Tuesday, May 24, 2016

Kisah Tamhidi *Part 2*


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





Lama betul gap nak taip sambungan kisah tamhidi part 2 ni haha
Well, nak menaip pun kena ada feel tau, kalau taip tanpa perasaan tu nanti tak menusuk kalbu korang korang semua wakaka.


Time awal semester 1, biasalah dalam proses perkenalan memang banyak ah konflik dia. Biasalah tak puas hati tak puas hati ini. Tak suka itu tak suka ini.


So, macam aku ni jenis yang perfectionist tau. Memang cerewet tahap infiniti ah. Macam first first masuk je rumah kediaman aku tu, kat bahagian dapur tu dorang pergi pakai selipar. Tu tak kisah lagi, part paling geli selipar tu buat masuk tandas juga lepastu buat pergi ampaian juga. Weh, berangin satu badan aku tengok.


Sebab aku tak suka. Kalau rumah tu, apa salahnya kan kita buat ala-ala "Home sweet home". Kira, aku memang nak feel kolej kediaman tu macam rumah jugalah. Walaupun tak lengkap macam rumah betul kau kan tapi at least adalah sikit. Kemas macam rumah kau. Gitu. Pastu, aku tak suka gila ah iron baju kat rumah sebab dorang time tu iron alas guna kain batik. Terbongkok-bongkok gitu, so apa aku buat, aku sanggup naik tingkat atas rumah kawan aku semata-mata nak iron baju kat iron board. 


Punyalah cerewet aku ni ish -.-


Bersabar punya bersabar, time 2nd week aku ber-semester 1, aku ajak ah housemate aku bincang nak beli apa nak beli apa. Pastu aku terus cakap, kat kawasan dapur tu, kita bersihkan eh nanti. Takyah pakai selipar kat dalam rumah. Nanti kotor. Pastu, kita letak lap kaki kat setiap toilet dengan sinki. So, kitorang bincang bincang, kitorang kumpul duit, kitorang beli lah:


  • Mop
  • Berus tandas
  • Berus jamban
  • Lap kaki
  • Rak kasut
  • Span basuh pinggan
  • Sabun basuh pinggan
  • Bangku kecil (dorang kata nak guna untuk basuh baju kat toilet taknak cangkung)


Penyapu dengan penyodok tu, awal-awal aku dah beli. Mak aku suruh sebab rumah tu berhabuk sangat. Biasa ah, dekat sebulan kot tinggal tu pun kalau ditinggalkan dalam keadaan baik. (time aku tinggalkan kolej kediaman aku, memang aku dengan housemate aku bersihkan balik rumah tu huhu)


Lepastu, kitorang pergi lah cari barang. Aku akhirnya beli lah iron board. Iron dah bawa. Aku beli guna duit sendiri je senang. Kalau kongsi nanti, iron board tu dahlah mahal cemana lak nak bahagi-bahagikan haha. So, aku beli sendiri, aku yang bawa balik rumah. Boleh guna untuk masa akan datang. Kan bahagia? :)


Lama-lama tu banyak lah aku macam tak sabar lah dengan perangai dorang ni. Makan tumpah tumpah tak reti lap lah. Dah makan biar je kat tengah-tengah ruang tamu tu tak reti buang. Pastu, sampai semut datang. Minum air manis lepastu tumpah lepastu lap camtu je tak bersih lah kiranya. Pastu, asyik aku je yang sapu rumah tu. Macam takde sape kisah lah dengan keadaan rumah tu time awal-awal kenal. Sampai aku rasa macam, 

"asyik asyik aku asyik asyik aku yang kena sapu kena mop kena sapu bilik kena itu kena ini macam takde orang lain dalam rumah ni". 



Dengan housemate yang tak berapa nak pembersih letak baju kotor merata-rata lah stokin campak tepi suka hati macam-macamlah. Tu belum cerita lagi part meja study masing-masing macam sarang tikus ah hahahaha. Macam-macamlah. Lepastu, bila balik aku mesti cerita kat mak aku. Pasal kawan tu macam ni lah apa lah. Aku cerita lah yang asyik aku je yang kemas rumah sebab tu balik tiap-tiap minggu biarkan dorang kemas tapi bila aku balik kolej balik bertambah bersepah adalah. 


