah, yelah pukul 10 lebih dah time ni... Nak tengok, kena naik awal pagi, baru nampak jelas! Tapi time kitorang tengah otw naik ke atas pun, nampak je cuma tak sempat ambil gambar...


Spam sikit.

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan




Okay, sambung perjalanan untuk sampai ke Desa Dairy Farm.
Tempat wajib untuk mereka yang bercuti di Sabah! You guys memang kena datang sini because the scenery is sooooooo ma shaa Allah and subhanallah! And the weather too... Seronok sangatttt! Kat sini lah yang ada lembu acah-acah kat New Zealand tu.. And you should try the ice-cream and the yogurt sebab fresh! And don't forget the milk too, kalau nak beli cheesee pun boleh.





Desa Dairy Farm
Entrance fee: RM5/person
Yogurt/ Ice-cream: RM5.60


Kat sini pun, korang boleh bagi makan/ minum susu kat lembu dan kambing.

Satu botol susu: RM1.50
Satu ikat rumput: RM1.00


Brrr... On point gambar ni, thanks to Mr. Photographer -.-

Mooooooo!

Muka "kerana terpaksa, aku relakan" je kambing tu HAHAHAHAHA


Apa yang kelakar sangat tuuuuu


Mount Kinabalu yang shy shy cat

2k18 family potrait!

I love my own family and this family too :") Kalau boleh paksa semua orang single, lama dah buat hahahaha... For me, selagi masih single, let's travel around the world to seek for pleasure and happiness, to experience new things, to make memories zaman muda-muda ni. Why not kan? Bukan bercinta sweet sweet je because there are lotssss of things yang boleh buat time single. Travel pun satu perkara yang berfaedah tau. Manfaatkan zaman muda kita (acewahh)...

P/s: hint untuk korang supaya jangan kahwin awal sangat and leave me alone :'((((

Next, kitorang pergi lunch and check-in hotel kat Huda Inn Hotel, Ranau. Harga aku dah cerita kat Part 1.

Lepas pergi Desa Dairy Farm ni, asalnya nak pergi tiga tempat lagi tapi ketiga-tiga tempat di-cancelkan... First, Strawberry Farm, cancel sebab tak banyak buah nak petik. Second, Kundasang War Memorial, cancel sebab hujan. Kat sini, cantik gila kalau photoshoot tapi takde rezeki :'(( Third, Lombong Mamut. Cerita tentang perjalanan kami ke Lombong Mamut ni memang kelakar sebab beriya lahai nak pergi sekalitu sampai kat atas, jalan tanah merah, so tak dapat nak teruskan perjalanan. Tapi time dah otw tu, memang creepy gila lah.

Mula-mula aku sedih gak sebab kena patah balik tapi aku tak kisah sangat sebab tempat tu huhu macam menyeramkan sebab nampak macam takde civilization.. Tapi ada beberapa kereta hmmm... So, otw nak turun balik tu terserempak dengan macam penduduk kat situ kot, bila ditanya, rupanya Lombong Mamut tu dah lama tutup HAHAHAHAH... Mungkin sebab tu Allah jadikan tanah merah tu sebagai halangan untuk kami teruskan perjalanan :'))) 

End up, kami balik hotel. Some of us dah burnt out sebab tak cukup tidur. Malam tu tak keluar pun (except for guys) sebab tempat sekitar hotel kitorang macam tak menarik untuk jalan-jalan cari makan + penat.


Panjang dah ni hehe...
Semakin hari, semakin banyak kisah menarik sebenarnya yang berlaku antara kami di Sabah...
Apakah kisah menarik itu?

To be continued...
XOXO


Friday, January 26, 2018

[TRAVEL] shamsimXsabah (part 1)


Jumaat lepas (19 Januari 2018), time ni kitorang tengah duk kalut uruskan baju pergi dobi HAHAHAHA

Nampak tak betapa lah susah untuk aku move on daripada shamsimXsabah ni? Why moving on is hard.... Move on untuk Sabah ni lagi susah daripada nak move on putus cinta (acewahhh, yekee). Sebab shamsimXsabah full with joy and cherish moments! Mana bisa dilupakannnnn!