Pastu, mak aku pula selalu cakap,


"Buat tu biar ikhlas. Kalau kakak taknak buat, takyah buat. Kalau nak buat, pastikan ikhlas. Daripada kakak buat lepastu dapat dosa sebab merungut lebih baik kakak takyah buat."




Zupppp---


Sedas tembakan diberi oleh ibu ke dalam hati gua. Sentap weh. Start daripada hari itu, aku selalu ingatkan diri aku, kalau aku tak ikhlas takyah buat. Takyah merungut bila kemas rumah. Kalau nak buat, biar ikhlas. So, sepanjang semester 1 tu, aku belajar cara-cara nak ikhlaskan diri. 


Ikhlas ni memang susah. Kalau kita ikhlas sebenarnya Allah akan memudahkan kerja kita. Contohnya, kau memang niat nak kemas rumah kan. Tapi kau tak ajak housemate kau kemas sama-sama sebab kau assume yang dorang busy so kau biar je. Lepastu, time kau tengah kemas tiba-tiba datang ah sorang housemate kau ni offer nak tolong. 


Kan, Allah dah mempermudahkan kerja kita. 


Sebenarnya, kita ni terlalu awal nak judge dorang macam mana. Baru je kenal tak boleh ah assume macam kita ni dah kenal dorang lama sampai nak merungut nak mengadu domba bagai. Biasalah, awal awal kenal sape je yang puas hati kan. Sebab tulah wujudnya ikhlas dan sabar dalam life ni.


Tapi, time sem 1 memang aku boleh katakan yang fasa ni aku diuji dengan keikhlasan.


Pasal kawan sekelas aku pun banyak tak puas hati gak. Tahlah, aku ni jenis yang memang susah nak adapt dengan benda baru. Aku memang ada masalah lah dengan budak kelas aku, aku banyak tak selesa dengan dorang. Part paling aku tak suka sangat dulu adalah bila mana dorang kata dorang rasa tak boleh skor test ke rasa susah lah apa lah sekali tu markah tinggi melangit. Haa, part tu memang aku rasa macam menyampah sangat sebab dorang boleh kata markah yang dorang dapat tu rendah. 


Aku paling ingat time kelas English ah, time tu lecturer return paper listening test tak silap aku.
listening test tu total marks, 20. Alhamdulillah, rezeki aku dapat 13.5 tak silap aku. Aku dapat tu aku rasa puas hati gila ah walaupun sebenarnya nak lagi tinggi tapi aku redha. Sekali tu, ada ah sorang member aku kat sebelah aku, tiba-tiba muka dia sedih gila. Aku tanya ah, berapa kau dapat? Kau tahu dia jawab apa? 


"Alah sikit je."


Aku tanya lagi, berapa sikit kau tu? Dia tunjuk ah kertas dia. Kau tahu berapa?


16.5



Korang rasa-rasa, apa yang aku rasa time tu? 



Rasa macam nak lempang pun ada gak weh. HAHAHAHA 16.5 out of 20 tu dia kata sikit memang aku tak tahulah nak cakap apa. Aku rasa banyak gila kot 16.5 tu. Tu ah antara memori yang paling kuat dalam otak aku. Tu aku kata, kawan-kawan aku ni ramai yang sembang. HAHAHA


Kata susahlah apa lah skor juga. Full mark lagi. Kadang-kadang aku tengok dorang stress tak dapat full mark. Aku macam ergh! Tolonglah korang tu dahlah pandai gila tak macam aku ni haa kenapa nak stress cuba bersyukur sikit. Sebab tulah aku kureng sikit dengan budak kelas aku time sem 1. Aku banyak spend time dengan member sekolah lama aku. Jahat kan? Tak ikhlas betul aku ni. 



Let me repeat. 
Awal-awal kenal tu lumrah ah macam tu. Sebab tu kena ikhlaskan diri. 


So, semester 1 adalah fasa ikhlas bagi aku.
Semester 1 taught me to be grateful. 
Buat apa pun, kena ikhlas. Kawan dengan ikhlas. Semua lah ikhlas.


Semester 1, kalau tamhidi sains tak busy sangat macam semester 2. Tapi kalau tamhidi akaun dengan law memang busy. Dorang banyak discussion banyak assignment, nampaklah dorang busy dan penat. Tapi tak sepenat tamhidi sains yang berderet dengan tests and quizzes huhu. 