Cerita asalnya, ingatkan trip ke Sabah ni sembang je. Kitorang bincang dari cuti semester 2, 1st year nak masuk 2nd year. Time tu lepas balik hiking Bukit Melati, Nilai. Ada sorang member aku ni haa, duk ajak ajak, "Jomm pergi Sabah."

Aku pun, "Jommmm"
Padahal dalam hati tahu duit takde nak travel HAHAHAHA...
So, aku ingatkan lama lah lagi nak ke Sabah tu and aku buat endah tak endah je.. Yelah, sebab member biasa sembang kencang je kan.


Till one day.... Few days before new semester started...


Ada yang check ticket flight, pastu harga murah bakhangg! Depa duk kecoh lah kat group, "cepatttt siapa nak pergi Sabah, confirmkan malam ni juga." Kalutlah book ticket sebab tinggal few seats left tau untuk harga murah! Dan akhirnya... Ticket telahpun dibooking. Waktu tu macam adakah ini realiti atau sekadar mimpi?


Bayangkan, cuti semester time dalam bulan 8, nak tunggu bulan Januari 2018?!?!?! Sumpah lah, penantian suatu penyeksaan. Dapat pula, of course before cuti semester tu ada final exam kan? Aku asyik daydreaming berangan keseronokan travel dengan depa :D


Ohh btw, SHAMSIM stands for budak SHAMS yang masuk USIM. We went to same school, SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban and happened to study at the same university too! Ada yang sama course, ada yang lain-lain. Since school, bonding antara batch kitorang memang kuat lah (walawehhh!), so bila dah masuk U pun, bertambah rapat lah, selalu jumpa. Padahal kampus aku jauh dengan dorang yang kat Nilai haa.. Aku tak pernah terfikir yang kitorang akan still in contact and siap boleh travel sesama lagi.

Orang kata, nak tahu perangai seseorang yang sebenar, pergi travel dengan dia. And yesssss, that's true! I agree like 300%!


So, penantian memang suatu penyeksaan... Aku menanti for almost 5 months gitu...


We went to Sabah for 5 days, 4 nights. From 16th January till 20th January. Tapi touchdown semenanjung 21st January pukul 2 pagi sebab last flight pukul 10.30 pm gitu. Lagi syok, Isnin 22nd January tu, aku dah start semester 4. Pehhh, dia punya penat, 4 hari bhaiii. Tapi aku tak serik dan tak kisah pun. Sedih sebab baru je balik bercuti dengan kesayangans dah kena balik KL masuk kelas. Tu jelah part sedih.


Total ticket price: RM2574.00 (return), RM286/person.
Termasuk add-on luggage 30kg untuk balik, insurance semua-semua lah.



Boarding at 12.30pm and the journey took 2hours and 30minutes.



Excited faces! (not faeces, oopps)







Sampai dalam pukul 3.30 pm lah gitu. Sebab aku first time naik flight (HAHAHAHA), maka tidaklah aku tahu yang aku ni air-sickness. Tapi nasib baik tak muntah (almost) cuma pening kepala tahap apa tah, tak sabar nak landing je time tu. Tidur pun semua tak kena. Brrrr....







Dah sampai je, semua kelaparan. Cari KFC luuu pastu solat jamak asar dan zohor.







Hari pertama:

Kami pergi ziarah kampung one of our members kat Likas. We took taxi from airport to Likas. Satu MPV, satu kereta biasa. Sebab ada 10 orang kan? Lebih kurang 30 minit perjalanan.



Serious discussion hmm


Total taxi (KKIA-Likas): RM96, RM9.60/person.

Lepas maghrib, kitorang bertolak ke Kampung Air, Kota Kinabalu. Bermalam di Monaco Hotel for 1 night. Kami diberitahu, kat kawasan Kampung Air ni kira black area juga lah, alah lebih kurang macam kat Bukit Bintang kalau kat KL gitu. Boleh nak keluar tapi jangan dah larut malam and kena beramai-ramai. Kalau boleh lebih dari 3 orang lah. Ni abang Uber yang bagi tahu time perjalanan dari Likas ke Monaco Hotel.


Total Uber (Likas-Kg. Air): RM4.50, RM1.10/person.


Aku terus list kan lah harga penginapan kitorang sebab kitorang terus bahagi siap-siap dengan duit deposit hotel semua.


Total hotel (ada 3 hotel): RM1317, RM131.70/person.


Ini pun termasuk duit deposit, RM300 untuk 2 hotel. Duit deposit tu, kalau kau tak buat hal time checkout hotel, dapatlah balik. Satu bilik, RM50. So, let say tolak lah duit deposit tu, sorang bayar RM101.70 je. Murah kan?

4 malam, 3 hotel berlainan. Memang hotel bajet je weh, tapi I SWEARRR TOO YOUUU, cantik dan berbaloi-baloi. Paling aku suka, hotel malam ketiga dan keempat. Besar! Beza dengan hotel mahal tu, dari segi besar, pastu appliances dalam hotel tu, kafe dan lobi yang mewah. Tapi pada aku, nak pergi travel kan? Siang kan pergi berjalan sana sini, hotel untuk tidur dan mandi, bersiap semua. So, okay lah.


Tapi memang ada orang yang sangat particular dengan tempat penginapan kalau pergi vacation. So, it depends. Kalau tanya aku, aku okay asalkan selesa. Tak mewah takpe, tapi pada aku nice je hotel dia. Unfortunately, aku tak ambil gambar sebenar bilik hotel tu :(


So, aku list kan jelah,


1st night: Monaco Hotel, Kampung Air, Kota Kinabalu.



Kat lobi, cantik!





Source: Google.com


So, besar ni lah bilik aku. Duduk 3 orang, sebab kitorang kecik kecik, so okay je. Asalkan ada iron! Tapi kat hotel ni, kalau nak iron, kena minta kat receptionist lah. Okay je ;)




2nd night: Huda Inn, Ranau.



Source: Google.com



Source: Google.com


Sebijik bilik yang aku bermalam kat Ranau. Duduk 3 orang juga. Besar lebih kurang dengan Monaco Hotel tadi. Tapi mana yang duduk bilik 4 orang, besar sikit lah. Yang budak lelaki, kesian sikit hahahaha tapi we survived!



3rd & 4th night: Hotel Sadong 88, Kota Kinabalu


Source: Google.com



Lebih kurang macam ni lah view dia. Tapi pada aku, katil kat Hotel Sadong 88 ni kecik sikit kot tapi luas bilik ni lagi besar daripada 2 hotel sebelum ni. Siap ada almari dan meja makeup lagi! So, yang ni yang aku suka. Harga pun tak mahal.



Okay, habis pasal hotel.


First night, kitorang pergi jalan jap kat Pasar Philippines. Kalau nak shopping, kat sini lah tempatnya! Soooooooooo rambang mata especially brooch tudung and the gelangss hihi. Snek dan makanan dan jangan lupa ikan bilis hihi. Tempat makan kat sini pun banyak, seafood banyak. Tapi aku tak pasti nak cakap murah ke tak sebab tak try makan seafood kat sini.


Sayanggg semuaaa!


Gigih berjalan dari pasar Philippines ke sini semata-mata nak photoshoot hihu.
Gigih lah, bukan selalu pergi Sabah!


Overall, best! Sedikit sebanyak dah dapat tengok budaya orang Sabah bah ni macam mana. Untuk harga setiap barang kat sini, tunggu next entry, okay?


Dah panjang ni, hehe.

To be continued...
Stay tuned!

Saturday, January 6, 2018

Mate, I hope you are reading this!


Little did I know,

2017 was a heartbreak year for everyone.


I found out,

Many of my friends also experienced a breakup.



Dear mate,
We've been friends since primary school.
Just in case if you are reading this,
I want you to know that...


Mate, I know it hurts. It really hurts. 
It feels like there's a huge stone tossed onto our heart.
I can feel you, babe.
Please remember that Allah is always beside you.
No matter how much you love him, please always remember that yourself is more important than anyone else.
If you are meant to be with him, no matter what, even if the journey may seems hard and difficult, you two will be together.


Let's move forward.
Let it go.
Learn from it.
Love yourself first.
Be a better you.