In conclusion, semester 1 best kalau kau ikhlas. 
Korang rasa, semester 2 fasa apa pula untuk aku? Hahaha..... nantikan.... 
(kalau korang nak baca lah kah!)



End of part 2. 
To be continued.....

Friday, April 29, 2016

Kisah Tamhidi *Part 1*



AWAS! POST INI SANGAT PANJANG, HARAP BERSABAR KETIKA MEMBACA ;)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Vahh vahh long time no see yaa!


Alhamdulillah, finally just graduated from Tamhidi last two weeks. Ceh, graduate. Okay lah just finished.



I cannot deny being a Tamhidi student taught me a lotttttt of thingsss.. Especially, ilmu kehidupan. Yeah, ilmu kehidupan yang 50% sebenar. Lagi 50% tu cari time degree dan seterusnya alam pekerjaan. Ilmu kehidupan is kita jumpa pelbagai orang dengan macam-macam ragam. Macam-macam kerenah macam-macam fikrah macam-macam macam-macam lah. Tapi rasanya takdelah 50% tepat kott ahahaha alah abaikan jelah berapa peratus pun.



So, tamhidi ni asasi sebenarnya cuma kat USIM, kami panggil tamhidi. Bahasa arab. Sebab tu panggil tamhidi. Serba sedikit pengetahun mengenai tamhidi untuk adik-adik yang bakal memasuki USIM.



USIM menawarkan 5 program pengajian tamhidi.

1. Tamhidi Perubatan (KTM)
2. Tamhidi Pergigian (KTD)
3. Tamhidi Sains dan Teknologi (KTS)
4. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (KTL)
5. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (KTAC)



So, basically, tamhidi perubatan, pergigian dan sains dan teknologi akan belajar subjek yang sama je sebenarnya. Tak semestinya yang study tamhidi medic menjamin 100% dia akan ambil medic time degree. Pointer must be above 3.5 untuk melepasi degree medic. So, sape-sape je yang dari tamhidi yang ambil sains subjek boleh je nak mohon medic ke dentist ke even ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST) serta Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina time degree.


Yang penting, pointer must be above 3.5. Senang kan? Nampak je senang... Saingan agak kuat ya batch kali ni (2015/2016). Batch akan datang tak tahu macam mana. Dan kemungkinan besar, akan datang nanti USIM berura-ura untuk menggabungkan terus tamhidi perubatan, pergigian dan sains dan teknologi tu menjadi satu course je iaitu Tamhidi Sains (mungkin nama dia bukan yang tu. mungkin lagi sedap kot) tapi kiranya nanti dah takde keistimewaan untuk budak tamhidi medic or dentist untuk masuk degree.


Kenapa? Sebab yang kami diberitahu, contohnya, kalau ada budak tamhidi medic dan sc tech yang mohon degree medic keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang ambil tamhidi medic dulu berdasarkan beberapa syarat dan kelayakan lah. Wallahua'lam. Tapi, sebenarnya nak cakap, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. So, just usaha and keep praying!


Ohh lupa nak mention, untuk further ke degree medic di USIM ni, ada kuota. That's the reason why I mention about saingan just now, it is because of QUOTA.


Kebiasaannya, student tamhidi ni akan duduk di Kolej Kediaman Nilam Court which is located at Nilai Impian near to Nilai 3. Kolej kediaman yang paling jauh dari kampus but jangan risau there will be number of buses provided. Tapi ada lah jadual nya. But serious talk, jadi budak yang duduk kat Nilam Court kena banyakk bersabar. Sebab masalah bas tu dah common dah. Too mainstream, so better tak payah ah mengeluh, kau sabo je. Nanti Allah reward :)



So, KKNC ni macam rumah pangsa. Ada 5 tingkat. Dapat tingkat paling bawah best ah. Dapat paling atas, selamat lah ya! Aku punya Blok B, Tingkat 4, Rumah 3. Basically, KKNC ni ada 3 bilik. Bilik 1 paling besar dan paling ramai. Alah, taklah ramai sangat. Adalah dalam 4 orang. So, dia jadi sempit sikit lah sebab ramai. Tapi, tak jadi masalah pun. Bilik 2 lah paling best. Kecil daripada bilik 1 tapi besar daripada bilik 3. Dahlah duduk 2 orang je. So, memang best ah. Aku dapat bilik tu. Best best. Bilik 3 pun duduk 2 orang juga tapi kecil sikit daripada bilik 2. Tapi so far so good.