Dear ex,
Please don't tell us that you are not happy with your new girlfriend because you are giving us hope to wait for you and we'll think to make you happy which in fact, you're really happy with your new one. Please don't contact us like we used to do before. Just be casual and plain friend. If you wanted to reminiscing our old good days, please just don't because you are actually breaking our heart. Please forget all the memories we made. There's no uses for us to remember all those things. Please don't try to find us where you just want to fill your free time, when your new one is sulking and what so ever. Please don't ask us anything about our life, just take care of your special one as we're not special anymore to you. Don't lie to us just to get our attention. Please, don't break our heart twice. May you happy with your new special one.



Haihhhh.... If it was easy to express how we really feel to someone...
I wish I could...
Or can someone pass this on to him?


Mate, I pray for you,
May your heart is stronger than you think!
I know, you can do it.
Believe in yourself!
I know you are a strong woman, we've been friends for long...
Find yourself back and live life to the fullest, okay?



XOXO

Thursday, January 4, 2018

“Don’t be an examiner, be the interested inquirer.”


Still not too late to wish Happy New Year kan?

Happy 2018 evelybodehhhh!
Hopefully, 2018 will give you more happiness, more laughter, more joy and pleasure, stress-free and all positive things for your life, in shaa Allah!

Mine, phewww alhamdulillah, a good start for 2018. Hopefully, it'll be a good ending too (amiinnn)!
I've listed my 10 goals for this year, btw and so excited to accomplish them! So, what's yours?








Topic for tonight (sebab update blog malam-malam)......*drum roll*,


Let's put ourselves in one's shoes.


You know what does it mean?
It means that, to imagine oneself in the situation or circumstances of another person so as to understand or empathize with their perspective, opinion, or point of view. Before being quick to judge someone for their actions, you should always try to put yourself in their place. (sources: Google.com)


Atau dengan kata mudah,

Letak diri kita kat tempat seseorang, fikirkan apa yang dorang rasa, rasakan apa yang dia rasa..
Kita takkan pernah faham apa yang seseorang tu lalui, apa yang seseorang tu rasa.. Kalau kita rasa kita faham pun, kita bukan faham 100% pun sebenarnya. Kita cuma faham sikit je daripada perasaan mereka yang sebenar.

Sebelum menilai seseorang, cuba selidik latar belakang mereka..
I believe everyone comes from very different background.. Yes, each of us. Jadi, kita tak boleh nak anggap semua orang akan mempunyai sikap yang sama, perangai yang sama, pemikiran yang sama exactly 100% like us. Kalau ada pun, mungkin background mereka mempunyai persamaan sedikit dengan kita.

Kalau tak sama, jangan salahkan dia. Try to understand people. Even siblings pun perangai tak sama kan? So, nak expect apa daripada orang-orang kat sekeliling kita?


Secara logiknya, kalau orang tak faham kita kan, kita mesti sedih kan, betul tak? Bila orang sentiasa cakap buruk tentang kita sedangkan mereka tidak tahu apa yang kita lalui, dorang tak tahu pun apa kita rasa... Sedih tak? Cuba fikirkan kita berada dalam situasi dia sebelum menilai lebih-lebih...


Kita tak boleh nak samakan orang lain dengan kita.
Orang lain-lain.
Rambut sama hitam tapi hati lain-lain, isn't it?


Setiap kali nak judge orang, cuba kita fikir macam ni..

"Aku ni baik sangat ke nak judge orang? Dah cukup baik sangat ke?"
"Aku pun buat salah juga dan tak akan sempurna."


To be honest, memang bukan senang to put ourselves in someone's shoes... It needs to be developed...
Try read this interesting article! Can empathy be taught? 
We all are human! Semua orang buat kesilapan termasuklah KITA sendiri. So, kenapa kita nak menilai orang lebih-lebih? I made mistakes and so do you. Pengalaman mematangkan seseorang... Setiap daripada kita mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza.

Aku, lain... Kau, lain... Dia, lain...

Kita memang takkan sama. So, tak boleh nak expect aku akan sama dengan kau dan kau akan sama dengan aku.

Stop complaining bila orang tak sama dengan kita dan jangan kritik mereka.
Somehow, I love psychology pula hahahaha because we can learn on human behavior. Seronok juga bila kita dapat belajar kenapa seseorang react macam tu dan macam ni, lepastu bila dapat tahu, ohhhh rupanya sebab dia pernah lalui pengalaman hidup yang macam ni...