Satu rumah ada 8 orang lah gitu. Ada 2 tandas. So, jangan berebut. Ni bukan asrama. Buat macam rumah sendiri je nanti. Tapi, nasihat aku, tolonglah jaga kebersihan. Kebanyakan rumah yang aku tengok, perghh sakit mata. Korang decide lah sape nak sapu harini hari esok hari hari seterusnya, sape buang sampah dan sebagainya. Jangan lupa buatlah gotong royong rumah sekali sekala. 



Sebab masuk sini, peraturan tak ketat sangat. Tak tahulah kot dah berubah lak zaman korang kan. Tapi time aku, kitorang takde record keluar masuk. Kiranya nak balik bila-bila masa boleh asalkan antara pukul 6 pagi-12 malam. Sebelum pukul 12 malam dah kena balik (kalau nak balik). Walaupun takde peraturan yang ketat sangat, janganlah sesuka hati buat peraturan sendiri lak. Jagalah adab sebagai seorang manusia. Jangan jadi syaitonnnn pula!



Oh yaa, depan KKNC tu ada tasik. Kena jalan kaki lah kalau nak pergi. Tak jauh sangat. 5 minit sampai. Bolehlah nak jogging ke nak tenangkan fikiran ke. Best best. Boleh riadah (kalau ada masa). Aku tak pernah riadah pun sebab jadual pack. Kelas start pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Hari Jumaat je awal sikit, habis pukul 12.30 tengah hari sebab solat jumaat. Tapi, takdelah penuh jadual tu untuk satu minggu. Adalah jadual eh. Ikut nasib lah.



Time aku, sem 1, start hari Rabu, dapat balik awal. Sem 2, hari Selasa je dapat balik awal. Yang lain semua 5.30 petang. Balik petang malas sikit sebab kena rebut bas. Sebab tu malas hahahahahahaha.



Lecturer-lecturer Tamhidi baikkkkkkkkk sangatt. Tak tahu nak describe macam mana lagi. Mereka mengajar style 50-50. 50 macam guru sekolah (terang satu satu sebab kita kan dalam proses peralihan), 50 style lecturer time degree. Tapi serious, lecturer Tamhidi tak dapek do kek tompek lain. Only in Tamhidi. So, hormat lecturer pun jangan lupa! Jangan pikir ekau dah bosa dah boleh nak berlagak! Jangan risau, kelas tak pernah sampai malam. Lecturer pun taknak weh buat kelas malam.



So, alhamdulillah, malam memang free lah. Takde sape kacau. Takde replacement class time malam. So, malam malam siapkan lah tutorial, preview and review lecture notes andd kalau ada discussion buatlah.



Pakaian time kuliah, basically kitorang pakai baju kurung @ jubah @ blouse dan kain. Kalau ikutkan kena pakai kasut sebab formal tapi ramai je aku tengok yang pakai sandal. Tapi aku tak suka sebab tak lawa hahahahahaha. Tudung, pakailah tudung yang menutup aurat. Tak pernah lah pula aku tengok orang datang kuliah pakai blouse dan seluar. Ada orang kata tak boleh pakai. 





 
So, ni view KKNC dari Blok F Tingkat 5.





View from Blok F, Level 5. *yang bumbung merah bawah tu, Kafe KKNC. Belakang tu, Blok B.*




Ni contoh gambar bilik 2. Bilik 2 lah paling puas. Sebab besar dan kongsi 2 orang je. Bilik aku lah ni.




Ni bilik 3. Kecil sikit daripada bilik 2 tapi kongsi 2 orang juga. Okay je. Senang nak kemas tapi sempit sikit lah.




Ni ruang tamu. Besar kan? Bolehlah. Setiap sorang ada satu meja dan kerusi untuk belajar. Sukati korang lah nak susun macam mana. Takde rules pun. Ni pun, kitorang dah susun balik yang asal. Sebelum ni lain sikit susunan eh.




So, yang ni dapur. Biasa-biasa jelah. Alah, bukan boleh masak pun lek lah. Kalau kat rumah lain, dorang pakai selipar kat area dapur ni. Selipar tu juga buat masuk tandas. Tapi, aku tak suka. So, aku cuci bahagian dapur ni takyah pakai selipar. Jadah eh pakai selipar kat dapur. Aku amalkan konsep "Home Sweet Home". Baru feeling rumah.





Dah dah lah tu berangan. Kawan-kawan aku dulu sebelum masuk sini dorang ingatkan KKNC ni macam hotel lah gitu. Sebab perkataan Nilam Court tu. Dorang dah bayangkan yang gah gah lah. Sekali masuk dorang kata macam rumah setinggan. Memang tak nafikan lah, mula-mula aku tengok pun aku tak suka hahahaha.


Rumah aku dekat Nilai juga, so aku dah survey awal lah. Tapi lepastu, aku tak kisah. Lama-lama tinggal sini, sebenarnya bersyukur gila duduk KKNC ni. Ramai senior kata, KKNC lagi best sebab besar. Entahlah, aku pun tak berapa tahu. Tapi pada aku best je. Sebab kau rasa macam kau duduk rumah sewa gitu. Osah eh ekau bandingkan dengan kampus lain kay. Bersyukur. Aku bersyukur sebab kolej kediaman tak macam hostel. Tu je yang aku minta. Alhamdulillah.....



Kat kolej kediaman tu, tak boleh masak. COOKING IS NOT ALLOWED! Jangan risau ada je gerai jual makanan kat luar ataupun kafe kat bawah tu. Atau korang bawa kenderaan pergi je kedai makan azman kat nilai impian tu juga. Alhamdulillah, belum pernah lagi aku kebuluq tak makan duduk kat situ. Atau delivery pizza ke KFC ke pun boleh.



Then, kat kolej kediaman tu, cuma disediakan meja belajar (ofc dengan chair), katil, tilam, kipas stand kat bilik tidur dan locker. So, peralatan yang lain kena bawa. Contohnya, seterika dan iron board, water heater @ kettle, extension ( kalau perlu), and apa-apa jelah.



Cuma, TOASTER TAK BOLEH BAWA! Ada beberapa perkakas elektrik yang tak dibenarkan bawa (eg: Rice Cooker). Kalau bawa, ada spotcheck memang kena rampas ah. So, jangan salahkan mereka yang merampas tu nanti. Semua peralatan elektrik perlu daftar kat Pejabat Jaksa kat Blok A, wing 1, ground floor. Ada lah harga-harga dia.



Nanti, time first time daftar nanti, dia bagi lah panduan tu. Nanti bila dah lama-lama duduk situ, dah biasa dah. Bawalah baldi ke bakul ke karpet ke tikar ke nak bentang dalam bilik ke kat ruang tamu ke apa-apa jelah.


Oh ya, tong sampah, penyapu dan penyodok pun takde tau. So, better bawa (tapi tak tahulah kalau batch akan datang ni nanti dah lengkap semua kan). So, apa lagi ek. Rasa macam dah takde apa-apa kott.. Alah, setahun je pun duduk situ. Takyah banyak-banyak sangat barang tu, nanti jadi macam aku hahahaha.



Oh ya, ada dobi layan diri juga kat blok A. Kalau malas nak basuh baju guna tangan, kau pergi turun self-laundry kat bawah tu. Alah, ala-ala asrama juga. Tak tahulah asrama korang, kalau dulu asrama aku sama ah macam dobi kat situ. Bayar RM2, pahtu basuh ah. Pakai coin ke duit kertas ke bole je. Apa lagi ek. Tu je kott nak cerita. So, habis part 1 tentang intro Tamhidi.



To be continued part 2....




STAY TUNED!  >.<

Thursday, January 14, 2016

What Makes A Good Leader?



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hi all! How’s your day today?

Is it exciting? May today is better than yesterday.


Goshhh, alhamdulillah Allah had blessed me and my team for the annual tamhidi sports carnival last Saturday. As He promises,

“Inna ma’a al-‘usri Yusra.”
“Di sebalik kesusahan, ada kesenangan.”


The flow before the carnival was very tough and complicated. And plus, I was the penolong ketua ajk urusetia. Hmmmm so faham faham jelah.

Eventually, alhamdulillah everything went very well. My team were very supportive and I was so happy. They did all their job systematically. One day, I asked myself.



“Am I a good leader to them?”