Senang cerita, jom pupuk sifat empati dalam diri!
Empati tak sama dengan simpati.

Simpati, kita rasa kesian je dengan keadaan dia.
Empati, kita rasa kesian dengan keadaan dia dan kita dapat rasakan kesedihan yang amat dalam atau dengan kata lain, putting ourselves in the shoes of another.

Berbeza tau! Besar perbezaannya.


So, tanya diri masing-masing...
Adakah kita mempunyai sifat empati dalam diri?
Try read this article, it is a long article but it's worth!

Bila kita mampu faham orang, kita dapat rasakan perasaan mereka (walaupun tak sama seperti mereka), kita akan mudah memaafkan orang... Kita akan lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan kita terhadap mereka, cuba untuk tidak sakitkan hati dia.
Even kalau nak bagi nasihat pun, kita akan susun ayat sebaik mungkin cuba untuk sesuaikan dengan keadaan dia (walaupun tak dapat exactly the same).

Ajarilah hati untuk ikhlas setiap masa... I know it's hard. Sebab ikhlas ni Allah je yang tahu. Ikhlas ibarat semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam. Memang tak nampak lah ceritanya kan?

Dalam surah Al-Ikhlas pun, takde perkataan ikhlas.


Betapa susahnya untuk menjadi ikhlas TETAPI tidak mustahil :')
Nothing is impossible.


Jangan terlalu mudah menilai seseorang.
Takyah do buek kojo Tuhan. Hanya Allah sahaja yang berhak menilai. Kita buat kerja kita sebagai hamba.
Ingat, kita ni hamba je kat dunia.
Jangan disebabkan keburukan yang satu, kita lupa 10 kebaikan yang ada dalam diri seseorang.
Tak salah pun kalau kita nak doakan mereka. Doa dalam diam :')
Malaikat pun akan mengaminkan doa kita dan doa kita tadi berbalik kepada kita juga tau!
Ni apa yang aku pernah dengar ustaz-ustaz cakap.

Pandang yang baik-baik... Fikir yang baik-baik...
Kerana apa yang di fikiran kita, apa yang sentiasa berlegar di hati kita, akan terpancar pada wajah kita.

"Do not allow the actions of others to decrease your good manners because you represent yourself not others. "

What comes from our heart will touch one's heart, in shaa Allah.
Wallahua'lam...

This is just my 2cents.
Thanks for reading, XOXO!

Friday, December 29, 2017

2017 Life Lessons


Ohh... How time flies! 2017 has come to an end...
I started my 2017 with a broken heart and will end my 2017 with a broken heart too...
I can conclude that 2017 has been a heartbreak year for me.
Well, at least I learned something new in my life.
Life may be simple but it may be so complicated at one point.





Friends...
Study...
Love(?)...


2017 taught me:


1. Allah will always be with us, protect us, help us, make a way for us and forgive us. Allah itu dekat dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Allah tu bukan bila solat tahajud sahaja kita rasa dekat, tapi Allah sangat dekat dengan kita setiap masa dan di mana-mana. Mintalah kepada Dia walaupun sekecil-kecil perkara. Petunjuk dan Ilham hanyalah milik-Nya dan sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kuasa Allah tiada tandingan, jadi jangan persoalkan setiap yang terjadi dalam kehidupan kita :')))


2. Love yourself! Love yourself. Love yourself. Even moreeee than you love your lover. Tak kisahlah kalau ada orang lain yang sayang kita sekalipun but bear in mind, they won't love you like you love yourself. Protect yourself first regardless in any situation. Jangan mengharapkan orang lain untuk sayang diri kita, okay? Kerana dirimu begitu berharga <3


3. Do you and be you. Don't pretend! Jangan ubah diri sendiri disebabkan permintaan orang lain. If they ask to do so, they actually didn't love you because love is about accepting who you are. Be proud of yourself! Kalau bukan kita, siapa lagi? Shine bright like a diamond (sape yang menyanyi baca ayat ni, kita geng!)


4. Family and (true) friends are the most strongest support system. Ada masalah macam mana sekalipun, jangan pernah tinggalkan keluarga dan sahabat (bukan kawan biasa-biasa). Berbalah macam mana pun, jangan pernah ketepikan keluarga dan sahabat. Ambil nasihat mereka!