Of course, the biggest fear being a leader is when your anak-anak buah talk behind you. And that’s common. Bila menjadi seorang ketua, jangan takut untuk dikritik. Tapi kalau kena kritik sebab kita tak amanah dalam melakukan tugas kita, yet we must change the way we lead people. In my opinion, manusia mengkritik because they have 2 reasons:



1.    Kita tidak mampu memberikan arahan dengan baik
2.    Mereka sebenarnya dah benci kita lama dah



Reason kedua tu, sebab manusia ni kalau dia dah benci sangat kan, baik macam mana pun orang tu bagi arahan, amat jarang sekali untuk dia patuh akan arahan ketuanya hahahahaha. Sebab sifat manusia suka tengok benda yang jahat dalam diri manusia lain instead of tengok benda yang baik-baik. Kita memang suka mencari aib orang. Sebenarnya, untuk menyelesaikan senang je. Yang paling penting adalah sifat bertolak ansur. Bukan tolak secara beransur-ansur eh..



“So, what makes a good leader?”


A good leader ialah leader yang mendidik anak-anak buahnya. Not only they give instructions clearly but then they also guide the anak-anak buah how to do this and that. To whom, untuk refer perkara ni, untuk contact pasal benda sekian-sekian. Yes, setiap ketua mempunyai cara yang tersendiri and kita tak boleh nak suka-suka hati membandingkan mereka dengan ketua-ketua yang lain. So, are you saying that a leader yang suka mengarah tak tentu hala tanpa panduan, adalah leader yang mempunyai cara mereka tersendiri dalam memberi arahan? Of course not. Masa zaman-zaman sekolah dulu, ustaz aku selalu pesan,




“Seorang ketua yang baik adalah yang boleh menyentuh setiap hati ahlinya dalam setiap percakapannya.”





Menyentuh di sini bermaksud menyentuh dengan cara yang halus dan lembut bukan dalam bentuk perlian. A good leader ialah leader yang sentiasa mengingatkan ahlinya kepada Allah. Yang sentiasa mengingatkan ahlinya bahawa tujuan kita melaksanakan amanah itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Dia, dan sebenarnya kita juga boleh menyampaikan dakwah ketika kita menjalankan amanah itu. The way a leader leads people sebenarnya sangat mempengaruhi ahli-ahlinya. Sekiranya kita lead people dengan kekerasan, you will get back the kekerasan too. If we lead people dengan kelembutan, we will get back the kelembutan too. Siapa kata dalam ketegasan kita tak boleh berlembut? Sebenarnya ada seninya bagaimana nak berlembut dalam ketegasan. That is our responsible to find the way. Kita kan leader? How to give instructions clearly dan dalam masa yang sama ada kelembutannya di situ. Taknak nampak macam kita ni queen @ king control sangat. Mentang-mentang kita ketua, tak semestinya kita tak berhak ambil tahu tentang tugas-tugas mereka. Mestilah kena tanya progress, problems and give a solution to each of the problems. Duduk satu meja bincang baik-baik.


Dalam pada kita memberi arahan kepada ahli-ahli kita untuk menjalankan tugas masing-masing, we have to use an appropriate language to them. If possible, use the formal one untuk menampakkan yang kita ni bukan menyerahkan tugas tersebut 100% kepada dia. Let see the differences.




“Okay, korang kena susun jadual ni. Ikut ah korang nak susun macam mana, ini semua kerja korang. Pepandailah fikir.”


Vs.


“Okay, tugas korang adalah untuk menyusun jadual ni sebaik mungkin. Terpulang kepada korang untuk menyusun jadual ni macam mana. Kalau ada masalah, boleh refer saya.”




So, pada pendapat korang, ayat mana yang agak okay lah dan mudah diterima baik oleh ahli-ahli apabila mereka mendapat arahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan?
Ayat kedua kan? Nampak baik sikit lah berbanding ayat yang pertama. In my opinion, if my leader keluarkan arahan dengan menggunakan ayat yang pertama, my first impression will be, ohh dia ni orang yang lepas tangan dan memang lepaskan gila-gila tanggungjawab tu kepada kita. Sebab ayat last tu, “ini semua kerja korang”. Agak kasarlah pada aku. Dahlah kata ini semua kerja kita lepastu takde panduan lagilah panas kan? Hahahahaha



So, as I said just now, dalam ketegasan ada kelembutan. Sebuah seni yang perlu dicari oleh setiap ketua. Untuk memuaskan hati semua orang memang kita tak mampu. Tapi tak salah untuk mendengar pendapat orang lain tentang macam mana cara untuk kita memperbaiki ketika menjadi seorang ketua. Tak perlu meeting yang banyak pun untuk merancang sebuah majlis yang gah tetapi cukuplah dengan arahan dan panduan yang baik daripada seorang ketua. Dalam meeting pun, cakap benda yang penting sahaja dan hal-hal yang berbangkit yang rasa macam perlu untuk minta pendapat semua. Seorang ketua wajib datang lebih awal untuk meeting sebelum anak-anak buahnya. Sebab kat situ orang boleh menilai kita, kita ni ketua yang macam mana. Walaupun ada pepatah kata, don’t judge a book by its cover but in my opinion, sebenarnya melalui first impression orang kepada kita tu almost true dengan character kita.

Overall, dua dua main peranan yang penting. Ketua dan anak buah. Kalau dapat anak buah yang sambalewa buat kerja pun tak jalan juga. Masing-masing kena tahu skop kerja masing-masing juga lah. Tidaklah 100% serahkan kepada ketua, baik ketua tak perlu cari ahli untuk membantu dia. Hmmmm..


Post ini hanyalah sekadar pandangan daripada diri yang hina dan kerdil ini. Tidak ada yang betul mahupun salah XOXO


Thanks for reading!

Thursday, December 24, 2015

Why why why?


Why I got you on my mind?

 Get out of my mind. 


Such a mess.



Tak, sebenarnya dia tak salah. 
It's my fault kerana terlalu layankan perasaan. Hmmm



Arghhhh!

Sunday, December 20, 2015

NIGHTMARE


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sahabat.


Post kali ini aku memang niatkan untuk kau. Kalau kau terasa, maknanya betullah tu.
Malam tadi aku bermimpi. Dalam mimpi tu kita berjumpa. Aku tak pasti ada event apa time tu but at that time, aku memang perlukan bantuan kau. So, I called you and you turned back. I asked you,


“Can I ask you a favor?”


But then jawapan kau mengecewakan hati aku. You didn't say anything but you used your body language showing that you refused to help me. I said,




“Untunglah dah ada kawan baru kan?”




Still you ignored me. Tak tahu kenapa aku sedih sangat time tu. Tapi aku tak tahulah betul ke tak apa yang aku rasa sekarang. Aku rasa kita dah tak macam dulu. Tak kisahlah macam mana pun, tapi aku masih sayangkan kau as my sahabat. Aku tak kisah pun dilupakan sebab hidup aku tak bergantung kat kau pun. Cuma aku je yang terbanyak teringat moment kita dulu-dulu. Mungkin sebab belajar dah tak sama tempat tak sama kott. So, aku fikir positive jelah. Aku nak pm kau tapi aku takut kau busy. So, aku simpan jelah.




Walaupun kita mungkin takkan jumpa lagi ke apa, aku masih mengharap yang kita akan jumpa di Jannah-Nya kelak. Mungkin aku yang banyak bersangka buruk terhadap kau. Maafkan aku, sahabat. Aku bukan sahabat yang baik untuk kau. Kalau kau terbaca post ni dan mungkin kau terasa hati dengan apa yang aku kata, aku minta maaf. Aku cuma nak cakap yang aku rindu kau.


Jangan risau segala rahsia kau masih aku simpan walaupun benda tu tak betul sekarang. Aku harap kau masih menjaga segala rahsia aku. Hopefully.


Thanks for reading,

Your not-so-true best friend. 




Sunday, November 29, 2015

Me, people and expectations


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hi all!



It has been a week being a 2nd semester Tamhidi of Medicine student.
2nd semester is quite tough because everyone is competing. But I've told myself before I started my first day, I don't want to compete anymore. Am I give up and lose hope? NOPE. I just want to be myself not the one who feel pressured by others.










So, tonight I'm going to discuss about EXPECTATIONS.
People and expectations cannot be separated.




"Sambung belajar kat mana?"
"USIM, cik."
"Ohh, ambil apa?"
"Saya baru je asasi."
"Asasi apa?"
"Asasi perubatan."
"Wahh, bakal doktor lah ni?"
"Errmm, in shaa Allah cik. Doakan ya."




"Kakak ni memang dari dulu lagi dah terang hati kan. In shaa Allah, boleh sangat tu."