5. Percaya pada rezeki. Bila Allah kata nak bagi, susah macam mana pun jalan untuk kita tiba ke destinasi yang dituju, Allah tetap akan bagi. Tapi bila Allah kata taknak bagi, makanan yang dah masuk mulut pun boleh terkeluar balik, kan? Usaha pun jangan diketepikan. Tapi sebenarnya Rahmat Allah mengatasi segala-galanya. Adakala, kita rasa kita dah give all out pun tapi Allah belum nak bagi pun, tak boleh nak buat apa. Ingat, kita masuk syurga nanti pun bukan kerana semata-mata amalan kita tetapi hanyalah kerana Rahmat Allah :')


6. If someone really loves you, they won't prove it by words but they will make efforts to get you (but not efforts by words, okay?). Because sweet talker will always be a sweet talker. Be careful!


7. We passed cinta monyet punya phase. So, next time if you are considering to go for relationship, make sure it's serious AND if it didn't go out as you want to be, that is NORMAL. Jangan gopoh atau desperate sangat nak ada relationship bagai. BANYAKKKKKK lagi benda yang lebih seronok dalam dunia ni. Manfaatkan masa muda anda! Find yours! Like me, I love volunteering because I can meet strangers and make new friends hihu XD


8. Yang baik belum tentu baik. Usah cepat menilai orang! Kawan yang tikam belakang akan sentiasa berbuat baik di hadapan kita. Always expect the unexpected.


9. Yang jahat tidak selamanya jahat. Setiap manusia sentiasa diberi peluang untuk berubah. Kalau mereka nak berubah, berilah sokongan. Jangan lemahkan semangat mereka. Apa yang penting dalam hidup ini adalah bagaimana pengakhiran kita. Di mata Allah kita semua sama tetapi hanya taqwa yang membezakan setiap seorang!


10. Don't trust people easily. Manusia mempunyai hati yang sentiasa berbolak-balik, so jangan nak cepat sangat percaya kata-kata manis seorang manusia. Lidah tidak bertulang sebab tu senang je luahkan kata-kata.


11. Be brave to say 'NO'. Jangan sebab tak sampai hati atau rasa kesian, kita sanggup gadaikan maruah diri kita. Dignity is our priority. Mahalkan diri. Ustazah aku pernah pesan dulu, "Kita ni perempuan. Mahalkan diri awak tu."


12. Focus on yourself first. Focus on what you want in your life. Be the best-est woman/ man in this world and you will attract the best-est one too! Like for girls, fokus lah kat kerja-kerja perempuan (haha topik biasa) macam memasak, kemas rumah... Tu semua common sense okayyy. Be a woman a man needs not a woman who needs a man.


13. Spit out the truth even it hurts. Kebenaran memang menyakitkan. Lebih baik daripada kita menipu sebab sekali kita tipu, kita akan tipu seseorang throughout their whole life. Don't start a relationship with cheating sebab percayalah, takkan pergi jauh. Sekali tipu, selama-lamanya orang susah nak percaya lagi.


14. Trust your instincts. Kadang-kadang, kita tak perlu bukti yang banyak untuk membuktikan sesuatu perkara, percaya pada instinct kita (but use it wisely, okay?). Biasanya, lepas kita percaya pada instinct kita, satu per satu kebenaran akan sampai ke telinga kita. Trust me, I've been in this moment!


15. Ego is important in some conditions.


16. Stick to your principle. Sometimes, people just want to test you. So, be careful!


17. Don't hurt yourself. Don't give people chances easily. They don't deserve your chances. Don't let people give shit to you.


18. If somebody hurts you, try to understand their situation instead of hurting them back. Ya, memang susah nak buat sebab kita selalu ada mindset, "kau dah buat aku, kenapa aku tak boleh buat kau." Remember, hati kita akan tenang bila kita tak berdendam dengan orang lain :')))


19. Forgive people. I know, this is the most hardest part to do. Learn to forgive people. Memaafkan bukan tanda mengalah tapi hehe back to life lessons number 17 yaa! Tapi mereka boleh berubah jadi lebih baik. Doakan jelah :)


20. Tak perlu mengharap untuk perkara yang tidak pasti. Senang cerita, tak perlulah nak mengharap sangat lepastu salahkan orang sekeliling bila benda yang kita nak tu, tak jadi. Let Allah be your autopilot. Jangan expect tinggi-tinggi sangat untuk mengelakkan kekecewaan yang mendalam.