"Haaa bolehlah rawat cikgu nanti. Mana tahu kott2 dapat free ke."




 "Haaa ni bakal doktor pertama dalam keluarga kita ni."





And the conversations go on.

Sometimes, I have to tell them the truth.




"Tapi untuk pursue medic kat USIM ni, ada kuota cik. Ada 80 seats je, kalau tak lepas tulah kena ambil course lain. Acik doakan Sarah ya."




"Kena compete dengan lebih kurang 500++ students sebab dentistry and sc tech pun boleh ambil kalau lepas pointer and 4 core subjects."




Same sentence for every conversations. Get tired. Explaining the same story to different people. 
Why? 



Because they give a very high expectation towards me. Tahu tak, expectation ni dah macam amanah yang aku kena pikul? Takut tau. Yelah, mak ayah pun bagi tahu orang lain yang anak dia ambil Asasi Perubatan. People expect that I'm very clever, intelligent and brilliant. 




Selalu juga aku terfikir, what if I tak pursue in medical field? Maybe they will talk behind me.




"Haritu ye noo lah kata anak ambil medic. Tak jadi doktor pun. Gagal lah tu."




"Lahhh, takde lah pandai sangat anak dia. Nama je SPM 10A."




"Tak lepas pointer? Ermm, tak cukup pandai lah tu."




"Mesti main-main time study ni."






Aku rasa lah. Kita bukan takut sebab expectations orang tapi kita lebih takut dengan apa yang orang akan kata nanti. Kan? The apa-yang-orang-akan-kata tu menyebabkan kita overthinking and eventually killing our self-confidence.



This is what I feel now. Sometimes, I'm so stressful due to the overthinking. My best friend pernah cakap,





"Sarah cuba hang betul2 tanam niat dalam hati aku nak pergi Pandan Indah tapi ya Allah kau lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Jadi Kau aturlah hidupku ini sepertimana yang Engkau suka. I think it's better to just let everything to Him. Sebab if kita asyik meminta tanpa serahkan Dia balik, kita akan rasa memang apa yang kita nak tu kita dapat. Once Allah tak bagi, kita kecewa. Sebab apa? Kita ada doa dan usaha. Part Tawakal tu takde."





My main point here is tawakal part. Yes. Tawakal is the most important thing in our life. Tawakal ni bukan macam kau tutup mata sambil turun tangga. Tu konsep tawakal yang salah. Kenapa ada konsep tawakal dalam hidup seorang Muslim? Allah nak ingatkan kita bahawa not everything that we asked in our life Dia boleh bagi straight and masa yang tepat. No. He knows everything. He knows what's the best for us. Kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan. Bila kita Tawakal, at least kita redha dengan apa yang Dia bagi instead of wailing 24/7 bila kita tak dapat apa yang kita nak dalam doa. Ya, doa memang senjata Muslim. Namun, Allah lebih berhak ke atas doa kita. 








To those out there,

I just want to tell you that I'm not as clever as you guys thought. But I've made each of your words as a doa. Everyone has their own ability and strength including me. I know my weaknesses. I'll keep fighting for the sake of ummah. I know that to be an Obstetrician and Gynecologist is not easy as I expected. What else I can do if Allah does not allow me to be a great muslimah doctor. If you want me to be a great doctor, please pray for me too. Insert my name in your doa. Sebab doa orang dalam diam in shaa Allah lebih termakbul. 




I'm not giving up. I just want to express my feelings yang telah lama terpendam tapi tak mampu diluahkan. Ini entah post ke berapa cerita pasal nak sangat jadi doktor. Jangan terkejut kalau 10 years later. I post pasal I am an engineer ke pharmacist ke hahahaha.




Still I'm hoping to be a doctor ngeh ngeh. I realize that I live in muka bumi Allah ni pun dengan izin-Nya lagi lah nak minta kat Dia untuk jadi doktor. Siapa kita untuk mengarah dia, memaksa dia mengikut kehendak kita. So, today, I'm redha. What will be, just be. Sebab my uncle too dulu pun offered into medical field but he refused and now dia baru je balik dari Canada sebab syarikat luar negara panggil.



The ibrah here is tak jadi doktor pun boleh berjaya.

Go Sarah go! You can do it!

Allah, I leave everything to You. Aturkanlah hidupku sebagaimana yang Kau suka. 


Full stop.





Thanks for reading, guys! XX