21. Be grateful. Pandang apa yang kita ada. Kalau kita sentiasa pandang apa yang kita takde, sampai kiamat pun kita takkan bersyukur. Always look at bright side of our life to be more grateful :')))


22. Tak perlu expect orang akan sama macam kita. Each of us comes from very different background. So, jangan persoalkan, "kenapa dia tak boleh fikir sampai tahap tu eh?" The answer is simple, because they're not us. They came from different background. Mungkin mereka tak pernah diajar untuk berfikir sampai tahap tu atau ada pengalaman lain dalam kehidupan mereka yang menyebabkan mereka halang diri mereka untuk berfikir sampai ke tahap tu. Try to understand people. Kalau malas nak faham orang, diam and ignore je.


23. Be independent. Jangan nak bergantung sangat kat orang sebab in the end, kita memang akan sorang pun. Belajar untuk berseorangan hahaha. Best what bila kita spend more time dengan diri sendiri, kita akan discover so many good things about us! Tapi janganlah sampai tak socialize pulak.


24. Experience is the best teacher ever! Selagi masih ada peluang, grab! (bukan Uber *okay, tak kelakar*).


25. Ajar hati untuk ikhlas setiap masa :) Bila kita buat sesuatu tu dengan ikhlas, pasti ia datang dari hati. And I believe what comes from our heart will definitely touch one's heart. Orang boleh rasa kita ikhlas ke tak melalui perbuatan dan percakapan kita. Bila hati cantik, luaran pun cantik. Tu yang ada orang kita tengok biasa je tapi cantik dia sampai ke hati. Ada orang pula, kita tengok memang cantik, everything is perfect tapi tak sampai ke hati. Wallahua'lam. Jom jadi cantik luar dan dalam!







Hmmm.... Setakat ni tu je kot yang terfikir kat fikiran aku. So, here it is... What 2017 taught me... Datang dari lubuk hati dan fikiran yang paling dalam. Clearly, I'm not mentioning anyone tapi kalau ada sesiapa terasa, pandai-pandailah tenangkan diri sendiri.

Well, I'm not that cruel (kot?).

Enjoy your life to the fullest!
Somehow, thank you for being part of my 2017 because you taught me the best anyway! At least I learned something new in my life (it's hard to admit).

Bak kata ibu,

"Zaman remaja lah seronok. Takkan hidup tu nak kain putih bersih je, at least ada lah sikit warna hijau ke warna biru ke warna hitam ke warna-warni ke... Takdelah bosan, takde benda nak cerita untuk generasi akan datang..."

Cewahhhh XP


Yang baik, ambil sebagai pengajaran.
Yang buruk, jadikan sempadan.

Hoping for a bright future!
2018, please be nice with me okayyyy :*
Tak tahulah nak tak sabar ke tak sebab masuk 2018 dah 21 tahun, dah tua :( *tapi kita baru je genap 20 hikhik*
Tapi tak sabar nak pergi vacayyyy dengan kesayangans! (okay ni takde kaitan).

No lah, tak sabar nak tengok next 'drama' in 2018.
A risk taker memang macam ni, sorry lah...

Btw, thanks for reading!
XOXO

Saturday, November 4, 2017

2 months till 2018 and I'm still...


Day 4 of November.

And I'm still confused with myself and yeah... and the other thing..

Agak-agak lah kan, bila semua persoalan ni akan terjawab eh?
Kan seronok kalau life kita smooooooth je

Study > Grad > Kerja while volunteering (for me lah)

Without any personal problems, without any distractions...
Haha gaya macam BIG PROBLEM, yes, it's not a big problem pun but still... it's annoying... like real... Rasa macam diluah mati mak, ditelan mati bapak. Haa gitulah aku.


Aigooooo I baru 19 years 10 months 4 days (consider it as 19 okay)
Still young, still sweet.

Hopefully, this problem will meet a solution...




If it was easy to express what we feel...